hai assalammualaikum

Kunci Untuk Dapat Hati Senang Dan Jiwa Tenang - Dalam kehidupan ni, yang penting adalah untuk mendapatkan kesenangan hati dan ketenangan jiwa. Bila hati nak tenang, dan senang datang pulak masalah. Mungkin apa yang nad dapat daripada group whatsup ni, apa yang nad kongsikan ni dapat bantu korang untuk dapat ketenangan jiwa dan kesenangan hati.

Semoga apa yang nad kongsikan dapat memotivasi untuk hidup lebih tenang dan senang hati. Perjalanan hidup di atas muka bumi ini hanyalah sementara. Jalani hari-hari mu dengan sikap yang menggembiran diri sendiri disamping boleh menceriakan orang lain juga


Antara Kunci Untuk Dapat Hati Senang Dan Jiwa Tenang

1. Tidak Membenci
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.

2. Tidak Merungut
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.

3. Bersederhana
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

4. Bersangka Baik
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.

5. Selalu Senyum
Senyumlah walaupun hati terluka.

6. Selalu Memberi
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. Doa Tanpa Pengetahuan Mereka
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

8. Tidak Berdengki Dan Irihati
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. Mudah Memaafkan
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan

10. Hindari Permusuhan
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda.

Luaskan fikiran, jangan sempitkan. Setiap apa yang kta lihat, dengar memberi kita motivasi untuk lebih dekatkan diri kepada Allah.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

1 comments so far,Add yours

  1. Bila hati rasa tenang in shaa allah buat semua perkara kat dunia ni rasa lebih ikhlas dan positif vibes tue sentiasa ada disekeliling kita 😉

    Terima kasih untuk tip yang bermanfaat ni ☺

    ReplyDelete