hai assalammualaikum


Majlis Pelancaran Jonlivia Malaysia's 1st Activewear Lifestyle Club

Pertama kali nad dengar  jenama Jonlivia. Nama pun dah menarik, lagi nak tau apa produk di Jonlivia. Haritu nad pergi ke Majlis Pelancaran Jonlivia Malaysia's di SS2 Petaling Jaya. Sebenarnya Jonlivia ni merupakan satu jenama yang mengeluarkan pakaian gaya hidup aktif bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia berubah ke arah yang sihat semasa bersukan dan dalam pada masa yang sama bergaya untuk kelihatan cantik dan anggun dengan pakaian Jonlivia. Hah!!, semua barangan Jonlivia bukan sahaja untuk dipakai semasa bersukan, kalau nak pergi berjalan pun boleh pakai..serius style weii..Korang tengok sampai bawah ye..


Kalau korang nak tau, majlis ni dibuat di premis Jonlivia. Sebagai kelab gaya hidup yang pertama, premis Jonlivia ni bukan sekadar kedai jual barangan Jonlivia malah premis yang menggabungkan studio kecergasan pelbagai fungsi. Ini menunjukkan komitmen untuk memimpin ahli-ahlinya ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif.




Waktu tu event dibuat di bahagian studio. Majlis turut dihadiri oleh Lisdawati, Agnes, Meow, Jane, Syaa dan Emily datang untuk memeriahkan acara ini dan terdapat pelbagai hadiah bernilai lebih RM 500 untuk cabutan bertuah dan cabaran individu disediakan oleh penaja masing-masing. Nad tak lucky haritu..heehhe. Majlis haritu memang happening tau. Dengan pengacara yang awesome..heehe..


Satu pertunjukan fesyen juga telah dijalankan untuk memaparkan trend semasa dalam mengintegrasikan activewear ke dalam kehidupan seharian kita.



Pakaian Harian

Kan nad cakap barangan Jonlivia ni bukan sekadar untuk dipakai semasa bersukan, malah boleh dipakai sebagai pakaian harian..


Memang tertarik dengan barangan Jonlivia ni..nad dapat hotpants dari Jonlivia..best weii hotpants ni..nad dah pakai..sedap je..panas pun ye..diperbuat daripada bahan-bahan berprestasi tinggi dan menggabungkan teknologi terkini untuk memastikan bahawa produk-produknya sentiasa dalam trend dan up-to-date.








Pelbagai barangan yang dijual di Jonlivia Activewear Lifestyle Club, antaranya hot pants, bra sport, tshirt dan macam-macam lagi. Korang boleh tengok dekat gambar ni.



Keahlian Percuma


Bersempena dengan pelancaran JLC di SS2, Jonlivia menawarkan pelanggan keahlian percuma ke JLC. Sebahagian daripada faedah keahlian termasuk hidup akses percuma untuk terbang yoga, kelas Zumba, dan TRX di studio mereka; sesuatu yang anda tidak mahu ketinggalan..Lagi kata Mr Jon iaitu pemilik Jonlivia berkata akan ada banyak aktiviti dalam setahun ni..Best kann..nak tau macam mana nak dapatkan keahlian percuma ni boleh layari;
Jonlivia Lifestyle Club ( JLC )
No 70A, 70B, 70C,
Jalan SS2/67,
Petaling Jaya Selangor.
( Bersebelahan dengan Daorae Korean BBQ Restaurant )

Website: www.jonlivia.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/jonlivia
Instagram: https://www.instagram.com/jonlivia/




SHARE 26 comments

Add your comment

  1. Menarik hotpants tu, boleh beli untuk exercise lepas pantang nanti. Hehehee!

    ReplyDelete
  2. Wow..tertarik la pulak..sape tak nak maintain kan..hehhe..tq share Nad.

    ReplyDelete
  3. Tertarik ngan hotpants tuu..

    ReplyDelete
  4. Smart... tambah trend skrg banyak aktiviti mcm zumba.. boleh cari fitness dress kat sini..

    ReplyDelete
  5. Menarik gak sportswear kat sini.. 😍😍

    ReplyDelete
  6. Wah macam2 ada kat sini .. boleh la usha2 nanti..

    ReplyDelete
  7. Pernah tgk retis pakai sportswear ni...nampak selesa

    ReplyDelete
  8. Wow. Keahlian percuma. Jauh ler plak. Cntik ah seluar n baju dia..

    ReplyDelete
  9. Macam cantik je .. tq for sharing nad

    ReplyDelete
  10. owh koleksi sportswear... boleh le nnt p jenguk jugak sejak2 berazaam nak kurus ni hahahah

    ReplyDelete
  11. Menarik.. Kiranya skali kelas senam ye.. Cam nmpk selesa seluar yg nad pilih tu..

    ReplyDelete
  12. Kalau kualiti tinggi, harga murah. tak mustahil brand ni boleh naik nanti.

    ReplyDelete
  13. Banyak pilihan jugak alternatif pada brand yang mahal kat luar tu ...

    ReplyDelete
  14. jadi macam one stop centre gitu ....nak dapatkan outfit yg menarik kat situ pun boleh nak bersukan sekalipun boleh ....

    ReplyDelete
  15. orang yang pakai pakaian jenama ni, mesti seorang yang mudah dan ringkas ^_^ lagipun senang nak bergerak ke mana mana

    ReplyDelete
  16. Menarik ni.. tambah2 tgh strt aktif balik beraktiviti ni kan.. thanks for the info..

    ReplyDelete
  17. Hotpans dr J mmg sedap pakai... tapi tu la.. seksiee hehe

    ReplyDelete
  18. Cantik jg ye dsign2 yg ade ...

    ReplyDelete
  19. Wow. Keahlian percuma. Jauh ler plak. Cntik ah seluar n baju dia..

    ReplyDelete
  20. Menarik juga ni nad.. sukala dgn hotpants tu

    ReplyDelete
  21. hotpants tu memang nampak selesa dipakai, menarik!

    ReplyDelete
  22. pakaian sukan yang nampak selesa..
    JanjiKita

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2