Articles by "Travel"
Showing posts with label Travel. Show all posts
hai assalammualaikum

Jalan-Jalan Tasik Ampang - Jarang bawak Fariza jalan-jalan. Bila ada masa terluang, bukan main suka lagi dia. Haritu mr mafia tak sibuk dan takda aktiviti. Jadinya dia ajak la pergi keluar. Ingat pergi mana, rupanya pergi ke Tasik Ampang. Lama dah ajak mr madia jalan-jalan sini bawak Fariza petang-petang tapi ada je kejenya. Bila ada masa, baru dapat singgha. Tasik Ampang dekat je dengan rumah. Fariza sukala tempat-tempat macam ni. Lagi ada taman permainan.

Fariza gayat naik ni..hahaa..

Tak sabar nak menggelongsor

Tu dia macam orang besar bila gelongsor

Nampak je taman permainan, terus lari. Kita la yang kene ikut lari. Dia ingat dia dah besar, nak panjat sana sini sendiri..haish budak ni. Kita ni yang kena main sekali sambil jaga dia. Biar dia enjoy sepuasnya. Sebab bukan selalu dapat datang kan..hehehe.

Main kuda pulak

main sendiri

main dengan kawan-kawan. Mommy pulak yang cuak tengok dia main

suka dia

hah!!,..mukanya..gigit kang

Taman permainan bukan satu tempat je, tapi banyak tempat. Tapi mesti kesemua tempat ramai budak..hehee.Dah namanya tempat mainan, mestila ramai budak kan.

Yang paling geramnya, bila anak warga asing main permainan dekat taman tu. Main ganas betul. ada tu kecik lagi, dibiarkan main sendiri-sendiri. Maknya tengah bercerita, "cok cet, cok cet"..haishh..kita yang tengok pun seram. Jagalah anak ni oii. Ada tu pulak, membuli budak melayu oii. Masa tu nad tengah jaga Fariza, tapi nad perasanla. Mr mafia pulak dekat sebelah budak yang kena buli tu. sekali datang budak warga asing dekat budak tu cakap " nak kena tumbuk ke apa"..budak tu cakap "kenapa cari pasal dengan aku je"..apa lagi mr mafia soundla. Lari laju budak warga asing tu.haishh..nak tunjuk hebat pulak datang sini.

Jalan-jalan pusingan Tasik Ampang

Tasik Ampang ni besar juga. Kalau larat bolehlah jalan satu pusingan. Macam buat aktiviti joging, beriadah dengan keluarga, santai dekat Tasik Ampang ni memang syok. Ada je pondok-pondok nak duduk akalu penat berjalan. Petang-petang ramai orang la beriadah. Jadi macam-macam gelagat orang ada. Banyak je kemudahan dekat sini.

Kenangan Mommy dan Daddy majlis di Kuala Lumpur

Ada juga dewan serbaguna yang boleh digunakan untuk apa sahaja aktiviti yang hendak dijalankan. Kalau korang nak tau, dewan dekat Tasik Ampang ni la tempat nad dengan mr mafia punya mjlis di Kuala Lumpur..hahaa. Bila tengok dewan, teringat kembali masa adat bertandang..hahaha. Rasa nak putar balik je..eh..nak baca kenangan bertandang, boleh la klik ni http://miszrockers.blogspot.my/2014/05/27-april-2014-majlis-menyambut-menantu.html

Dekat Tasik Ampang pun ada kedai makanan. Jadi siap-siapla bawak duit. Kot lapar atau haus, boleh datang singgah kedai makanan yang korang suka.

tengok air tu, nak sangat..mukanya..

Nak air, nak airr

Er,mm sedapnya dapat air

Nyum, nyum, nyum

Hahha, terus sengih..

Seronok mommy tengok dia makan ais je pun..hahaa..

" mOmmy nak, nah buka mulut, Fariza suap "..hahhaa

Reaksi Fariza, memang mencuit hati. Semuanya ni kenangan.

Sebenanrnya,, gambar ni dah lama, masa umur dia setahun lebih. Baru nak dapat kaki, syokla dia berlari. Gambar baru siap, sekarnag baru nak up entry..ehhe. Takpela, asalkan jadi kenangan di blog kan.
hai assalammualaikum

Menara Condong Teluk Intan Perak - Adoii, lama dah percutian ni, tapi sekarang baru nak cerita. Almaklumla, orang yang ambil gambar ni sibuk bebenor. Banyak sangat nak edit gambarnya. Dah siap baru dapat update. Hah!!, ingat tak nad pergi ke Perak ikut mr mafia bekerja. Kalau tak ingat boleh baca semula, takde hal..hehee. Menginap di Kinta Riverfront Hotel, esoknya pergi ke Kellie's Castle. Waktu tu memang tak sempat nak jalan-jalan Ipoh, jadi kita pergi ke tempat lain. Cuti-cuti Perak katanya..hahaa. Lepas pergi ke Kellie's Castle, kitaorang terus ke Menara Condong. Yela nak balik Kuala Lumpur, alang-alang singgah tempat menarik dekat Perak ni yang menjadi tempat pelancong selalu berkunjung.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

Ni kali pertama nad jejak ke Menara Condong. Selalu tengok orang pergi, sekarang nad pulak dapat pergi. Siang memang agak panas, tapi sebab nak tengok keunikan Menara Condong dari dekat, rupanya macam mana, betul condong ke, kitaorang pergi juga. Kalau waktu malam lagi cantik dengan lampu-lampu dekat bangunan Menara Condong ni.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Waktu lawatan
Credit pic: Kerex Photography

Nak masuk kena la bagi nama dulu. Masa lawatan Isnin hingga Jumaat. Korang boleh tengok dekat gambar tu.

Sejarah Menara Condong Teluk Intan Perak

Menara Condong siap dibina pada tahun 1888 dan merupakan sebuah binaan peninggalan British. Menara ini menjulang setinggi 25.5 meter dari paras bumi. Kontraktor yang membina menara condong ini bernama Leong Choon Cheong dan dibantu oleh seorang jurutera dari Ceylon/Sri Lanka iaitu Sbapathy. Menara ini mempunyai tiga tingkat sahaja walaupun kelihatan seperti mempunyai lapan tingkat.Kecondongan Menara ini sering dibandingkan dengan Menara Condong Pisa. Menara Condong Teluk Intan merupakan kedua di dunia selepas Menara Condong Pisa (Torre Pendente di Pisa) di Italy.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Gambar sejarah Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Fariza ajar mommy ye..
Credit pic: Kerex Photography

Masuk je dalam, pelbagai gambar dan sejarah yang diceritakan tentang Menara Condong Teluk Intan ni. Jadi korang bila datang sini, baca la satu persatu. Baru boleh imagine..

Asalnya Menara ini menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ia juga dijadikan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Telok Anson.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Tangki air
Credit pic: Kerex Photography

Nampak tak tangki air bersebelahan nad. Itulah dia. Dalam juga bila ditengok. Ada juga orang baling syiling dalam tu..huhu..

Menara Condong Teluk Intan Masih Kukuh

Bangunan asas Menara Condong ini diperbuat daripada konkrit batu bata tempatan berukuran 14.3 meter. Setiap tingkat mempunyai empat pintu dan berlantaikan papan dan sebanyak 110 anak tangga diatur melengkung bagi menghubungkan setiap tingkat.Menara Condong ini dilengkapi dengan sebuah jam gadang pada bahagian atas sebelah hadapan. Jam ini diimport khas dari Kota London.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Tangga naik ke atas
Credit pic: Kerex Photography

Gigih tau naik sampai atas..hahaha. Nak tengok satu persatu setiap tingkat. Kau tengok orang ramai naik atas tu. Memang masih kukuh lagi Menara Condong ni.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Kukuh lagi Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography
MENARA CONDONG TELUK INTAN
Ada lagi atas, tapi cukup sampai tingkat 3



MENARA CONDONG TELUK INTAN
Senyuman budam ni menawan
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Seronok dia dapat naik sampai atas
Credit pic: Kerex Photography

Fariza berlari-lari kesukaan. Seram juga sebenarnya, tapi nak tau kan macam mana rupanya...Lantai pun berpapan. Mana tak cuak. Tapi ok, selamat lagi untuk dipijak.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Selamat berkunjung ke ke Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Selesai misi
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Menara Condong

Faktor-faktor menara ini menjadi condong ialah berpunca  daripada struktur tanah dan serangan banjir besar sebanyak dua kali.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Dibahagian bawah Menara Condong

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Sebelah tu sejarah tentang Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Menara Condong dari atas
Credit pic: Kerex Photography

Sekarang, Menara Condong menjadi tarikan pelancong di Teluk Intan ini.

Kedai Makanan dan Cenderahati

Dekat keliling Menara Condong ni, ada je kedai makanan dan cenderahati. Kot korang lapar, bayak kedai makanan yang ada.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Kawasan di kelilih Menara Condong
Credit pic: Kerex Photography

Kata orang dekat sini ada makanan sedap, tapi nad tak pasti dekat mana. Sebab waktu tu dah lapar, kitaorang pergi jela kedai makanan yang rasa nak makan.

MENARA CONDONG TELUK INTAN
Visit Perak, Cuti-cuti Malaysia
Credit pic: Kerex Photography

Dekat Perak ni macam-macam tempat ada yang boleh dilawati. Ambil gambar dulu, save, nanti boleh tengok balik. Ada budget boleh pergi tempat lain pulak. #visitperak
hai assalammualaikum

Melihat Bangunan Kellie's Castle - Hah!!,selalu tengok orang post berkenaan Kellie's Castle ni, akhirnya nad sampai juga. Sebut je Batu Gajah, mesti semua cakap tempat selalu dilawati ialah bangunan Kellie's Castle. Malam duduk Hotel Kinta tu la kitaorang suami isteri bincang esok lokasi pergi ke mana??.Kitaorang bincang makan tengahari Nasi Ganja lepas tu pergi ke Kellie's Castle. Tapi esoknya, lepas check out, kitaorang terus gerak ke Kellie's Castle sebab waktu tu anak dah meragam. Lepas pertengahan jalan dah nak sampai Kellie's Castle baru teringat Nasi Ganja..ermm melepass..dah la popular Nasi Ganja tu. Mr mafia cakap, takpela, nanti kita datang lagi, kita makan..hahaha..okla takpe..

Teruskan perjalanan ke Kellie's Castle. Dari Ipoh ke Batu Gajah ambil masa dalam 1 jam lebih gitu. Rupanya tempatnya macam dekat tengah-tengah, kelilih hutan, depan jalan raya..takda bangunan atau apa-apa dekat kawasan tu..ke nad yang tak perasan..hahaa..tapi tengok memang hijau je..

Credit pic: kerex studio

Kellie's Castle

Masa ni memang cuaca panas. Fariza dari pagi kena kejutkan, lepas tu selsema, dah kena kejutkan bila sampai Kellie's Castle. Memang takda mood dia masa tu. Meragam je. Taknak jalan sendiri. Nad nad dukung. Tak cukup tidur, macam tu la dia. Nak taknak dukung jela..Gigih nad ni ha..hahaha..

Penunjuk arah

Dekat bawah sebenarnya, ada kedai, Ada penunjuk arah mana toilet, surau.

Tiket Masuk Kellie's Castle

Harga untuk masuk ke Kellie's Castle RM5 untuk dewasa, kanak-kanak RM3 dan orang tua RM4. Sebelum tu kena tunjuk kad pengenalan dulu..

harga tiket Kellie's castle

Dekat situ ada ambil gambar juga, tapi nad taknak pun. Kalau korang nak bawak balik sebagai kenangan, macam biasalah mestilah kena bayar.

Dilarang

Hah ni perkara yang dilarang. Datang sini kena la jaga kebersihan kan. Jangan buat onar.

Credit pic: kerex studio
Credit pic: kerex studio


Bayangkan betapa gahnya Kellie's Castle jika disiapkan sepenuhnya. Kellie's Castle boleh diumpamakan sebagai Taj Mahal versi Tanah Melayu. Namun,yang tinggal kini cuma struktur utama yang masih belum siap dan sisa-sisa runtuhan binaan.

Kellie Castle menjadi kunjungan orang ramai, Ditambah dengan cerita misteri yang menyelubungi Kellie's Castle, ia telah dijadikan produk pelancongan negeri Perak.

Credit pic: kerex studio

Credit pic: kerex studio

Mulalah kita mendaki. Ingatkan tempat dia, masuk je terus dah ada depan..rupanya kena panjat tangga segala..fuh..letih..nak suruh Fariza jalan sendiri, dia tak mau..kesian juga dengan dia..dahla panas..pakaikan baju hitam pulak..adehla..mana la mommy tau rupa Kellie's Castle macam ni, ingatkan ada aircond ke..hahaa..melampau mommy kan..

Sejrah Kellie's castle

Masuk je dalam bangunan, ada la sejarahnya lagi berkenaan Willian Kellie Smith tuan punya rumah Kellie's Castle ni..Dia mati disebabkan satu penyakit selsema..William Kellie Smith meninggal di Lisbon disebabkan pneumonia, pada tahun 1926 di usia 56 tahun.

Info sedikit tentang Kellie's Castle:
Kellie's Castle dimiliki oleh peladang muda yang kaya raya dan berasal dari Scotland bernama William Kellie Smith. William dikatakan tiba di Tanah Melayu pada tahun 1890 di usia 20 tahun, dan berkhidmat sebagai jurutera awam, dan seterusnya terlibat dengan sektor perladangan getah dan industri bijih timah di sekitar daerah Kinta.

Pada 1903, William mengahwini Agnes, gadis yang ditemuinya dalam perjalanan pulang ke Scotland untuk melawat ibunya yang sedang nazak. Setelah mengahwini Agnes, William membawa isterinya ke rumah ladang miliknya di Batu Gajah, Perak atau lebih dikenali sebagai Kinta pada masa itu dan anak sulung mereka yang bernama Helen dilahirkan pada tahun berikutnya. 

Manakala pada tahun 1909, William telah membina istana miliknya yang pertama, dinamakan sebagai Kellas House sebagai kediaman keluarga. Tetapi struktur binaan Kellas House tidak disenangi oleh Agnes, kerana kurang sesuai dengan keadaan cuaca yang agak panas.

Kelaziman keluarga elit Eropah yang mendiami Tanah Melayu pada zaman itu, untuk melarikan diri ke station-station tanah tinggi pada musim panas. Antara station-station tanah tinggi yang wujud di sekitar Perak pada zaman itu adalah Bukit Maxwell atau Bukit Larut di Taiping dan Bukit Kledang di Ipoh.

Agnes sering meluahkan rasa tidak selesanya, jadi pada tahun 1915 sejurus kelahiran anak kedua mereka, Anthony, William telah merancang untuk membina istana baru buat mereka sekeluarga. Tambahan pula kedudukan kewangan mereka agak baik, Agnes diberitakan akan menerima harta peninggalan keluarganya, peladang kapas di Eropah, dengan jumlah 300,000 pound. Lebih dari cukup untuk menyiapkan istana idaman mereka.

Istana ini, yang kemudiannya dikenali sebagai Kellie's Castle, dibina berasaskan senibina Scottish, Moorish dan India. Struktur istana dengan koridor yang panjang membenarkan pengaliran udara yang baik, dan amat sesuai dengan cuaca panas pada waktu itu. William telah membawa 70 orang pekerja mahir dari Madras, India untuk merealisasikan impian Agnes. Bahan-bahan binaan juga diimport khusus dari India dan Scotland.

Namun perancangan William dan Agnes tidak begitu lancar. Dugaan pertama muncul akibat serangan Spanish Flu yang menyebabkan kematian sebahagian besar pekerja binaan dan pekerja ladang William. Para pekerja William yang beragama Hindu, mencadangkan pembinaan sebuah kuil untuk meredakan kemarahan dewa yang membawa kepada serangan Spanish Flu. William bersetuju dengan permintaan pekerjanya dan sebagai tanda penghargaan, patung William turut dibina, sebaris dengan patung-patung dewa yang lain.

Kemudian, masalah kewangan pula melanda keluarga William Kellie Smith dan merencatkan pembinaan Kellie's Castle. William cuba mendapatkan pinjaman dari firma kewangan di Singapura, tapi firma tersebut juga mengalami kejatuhan kerana kegagalan perniagaan mereka di Indonesia. Bantuan dari kerajaan kolonial di London turut dipohon oleh William tapi jumlah wang yang dipinjamkan oleh kerajaan jauh dari mencukupi. 

Namun demi cinta kepada Agnes, dan demi impian keluarga, William tetap berusaha untuk menyiapkan Kellie's Castle sehinggakan terpaksa menjual 2/3 daripada ladang getah miliknya. Pembinaan Kellie's Castle digiatkan lagi pada tahun 1908, setelah Agnes berjaya mewarisi harta keluarganya dengan jumlah 300,000 pound.

Pada tahun 1926, William Kellie Smith bersama anak sulungnya Helen pulang ke Scotland untuk melawat Agnes dan Anthony. Agnes dikatakan berada di Eropah untuk menemani Anthony yang sedang menyambung pengajian. Sewaktu singgah di Lisbon, Portugal, dikatakan atas urusan pembelian lif untuk melengkapi Kellie's Castle, William telah diserang pneumonia dan meninggal dunia di sana.

Kematian William pada usia yang agak muda memeranjatkan dan mengecewakan Agnes. Ditambah pula dengan kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Tanah Melayu, Agnes mengambil keputusan untuk terus menetap di Eropah dan enggan kembali ke ladang mereka di daerah Kinta, Perak.

Agnes telah menjual saki-baki ladang getah milik William beserta dengan Kellie's Castle kepada firma perladangan milik British iaitu Harrisons and Crosfield. Harrisons and Crisfield tidak nampak akan keperluan untuk menyiapkan Kellie's Castle. Oleh yang demikian, pembinaan Kellie's Castle terabai dari tahun 1926 sehingga kini.


Gambaran perabot ruang tamu

sebahagian perabot yang ada

Tersusun dan kemas

Tingkat bawah akan nampak sebahagian perabot yang ada.

William dikatakan juga membina beberapa buah terowong rahsia sebagai jalan keluar untuk keluarganya melarikan diri jika istana mereka diserang. Sehingga kini, 3 buah terowong telah dikenalpasti.

Credit pic: kerex studio

Serambi berhantu
Credit pic: kerex studio

Kellie's Castle memiliki balkoni yang agak panjang. Di balkoni ini juga dikatakan penampakan roh William Kellie Smith yang dikatakan sehingga kini masih berkeliaran, sebagai penjaga Kellie's Castle. Disebabkan itu ruang ini dikenali sebagai Balkoni Serambi Berhantu.

Credit pic: kerex studio

Credit pic: kerex studio

Credit pic: kerex studio

Paling atas sekali..
Credit pic: kerex studio

Ada tiga ke empat tingkat rumah ni. Tinggi dengan tangga yang curam..Masa ni gigih dukung Fariza sebab nak tengok semua lokasi dalam rumah ni. Ada tiga bilik tidur dan bilik tetamu yang sangat banyak.

Lif yang tidak siap

Sampai ke atas ku mendaki..hehee..Sebenarnya rumah ni ingin dilengkapi dengan lif oleh William tapi disebabkan William dah tiada, maka tidak sempat disiapkan. Tempat lif tu telah ditutup dengan jeriji besi oleh pihak berkuasa untuk keselamatan pengunjung. William bercadang melengkapi istana idamannya dengan lif bagi memudahkan penghuni dan tetamu bergerak ke aras paling atas. Kellie's Castle dibina secara bertingkat-tingkat dan aras paling atas menempatkan bilik tamu, gelanggang tenis dan juga ruang untuk bersosial seperti tari menari dan juga jamuan kelas atasan.

Kellas House, rumah pertama
Credit pic: kerex studio

Inilah rumah pertama William dengan keluarganya. Diberikan nama Kellas House.

Bahagian ni merupakn ruang makan.

Oven dapur 

Yang ni pula merupakan dapur Kellie Smith. Nampak tak berlubang tu, tu sebenarnya oven yang diperbuat daripada batu dan sudah berusia lebih 100 tahun.

Itulah dia antara cerita berkenaan William dan Kellie's Castle..Salah satu tempat yang menjadi kunjungan orang ramai. Ada juga jadikan tempat ni sebagai tempat lakonan, photoshoot wedding..