hai assalammualaikum

Demam Dah Berjangkit Dekat Fariza Dah - Cuti sekolah balik kampung sebab suami kene outstation. Tak sangka pulak anak buah tengah demam, atuk Fariza pun tak sihat. Yela cuaca pun sekejap sejuk, sekejap panas. Fariza pulak, dah jumpa cousin dia memang suka, main jela. Jadinya bakteria pun merebakla.

Tiga hari dia masih ok, malam semalam dah start selsema dan macam tersekat dekat leher. Malam tadi, tidur tak selesa, asyik terjaga je. Pagi ni, tengah susu, tiba-tiba dia muntah. Muntah banyak pulak tu. Ni pertama kali dia muntah. Sebelum ni demam, ke ape ke, tak da muntah. Alahai anak mommy, tak sedap badan, badan panas.


Tropika Baby Herbal Cream

Lepas muntah, nad terus mandikan dia. Lepas tu, urut badan dia, kaki, kepala dengan minyak tropika herba. Sebelum ni guna batook ori dengan minyak anugerah bebe, tapi dua-dua dah habis. Kakak nad cadang cuba pakai minyak tropika herba ni. Lepas tu sapu sikit minyak bawang putih bakar.


Tropika baby herbal cream dengan ramuan minyak kelapa dara, minyak kayu putih, halia dan beberapa herba tropika lain membantu memberikan ketenangan kepada bayi.

Keistimewaan Tropika Baby Herbal Cream:
- krim tidak panas dan sesuai dengan bayi
- krim mudah meresap, tidak meleleh atay meleket
- krim tidak mempunyai sebarang bahan kimia
- krim dibuat daripada bahan asli

Sedap je kena urut. Alhamdulillah, ok dah dia. Demam dah baik sikit. Dah main dah. Kalau tak, tak sedap badan, nak mommy je..biasalah kan, kalau tak sihat, nak bermanja. Sekarang, Fariza tengah main dengan cousin dia.

Memang kalau demam, nad tetap mandikan dia dan sapu minyak bawang putih bakar. Wajib kene buat. Minyak telon sekali sapu.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

2 comments so far,Add yours

  1. alhamdulillah rasa lega sikit lepas muntah tu, semoga fariza cepat smbuh..amin =)

    ReplyDelete