Rak Beroda, Rak Jimat Ruang Dapur, Rak 4 Tingkat, Rak Mudah alih, Rak plastik, Susun Atur, Dapur, Decoration, Tips

hai asslammualaikum

Hah!!, nad ni dah macam pindah rumah je, walaupun rumah ni dah lengkap dengan semua, tapi disebabkan banyak barang sampai rasa sempit je rumah ni. Perasaan seorang perempuan yang suka nampak kemas, memang akan perhati je benda apa yang patut dan tak ptut ada. Lagi-lagi bahagian dapur..huhuhu. Walaupun arwah mak mertua nad dah buat cantik kabinet kitchen, tapi paham-paham jela, barang orang tua ni, mesti banyak kan. Habis semua dah tak muat nak masuk barang lain. Sudahnya nak belila rak yang sesuai letak barang tapi jimat ruang.

Rak Jimat Ruang Dapur Beroda


Rak Jimat Ruang Dapur Beroda

Tengah cari google, Nad ada ternampak satu rak ni. Terus klik dan memang berkenan sangat. Memang rak macam ni nad cari. Dahla bertingkat, beroda pulak tu. Boleh selit dekat tempat yang sesuai. Terus save gambar. lepas tu tanya mr mafia. "Ok tak rak ni, boleh letak barang-barang yang dalam almari coklat. lepas tu almari coklat letak dekat luar, letak barang berkebun". Nad ada almari coklat memang nak keluarkan, sebab macam sempit je ruang dapur, banyak sangat perabot. Mr mafia cakap ok je. Lepas tu suruh pilih warna. Dia nak warna hijau..Ikutkan jela, sebab dia nak bahagian dapur fresh dengan warna hijau.

Nad pun pm la orang tu. Ok cepat sangat respon. Lepas tu kita dah deal nak beli semua, dah bank in, nak tau, barangnya sampai esoknya juga..hahaa..ekspress tak ekpress la..Nad beli dengan harga RM109 include postage. Nad ambil yang 4 tier ni. Banyak sikit tingkatnya kan.

Dah sampai..Excited nak pasang

Cantum-cantum je

Senang je pasang dia

Budak ni pun nak pasang

Bila sampai je, terus bersungguh nak pasang..hahaa. Tak sabar nak kemas rumah ni ha. Senang je nak pasang dia. Tinggal cantum-cantum dah siap. Anak korang pun boleh tolong..hehe. Dia jenis plastik, ada roda. Jadi bolehla tarik tolak.

Siap dah

Keadaan rak bila dah diisi barang. Ni bila dia ditarik

Rak ni nak letak barang-barang mandian yang dibeli, ridsect. Barang-barang biasa. Senang mr mafia nak cari. Kalau letak botol kicap ke sos ke, takut kotor la pulak. setakat ni letak tu dulu, nanti mungkin fikir cara lain nak letak apa. Sangat jimat ruang kan?  Dan kedudukan rak tu langsung tak mengganggu ruang2 lain yang ada dalam rumah ni.

Lagi cantik letak dekat sebelah peti ais dengan kabinet

Nad letak sebelah rak pinggan dan almari

Rak ni nak cantik selit antara peti ais dengan kabinet, tapi nad punya macam tak berapa sesuai. Nad letak la antara rak pinggan dengan almari coklat tu yang bakal dialihkan. Almari coklat tu akan diganti dengan oven yang ada dekat dapur. Nanti dapur memasak tu luas la sikit. Arwah mommy buat dapur ade dua bahagian, satu bahagian memasak, satu tempat letak barang. Dia bubuh dinding, mungkin nak halang asap dari lalu ke ruang tamu. Yela nak beli yang asap tu tak mampu kot. Tapi takpela, nad bersyukur, semuanya dah ada. Cuma kita kene pandai kemas je la sekarang.

Korang kalau nak beli rak ni, boleh beli di facebook Cute Baby Momma Boutique.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Ohhh menarik juga ni boleh menyelit2 macamtu. bila nak guna tarik je kan. Tunjuk kat mak ni mesti dia suka hehe.

    ReplyDelete
  2. Wahhh! Bagus ni.. nak beli jugaklah, memang memerlukan rak macam ni skrg

    ReplyDelete
  3. Rumah kami pn sempit..penuh brg. Idea yg bgus ni

    ReplyDelete
  4. Memang menjimatkan ruang, kadang2 ada barang yang tak perlu simpan dalam peti ais juga tetapi terpaksa simpan takut anak kacau... Nice info..

    ReplyDelete