hai assalammualaikum

Penjagaan Bawah Lengan Supaya Sentiasa Segar, Lembut Dan Licin.

Deodoran Nivea Protect & Care - Setiap hari, memang nad mesti pakai deodoran. Uishh, kalau tak pakai, tak selesa, dengan baunya lagi. Boleh pengsan..hahaha. Sekarang ni, semua tempat dekat tumbuh badan kita sama ada, sembunyi atau, tidak kena jaga tau. Barulah kita, dijauhi daripada sebarang penyakit. Setiap aspek dari tubuh memiliki peranan penting. Penjagaan bawah lengan atau istilah mudahnya ketiak juga perlu penjagaan yang baik, walaupun ia tempat yang tersembunyi, tapi bahagian ini juga perlu diambil berat agar selalu tampak lembut dan cerah.

Bahagian tersembunyi ni memang tempat yang sensitif. Masalah ketiak yang sering kita hadapi ialah apabila berpeluh, mesti berbau. Selain itu, bila kita bercukur dengan cara yang salah, hitam pulak jadinnya. Pernah korang rasa kulit bahagian ketiak kasar, gatal, atau teriritasi selepas proses pencukuran? Walaupun tidak dilihat oleh orang lain, tentunya perasaan tidak selesa itu dapat mengganggu diri sendiri kan. Lagi teruk, bila ia mengakibatkan luka kecil. Pernah juga terjadi dekat nad, adoi sakit..mungkin tersalah cukur. Ok ni info nad baru tau, semasa bercukur, serpihan yang disingkirkan mengandungi sebanyak 36 % kulit. Ish, ish..macam tu sekali erk.. Sebab tu pentingnya pakai deodoran ni. Perlu ada dan dibawa kemana sahaja. Apa yang penting , perlu memilih deodoran yang betul.
DEODORAN NIVEA PROTECT & CARE
Penjagaan Bawah lengan dengan Nivea Protect & Care


Deodoran Nivea Protect & Care

Hah!!, korang mesti pernah dengar jenama Nivea kan. Nad pernah guna deodoran Nivea ni. Nad pakai yang whitening, lepas tu Nivea pearl..hahaa. Deodoran Nivea ni memang dah menjadi deodoran kesukaan nad dulu. Sebab bila pakai, wangi dan best. Lagi best deodoran Nivea ni tak melekit. Kali ni nad cuba pulak Deodoran Nivea Protect & Care.

Nivea memperkenalkan Nivea Protect & Care, deodoran yang diperkaya dengan esen Nivea Creme, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan haruman yang lembut. Deodoran Nivea Protect & Care berikan perlindungan berpanjangan sehingga 48 jam dan kita akan rasa segar sepanjang hari. Formula inovatifnya yang lembut dapat menyuburkan dan memberikan bawah lengan menjadi lembut dan licin.

" Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,” kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. 


DEODORAN NIVEA PROTECT & CARE
Perlindungan Berpajangan Dengan Penjagaan Kulit Yang Lembut Dengan Nivea Protect & Care


Deodoran Nivea Protect & Care ni ada dua jenis, satu jenis roll, satu lagi jenis spray. Nad suka kedua-keduanya. Pakai pun tak melekit, selesa dan segar je. Bila bubuh je, terus dia meresap dekat kulit. Takdala tinggalkan kesan saki baki sikit dekat ketiak ni. Kalau ketiak korang jenis yang kasar dan pedih bila bercukur, nad syorkan, korang pakai Nivea Protect & Care ni, sebab bukan sahaja hilangkan bau badan, malah menjaga kulit korang menjadi lembut dan licin. Kulit bawah lengan pun sentiasa cantik je kan..

Harga
Deodoran Protect & Care Nivea roll: RM 17.50 ( 50 ml )
Deodoran Protect & Care Spray: RM 11.30 ( 150 ml )

Product Nivea deodoran ni boleh didapati di semua kedai, farmasi dan pasaraya berdekatan.

Nivea Care Run

Hah!!, nad ni kalau tak pregnant, mungkin akan join larian yang diadakan oleh Nivea Protect & Care ni. Nivea Care Run akan diadakan pada 29 Oktober 2017 pada hari Ahad. Korang yang suka berlari, suka dengan aktiviti ni, joinla larian ni. Ala, 5 kilometer je. Larian ni berlangsung di Presint 6 Putrajaya. Aktiviti ni bukan suka-suka je taula, tapi aktiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan.

Nivea Care Run

Best tu...Yuran penyertaan RM65 sahaja. Siapa yang join larian ni, akan dapat hadiah eksklusif Nivea Protect & Care bernilaI lebi RM100 dan pelbagai hadiah menarik yang lain semasa aktiviti larian ni.

Nivea Care Run Kit

Yuran penyertaan yang diperolehi akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang). Sambil berlari, sambil beramal jariah..ada artis akan turut serta, antaranya Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie.

Cepat-cepat daftar di www.niveacarerun.com.my

Untuk tau lebih lanjut lagi berkenaan Nivea boleh layari: www.facebook.com/mynivea






SHARE 7 comments

Add your comment

  1. ena mmg regular consume pakai nivea deadorant ni..mungkin serasi kot.. xde pulak rasa gatal2.. malah kulit makin cerah.. best sgt. kalau pakai jenama lain habis kulit jadi merah gatal2.

    ReplyDelete
  2. Memang dari dulu deodorant Nivea jadi pilihan, best sebab ia kering dan tak melekit.

    ReplyDelete
  3. menarik... nanti bolehn try la

    ReplyDelete
  4. Tarikh tak kena , kalau x join gak run tu

    ReplyDelete
  5. Dr zaman k.sal sekolah lagi Nivea dah jadi teman setia.

    ReplyDelete
  6. Memang best.. Bau dia tahan lama.. sembur malam esok pagi bau lagi.. huhu..

    ReplyDelete
  7. Dari dulu akak pakai nivea..tapi yang warna putih..tak pernah lagi yang biru ni.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2