Swarovski, Swarovski Zirconia, Swarovski Gemstone, C88 premier, C88 Jewellery, HWL Trading Sdn Bhd, Majlis tandatangan Perjanjian Branding Partner, Kilauan Permata,

hai assalammualaikum

Barang Kemas Dan Wanita 

Baru-baru ni, nad pergi ke suatu majlis barang kemas di Hotel Istana Kuala Lumpur. Semua barang kemas yang dipamerkan , dilengkapi dengan permata Swarovski. Tak berkelip mata nad bila tengok. dari jauh dah nampak bersinarnya permata Swarovski Zirconia ni.

Swarovski Zirconia..menawan hati sungguh

Cincin dan batu Zirconia..berkilau betul mata ni tengok

Mata perempuan ni, kalau bab benda berkilau memang suka sangat dan boleh buat orang terpukau. Apatah lagi kalau dapat memakainya. Tidak sah apabila seseorang wanita tidak menyukai barang kemas atau perhiasan. Pendek kata, tidak lengkap penampilan kita sebagai perempuan, jika tidak diserikan dengan sebentuk cincin, seutas rantai mahupun sepasang subang. Tak kira la emas atau silver.

Majlis Tandatangan Perjanjian Penjenaam Bersama C88 Premier Jewelry dan Swarovski Gemstone


Sesi Tandatangan Perjanjian Antara HWL Jewellery Trading Sdn Bhd brand C88 Premier dengan Swarovski Gemstone di Hotel Istana

Pada 25 January, telah berlangsungnya Majlis Tandatangan Perjanjian Penjenamaan Bersama Antara HWL Jewellery Trading Sdn Bhd brand C88 Premier dengan Swarovski Gemstone di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Majlis telah dihadiri oleh beberapa tetamu VIP, beberapa owner kedai emas, media dan blogger.

HWL Jewellery Trading Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1985 yang pada masa itu namanya ialah Hup Wee Lee Jewellry Trading Company telah berkecimpung dalam industri barang kemas sejak 30 tahun yang lalu dan memiliki 600 cawangan kedai emas di seluruh Malaysia. Membawa jenama CAP88, yang ditukar kepada C88 pada tahun 2009.

Aktiviti-aktiviti  Utama HWL Jewellery Trading Sdn Bhd:
- Membeli bahan-bahan mentah, merekabentuk, membuat and mengedar barang-barang kemas, kedua-dua emas and perak.
- C88 (brand asal) mempunyai sebanyak 600 pelanggan (kedai emas) di seluruh Malaysia.
- C88 Premier (brand baru yang akan kerjasama dengan Swarovski), akan melantik 60 kedai yang paling cemerlang di seluruh Malaysia untuk menjadi pengedar yang sah-nya.

Ciri-ciri Istimewa C88 Premier:

Keistimewaan C88 Premier


Satu pencapaian telah dibuat pada tahun 2016 iaitu kerjasama penjenamaan bersama Swarovski, kerjasama ini memberi keyakinan tulen yang mana sebuah syarikat international seperti Swarovski berada dalam product HWL Jewellery Trading Sdn Bhd. melalui kerjasama ini, product yang berkualiti lebih tinggi akan disediakan untuk pasaran Malaysia.

Mr Low Soon Tian, Pengarah HWL Jewellery Trading Sdn Bhd memeterai Perjanjian dengan CEO Zirconia

Tahun 2017 kali ni, menandakan satu kejayaan yang besar bagi HWL mereka masuk ke dalam kerjasama penjenamaan bersama dengan Swarovski Batu Permata, sebuah syarikat antarabangsa menghasilkan batu permata daripada standard tertinggi.

Terpukau Dengan Kilauan Permata Swarovski Zirconia

Nad memang suka barang kemas yang jenis banyak batu ni. Nampak lebih woww gitu kalau pakai. Melihat sendiri barang kemas dari Swarovski Zirconia yang dipamerkan di depan mata membuatkan diri ini terpukau dengan setiap kilauan permata Swarovski Zirconia. 


Batu Swarovski yang halus

Bentuknya yang halus, takut juga bila pegangnya, takut hilang..kita juga disalahnya kang..hhehe..Permata Swarovski dibuat khas dari Austrian pada tahun 1895. Sebab tu, Swarovski Zirconia ni sangat unik kerana bentuk pemotongan yang dibuat amat sempurna, teliti, kemas dan kilauan daripada batu tersebut membuatkan ia kelihatan mewah dan elegan. 

cantik kan..dahla warna biru

Swarovski gemstones

Untuk memastikan kesahihan atau ketulenan batu permata Swarovski, ia perlu dilihat dengan menggunakan mikroskopik. Yela takut tersalah beli yang palsu kan. Setiap Swarovski Zirconia ditandakan dengan mikroskopik laser ukiran" Swarovski Zirconia ". Simbol asal dan kualiti tidak dapat dilihat dengan mata kasar

Mata lip lap tengok set warna ungu ni

Cantik sungguh 

Kelebihan kolabarasi yang ditandatangani antara jenama C88 Premier dibawah HWL Jewellery Trading Sdn Bhd dengan Zirconia Swarovski telah memberikan satu kesempurnaan terhadap barang kemas. Dengan pembuatan barang kemas daripada C88 premier's internal ditambah pula dengan batu permata daripada Swarovski membuatkan koleksi barang kemas ni nampak eksklusif tetapi dengan harga yang masih kita mampu miliki samada ia digabungkan dengan 18K emas putih atau 22K emas kuning dengan harga RM799. Sesuai dengan taglinenya " Eternal Sparkles "


Mereka juga akan terus meningkatkan kualiti dan akan menghasilkan pelbagai lagi batu-batu permata yang pelbagai bentuk dan warna yang akan dipaparkan dalam produk masa depan mereka .Ini dijangka menjadi satu perubahan dalam industri barang kemas Malaysia. Pada masa yang sama mengenal pasti peluang perniagaan baru di peringkat antarabangsa, membawa kualiti dan barang kemas yang tahan lama untuk pasaran.

Hadiah untuk mereka yang dijemput..terima kasih

Antara cincin yang dijual..sila pilih

Nad tau ramai terpegun tengok barang kemas ni dari Swarovski ni, sedangkan nad sendiri tak sudah-sudah sebut "wah!! "..entah berapa banyak kali..hahaha. Korang kaum wanita yang sukakan batu permata macam ni, atau kepada kaum lelaki, yang nad hadiahkan isteri, mak atau tunang tu, belikan je barangan C88 Premier Jewellery ni, harga mampu milik. Korang boleh tengok details dekat link yang nad bagi dekat bawah ni. Terima kasih jemput kita..dah berbisik dekat suami..cantik pulak cincin tu..hehee

website : www.c88.my
Facebook : https://www.facebook.com/C88Premier
Instagram : https://www.instagram.com/C88Premier/










Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Cantiknyaa nad! fiza sukaa swarovski ni . Sekarang trend jam kan :)

    ReplyDelete
  2. mak aih..lip lap mata tengok swarovski ni berkilau2...klu life dpn mata lagi bulat2 mata tengok..

    ReplyDelete
  3. tak pernah ada koleksi swarovski ... kalau dapat sebijik ni, mau tidur tak lena hahaha

    ReplyDelete
  4. Wah cantiknya!! Kalau pakai cincin ada batu memang nampak lagi sweet kan? Penyeri di jari tangan

    ReplyDelete
  5. Owhhh...anak Nad yer ari tuh? dok recalled which one is Nad. Salam kenal dear. Hari tuh Nany pun pegi jugak. Best kan? bling sana bling sini. Silau sana silau sini. Hahah!

    ReplyDelete
  6. cantik nya...berpinar-pinar biji mata nengok.

    ReplyDelete