Hai assalammulaikum

Bersama dengan Khadijah Ibrahim dan blogger santai leeza.
 Inilah die owner pemilik khadijah's kitchen iaitu penyanyi tersohor yang mempunyai suara yang lantang dan merdu. Beliau ialah khadijah Ibrahim. Pertama kali berjumpa dengannya semasa pelancaran video brosur di restoran Khadijah's Kitchen sangatla teruja. Siapa yang taknak bergambar dengan artis kan. Jadi ambil peluang yang ada.

Cawangan baru restoran Khadijah's Kitchen di setapak sangar luas dan cantik. Khadijah Ibrahim bercakap mengenai restoran terbaharunya itu, dia sudah lama merancang untuk membuka sebuah lagi restoran dan baharu kini impian itu terlaksana selepas mendapat lokasi yang baik. Bagaimanapun kata Khadijah, dia tertarik untuk membuka restoran di Setapak kerana kebetulan lokasi restoran itu adalah tempat dia membesar suatu ketika dahulu yang banyak meninggalkan memori.

"Dulu kawasan ini hanyalah tanah terbiar dan saya membesar dan bersekolah di Setapak. Apabila melihat kawasan ini sudah maju dan berkembang saya cukup bangga."Membuka sebuah restoran di kawasan ini meninggalkan banyak memori kepada saya dan sebab itu juga saya memilih lokasi ini," katanya. ( sumber )

 Jelas Khadijah lagi, dia mengambil masa selama lima bulan untuk melancarkan restoran berkenaan dan turut melakukan kaji selidik mengenai makanan dan pelanggan. Sementara itu, Khadijah berkata, dia masih mengekalkan konsep restoran asalnya sepeti di Petaling Jaya dari segi dekorasi dan konsep selain mengekalkan menu yang menjadi kegemaran pelanggan. Jelas Khadijah, dia akan memastikan kualiti makanan yang disediakan akan terjaga selain mengambil kira kehendak pelanggan di kawasan tersebut.
"Selain menawarkan menu seperti mana di restoran Petaling Jaya saya turut membuat hidangan ala-carte dan menu set untuk pelanggan yang mengejar masa," katanya. ( sumber )


Masa ni ternampak pulak dengan Hail Amir. Sapa yang tak kenal dengan Hail Amir kan.  Hail Amir mencipta nama sebagai seorang penyanyi sekitar 1976 dan 1977. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang. Sering berduet dengan Uji Rashid pada era 1970an. Seorang lagi namanyer Sofea. Seorang pelakon kalau tak silap nad. Nad pun ingat-ingat lupa..hehee..


Makanan yang dihidangkan semasa pelancaran video brosur berlangsung.


Kalau korang rasa nak pergi ke KHADIJAH'S KITCHEN ni alamtnya

Petaling Jaya
Jalan Bukit 11/2, Seksyen 11, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia


Setapak
No 35G,PV 128,Jalan Genting Klang,53000, 
Setapak, Kuala Lumpur.




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Wahhh bestnya, dapat bergambar dengan legend lagi tu.. HUHU awat tak ajak? Sedih :(

    Mimpi Semalam

    ReplyDelete
  2. untunglah boleh bergambar ngan retis,, bukan satu pulak tu,, hehe

    ReplyDelete