November 2013
hai assalammualaikum..

Setelah sekian kalinya nad arini mencuba nasib join segmen kak mia ni..lama dah weii tak join mana-mana giveaway. Kalau ada rezeki mana tau bertuah..In Shaa Allah..hehe..Nad pun support rakan-rakan blogger..Selepas membaca rakan blogger lain menggunakan produk ephyra ni, produk ni memang berkesan, harga pun boleh tahan.. kalau ada rezeki alhamdulillah...giveaway ni last arini.. thanks kak mia sebab jemput nad dan terima kasih memudahkan kerja kami untuk join giveaway ni dengan coping cody yang disediakan..=)


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari


Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan.

Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com



Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.
hai assalammualaikum

Video Brosur Pengiklanan Yang Mudah Cepat Dan Berkesan - Sebelum ni nad ada membuat entry tentang pelancaran video brosur. Apa itu video brosur? Semua orang mesti tak tau kan,termasuk nad jugak. Ini kali pertama nad dengar mengenai video brosur. Seperti nad terangkan sebelum ini, Video Brosur adalah Video pemasaran untuk perniagaan dan organisasi yang mudah untuk membuat pengiklanan pada harga yang berpatutan. Video Brosur Ranges dari 30 saat hingga 5 minit disesuaikan dengan keperluan pelanggan dan kami mempunyai senarai pembentang profesional yang pelanggan boleh pilih.

Memang tak sangka pengiklanan pun boleh dibuat menggunakan video. Sebelum ini kita hanya tau pengiklanan hanya dibuat di pamplet dan gambar. Kita hanya tau berkenaan video blog iaitu mereka yang membuat cerita menggunakan video. Tetapi video brosur telah membuat pengiklanan lebih meriah dan berkesan. Masyarakat lebih gemar melihat iklan yang mempunyai muzik dan suara.

Pengiklanan menggunakan video dapat membantu ahli perniagaan untuk mengembangkan perniagaannya dengan lebih maju kerana pengiklanan video brosur merupakan konsep tanda niaga yang menggabungkan pembentang profesional, visual gambar-gambar dan video, animasi dan intro untuk disesuaikan dengan penjenamaan yang pelanggan perlukan. video yang pantas dan cekap untuk mencapai orang ramai.dan menyediakan kepuasan segera

                         
Video brosur ada menawarkan package pengiklanan yang dapat membantu mereka untuk memilih mana yang sesuai dengan mereka.


Macam mana hendak menempah? Anda boleh pergi ke website mereka http://www.videobrosur.com.my/.. Selepas itu pilih package yang ditawarkan. Kemudian pilih presenter yang anda kehendaki. Presenter dapat membntu anda untuk menerangkan apa itu video brosur.


 Team bleu nagas.

Mudah dan senang kan. Untuk tau lebih lanjut anda boleh pergi ke
Page : VIDEO BROSUR
Call : 1300-88-8977
Address : 165 JALAN LIMAU PURUT BANGSAR PARK 59000 KUALA LUMPUR
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Hai assalammulaikum

Bersama dengan Khadijah Ibrahim dan blogger santai leeza.
 Inilah die owner pemilik khadijah's kitchen iaitu penyanyi tersohor yang mempunyai suara yang lantang dan merdu. Beliau ialah khadijah Ibrahim. Pertama kali berjumpa dengannya semasa pelancaran video brosur di restoran Khadijah's Kitchen sangatla teruja. Siapa yang taknak bergambar dengan artis kan. Jadi ambil peluang yang ada.

Cawangan baru restoran Khadijah's Kitchen di setapak sangar luas dan cantik. Khadijah Ibrahim bercakap mengenai restoran terbaharunya itu, dia sudah lama merancang untuk membuka sebuah lagi restoran dan baharu kini impian itu terlaksana selepas mendapat lokasi yang baik. Bagaimanapun kata Khadijah, dia tertarik untuk membuka restoran di Setapak kerana kebetulan lokasi restoran itu adalah tempat dia membesar suatu ketika dahulu yang banyak meninggalkan memori.

"Dulu kawasan ini hanyalah tanah terbiar dan saya membesar dan bersekolah di Setapak. Apabila melihat kawasan ini sudah maju dan berkembang saya cukup bangga."Membuka sebuah restoran di kawasan ini meninggalkan banyak memori kepada saya dan sebab itu juga saya memilih lokasi ini," katanya. ( sumber )

 Jelas Khadijah lagi, dia mengambil masa selama lima bulan untuk melancarkan restoran berkenaan dan turut melakukan kaji selidik mengenai makanan dan pelanggan. Sementara itu, Khadijah berkata, dia masih mengekalkan konsep restoran asalnya sepeti di Petaling Jaya dari segi dekorasi dan konsep selain mengekalkan menu yang menjadi kegemaran pelanggan. Jelas Khadijah, dia akan memastikan kualiti makanan yang disediakan akan terjaga selain mengambil kira kehendak pelanggan di kawasan tersebut.
"Selain menawarkan menu seperti mana di restoran Petaling Jaya saya turut membuat hidangan ala-carte dan menu set untuk pelanggan yang mengejar masa," katanya. ( sumber )


Masa ni ternampak pulak dengan Hail Amir. Sapa yang tak kenal dengan Hail Amir kan.  Hail Amir mencipta nama sebagai seorang penyanyi sekitar 1976 dan 1977. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang. Sering berduet dengan Uji Rashid pada era 1970an. Seorang lagi namanyer Sofea. Seorang pelakon kalau tak silap nad. Nad pun ingat-ingat lupa..hehee..


Makanan yang dihidangkan semasa pelancaran video brosur berlangsung.


Kalau korang rasa nak pergi ke KHADIJAH'S KITCHEN ni alamtnya

Petaling Jaya
Jalan Bukit 11/2, Seksyen 11, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia


Setapak
No 35G,PV 128,Jalan Genting Klang,53000, 
Setapak, Kuala Lumpur.




hai assalammualaikum

Pelancaran Video Brosur Di Restoran Khadijah's Kitchen - Kerja bnyak sampai tak sempat nak update entry. Bila tak update rasa nak meroyan je..broadband pulak takleh gune sebab tak bayar lagi..hoho..hanya mengharapkan line internet di opis. Update gune phone memang banyak la typing errornyer..Sabo jela..ni la antara halangan seorang blogger..berbalik kepada cerita asal..hari sabtu 16hb blooggersdotcom telah menjemput beberapa orang blogger untuk menyertai suatu event di setapak

Ini merupakan event pertama nad melibatkan diri bersama blooggersdotcom dan media. Terima kasih kepada blooggersdotcom kerana memilih nad untuk menyertai event ini. Nad pergi event ni bersama dengan blogger hazirah. Kami bergerak dari Meru ke Kuala Lumpur. Almaklumla kalau dah masuk kuala lumpur memang pening nak cari jalan, lagi-lagi kami berdua tak biasa dengan kl. Bila sesat tanya orang dan akhirnya sampai juga tempat yang dituju

Event ini merupakan pelancaran video brosur bagi memperkenalkan kepada semua berkenaan video brosur dan kelebihannya. Event ini telah dilancarkan di restoran khadijah's kitchen di setapak. Sampai sahaja,kami berdua pergi ke tempat pendaftaran untuk memastikan nama ade dalam senarai. Bukan setakat daftar sahaja, doorgift pun ade dibagi. Yang paling bestnyer dapat baju blooggers ok..event ini telah disponsor oleh idea master cheez and choc BY PUJI


Di atas ni adalah scedule event tersebut. Event bermula pukul 2 ptg dan habis pada pukul 5.30 petang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan majlis.

Dua orang jejaka hensem ni merupakan pengacara majlis. Dua-dua pengacara ni memang best dan tidak membosankan lagi-lagi bro isma yang berbaju putih tu. Bro isma tau je nad orang jawa dengan hanya daripada nad bercakap..hhah..jawa asli ni..takkan jawa hilang di dunia..heheh..

Selepas itu ucapan daripada Mr video ( ceo ). Mr menerangkan serba sedikit berkenaan bideo brosur. Apa itu video brosur ? Meh nad bagitau sikit..video brosur ialah video pemasaran untuk perniagaan dan organisasi yang mudah untuk membuat pengiklanan pada harga yang berpatutan.Video Brosur Ranges dari 30 saat hingga 5 minit disesuaikan dengan keperluan pelanggan dan kami mempunyai senarai pembentang profesional yang pelanggan boleh memilih. Nak tau lebih lanjut nanti nad buat entry special berkenaan video brosur. Korang jugak joleh pergi ke page mereka iaitu video brosur dan website http://www.videobrosur.com.my/

Tidak lupa juga ucapan daripada wakil blooggersdotcom iaitu Mr Jocko. Excited atas pentas tapi ucapan pendek..hahaha..takpelah..macam nak nyanyi je bro.


     
 
Selain itu terdapat juga game bagi memeriahkan majlis. Hanya dua game sahaja yang dibuat iaitu game pertama ialah game sambung lidi.. eh bukan lidi tapi spagetti dengan marshemellow dan yang kedua meneka binatang sambil ditutup mata.

persembahan Khadijah Ibrahim owner Khadijahs kitchen dan penyanyi baru.

Part yang semua orang tunggu ialah cabutan bertuah. Semua orang buka telinga besar-besar sebab nak dengar nombor masing--masing. Sape yang bertuah masa tu. Dengan nad sekali peka dengan nombor yang disebut. Sampai part farid buat cabutan bertuah. Alahai suara farid, merdu sangat..mikrofon dah dekat mulut tapi suara mendayu-dayu. Sampaila ade satu nombor yang membuatkan kekeliruan.. Telinga nad dengar 146 tapi macam tak pasti org cakap 186. Dah terbangun kan..blogger lain suruh amik je..dengan bro isma cakap ha betul la tu..betul..haha..gelak besar masa tu..tetibe last nombor bertuah eden keluar..haha..halal toyyiba jela..dapat tudung dari by puji. Cantik-cantik.

Terdapat juga Photobooth. Macam-macam ada. Asal aku macam kaku je.




Sesi bergambar beramai-ramai. Kami bagaikan satu family.
hai assalammualaikum




Itulah respon yang diberi bila nad buat status. memang kebanyakannya tidak menyukai pelayan kedai yang tidak memahami etika pelayan. Kita adalah pelanggan, kita ada hak untuk order seberapa banyak kita nak. Sebagai pelayan mereka kenela hormat pelanggan sebab pelanggan la yang memajukan kedai makanan mereka. Kalau nak buat muka sombong, lepastu mintak order banyak kali dah mengumpat dengan kawan baik tutup kedai. Itu pun nak kene ajar ke. 

Siapa pelayan? Pelayan lah yang melayani pelanggan dengan mengambil pesanan makanan dan minuman mengikut permintaan pelanggan. Pelayan yang elok perlulah berketerampilan baik dan rapi. Hal ini meliputi tingkah laku, kejujuran, sopan santun, ramah – tamah kepada pelanggan. Macam ni baru orang suka dan selalu datang ke kedai makanan. Perkara pertama yang pelanggan lihat adalah perkhidmatan dan layanan.

Kualiti layanan yang baik, yang itulah dapat meningkatkan keuntungan dalam perniagaan kedai makan manakala kualiti yang kurang baik menunjukkan prestasi yang buruk dan kurang menguntungkan. Pelanggan adalah nombor satu. Pelanggan juga berhak untuk menambah atau mengorder makanan seberapa mereka mahu. Sekali pelanggan tengok pelayan kurang memuaskan, kemungkinan besar pelanggan tidak akan datang lagi ke tempat itu. Setiap pelanggan mempunyai pelbagai karakter. Sesiapa sahaja yang ingin membuka perniagaan sendiri perkara yang paling utama adalah perkhidmatan dan layanan. pikir-pikirkanla..


        

hai assalammualaikum


Kalau sebut Jeram di Kuala Selangor mesti tempat yang paling popular ialah di Aroma Ikan bakar. Disinilah nad bawak mak menyambut harijadinya dan membuat mak gembira. Apa yang ada dekat Jeram jom kita lihat.

Dekat sini ada pelbagai jenis makanan laut yang boleh korang lihat. Dan dekat papan tu telah tersedia dengan harga bagi setiap makanan laut. Harga tu boleh dijadikan panduan dekat korang supaya tidak terlebih amik sebab takut terlebih bayar..hehe...dekat papan tu jugak ada tertulis menu masakan dimana kalau korang tak boleh pikir nak masak apa. korang boleh tengok dekat papan tu..tapi papan menu tu nad tak amik gambar..lupe..Selesai pilih ko boleh bagi dekat pelayan disitu untuk masakkan makanan laut korang..

Aroma Ikan bakar memang mempunyai tempat yang banyak untuk mereka yang bawak keluarga besar macam aku ni. Sebelum tu korang kene booking dulu takut bila korang datang secara tiba-tiba tempat takda. Dah kang kempunan nak makan kat sini..


Dekat Aroma ni ada tempat special yang korang boleh pilih. Satu kerusi biasa macam gambar atas, dan satu lagi di Bamboo. Kalau nak dapat kat sini korang kene tempah masa korang datang sebab tempat ni terhad, Sapa cepat dia dapat, Sapa datang dulu dia dapat. Tempat ni tak boleh booking awal. Tambahan RM20 untuk makan di sini. Nad aritu nak makan dekat buluh ni tapi terlewat sebab tengok matahari terbenam dekat Pantai Remis. So dudukla dekat kerusi.


Nampak makananya..memang menyelerakan kan..hehhe..Perkhidmatan dan layanan dekat sini sangat baik. Layanan mesra oleh pelayan dan cepat dan tangkas. Makanan diorder siap dalam beberapa minit sahaja..


Sesiapa nak tempah awal boleh call nombor yang tertera di kad ini ok..selamat mencuba.

hai assalammualaikum

Apabila seorang mak menyatakan hasrat untuk makan di hotel semasa harijadinya, hatiku berkata, kalau gaji ku besar, setiap bulan pasti akan ku bawa mak pergi makan di hotel, bukan setakat makan, bershoping di tempat yang mak tidak pernah jejak pun. Hatiku berkata lagi, boleh je bawak mak makan di tempat mewah yang dah jarang mak pergi walaupun bukan di hotel asalkan mak gembira. Semasa kita kecil permintaan kita dia tunaikan, kenapa tidak kita. Perancangan aku dan adik beradik lain mula berjalan. Nad akan gembira bila muka mak gembira.

Perancangan di buat untuk makan di Jeram. Di Jeram, kedai makanan yang paling popular adalah Aroma Ikan Bakar Jeram. Memilih Aroma Ikan Bakar sebagai tempat untuk sambut harijadi mak dibuat kerana makanan laut yang sedap dan pelbagai, tempatnya pula ditepi pantai dan harga yang berpatutan. Mak pun jarang dah pergi ke Jeram disebabkan tiada masa. Pertama sekali sebelum datang ke Jeram kene membuat tempahan dahulu, takut sampai sana dah penuh. Tempahan perlu dibuat awal. Pada hari kejadian iaitu pada hari ahad, nad bersama dengan Mr Jejaka Mafia pergi awal dahulu untuk melihat tempat itu dan memilih menu supaya bila keluarga lain sampai je dah siap makanannya.


Di Aroma Ikan Bakar ni, kita perlu memilih dahulu makanan laut seperti ikan, udang dan lain-lain sendiri sebelum dibuat masakan. Memilih sendiri makanan laut ini dapat memuaskan pelanggan kerana kita boleh pilih yang besar-besar semuanya. Bila Nad yang pilih memang semua rambang mata, kalau boleh semua nak amik sebab nad ni hantu seafood..hahhaa..Nad pilih ikan siakap 2 ekor, ikan jenahak 2 ekor, sotong, udang, ikan pari dan kerang.


Setelah selesai memilih makanan laut yang diingini, makanan itu diberi kepada pelayan di situ untuk memberitahu masakan laut itu nak dimasak apa. Contohnya ikan siakap masak 3 rasa, ikan jenahak dibakar sahaja. Tak sampai 10 minit beb, nad pun terkejut, semua dah siap. Mak aih cepatnya. Mungkin dia dah masak awal-awal pada mulanya. Tak tau la kan.


Menu-menu untuk sambutan hari jadi ni ialah 2 ekor ikan siakap, 2 ekor ikan jenahak, udang, sotong, kerang dan ikan pari


Sampai je semua, apa lagi terus serang..hahaha..lagi-lagi hantu seafood tudung biru pink tu..memang tak pandang kiri kana bila makan..hahaha..orang hambik gambar ke..orang jatuh dari bumbung ke..memang tak endah..hahah..soryla..makanan dah depan mata.


Selesai je makan, kitaorang amik gambar beramai-ramai untuk dijadikan kenangan. Huntungla ada tunang jurukamera, setiap moment dijadikan kenangan. Huntungla ade tripod semua keluarga boleh masuk...alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar.


Both of you, wish you happy always dan panjang umur. Ayah ku memang susah nak pandang kamera.





hai assalammualaikum..

Lamanyer tak join giveaway..bila bergelar pekerja, memang segala giveaway, contest terlepas. Tapi kali ni nad join sebab dah ditag oleh blogger lyeen. Orang dah tag baik kita join.. tak baik kecikkan hati orang..wee..sebab saya sayang lyeen kita join..dan sebab nad dah lama tak join..hehee..ok meh tengok giveaway apa yang perlu dibuat..Giveaway apa yang kita nak dalam persahabatan..klik banner kalau nak join.

http://sirambotmaggi.blogspot.com/2013/11/super-friends-giveaway-by-aina-afiqa-e.html


Sahabat boleh didapati dimana-mana. Andai kata suatu hari kamu pergi ke tempat yang sangat asing dan tidak kenal sesiapa pun, nad pasti sesiapa yang boleh kita percayai dan mula menjadikan mereka teman atau sahabat. Jika kita terlalu terasing tanpa teman, mampukah kita terus bertahan?..Setelah memiliki sahabat, seseorang pastinya menginginkan ciri-ciri berikut:

1) Kepercayaan perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada penegtahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Sentiasa percaya dengan sahabat kita dan jangan berahsia, ,melainkan ada perkara yang perlu dirahsiakan.
 
2) Sahabat yang sentiasa membantu kita ketika susah dan senang. Peribahasa ada mengatakan rakan ketawa senang dicari tetapi rakan tangis sukar ditemui. Oleh itu, dalam memilih sahabat ciri ini perlu ada supaya mereka sentiasa membantu kita tanpa mengira waktu dan ketika. Jelaslah, rakan atau sahabat yang sebegini mampu mengisi kekosongan dan sentiasa ada saat diperlukan.

3) Pendengar dan Pengkritik. Sahabat adalah perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Mereka juga punyai ruangan yang luas untuk mengkiritik atas segala apa yang kita sampaikan. Ini memberikan peluang yang baik untuk kita berfikir semula apabila sudah menerima. Kritikan bukan hanya untuk menghancurkan malah ia merupakan sebuah nasihat cuma dengan cara penyampaian yang berbeza. Kritikan juga boleh memulakan perbincangan. Perbincangan menghasilkan idea.

Cara Pemilihan Pemenang.
  • Top Referral 1X
  • Entry yang kreatif. 2X
  • Random. 
  • Blog Pilihan AINA ZAIRULNIZAM *Newbie sahaja/follower bawah 100.
  sahabat yang ditag
hai assalammualaikum

Hari ahad semalam, Nad dan adik beradik lain merancang untuk membuat kejutan bagi harijadi mak. Kitaorang satu keluarga memang suka buat kejutan tapi tak pernah la menjadi..hahha..tapi kali ini harap-harap menjadi sebab perancangan kitaorang berjalan dengan lancar..huhu..Perancangan di mana Nad dan Mr Jejaka Mafia pergi dahulu ke tempat yang dituju. Memilih menu untuk tatapan semua. Abang dengan adik beradik lain bertolak dengan mak dan ayah. Sampai disana mak tersenyum riang tapi mak tak tahu ade kek untuknya.

Bahagian kek adalah tugas kakak nad. Dialah yang beli kek special untuk mak. Dia datang lewat sikit sebab nak buat kejutan. Sampai je dia kat tempat yang dituju, diaorang pasang lilin dan lalu belkang mak dan kitaorang semua nyanyi..hahha..mak terkejut dan tersenyum riang..seronok bila tengok mak tersenyum. Mak tersenyum sebab anak-anaknya sanggup buat macam ni..hehe (yeke.)..yang penting mak gembira..oh lupa harijadi mak ni sama dengan anak buah nad Nasrullah..7.11.2013...gambar bergerak la pulak..tunggu kamera cantik la nanti..

Nak tau kitaorang makan kat mana..tunggu..menu apa..tungguu..haha..tapi nad tau korang mesti dah tau kat mana tempat tu..haahaha..tapi takpela..tunggu jele..hehe..daaa

hai assalammualaikum

Video Blogger Girls Ber Ice skating - entry sebelum ni nad ada cerita tentang bermain ice skating bersama blogger..tapi setakat cerita je mesti tak tau situasinya macam mana kan..hahahha..adalah seorang paparazi ni telah merakam aksi kitaorang bermain ice skating. Korang jangan gelak pulak bila tengok video ni. Nad tengok pun adeh tak tau la nak cakap ape. Hanya mampu gelak je dan senyum je. 

Ringkasan cerita la..bila empat blogger yang excited nak bermain ice skating. Lagi-lagi bogger yang bertudung biru tu. Pertama kali menjejakkan kaki ke ice skating dan tidak tahu langsung bemain benda alah ni. Masuk je ke tempat ice, pergerakannya seperti budak kecik yang baru hendak belajar bertatih atau berjalan. Terlihat seperti robot yang bergerak di kawasan ice itu dan tersangatla lambatnyer bergerak..terkedek-kedek macam itik. Bersyukur ade dua orang kawan yang mahir bermain ice skating membantu rakannya yang sangat sengsara bila nak bergerak.hahha..Sekurang-kurangnya dapat jugakla bergerak di tengah-tengah ice tu. Memori yang tidak dapat dilupakan bersama blogger-blogger cun-cun ni.



Terima kasih kepada paparazi ni yang bersusah payah mengambil dan menyiapkan video ini. Dia memang pro dalam bab-bab video ni. Paparazi ni jugak pandai mengambil gambar. Kalau korang tengok akan rasa terpegun. Sesiapa yang ingin merakamkan saat-saat indah dalam hidup atau ingin mengambil upah bergambar boleh hubunginya di

facebook: KEREX SNIPER


Video ni dah diedit semula disebabkan masalah teknikal. Sepatutnya lagu dalam video ni dinyanyikan oleh Amy Mastura tapi ada something wrong somewhere. Masa ni video ni masa gua tak pandai main, mayb next time akan diupload apabila nad dah pro bermain..hahhaa..tapi bila..itu tak taula..
hai assalammualaikum

Seorang blogger memang tidak akan puas dengan blognya selagi blog kepunyaannya tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Selain itu seorang blogger akan berfikir untuk meringankan lagi blognya supaya orang lain dapat membaca blognya dengan mudah dengan tidak meletakkan banyak gadget di situ. Selain entry yang menarik, rupa blog juga menarik perhatian pelawat lain. Bila anda jadi seorang blogger anda akan mula memilih template yang sesuai..dan masa tu anda akan mula berfikir macam mana nak mengedit blog. 

Pada mulanya nad buat blog dan nad edit sendiri blog nad. Masa tu tak berapa tau pasal edit ke coding ke..nad struggle belajar dari tutorial blog lain. zizan cakap " tawakal innahu dok try dok tahu "..hehhee..tu la nad. Sekali dah mengedit memang takkan berhenti selagi tak puas. Dulu nad edit sendiri sebab takda duit nak mintak tempah orang lain buatkan. So sekarang financial dah ok..bolehla tempah blog kat orang. Nad pun tak sempat nak mengedit dah sekarang sejak kerja ni dan tak banyak bab coding-coding ni. So nad decide nad nak tempah edit blog kat blogger ni. Sebelum ni nad penah tempah dengan dia gak. Ni dia edit nad punyer blog sebelum ni ( BLOG PUN NAK RAYA )Nad pilih dia sebab die buat mengikut citarasa nad dan lagi satu sebab MURAH....=). Blogger yang dimaksudkan

http://sheda-ucu.blogspot.com/
tekan gambar ni boleh terus ke blog sheda
Nad ni jenis yang simple dan tak rumit. Macam tu jugak dengan blog nad. Simple dan Elegant..wah kau macam baju plak..hahaha..sebelum tu Nad ada bagi lakaran dekat sheda. yela nak cakap satu-satu memang payah..Takut tak paham apa yang nad nak..so lakaran is mo better..kita terangkan sikit-sikit je..dan hasilnya..


Cool tak..Biru memang tak boleh dipisahkan..hahhaa..Inilah yang nad nak.Gambar tak besar, perkataan simple..dan paling best menu tab die. Dulu nad punyer kan over..sekarang simple..yang penting ringan.kemas dan teratur..Perempuan dengan motor tu nad taknak buang sebabnyer tu blogger Lisa yang bagi..smart oo takleh buang..Nah BACA SINI.. header pemberian adik lisa. Rindu dia..


Satu lagi nad tambah sebagai ending blog..simple je..takyah rumit2..heehe..done..saya berpuas hati dengan hasil tangan sheda..hehe..alamatnyer tahun depan kene tukar gak kot..yela tukar kepada Mrs..hahahha...k bye
hai assalammualaikum

Perkara paling best selepas selesai peringkat mengambil lesen adalah selepas mendapat Lesen P..Walaupun hanya Percubaan, tapi dah diizinkan untuk kau membawa kenderaan ke mana sahaja kau nak. Tapi jangan kau lupa untuk menampak pelekat P di kenderaan. Kalau tak itu menjadi kesalahan besar dalam undang-undang lesen. Lepas kau dapat je lesen P tu, kau akan belek sepuas hati..hahhaa..kau akan tengok berkali-kali dan akan cakap dalam hati..betul ke aku dah de lesen..betul ke..betul ke..


Tapi itu hanya sementara sebabnya kau akan masukkan lesen itu ke dalam dompet dan kau akan keluarkan dia semasa ada polis tahan kau nak tengok lesen. Selain itu sebab tarikh yang ditunjukkan adalah 2 tahun sebelum lesen full dan kau akan biarkan dia dalam dompet sebab kau pikir lama lagi nak renew. Kalau takda jangan harap kau nak keluarkan dan tengok..hahhaa..(kisah nad la ni..orang lain maybe tak kot). Nad amik lesen 2011. Sepanjang nad ada lesen memang dalam dompet dan semenjak kerja lagi la sibuk. Lupa dengan lesen dan tarikh luput dia.hahhaa. Nak dijadikan cerita, nad tersedar selepas cousin nad bagitau, itu pun sebab dia kemalangan dan die punyer lesen dah tamat tempoh. Nad dengan cousin amik tahun yang sama so kitaorang punyer expired lesen sama. Bila die cakap baru nad tengok lesen dan cakap Ya Allah..lesen dah mampuih..nasib baik masa tu tak balik Meru..kalau tak dengan lesen mati tetibe ade polis..mampuih den.

Keesokan harinya nad mintak John bawak pergi JPJ Padang Jawa. Sekarang nak renew lesen dah tak boleh dekat pos ofis. Semua kene buat dekat JPJ. Nasib baik Kampung Jawa dekat dgn Padang Jawa. First time la tukar lesen P ke full. Nad pergi awal pagi, cakap orang ofis nad masuk lambat. Jadi amik nombor giliran nombor 68. Sedaya upaya taknak tunggu lama dan taknak dapat nombor seratus lebih..hohoho..Masa tu dah pukul 8.30..kaunter buka satu je beb..ce bayangkan orang ramai, kaunter buka satu je..adeh la..nad ni punyerla tahan kencing sebab takut nombor terlepas..ada tu cina mengamuk sebab lambat, orang yang jaga nombor giliran cakap ade pekerja yang masuk cepat ada pekerja yang masuk lambat. Macam ni la kerja kerajaan. Bonus dah tinggi, masuk sukati depa je.

Dah dekat 9.30 baru kaunter buka banyak.. 1 jam lebih jugakla nad  tunggu..dengan tahan kencingnya lagi. Lepas nombor nad dipanggil, nad kene tunjukkan kad pengenalan dan Lesen lama. Selepas itu dia cakap nak buat sampai berapa tahun. Nad cakap setahun. Tapi dia cakap sekarang lesen ikut Tarikh Lahir. Nad punya dah terlebih tarikh then untuk samakan tarikh lahir jadi kene tambah duit. Bayaran untuk setahun mengikut tarikh lahir adalah RM 30..kalau dah terlebih tarikh tambahan RM 15. Then dia mintak gambar pasport. Nasib baik ada. Kalau takda boleh amik gambar dekat situ.


Pastu tunggu lagi untuk mendapat lesen baru ni siap. Kesimpulannya kene pergi awal kalau taknak tunggu lama. Bawak duit RM50 dalam tangan. Bawak kad pengenalan dan lesen. dan gambar pasport itu sahaja. Comey lesen i tau. Macam kad pengenalan.
hai assalammualaikum

Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam pada masa dahulu yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah. Makanya umat islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah islam ke mana sahaja. Kita harus merenung kembali, apakah rahsia yang menyebabkan kejayaan kegemilang perjuangan Rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke madinah? Baginda s.a.w. telah membangunkan aqidah dan akhlak, membasmi kegelapan syirik dan kufur,  akhlak buruk ditukar kepada akhlak yang baik dan mulia, dan memperkenalkan yang Ma'ruf untuk menggantikan yang mungkar (buruk dan keji) yang selama ini mencengkam kehidupan masyarakat serta kezaliman dan penindasan diganti dengan keadilan, persaudaraan dan kasih sayang. 


Hijrah pada zaman ini haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Ayat yang sering dugunakan  "Hari ini adalah lebih baik dari semalam... Hari esok lebih baik dari hari nie dan Hari-hari seterusnya lebih baik dari Hari-hari sebelumnya...." adakah masyarakat memahami sedalam-dalamnya maksud ayat ini? Manusia sering kali berazam untuk melakukan sesuatu yang lebih baik namun kadangkala semua itu hanya perkataan semata-mata. Tahun baru dalam Islam bukanlah sambutan perayaan atau simbolik semata-mata, tetapi membawa maksud yang lebih mendalam.

 Kemunduran berpunca daripada sempitnya akal fikiran, ketidaksanggupan manusia untuk berubah, kejahilan serta sikap tamak dan rakus yang natijahnya memakan diri dan masyarakat. Seperti terdapat lagi kes-kes pembunuhan, pembuangan bayi dan bermacam-macam lagi.Tahun baru adalah detik untuk setiap individu melakukan penilaian diri melalui proses muhasabah agar menjadi individu yang lebih baik.

Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, di mana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai yang kita amalkan. Pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh yakin pasti akan membuahkan hasil terbaik

SALAM MAAL HIJRAH






hai assalammualaikum

Selang beberapa kilang dari tempat nad kerja ada sekolah memandu. Bila tengok sekolah memandu tu teringat masa nad ambik lesen dulu..cuak, takut semua ada la..lagi-lagi bila nampak test JPJ..hohoo..biasalah siapa yang tak excited bila dah ada lesen P..boleh bawak kenderaan kemana sahaja tanpa rasa gerun bila adanyer pak polisi..(matlamat utama amik lesen..heehhe)..

Bukan senang nak dapat lesen P tau. Kene lalui beberapa peringkat, bayarannya plak boleh tahan. Ayah nad suruh ambil lesen lepas SPM, tapi disebabkan nad yang belum sangat berani nak bawak kereta, nad pendamkan dulu. Then masa masuk universiti kawan-kawan semua dah mula ambil lesen, jadi nad decide masa cuti panjang sem 7 nad nak ambil lesen. Pembayaran dibuat oleh ayah nad..hehee..(masa tu belum ada duit lagi..ayah nak sponsor)..Nad amik lesen motor dengan kereta. senang..

Setiap kali nak pergi mesti berdebar..haha..yela sebab nad pergi sorang-sorang..Tempat belajar moto dengan kereta berlainan. Belajar moto dekat Meru, kereta pulak dekat Shah Alam..sebab orang yang ngajar nad tu kawan ayah orang Shah Alam. Ini merupakan peringkat-peringkat yang perlu dilalui semasa nak mengambil lesen. 

  
 Cuak tak cuak nad ken pergi gak..Kalau tak sampai bila-bila nad takda lesen. Pertama sekali sampai dekat sekolah memandu semestinya kene daftar dahulu. Dah selesai segala dokumen yang dia nak, masuk la ke kelas yang telah disediakan.Inila yang dinamakan kursus KPP. Kelas ni la yang tersangatla boringnya. Dahla 5 jam, dengar orang tu bercakap. Mata pun makin lama makin mengantuk. Kadang-kadang curi-curi tido..hahhaha.. Tapi sekali ade orang tu buka pasal kemalangan terbeliak biji mata, tapi buat-buat tak tengok. Nad memang tak boleh tengok benda ni semua, sebab nad akan nervous bila nad bawak moto nanti. Bila terbayang takut jadi macam tu. Lagi-lagi banyak kemalangan motor sekarang ni. Dahla nad pergi kerja naik moto.. Ya Allah selamatkan aq setiap hari pergi dan balik kerja.

Setelah menduduki Kursus KPP, anda perlu membuat ujian teori berkomputer. Segala urusan nad dibuat oleh Pakcik yang ngajar nad bawak kereta. MAsa tu pun nad cuti, so nad amik masa berderet, cepat habis dan cepat dapat lesen..haha. Nad banyak buat latihan dekat buku yang diberikan. Akak nad cakap majoriti keluar soalan dekat buku tu. Perlu diingatkan, sebelum menjawab ujian tersebut, anda dikehendaki membuat ujian buta warna, ujian huruf, nombor dan warna dekat komputer tu jugak. Selepas itu baru keluar soalan berkenaan undang-undang jalan raya.  Staf di pusat ujian tersebut akan mengambil gambar anda dan anda dikenakan caj RM10. Markah minimum  atau lulus yang perlu anda perolehi adalah 42/50. Masa ni nad jantung degup laju, yela pikir tak lulus la, kene amik balik. Macam mana nak gune komputer ni, semuanyer blank masa ni..hahha..Alahmdulillah. nad lulus dapat 45/50..okla tu. Kalu tak lulus kene ulang balik ler.

Selepas dah lulus Ujian komputer tu, pada hari lain pula nad kene buat Kursus PRA-L (6 jam) untuk mendapatkan Lesen L. Macam nad, amik dua-dua lesen iaitu kereta dan moto. Jadi nad amik kursus PRA-L untuk moto dulu. Hari lain pulak untuk kereta. Penat weii.. Tapi disebabkan nak lesen ku gigihkan jua. Masa ni belajar la isyarat semasa memandu, belajar beramai-ramai dengan orang lain. Takdela malu sangat kan. Dah biasa bawak moto, so bawak jela macam biasa. Belajar signal la, brake, angkat tangan. hehe.. Tapi yang menakutkan bila bawak kereta. Ce bayangkan nad tak pernah langsung bawak kereta sekali bawak nah kau macam kuda..haha..mati saje. dahla nad amik dekat Shah Alam, banyak rouabout plak tu. Kenderaan takyah cakap la..banyak oo..

 

 


 

Disebabkan kegigihan nad..akhirnya dapat gak Lesen L..hhaha..bangga jap. Lesen Belajar Memandu (LDL) akan diperolehi 3 hari bekerja ke seminggu. Lesen L hanya sorang je boleh memndu. Kau tak boleh bawak penumpang. Kalau kau bawak memang kene saman la. Cari nahas namanyer. So takkan korang nak sampai lesen L je kot. Mana seronok kan.



Selepas tu, kalau nak teruskan ke lesen P, korang kene lalui Latihan Praktikal 8 jam. Latihan praktikal ini belajar dengan lebih mendalam lagi. Kalau moto kene belajar naik titi. Masa ni nad mula-mula cuak jugak, takut terjatuh kan, tapi selepas diajar dengan cik alhamdulillah boleh. pastu dengan tongkat dua. haha.. Perempuan kalau tongkat dua memang tak lepas tapi kalau masa nak amik lesen tenaga diaorang akan bertambah dan akan berjaya membuat tongkat dua..hahaha...tapi dah habis mesti lupa macam mana caranya.hahha..Kalau latihan untuk kereta masa ni keluar jalan raya, belajar naik bukit, parking dan 3 penjuru. Kalau ada orang sebelah memang semua boleh buat. Kalau kau sorang-sorang memang semua kau lupa..hahha..nad cakap dekat diri sendiri.


Latihan Praktikal akan ditambah 2 jam untuk Ujian Pra- JPJ. Sebelum ujian bersama JPJ kita akan buat ujian pra bersama dengan tenaga pengajar. Yela tenaga pengajar taknak bagi korang gagal. Kalau boleh nak semua bagi lulus. So sebelum berdepan dengan JPJ yang sebenar better buat dulu bagi ingat. Dah ingat senang. Tapi masa ni tenaga pengajar lain yang cek, dia akan cek jugak lulus ke tak. KAlau tak lulus kau takleh buat JPJ lagi. NAsib Nad lepas. KAlau moto memang takde hal la, kereta yang problemnyer sebab first time bawak. Tapi ok lepas..hehe..tapi ada kisah sedih..hohoh


Inilah benda yang ditunggu-tunggu oleh student iaitu Ujian JPJ Praktikal. Kita perlu berdepan dengan JPJ. Bersemangat, takut semua ada. JPJ jangan dibuat main-main. Muka dahla garang. Masa nad ambik Lesen ni bulan puasa. Cuba bayangkan panasnyer, dahaganya, macam nak pitam rasanya. Nak taknak kene tahan jela. Masa ujian dengan JPJ korang akan dipanggil mengikut giliran. Memang tak senang duduk kau. Lagi berdegup bila nombor kau dipanggil. Dahla semua orang tengok kau bawak. Kalau moto kene tongkat dua, cek lampu, signal. dan palig menggerunkan naik titi. Jatuh je kau terus gagal. Selepas itu buat brake emergency. Alhamdulillah moto nad lepas. 

Yang sedihnyer masa bawak kereta. Masa keluar jalan raya nad lepas, masa tu JPJ duduk sebelah nad perempuan. Mak haiihh muka garang, puasa plak tu masa tu. Masa nad bawak, masa tu dah nak balik ke sekolah memandu, nad lupa roundabout no berapa, adeh, nasib baik JPJ tu bagitau, pastu nad hampir terlanggar kereta orang, nasib die cepat-cepat tekan brake. Dalam hati adoii macam mana ni..doa dalam hati. Alhamdulillah nad lulus jalan raya. Mayb masa tu puasa dia baik sikit..hohoho..tapi sedihnya nad gagal masa dekat bukit..huaaa..boleh mengundur..sadis. dah kalau gagal situ takleh buat parking dengan 3 penjuru.=(..apakan daya kene repeat balik. dah kene bayar balik. takpela. Akhirnya Nad repeat dan nad lepas ketiga-tiga ujian tu..yeahh..alhamdulillah.



Akhir sekali benda yang ditungu-tungu setelah bersusah payah mengharunginyer. Lesen Memandu Percubaan P dah ada ditangan. Lesen P akan siap dalam masa 1 ke 3 hari berkerja. dah boleh memandu di jalanraya dengan memiliki lesen yang sah dan patuhilah undang-undang di jalanraya. Semoga anda sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. huhu..Seronok habis sebab dah boleh keluar sana sini. Tapi sedih takdok kereta. Haritu pakai kereta ayah habis tersagat dekat dinding. Terus takut nak guna kereta ayah..hohoho..nak kereta auto ler..senang sikit. Tapi duit takdok..hohoho

Lesen nad dah full..nanti nad buat entry pasal lesen full ni plak..=)