June 2014
hai assalammualaikum

Ramadhan Menjelang Lagi : Bersahur - Hari yang ditunggu dan muncul setahun sekali dalam hidup. Setiap kali ia menjelang pasti masyarakat akan bersiap sedia untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal kerana Bulan Ramadhan merupakan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 


Setiap kali Ramadhan, kita diwajibkan untuk bersahur kerana ia merupakan salah satu sunnah Rasulullah. Sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa untuk mengelakkan diri daripada mengantuk dan letih. Dengan bersahur badan kita akan sentiasa cergas dan bertenaga kerana sudah diisi dengan makanan.

Kelebihan bersahur

1) Menambah kekuatan untuk beribadat
2) Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
3)  Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
     4) Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.


Jadi kepada kawan-kawan ku sekalian jangan lupe untuk bersahur..Di sini nad ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Selamat berpuasa semua..
hai assalammualaikum

Penanggal Mekap PIXY Tanpa Alkohol - Kalau dah namanyer perempuan semestinya la suka bermekap, tidak kira mekap secara tebal atau nipis. Perempuan akan bermekap berjam-jam untuk kelihatan cantik. Kalau boleh tidur pun nak bermekap..kihkihkih. Heyy jangan over macam tu,,korang tau tak mekap juga boleh mencacatkan muka kita apabila tidak dibasuh. Sebab apa, sebab mekap membuatkan pori-pori muka kita tersumbat dan masa tu tumbuhla jerawat. Bila dah tumbuh jerawat mulalah korang panik..hahhh ..jadi kalau tak mau lagi teruk buang mekap tu dulu ok.

Macam nad, nad penah lepas mekap nad terus basuh muka dengan pencuci muka sahaja, tapi muka tumbuh jerawat padahal dah cuci. Dalam hati dah kenapa kan, setiap kali nak buang mekap cuci..tapi still semakin menjadi jerawat ni...ohh noo.. Lagi-lagi nad semakin dewasa, jadi hormon kulit tu dah lain. Jadi nad decide nak buang mekap dulu sebelum cuci. Sebelum ni nad gune tisu basah, adoii kita mekap dah berapa kali, nak gune tisu basah yang sikit tu..memang banyak habis duit la nak beli tisu basah tu..haha..tisu basah pun bukan 100% buang mekap. Lagi satu bab basuh la yang paling malas yela dengan penatnya lagi-lagi kalau dah balik keje kan. Jadi nad pikir produk ape yang pencuci muka tak berminyak dan elok untuk muka dan kalau boleh buang je mekap tanpa basuh dan tidak merosakkan muka..akhirnya nad jumpe Penanggal Mekap PIXY Tanpa Alkohol.



Kenapa nad pilih Penanggal Mekap Pixy
1) Bebas Minyak
2) Tanpa Alkohol dengan Madu Asli
3) Tanpa Bilas 

 

Penanggal Mekap PIXY semudah satu langkah dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mempunyai dua jenis pembersih, iaitu PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion dan PIXY Single Step Liquid Foam For Makeup yang kedua-duanya menggabungkan keberkesanan penanggal solekan dan pembersih muka dalam satu langkah dan mudah diguna. Siri Pembersih Mekap PIXY diformulasi khas untuk menanggalkan solekan dengan efektif dan sekali gus membersih serta melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa berminyak atau melekit. Nad pilih PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion selepas itu basuh dengan pembersih muka nad.

Cara Penggunaan

Memang senang sangat..
1) Amik kapas muka
2) Tuang cecair PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion
3) Sapu lembut di muka. (takyah kasar sangat) 



Kebaikan madu telah diketahui, jadi tidak hairanlah jika Siri Pembersih Mekap PIXY baharu ini amat lembut pada kulit, mengekalkan kelembapan dan sesuai digunakan berulang kali tanpa mengeringkan kulit.




Penanggal Mekap PIXY boleh dibawa bersama dalam beg tangan ke mana jua. Amat mudah untuk wanita ketika hendak pergi menunaikan solat ketika berada di luar. Mekap tidak menjadi masalah lagi. Boleh didapati di watson,guardian  pada harga RM7.90 untuk 50ml dan RM13.90 untuk 100ml.
 



hai assalammualaikum



Inner Cotton Memberi Keselesaan - Cotton Inner ini memang special..sebab ape? kerana material cotton yang sememangnya agak tebal, sangat selesa dan yang penting sangat senang dibentuk. Sesuai dengan nad yang muka bulat dan inginkan tajam semasa memakai tudung atau shawl. Nad memang suka pakai shawl, tapi kalau pakai gitu sahaja muka nad nampak bulat dan rasa tak selesa sebab akan lari-lari shawl tu..kalau nad pakai tudung bawal pulak mesti tak tajam dan bulat je sentiasa..errr..geram je rasa..hahaha..sebab tu nad beli inner cotton ni.

Nad belajar guna inner masa study dekat UUM dulu. Bila dekat last sem dapat roomate yang suka bermekap..kihkih..nad pun belajarla..Nisa my roomate yang tolong ajar cara pakai inner ni..tapi masa ni pakai dia punyer inner..jenis inner yang lembik..sangat tak best..sebab inner die lembik..jadi ada expo masa tu dekat UUM terjumpe inner tu jenis cotton..first beli warna hitam..memang sangat selesa dan mudah dibentuk. Nak gosok pun sennag..sejak tu nad mula kumpul inner cotton ni..hehe



Inilah hasil kumpulan nad..semua warna ade..jadi senang nak padankan dengan apa-apa shawl pun..hehee..macam nak tambah lagi je..kihkihkih

Selain shawl nad pakai inner cotton ni dengan tudung bawal (tudung hijau)..sennag je tinggal sarung inner ni dan pakai.



Kenapa nad pakai nampak tajam?..hah tu yang bestnya..sebab Inner ini nad tetas die untuk lebih kelihatan bujur bergantung pada keselesaan masing-masing. ala tetas jangan over sampai rosak inner tu..tetas pun kat belakang..tak nampak pun..hehee..

Feveret shawl dan inner cotton sebab bila makan dan kene angin takdela terbang- terbang lagi dan melerot sana sini..hhahha..

hai assalammualaikum

Kuala Lumpur International Hijab Fair 2014 (KLIHF) Di PWTC - Pada Ahad semalam nad pergi ke PWTC untuk melihat pameran perdagangan fesyen Islam Hijabistas yang begitu meriah dengan jualan yang murah-murah. Banyak booth yang dibuka pada hari itu dan bermacam-macam rekaan tudung,shawl dan baju mslimah yang dipamerkan. Pelbagai  industri, pengilang, pemborong, pengimport, pengeksport dan peruncit benang, kain, mesin, aksesori, barang kemas, studio reka bentuk dan rumah-rumah dari negara yang berbeza datang memeriahkan event tersebut.


Memang superb meriah masa nad pergi..dahla last day..ofkos la ramai sangat orang der..penuh oiitt..kesian en jejaka mafia kene turut serta..hehhee..mestila die kan my darling tercinta yang sayangkan isteri..kihkihkih. Masa datang tu bukan main masuk je ok tapi kene daftar dulu. Pergi registration dan isi borang. 

 Lepas tu bagi form kat die dan die bagi pelekat KLIHF dan tampal dekat mana-mana kau rasa guard dekat pintu masuk event tu nampak pelekat tu. Daftar dengan bayaran RM 1 seorang.


Sedia untuk nad menyerang..hahaa..rambang mata u alss..banyak sangat shawl, tudung yang ditunjukkan..pening-pening nak pilih..hahaa..padahal datang sini motif satu je oii..nak beli syampu sayla..tapi bila dah nampak macam ni..alahaii..tergugat iman ku..macam ni la perempuan..lahaiiii..dah pusing-pusing nampak pulak shawl yang lawa..biru pulak tu..aummm..ape lagi..gatai tangan la beli..hikhikhik

 then pusing-pusing lagi la sampai nad puas..tengah jalan-jalan nampak pulak booth suruh selfie..haha..ape lagi..aku selfie la..untuk kenangan la katakan..

 Oh mission datang sini nak cari syampu shayla..pusing-pusing la lagi..sambil mata memerhati sekeliling tapi dalam hati cukup nad cukuppp..tahan nafsu..hahaa..dan akhirnya tempat yang dituju pun sampaii..akhirnya shampu yang aku nak dah ade..ape lagi grab la. 

 Nad amik yang kelemumur punyer sebab rambut nad gatal-gatal then ade kelemumur, lagi satu nad amik shampoo kurangkan rambut gugur. Rambut nad ni mesti banyak gugur kalau dah gatal. sayangnya mase ni takde perapi so nad beli penyegar dia..okla..tercapaila matlamat nak beli kan..kebaikan shampoo ni nanti nad buat entry lain ok.


Selesai sudah misi di Kuala Lumpur International Hijab Fair di PWTC ni..ade jumpe ustazah Prof Muhaya tapi ramai sangat orang nak bergambar tak jadi la den...amik gambar dengan simbol ni pun ok..hehe

Puas la jugak...hehee

Barang yang nad dapat grab masa dekat Kuala Lumpur International Hijab Fair tu..hehee..tuga jenis item.. shawl warna peberet, shampoo safi shayla dan inner cotton..yippi..



hai assalammualaikum

Hadiah Daripada Blogger - Jadi blogger ni memang banyak kebaikan dari keburukan. Kalau kita rajin memang banyak kebaikan dan manfaat yang diperolehi. Blogger bukan setakat ramai kawan tapi dapat juga hadiah daripada blogger yang buat give away, segmen atau ade yang bermurah hati nak bagi. Kali ini nad dapat tiga benda sekaligus..hehe..alhamdulillah

Benda yang berwarna biru..tengok gambar kartu tu mesti dah tau siapa kan. Button Budge, kad dan penanda daripada Blogger shida Radzuan. Terima kasih shida..we are same like blue..hahhaa..nad dapat ni sebab nad jadi pengomen setia dekat blog dia..hehe..dah dua button badge nad dapat daripada shida. Terima kasih shida semoga murah rezeki shida.

Ohoii sapa bagi tiket pernerbangan ni kat cek..baik sungguh depa..nak suruh pergi honeymoon ka..hahahhaa...masa kad ni sampai dekat rumah..macam biasalah mem besar dah buka dulu. mak nad cakap tu ade kawan ko bagi tiket kapal terbang..nad pun muka dah terpinga..hahhaa..ayah berkobar cakap " pergi la tengok ntah2 dia nak sponsor"..ade pulak blogger nak sponsor..hehe..sekali tengok ok  blogger Santai Leeza..hehe..kad perkahwinan die berbentuk tiket kapal terbang..maaf masa ni nad tak dapat datang sebab join Ephyra punyer event..nad sentiasa doakan liza bahagia sampai ke jannah..jadi isteri yang solehah kepada suami..hehe..

Alhamdulillah..yang ni pulak join GiveAway kak Mialiana. Tak sangka pantun yang kubuat terpilih..syukur alhamdulllah..Gdex ade hantar ari rabu tapi nad takde temankan suami pergi belajar amik gambar. Balik daripada tu nampak pesanan dekat pintu pagar, cakap dia akan hantar balik harini.. Harini nad siap bukan pintu takut orang gdex pikir nad takde dekat rumah..hehe..alhamdulillah..Ephyra 30 sachet dan tshirt dah sampai..nad ni memang pengguna setia ephyra..siap jual ephyra lagi dengan harga berpatutan..Kawan yang beli dengan nad dah merasai perbezaannya..


hai assalammualaikum

Piala Dunia 2014 Bermula Hari Ini - Piala Duna memang ditunggu semua orang bukan sahaja lelaki, perempuan juga taksub dengan Piala Dunia. Mereka sanggup berjaga awal pagi untuk menyokong pasukan pilihan mereka. Awal pagi tu juga akan penuhla kedai-kedai mamak, atau kedai yang pasang screen besar untuk pelanggan menonton Piala Dunia ni. Memang akan terlajak laris la kedai mereka..hehe..Kalau menonton bola ramai-ramai memang syok,..yela ade geng nak menjerit..hhehe.. Tak macam nad, keluarga memang bukan kaki bola, nak berjaga malam memang tak la, jadi nad jenis tak excited bila tengok bola. Berlainan pula kali ini, jejaka mafia memang kaki bola..so siap sedia untuk nad belajar cara dia..haha..takut-takut den juga terjerumus dalam ketaksuban menonton bola nanti..

Piala Dunia merupakan pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sekali. Masa ni la setiap orang akan membeli baju jersi pasukan pilihan. Piala Dunia FIFA 2014 merupakan Piala Dunia FIFA yang ke-20 yang akan berlangsung di Brazil. Seiingat nad masa form 2 atau 3 mase tu ade Piala Dunia dan nad suka tengok Brazil sebab cara permainan dia yang mantap. Itula last tengok..haha..itu pun sekejap je..

Jadi nak tau jadual Piala Dunia..tengok gambar ni..Tekan Gambar dan besarkan

Sumber : Blog Jiwarosak

Untuk mereka yang ingin menonton Piala dunia di Screen Besar, juga akan disediakan khas di tempat yang telah ditetapkan seperti dibawah:

PERLIS – Dataran Dato’ Sheikh Ahmad
KEDAH – Perkarangan Stad. Alor Setar
P.PINANG – Perkarangan Sunshine, Kepala Batas
SELANGOR – Pusat Sukan Lasak Seksyen 13, Shah Alam
KUALA LUMPUR – Dataran Merdeka
Negeri Sembilan – Dataran Rembau
MELAKA – Perkarangan Tempat Letak Kereta UTC
JOHOR – Bazar Karat, Jalan Segget, JB
PAHANG – Perkarangan UTC, Kuantan
TERENGGANU – Dataran Shah Bandar, KT
KELANTAN – Perkarangan Tambatan DiRaja, KB
SARAWAK – Plaza Astana, Jalan Astana, Kuching
SABAH – Perkarangan Jesselton Point, KK
LABUAN – Dataran Labuan

Sumber : Blog Jiwarosak

Bagi para isteri macam nad yang tak biasa tengok bola seawal pagi dan bakal temankan suami..siap sediala ye..hehe..jangan nad yang lelebih sudah..hahhaha..biasalah pertama kali berjaga tengok bola..over lebih..teremosi pulak..maaf la jiran ye kalau terkojut..haha..


siap kan bantal selimut depan tv..hahaa


hai assalammualaikum


Aku Hidup Dalam Blues - Blues untuk aku..lama dah kan tak baca majalah kartun ni..kalau dulu satu almari penuh dengan majalah kartun..jalan cerita dan ilustrasi memang best sampai menarik perhatian kita untuk membaca..Dahulu, Majalah ujang, majalah gila-gila memang menjadi kegilaan nad..majalah ni yang membuatkan nad ketawa terbahak-bahak..Sebab cerita dia yang best dan kelakar..hehe.. Boleh merelasekan tension bila baca majalah Ujang ni...lagi- lagi citer workshop cupin dan mat despatch..



Tengok tengah kemas rumah jumpa majalah Ujang ni..tergendala kemas sebab nak baca majalah Ujang ni..kihkih






hai assalammualaikum



CPC Nuffnang Berjalan Juga - Tengah berusaha untuk mengeluarkan duit dari nuffnang..cepatla berkembang..korang yang baik hati klik ok..hehee..terima kasih..huisshh sejak jadi isteri ni banyak pulak tanggungjawabnya..kuikukui..jadi dahulukan suami dulu..kemas umah dulu..dah stetl barula tengok blog..banyak benda nak beli untuk susun atur rumah ni bagi nampak kemas dan cantik..banyak dah survey dekat google..excited habis..hehehe...klik jangan tak klik.
hai assalammualaikum



CPUV NUFNANG : Whisper Mech & Cotton - Baru harini berkesempatan tengok nuffnang ni..hahhaa..dah lama jugak tak jenguk nuffnang ni..sekali harini tengok..alhamdulillah..dapat CPUV daripada nuffnang..thank you nuffnang..CPUV Whisper Mech & Cotton. Whisper ni khas untuk perempuan sahaja semasa datang moon..huhuhu...Alhamdulilllah..terima kasih nuffnang..terima kasih korang yang klik iklan tempat kite..terima kasih...

tengok yuyu zulaikha adela...hehehe..ni la iklan Whisper Mech 
hai assalammualaikum

Tazkirah Jumaat : Iman Yang Kuat - Iman adalah mengakui hanya Allah SWT sebagai Tuhan yang menciptakan alam semesta dan menafikan tuhan-tuhan selain Allah. Orang-orang yang beriman menjadikan Allah sebagai keutamaan dalam hidupnya. Oleh itu orang beriman akan melakukan perkara yang diredai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Sebagai orang Islam kita mesti tau enam rukun iman dalam Islam iaitu Beriman kepada Allah, Beriman kepada Malaikat, Beriman Kepada Kitab, Beriman kepada Rasulullah, Beriman kepada Hari Akhirat dan Beriman kepada Qada' dan Qadar.

Sebagai orang Islam, kita perlula menetapkan Iman dalam diri supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang dibenci oleh Allah. Sentiasa dekatkan diri kepada Allah supaya kita tidak alpa dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan pancaroba. Syaitan sentiasa ada dengan kita untuk menggoda hamba Allah melakukan perkara yang terkutuk. Iman yang kuat tidak akan terpujuk dengan rayuan syaitan dan sentiasa memikirkan kehebatan Allah dan keagunganNya.


Iman Yang Kuat

"Besi yang kuat tapi api mampu meleburkanya, api itu kuat tapi air mampu memadamkannya, air itu kuat tapi awan mampu menyerapnya, awan itu kuat tapi angin mampu menolaknya, angin itu kuat tapi bukit mampu menghalangnya, bukit itu kuat tapi manusia mampu menghancurkannya, manusia itu kuat tapi nafsu mampu menundukkannya, nafsu itu kuat tapi iman mampu mengalahkannya"

Sentiasa mendekatkan diri dengan orang yang banyak ilmunya tentang agama.  Ilmu Allah s.w.t. itu tersangatlah luas. Kadangkada didalam kehidupan seharian kita, hanya daripada Al-Quran dan as-sunnah kita bergantung untuk meningkatkan iamn tetapi tidak cukup lagi, jadi jangan segan jangan malu untuk bercakap dengan orang yang lebih warak dan berilmu dan minta tunjuk ajar daripada mereka kerana mereka mampu menkongsikan anda ilmu yang banyak dalam masa yang singkat. Ia pasti dapat membantu untuk mengetahui apakah langkah yang perlu dilakukan untuk menyemarakkan semula Iman kita

Kesimpulannya, untuk mendapat cinta Allah, untuk selamat dan tetap teguh di tali Allah , kita haruslah terus dan terus membaiki iman kerana iman itu turun dan naik.

Ya Allah kuatkanla Iman kami dimana sahaja kami berada..amin


hai assalammualaikum

Hindari Sifat Munafik - Sebagai seorang manusia kita tidak boleh menghukum seseorang yang melibatkan hati atau niat seseorang. Hanya Allah yang berhak menilai kerana Dia Maha Mengetahui atas setiap perkara yang dilakukan oleh hambaNya. Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan dosa tanpa kita sedar sama ada dari segi percakapan atau perbuatan. Munafik ialah mereka yang berpura-pura tunduk dan mengikut ajaran Islam dan hakikatnya mereka tidak mengakui adanya Islam.

Surah As-Soff ayat 2 & 3
" Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak akan dikerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan "


Jenis Munafik yang dibenci Allah:
1) Munafik I'tiqad ( munafik dengan kepercayaan hati )
- Sesetengah manusia yang percaya adanya Allah, adanya syurga dan neraka tetapi hakikatnya kepercayaannya hanya luaran. Manusis ini masih ragu-ragu lagi dengan Islam.

2) Munafik Amali ( munafik dengan perbuatan)
- Sesetengah manusia yang mengajak orang lain beribadah tetapi dia sendiri tidak melakukannya.

Tanda orang munafik itu ada tiga, apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkar dan apabila diberi amanah dia khianat. 

Sebut pasal berjanji. Seseorang yang suka berkata tetapi sebenarnya menipu. Semestinya kita tidak sukai orang yang memungkiri janji. Cakap berkobar-kobar, janji macam-macam tetapi satu pun tidak ditunaikan. Sangatlah dibenci bila kita yang telah mengharap benda itu akan berlaku tetapi jadi lainnya. Sifat manusia yang diberi amanh atau tanggungjawab untuk mengalas sesuatu tetapi telah disalah guna. Amanah bukan sahaja kepada masyarakat malah kepada Allah dan Rasulnya.

Sebagai seorang muslim, kita mestilah nak jauhi benda-benda macam ini. Oleh itu setiap hari kita perlulah muhasabah diri. Sentiasa mengingati perbuatan kita, tindakan kita, dan setiap perkara kita lakukan seharian supaya kita akan selalu beringat sebelum melakukan sesuatu. Sentiasa mengingati Allah supaya kita tidak terjerumus dalam golongan munafik.

Sebagai saudara muslim yang prihatin, nasihatila mereka yang tergolong dalam munafik ini. Peranan orang sekeliling dengan nasihat yang diberi pasti akan menyedarkan orang yang berkenaan. Marilah kita sama-sama  menjauhkan diri daripada sifat tercela. Amin.
hai assalammualaikum

Kalau Dah Jodoh : Cinta Tidak Mengenal Usia - Bila "berkawan" dengan lelaki berusia ni, ramai akan memandang, mereka akan berfikir dan berkata dalam hati " takde laki lain ke nak cari" ," die ni kawin dengan orang tu sebab nak duit kot ", " kesian die takde orang nak "..dan macam-macam lagi..kadang-kadang ada sampai mendapat tentangan hebat daripada orang sekeliling " dia dah tua, takut tak hidup lama..ko tak takut ke"..biasalah orang kalau dah pandang macam tu.akan ada banyak lagi tentangan yang akan dihadapi..jangan menyesal pun dengan kata-kata mereka..

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

Allah Swt berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216).

Setiap orang akan mendapat jodoh masing-masing sama ada pilihan sendiri atau pilihan keluarga. Yang pasti pilihan itu adalah dengan jalan yang diredhaiNya atau tidak. Tetapi hasil akhirnya Allah yang menentukan. Jodoh itu Rahsia Allah, sejak azali lagi Allah dah tentukan sapa jodoh kita, dengan orang lebih muda, matang ataupun berusia. Kita mesti ternanti-nanti siapakah jodoh kita, selagi belum tiba masanya Dia akan rahsiakan kepada kita. Allah takkan sia-siakan perancangannya kerana Dia ingin kita persiapkan diri kita untuk semua perkara.

Allah Swt menetapkan tiga bentuk taqdir dalam masalah jodoh. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita.

Pertama - cepat mendapatkan jodoh. 
Kedua - lambat mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia. 
Ketiga - menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak.

CINTA TIDAK MNGENAL USIA

Alhamdulillah kini nad telah bertemu jodoh bersama orang tersayang. Allah telah tetapkan jodoh ku dengan si dia. Perbezaan umur yang jauh tidak menjadi penghalang dalam membina sebuah mahligai cinta. Permulaan percintaan memang ramai yang tentang, permulaan itu juga nad banyak berfikir betul ke aku buat ni?. Macam mana nanti aku dikemudian hari ? Namun dengan hati yang kental dan tenang banyak sebab kenapa nad terima si dia. Entrynya dekat Sini : JODOH DENGAN LEBIH TUA
Umur hanya sekadar angka, kita yang menentukan rumahtangga kita kekal abadi.
Perbezaan umur dalam hubungan kadang-kadang boleh memberi kesan yang sangat positif kepada kedua-dua insan. Sering kali dapat dilihat bahawa yang muda akan mencetuskan ketegangan ke dalam kehidupan pasangan tetapi pada masa yang sama, yang lebih tua memberikan kestabilan emosi kepada pasangan muda.

Janganlah kita menginginkan kesempurnaan orang lain, padahal diri kita tidak sempurna. Bukan menjadi keutamaan dalam membina mahligai cinta kerana yang menjadi utama adalah Agamanya. Bak kata pepatah "Rasa sedap durian bukan dari bentuk kulitnya tetapi isinya yang ranum".

Wahai putera dan puteriku sayang,jangan risau akan jodohmu kerana putera atau puteri yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu yang meruntuhkan imannya. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa putera yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu dan puteri sedang mempersiapkan dirinya menjadi yang terbaik untukmu, Kerna pada puteri itu pasti ada kekurangannya dan putera yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu.. 









hai assalammualaikum


Photo Tasik KLCC By Kerex Sniper - .Taman awam yang terletak di kawasan KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia. Taman ini direka untuk menyediakan suasana kehijauan kepada Menara Berkembar Petronas dan kawasan-kawasan sekelilingnya.

Contact :  Kerex Sniper
Page : Kerex Photography
Page : Kerex Studio


Rindu nak ke sini lagi..malam-malam tasik ini akan mengeluarkan muzik dan air pancut akan menari megikut rentak muzik..best je..hehe..Nanti ajak en jejaka mafia pergi sini..

hai assalammualaikum

Meatball Di Ikea Sedap Dan Mengenyangkan - Banyak dah nad dengar berkenaan dengan meatball dekat ikea sedap, meatballnya besar, sos dia sedap. Bila tengok ramai post gambar meatball dekat Ikea ni nad pun teringin nak makan. Memang dah lama teringin nak makan, tapi masa tu tak tau nak ajak sapa. Ajak keluarga memang takla diaorang nak pergi Ikea jauh-jauh dekat Damansara semata-mata makan meatball..macam tu jugak dengan jejaka mafia ( masa tu belum kawin ). Datang dari jauh ke klang pastu patah balik ke Damansara p Ikea. Jadi nad pendamkan jela.

Sejak kawin ni, hah baru boleh merasa makan meatball dekat Ikea ni. Sebabnya kami akan selalu shoping beli perkakasan dekat Ikea ni. Nad pun dah stay dekat rumah somi di KL ni. Jadi nak p Damansara takdelah jaug sangat. Kadang-kadang jejaka mafia pun pergi jumpa kawan dia dekat sana.

Meatball diperbuat daripada daging cincang digulung menjadi bola kecil, kadang-kadang bersama-sama dengan bahan-bahan lain, seperti serbuk roti, bawang cincang, rempah-ratus, mungkin telur dan herba. Bebola daging biasanya disediakan dan digulung dengan tangan, dan dimasak dengan menggoreng, membakar, mengukus, merebus atau dalam sos. Yang menyedapkan meatball ni adalah sosnya..

Inila pertama kali nad makan meatball ni. apa sedapnya meatball ni..teruja..hahaa.. Dah namanya pertama kali jadi tak tau la nak order macam mana..jejaka mafia pun suh nad belajar sendiri. Nad pun blur semacam je. Jadi apa lagi tengokla orang lain apa diaorang buat..ahaha..Diaorang amik troller..nad pun pergi amik..haaha..Tengok aku amik troller je..dah order mana nak letak..Bekas putih tempat letak makanan pun tak amik..haha..jadi masa lepas korang amik troller, amik sekali lapik untuk letak makanan ok..ade dekat tepi masa masuk.


Lepas masuk korang boleh la berpusing nak pilih makanan ape..macam nad nak meatball je yang penting..p la order dengan orang tu. Orang tu cakap nak berapa..ok nad blur lagi..haahhaa..orang tu jugak yang tolong..Ingatkan main cakap je meatball dah terus sedia..kihkihkih..Nampak tak kunonya nad dekat situ.


Lepas tu korang boleh pilih makanan lain jugak yang ada dekat situ sebelum bayar. Dah bayar pergilah cari tempat nak makan. Oh masa bayar orang cashier tu cakap nak air ape?..Sejuk atau panas?.Nad pun terus cakap air panas..dah satu hal masa tu terlupa amik cawan..dah kene masuk balik amik cawan..hahaa..kalau beli air sejuk chaser tu akan bagi cawan plastic..Air dekat situ boleh refill.


Nad tak kisah semua tu, yang penting dapat makan. Belajar dari sekarang takpe..hhahaa..kau tengok meatball ni..bulat-bulat..banyak daging dia..mampat..sos dia nyum-nyum..sedapp..asal die kuahnya tak tabur dekat atas meatball tu..


 
Time tu eat..nyum-nyum..


Pergh kenyang kot maka meatball ni..yang lain dah tak terhabis dah..Yang penting meatball habis..hahaa...mission complete.hahaha..

Harga seperti dalam gambar ni.


Ikea nad pergi ni dekat area Damansara

Ikea Damansara,
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor D.E., MALAYSIA.

Isnin - khamis : 09.00 pagi - 09.30 malam
Jumaat - Ahad : 09.00 pagi - 10.30 malam
hai assalammualaikum

Susun Atur : Pengering Pinggan Mangkuk Ikea - Sejak nad menjadi isteri kepada en jejaka mafia, ikea la tempat wajib yang perlu pergi untuk membeli barang-barang perkakasan dan aksesori rumah seperti perabot. Ikea telah menjadi pilihan jejaka mafia sejak dulu lagi. Jadi nak takank nad kene la follow dia, bagi dia barang dekat ikea sangat bagus dan tahan lama. Banyak jugakla barang dia dah beli dekat Ikea. 

Sebelum ni nad ada buat entry kitaorang pergi Ikea. Seperti biasa nak mencari perkakasan dapur. Ini pun sebab pilihan jejaka mafia, nad pun tak terfikir nak buat macam ni. Bila difikir balik memang sesuai la alat ni diletak dekat dapur. Apa alatnya agaknya erk???? 

Korang tengok sinki aku. ade dua kan. satu untuk membasuh dan satu untuk meletak tempat pengeringan pinggan mangkuk, cawan dan sudu dekat rumah aku ni. Dulu lepas cuci pinggan mangkuk je terus masuk dalam sinki lagi satu. Bagi aku rasa tak sesuai pulak sebab takut kotor sinki tu dan satu lagi lambat kering sebab kita tindih-tindih pinggan mangkuk tu. Ape perasaan korang bila tengok?..Rasa rimas kan..Rasa bersepah je tengok benda tu macam tu. Nak letak terus dekat rak pinggan mangkuk tak boleh sebab masih basah.

Jadi penyelesaiannya, jejaka mafia memilih untuk membeli tempat pengeringan pinggan mangkuk tu. Nad letak benda ni dekat sinki tu. Warna putih dan mempunyai lubang-lubang supaya air yang berada dekat pinggan mangkuk tu jatuh ke dalam sinki. Satu lagi boleh letak asing-asing dan takde tindih-dtindih..kering pun cepat. Lepas beli ni, dapur nampak lebih kemas dan teratur. Benda ni kalau kotor boleh dibasuh..Ringan dan tak berat.. Harga RM 7.90.. Ni la benda pertama aku ubah..hahaa..okla kan..

apa lagi nad nak ubah..tunggu lagi dalam susun atur di blog nad..tunggu..