hai assalammualaikum

Sekarang semua orang pakai Instagram sebagai media sosial untuk berkongsi gambar dan juga video. Instagram digunakan sebagai tempat untuk menyimpan koleksi gambar atau video untuk dijadikan sebagai kenangan dan berkongsi dengan orang ramai. Kalau sebelum ni nak tengok video ke apa, dalam youtube, tapi sekarang dekat Instagram pun dah boleh muatnaik video, tak kisahla video apa pun, contoh macam video personal, makeup, video parodi atau video lucu lain yang menarik perhatian orang lain. Macam nad, suka masukkan video Fariza dan makeup.

Sebelum ni Instagram hanya mengehadkan penggunanya untuk upload video dengan tempoh video cuma 15 saat, tapi kini Instagram meningkatkannya menjadi 1 minit atau 60 saat. Dengan tempoh yang lebih panjang daripada sebelumnya, Tapi kadangkala, ada juga masalah nak masukkan video dalam Instagram ni disebabkan ukuran file yang sangat besar atau video HD. ada juga walaupun fail sudah kecil tapi tetap saja tidak boleh di upload ke Instagram. Stress tau..hahaa..


Biasanya apabila gagal melakukan upload video ke Instagram, dia akan cakap " Video Tidak Boleh Dikirim " atau " Video Wasn't Posted " macam dalam gambar tu. Menyampah tau tak. Kadang ada job kerja tak lepas..dah buat banyak kali pun tak menjadi..haishh..bingung masa tu.

Padahal dekat rumah ni dah guna internet WiFi. Cari google, macam mana nak selesaikan masalah ni, tengok semua orang post sama je, suruh restart, bersihkan data, masalah internet dan Uninstall dan Install Semula Instagram. Memang sama je..jadi cari lagi cara lain. Cari punya cari dan akhirnya jumpa juga.

Cara yang nad jumpa ni, nad dah cuba sendiri dan ia berhasil. Dah takde masalah nak upload video dekat Instagram. Takde lagi perkataan " Video Wasn't Posted "..huh..


Cara Video Dapat Diupload Ke Instagram Tanpa Gagal

Caranya ialah dengan menginstall aplikasi Video Converter Android di Google Playstore. Dalam banyak-banyak video Converter, nad pilih yang warna biru tu iaitu Video Compact. Nad install satu-satu tengok mana yang mudah digunakan, dan yang Video compact nad pilih ni sangat mudah.


Bila korang tekan Video Compact tu, akan keluar Trim and Compress, Batch Comression dan Convert to MP4. Tekan yang convert tu MP4, masukkan video korang yang tak dapat diupload di Instagram. Keluar perkataan seperti dalam gamabr, tekan " OK ".



Selepas tu dia akan tunjuk rupa macam ni. Ok korang tekan je bentuk " < " dibahagian atas tu dan dia akan keluar korang nak share dekat mana. Ni contoh. Kalau nak share dekat Instagram, tekan sahaja Instagram.



Lepas tu tunggu sampai habis proses.


Tadaa..settle..tengokla perbezaan dua ni..hehee..

Selesai masalah nak post video dekat Instagram tanpa gagal. Nad tak pakar bab ni, tapi nad mencuba. Mungkin orang lain lebih arif nak selesaikan benda ni dengan mudah. Ni pun nad cari sendiri penyelesaiannya. Apa guna laptop, internet , google jela..hahaa. Tanya orang nanti remeh.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Yeyyyy!! Lepas ni boleh upload video panjang2. Tapi kalau nak masuk insta memang kena convert dulu. Guna phone pun kekadang file jadi besar.

    ReplyDelete
  2. Oooo compress. Bijaknya mak fariza nii

    ReplyDelete
  3. Oo baru taw camni. Kadang memang sllu jdi mcm ni. Payah nk upload ke ig.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2