hai assalammualaikum

Cempedak Goreng Sedap Kl Dekat Mana?? - Teringin makan cempedak goreng. Goreng dengan tepung, makan panas-panas, isinya yang lembut, lembik tu, rangup kulitnya, biji boleh makan, aduhh sedapnyaa..sambil taip, sambil terbayang ni oii..Telan je air liur ni duk terbayang. Kalau kat kampung, mesti senang je dapat. Cakap je mak, mesti mak boleh dapatkan cempedak. Tapi dekat Kuala Lumpur ni, celah mana nak cari cempedak goreng ni. Nak goreng sendiri kang tak sedap pulak. Nak cempedak goreng yang dah siap..sobsob..

Semalam misi mencari cempedak. Dekat bandar ni nak cari orang jual kuih susah betul. Ada kawan cakap area Taman Cempaka dekat Fiesta sana, kita pun pusing la mencari, dan mengharap adalah orang jual cempedak goreng sedap dekat situsitu. Tapi kecewa!!, takde orang jual kuih, ke sebab semalam hari Ahad, orang cuti..kohkohkoh..Nampak kedai durian berderet je..

Pusing lagi ke depan Midpoint..tengok satu-satu kedai menjual dekat situ. Mula nasi kukus, lepas tu ayam goreng..dannnnn akhirnya, nampak orang jual cempedak goreng. Terus cakap dengan mr mafia " hah tu cempedak goreng "..Ya Allah, masa tu gembira tak terkata. Dapat juga jumpa orang jual cempedak goreng. Rezeki nad haritu. Sambil cakap, " Fariza, rezeki mommy harini "..suka giler kau.

Cempedak Goreng Ku Kempunan Oii!!!

Pergi ke gerai pakcik tu, cakap berapa. Dia cakap besar RM1 kecik 3 biji RM1 kot..masa tu tinggal sikit. Pastu nad cakap beli semuala. 4 biji besar, 5 biji kecik semua RM8.. nampak tak bila dah kempunan tu..hahaha. Kita rembat semua..Lepas tu cepat-cepat masuk kereta ambil sebiji dan rasa.


Ok, yang nad makan ni sedap..sebab lembik dan rangup dekat luar..tapiii....


Bila sampai rumah, letak semua dalam pinggan, dan nak makan lagi. Tak sabar ni sebab tadi dah sedap. Sekali yang lain semua, tak sedap!!!!!..keras weii..nak nangis je rasanya. Dahla kempunan, kecewa kita dengan cempedak goreng pakcik ni..huaaa..pakcik dah hancurkan harapan mak buyung tau..sobsob..menangis kita.

Dah tak tau mana nak cari cempedak goreng sedap dekat kl ni hah..susah nor..




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. beli cempedak n buat sendiri nad..baru puas hati..hihi

    ReplyDelete
  2. mahal ke cempedak sekarang ni??belum musim kot sebab tu mahal.. kalau kat sini ada lagi kedai jual rm1 untuk 5-6 ulas.

    kalau musimnya nanti Nad beli sebiji , goreng sendiri nad..memang puas makan..Peniaga ni memang benda yang orang malas nak buat dia jual mahal.padahal sebiji cempedak tu harga 3-4 ringgit je..

    kat sini la..kat sana tak tahu sebiji harga berapa..hehehe

    ReplyDelete
  3. sekarang cempedak kalau beli yg siap goreng, harga dia cam beli karipap yg orang kene uli tepung, buat inti dll.. aritu tanye kat gerai orang jual area Nilai 3, karipap seketul RM1..walhal kecik jer..

    last2 kebetulan jiran ade jual cempedak, goreng sendiri.. berbaloi2 makan sampai tersandar kekenyangan..ekeke

    ReplyDelete
  4. salam...

    lama xmkn cempedak goreng ni..
    jgn kate goreng yang xgoreng pun xdpt mkkn..hehe

    ReplyDelete