hai assalammualaikum

Sebut je " jom cuti oii ".. senyuman tu dah ada. Lagi-lagi yang ajak tu keluarga sendiri. Memang syok dapat bercuti dengan keluarga. Percutian pertama untuk tahun baru ni. Saje nak rehatkan otak yang kusut ni. Nak hirup udara segar. Suka sangat bila dapat bercuti, lagi-lagi bila pergi ke tempat yang belum jejak dna nak snagat jejak.

Percutian kali ni, kakak nad yang rancang. Macam biasalah group whatsup menjadi penghubung. Bila dia cakap tarikh sekian-sekian, nad fikir dulu, tanya suami. Mula-mula, dia cakap ok, nad pergi je dengan anak, sebab dia nak uruskan kerja dia, lepas tu dalam beberapa minggu, dia nak ikut juga..hahaha. Siapa taknak ikut kalau ke tempat cantik kan.

Dah macam nak berperang

Bila tarikh dah ditentukan, 4 dan 5 March hari untuk bercuti. Pagi semalam dah siap kemas..hahhaa. Senang bila dah kemas awal, takde kelam kabut. Malam rehat dan tunggu hari esoknya nak bertolak.

Destinasi kitaorang sekeluarga ialah Pulau. Pulau mana, hah tunggu, nad akan update gambar dulu dekat instagram dengan facebook..hehe..Ala pulau dekat je. Tapi pulau ni memnag nak sangat pergi walaupun dalam Malaysia. Teruja sebab tak pernah pergi kan.

Pulau ni sesuai la untuk mereka yang nak pergi honeymoon. Percutian bajet katakan. Semuanya, kakak nad yang uruskan. Bab resort ke hotel tak berapa pasti. Yang oenting dekat dengan pantai. Alahai dah nampak dah air biru tu. Angin meniup kencang  Dengan gaya nad yang bertopi dan berkaca mata. Fariza juga dengan baju renang dia. Nak buat macam anak Cik Ta la..hahaha..pakai baju renang semua...uuu..

Bertolak pukul 8.00 pagi, kakak terajin buat sarapan karipap dan sandwich. Cukup mengenyangkan. Perjalanan selama 3 jam. Pulau tunggu aku naa...harap cuaca baik untuk buat semua aktiviti.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. wah.. mesti best ni.. lama tak pergi bercuti ni.

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat pergi bercuti. Macam saya student susah sangat nak cuti. Bila musim cuti, jaga anak pulak. Bagi peluang dengan MIL untuk berehat.

    Terkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9

    ReplyDelete
  3. wahh bestnya dpt bercutiiii ke pulauu.. :)

    ReplyDelete