Pusat Karaoke Klang, Pusat Karaoke Klang Parade, Hiburan, Pusat Karaoke Keluarga

hai assalammualaikum

Pusat Karaoke Terbaik Di Ksong Family KTV Klang Parade

Dah bertahun rasanya tak pergi pusat karaoke. Bila ada kawan ajak pergi karaoke, pergh bukan main laju kita cakap " nak "..hahaha..Gian nak pegang mikrofon, gian nak menyumbangkan suara ni, walaupun tak sedap, ada nad kisah..hahaa. Pulak tu, pusat karaoke yang dicadangkan berdekatan dengan rumah dekat kampung. Mana lagi, kalau bukan Pusat Karaoke Terbaik Di K Song Family KTV Klang Parade. Alang-alang waktu tu dekat Klang, kita join la sekali nak berkaraoke kan. Pusat Karaoke ni berada di tingkat 5, tingkat paling atas berdekatan dengan wayang GSC Cinema.





Harga dekat K Song Family KTV Klang Parade berbeza mengikut bilik, ada standard, medium dan large. Lagi besar ada bilik VIP sehingga VVIP. Harga juga berbeza mengikut hari biasa dan hari minggu dan waktu. Korang boleh tengok gamabr di atas. Untuk membership memang banyak kelebihannya...ada macam-macam promosi ada, korang baca sampai habis ye..

Enjoy Karaoke Di Ksong Family KTV Klang Parade


Nak berkaraoke, mana best sorang atau dua orang je kan, lagi best bawak ramai-ramai. Baru happening, enjoy beb..Malam tu geng blogger menghavockan pusat karaoke K Song Family KTV ni..Nak bawak budak, tak salah pun, sebab pusat karaoke untuk keluarga kan..Diaorang pun turut enjoy tengok kitaorang nyanyi ni ha..


Bila dah ramai ni, mestilah nak cari bilik yang selesa dan luas kan. Ni dia bilik kitaorang. Besar weii bilik dia..luas seluas-luasnya. .Macam ni punya bilik, memang nak melompat, nak menari, nak menyanyi dengan jalan sana sini boleh jee..hahaha..Bilik macam ni pun boleh muat lebih dari 20 orang. Memang sesuai korang bawak keluarga atau rakan-rakan berkaraoke dekat bilik macam ni. Nak buat party pun boleh. 

Bilik ni siap ada toilet, jadi takyahlah nak keluar masuk bilik semata nak ke toilet..huhuhu. Lagi bestnya skrin tv ada tiga biji. Mikrofon pun ada tiga, meroyan jap nampak mikrofon..hahaha.. dan monitor nak pilih lagu ada dua..hah!!.tak payah nak berebut-berebut bagai. Nadla paling teruja..hahahhaa..



Air lemonade


Kalau korang lapar atau haus, jangan risau, dekat sini ada jual snack, makanan dan minuman ringan, Ada nuggets, kentang goreng, hot dogs, snacks dan air lemonade. Air Lemonade ni akan dapat free kalau korang ambil 3 jam untuk large room and above. Jadi, masa nyanyi takdelah rasa lapar dan haus. Makin aktif adela..hehhee..Fariza mana dia layan orang nyanyi bila nampak makanan depan mata..hahaa..




Nak lagu apa, lagu lama, lagu terbaru, lagu english, chinese , semua ada. Malam tu, nad nyanyi lagu Faradhiya dan Perawan atau Janda..hahhaa..weii..seronok betull..siap menari semua bagai..hahhaa..Fariza tak, pernah tengok mommynya nyanyi..terpegun dia ade tu lain macam..hahaha




Bila nyanyi Perawan atau janda, sekali kawan chinese kita you allss..nyanyi sekali kau..hebat tak hebat si wendy ni ha..hahaha..kau jangan pandang sebelah mata je ok..Sound sistemnya bagi nad tersangat ok. Sedap je dengar. sebab tu nyanyi tanpa sedar dah lewat malam..hahaa..gila la..

Promosi K Song Family KTV Klang Parade


Kat sini bestnya sebab tak ramai orang. Hah korang boleh la ajak kawan-kawan lepaskan tension dekat sini. Lagi satu banyak pulak promosi yang dia buat. sana sini promosi..hehee..Promosi Ladies Night setiap hari selasa dan Khamis kecuali public holiday dari pukul 7 malam sehingga 3 pagi. 



Khas untuk mereka yang ada membership card.  Birthday party 50% off untuk bilik vvip. Midnight Promotion! Setiap Isnin hingga Khamis, jam 12 pagi hinga 3 pagi korang boleh dapat 20% OFF. Lagievery 3rd week of the month pun ada Member Day 20% OFF! Fuh berbaloi kalau korang ada membership card..

Apa lagi, karaoke la dekat sini

K Song Family KTV Klang Parade!
Lot 5F.20-23, Level 5, 
Klang Parade,
Jalan Meru, Klang.
Waktu Operasi: 
10 pagi hingga 3 pagi setiap hari.
Tel: 03 3359 6303
Instagram: @KSongKlangParade

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. dah lama tk pergi karaok haishhh masih busy kemas rumah pai skrg tk siap lagi hahaaha

    ReplyDelete
  2. luas ny !!! da mcm ruma ! =D best ny ! slesa tmpt kan =D

    ReplyDelete
  3. Amboi enjoy sakan laa korang, bestnya!

    ReplyDelete
  4. Hi, pls follow me, follow you back, thanks

    http://gezgiccift.blogspot.com.tr/

    ReplyDelete
  5. Lama rasanya tak karoks ni ... wife ada ajak hari tu kat hotel tapi tak jadi sbb mahal.

    Blog House Husband - Kerja Dari Rumah

    ReplyDelete