June 2015
hai assalammualaikum

Produk Yang berkesan Menghilangkan Parut - Parut!!!..siapa yang suka bila ada parut hitam tertinggal dekat badan, muka, tangan, atau kaki. Sangat tak cantik la bila ada parut ni. Parut ni mungkin terjadi disebabkan kemalangan,kudis,atau macam- macam lagi yang boleh meninggalkan kesan parut. Nad pun ada parut juga, alahai bila tengok berhari-hari memang sangat tak selesa.Rasa nak siat-siat je kulit ni..rimas dengan parut hitam-hitam ni. Hari-hari nak berangan yang seluruh badan ni nak selicin tanpa cacat cela pun..hahaa.. Kadang-kadang ada yang parut sejak dari kecil lagi tak hilang sebab tak jumpa produk yang sesuai untuk hilangkannya.

Ada je cara tradisional untuk menghilangkan parut ni..tapi siapa yang rajinla kan nak buat..Zaman sekarang semua dah canggih,mudah dan cepat. Jadi nak jimatkan masa untuk hilangkan kegusaran di hati pasal parut tu,nad senaraikan produk yang berkesan  untuk hilangkan parut di muka dan badan tu. Harga semua takde mahal..semua mampu milik ok..

1) Azanis Scar Serum


Azanis Scar Serum merupakan produk rawatan parut No 1 Terlaris di Malaysia. Banyak nad baca, memang produk Azanis ni yang terbaik..Azanis Scar Serum merupakan produk yang berupaya menolong menghilangkan kesan parut di muka dan badan walaupun parut itu sudah lebih 10 tahun!!..Ramai testimoni dah gunakan produk ni..memang berkesan. Alahai gumbiranya hati ni bila parut dah hilang kan. Takde lagi kesan-kesan hitam tu.

Azanis Scar Serum memang dikenali sebagai serum hilangkan parut. Secara amnya Azanis Scar Serum membantu untuk melembapkan kulit dan bertindak sebagai vitamin antioksidan yang mana ia akan memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah dengan radikal bebas agar tidak rosak dan menyebabkan penuaan awal. Satu lagi kelebihan Azanis Scar Serum adalah merawat parut tidak kira parut jerawat, parut akibat kemalangan atau parut disebabkan kulit sensitif.


Azanis Scar Serum begitu mudah digunakan. harus disapu pada parut dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari  sudah cukup untuk menghapuskan parut tegar yang ada dekat kulit kita ni ha. Pada parut baru, Azanis Scar Serum harus disapu hanya apabila luka telah sembuh, dan tidak boleh digunakan pada kulit yang luka. Azanis Scar Serum dijamin bantu memudarkan apa saja jenis parut seawal 3 minggu, tanpa bahan kimia merbahaya.

Disebabkan Azanis ni dapat feedback yang terbaik, permintaan untuk Azanis Scar Serum ni sangat meningkat sampai nad pun dah ikut terjebak membeli..memang terbaikk..parut dekat kaki akibat kudis semakin hilang..aummmm..suka-suka..


2) Bio Oil


Bio oil boleh memperbaiki parut di kulit, kerana, produk ini merupakan campuran unik minyak dari ekstrak tumbuhan semula jadi dan minyak pati semula jadi yang boleh membantu menjana semula kulit bermasalah. Di dalamnya ada kandungan Kalendula, Rosemary, Chamomile dan Lavender yang telah digunakan selama berabad-abad untuk melicinkan, mencerahkan dan menyelaraskan kulit.

Nah, selain mengandungi ektrak tumbuhan, ada lagi kandungan utama bio oil. Iaitu Vitamin A, yang memacu pembentukan kolagen baru dan membantu dalam peremajaan kulit, meningkatkan keanjalan dan memperbaiki tekstur dan warna kulit.
Bio Oil adalah minyak pakar penjagaan kulit yang membantu memperbaiki penampilan parut, kesan regangan dan tona kulit tidak sekata . Ia juga berkesan untuk baikpulih penuaan dan kulit kering.

Bio oil ni nad penah guna, biasalah tengok iklan macam menjadi je. Jadi nad beli la. Nad tonyoh la dekat parut tu setiap hari tapi hasilnya lambat. Lagi satu bio oil ni jenis berminyak..jadi akan rasa tak selesa la bila dah berminyak ni.


3) Dermatix


Dermatix adalah sejenis silikon Gel, digunakan untuk membantu menghalang parut luka-luka yang baru sembuh dan juga mengurangkan parut tidak matang menonjol. Ia diuji secara klinikal dan terbukti untuk melembutkan, meratakan dan melicinkan parut, dan melegakan gatal-gatal, sakit dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan mereka.

Dermatix mudah digunakan dengan kebanyakan bahagian-bahagian badan, termasuk muka, sendi dan lain-lain bahagian kulit. Ia dibekalkan dalam tiub 15g dan boleh didapati dengan atau tanpa preskripsi. Satu tiub 60 g juga boleh didapati untuk parut yang lebih besar.

4)  Mederma


Mederma terbukti secara klinikal dapat mengurangkan parut yang ketara. Ia merupakan salah satu rawatan parut yang terkemuka di dunia selama lebih 10 tahun. Dengan keberkesanan yang terbukti secara klinikal*, gel ini merawat parut lama dan baru. Formula gel proaktif menggalakkan proses penyembuhan kulit dan menjadikan parut kurang ketara.

Untuk hasil yang terbaik, gunakan Mederma sebaik saja luka tersebut tertutup atau jahitannya ditanggalkan - untuk sekurang-kurangnya 8 minggu pada parut baru dan 3-6 bulan pada parut lama. Tapi ape nad baca ada yang dah dua tahun guna, parut dia hilang sedikit je..tak taula kan..



Ni la produk yang nad pernah dengar dan ada yang nad pernah guna. Tapi nad syorkan better pilih produk yang cepat kesannya dan memuaskan hati kita kan. Siapa yang taknak kulit yang licin tanpa parut kan..kita ni memang susah nak tunggu lama-lama..jadi Azanis Scar serum la yang terbaik..Sebagai pengguna kene pilih-pilihan yang betul..lagi-lagi nak raya ni oiii...hehhe..



Sekarang ni ramai duk kalut nak mencari produk yang boleh menghilangkan parut di muka dan badan dengan mudah dan cepat.Meskipun demikian,tips dan petua orang dulu-dulu tidak boleh diketepikan.Ada jugak yang berguna dan menjadi.Contohnya penggunaan kulit kayu manis untuk menghilangkan parut di muka.Tapi,kena tahan pedihnya dek panahan kayu manis tu.Hehe.
Zaman sekarang semua dah canggih,mudah dan cepat.Jadi nak jimatkan masa untuk hilangkan kegusaran di hati pasal parut tu,saya ada satu cara yang sangat mudah untuk hilangkan parut di muka dan badan tu.InsyaAllah kita usaha,cuba dan tawakkal Allah izinkan.Mesti tak sabar nak tahu produk apa kan?heee.
hai assalammualaikum

Jom Masak Dan Menang Contest Dengan Mahsuri - Nah berita gembira untuk mereka yang gemar memasak. Korang berpeluang memenangi hadiah bernilai RM500 setiap pemenang yang terpilih. Mudah sahaja, beli la kicap Mahsuri di kedai berdekatan, lepas tu buat la masakan yang sedap dan mampu menarik penganjur. Mudah je kan. Buat masakan dengan kicap Mahsuri memang mudah oo..campak-campak gitu je..hehehe..


Sempena bulan Ramadan ini, jenama sos dan penambah perisa Mahsuri, membawa berita baik kepada mereka yang berbakat dalam masakan menerusi kempen terkininya, pertandingan ‘Masak dan Menang’ yang akan berlangsung dari 28 Mei hingga 8 Julai 2015.


Pertandingan ini mengundang mereka yang gemar memasak berkongsi gambar rekaan juadah Buka Puasa yang dihasilkan menggunakan produk Mahsuri menerusi halaman Facebook MyMahsuri berserta hashtag, #MyMahsuri dan #Manis / #Pedas / #Tiram / #Ayam. Lepas je korang masak, korang amik gambar lepas tu post kan ke laman facebook My Mahsuri dengan hastag sekali.

Setiap minggu, empat penyertaan paling kreatif akan memenangi hadiah wang tunai RM500 bagi setiap pemenang. Pertandingan selama enam minggu itu bakal menyaksikan 24 pemenang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM12,000 yang pastinya memeriahkan lagi sambutan Hari Raya mereka.

Selain itu, pemenang akan merasakan Ramadan mereka lebih bermakna apabila bakal menerima undangan daripada Mahsuri untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama keluarga ke satu daripada empat pertubuhan kebajikan. Mahsuri juga akan mendermakan sos kepada setiap rumah kebajikan terbabit selain menaja hidangan berbuka puasa.
Pertubuhan kebajikan yang terbabit dalam pertandingan ‘Masak dan Menang’ ini adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Nur Sakinah.
Untuk maklumat lanjut mengenai Mahsuri sila ke www.facebook.com/MyMahsuri
hai assalammualaikum


Check Up Kali Ke Tiga ; Suntikan Kancing Gigi - Macam biasalah rutin ibu hamil setiap bulan ialah membuat pemeriksaan. Takleh miss pun sebab nak tau perkembangan bayi dan ibu supaya sentaisa sihat dan dalam keadaan baik. Sekarang nad dah masuk 23 minggu bersamaan 5 bulan..alhamdulillah baby dengan mummy dalam keadaan baik. Dah 12 Ramadhan harini, nad masih kuat lagi puasa, baby pun sangat behave..sebab mummy dah cakap kita puasa penuh erk..hahhaha..mummy lagi aktif..nak kemas itu ini..tak boleh nak tengok rumah bersepah.

Sebenarnya nak cerita haritu buat check up kali ketiga, sampai sana, macam biasa mula-mula check benda yang sama. Check tekanan darah, berat, air kencing, ukur perut. Tapi tiba-tiba nurse cakap " semua sihat, baby ok, kandungan pun dah masuk 23 minggu..jadi bolehla buat suntikan kancing gigi"..erk..alamak kene suntik lagi ke..ingat masa mula-mula je kene buat lepas tu dah takda.(almaklumla pertama kali mengandung..ape kita tau)...huaaa..sangat tak suka kene suntikan ni..dengan jarumnya tu..tapi nak taknak kene buat jugak sebab sangat wajib suntikan Kancing Gigi ni ok..demi keselamatan baby.

Kenapa perlu suntikan Kancing Gigi?
Mestilah sebagai ibu nak tau untuk apa Kancing Gigi ni kan..informasi u alls so boleh kongsi dengan korang..walaupun korang dah tau..hahaha..Nurse tu cakap suntikan ni bertujuan membentuk antibodi bagi melindungi diri dan bayi dlam kandungan daripada kuman yang mudah dijangkiti melalui semasa bersalin. Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama. Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

Kancing gigi boleh mengakibatkan keretakan di tulang belakang, keregangan tendon, kesukaran untuk makan, kegagalan jantung dan trombosis. merupakan salah satu penyakit bahaya yang boleh membawa maut dan juga menjadi punca kematian di Asia dan juga Afrika. nak tau lebih lanjut boleh baca SINI


Lepas je kene suntikan..pergh 2 hari lenguh tangan ni ha..nurse cakap memang akan lenguh selama dua tiga hri gitu..part macam ni memang tak suka..sobsobsob..nak pakai baju pun susah..nak buat kerja lagila..yang jejaka mafia boleh pulak risau tahap teruk..hahaa..siap cakap "jomla pergi klinik, kenapa boleh macam ni"..lepas je nad cakap nurse cakap memang dua hari lenguh macam ni baru dia paham..apa-apa masa lenguh tu mintak dia tolong la..lepas je dua hari memang hilang lenguh dah..huhuhu...sekrang dah  5 bulan dah..semua cakap macam 2 bulan..
hai assalammualaikum

Resipi Mudah Untuk Bersahur - Hai assalammualaikum..wah dah seminggu kita berpuasa kan. Sekejap betul masa berlalu kan. Sekejap lagi mula sibuk nak buat persiapan hari raya..hahha..nampak tak..berkobar kau nak kemas rumah..hah bab puasa ni apa yang paling susah untuk si isteri ialah memikirkan apa yang nak dimasak..haha..30 hari puasa..30 hari dok pikir..hebat kan si isteri..padahal hari-hari dah masak tapi tetap kene pikir..ayoyoyo..


Ok ni nad bagi menu simple sangat..semudah abc..menu ni mak nad selalu buat kalau dah takde idea nak masak apa. Kira menu ni macam menu orang bujang la..hahhaa..walaupun menu ni simple tapi menu ni la yangbmenjadi kegemaran laki nad..haishh..laki nad ni cerewet sikit..hahaa,.susah nak ikut tekak dia..macam nad bedal je..tak sangka menu ni boleh jadi kesukaan dia..pelik nor..

Ape nama menu ni..hehhe..namanya ikan bilis goreng belacan...hah nampak tak..menu ni makan dengan telur kicap pun dah ummmphhh..bahan-bahannya ade empat je..senang..meh tengok resipi..
1) ikan bilis..wajib ooo..bahan utama ni
2) cili hijau besar ( dihiris)
3) bawag besar (dihiris)
4) belacan

Cara-caranya
1) Pertama sekali goreng ikan bilis tu..pilih ikan bilis yang rangup..lepas masak asingkan
2) Guna kuali lain letak minyak sedikit goreng cili hijau dan bawang besar bagi masak..jangan sampai lembik sangat..
3) Bubuh sedikit belacan..(agak-agak..jangan banyak sangat nanti masin)
4) bila belacan dan bercampur dengan cili dan bawang..terus masukkan ikan bilis rangup tu..gaul-gaul dalam 5 saat..terus angkat...
5) siap..takyah letak gula dan garam sebab ikan bilis dan belacan dah masin..gula pun takyoh..


Simple kan..hehhe..selamat mencuba


hai assalammualaikum

Lukisan Doodle Bunga Pemberian Blogger Dayang Deno - Selama ni nad selalu baca je kisah dia dekat blog. Mulanya nad kenal dia disebabkan lukisan doodle yang dia lukis. Memang tangan dia berseni..halus je lukisan doodle dia. Memang mengagumkan bila tengok lukisan doodle dia. Masa tu nad tak tau lagi dia ade sejenis penyakit sebab tak kenal dia dari mula. Then lepas mengikuti perkembangannya, baru tau dia seorang penyakit SLE (Systematic Lupus Erythematosus). 

Apa penyakit SLE ni?..ni info sedikit nad amik dari blogger Dayang Deno..
Jom kenali penyakit LUPUS

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigalaErythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di atas muka seorang pesakit kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan sebagai Discoid Lupus Erythematosus. Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenal pasti bahawa ramai orang yang mengidap Lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit, tapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus.

Nak tau cerita lebih pasal SLE bolehla bertanya kepada Dayang Deno..hehe..Deno ni seorang yang kuat..nad kagum dengan dia. Dia sentiasa positif dan tidak cepat mengalah. Bila nad baca blog dia berkenaan apa yang dilalui, dia perlu bergantung kepada ubatan-ubatan, bukan sikit tau..banyak..untuk terus sihat. Sebagai kawan blogger kita akan bagi sokongan dekat dia. Bagusnya dia ni, dia meluangkan masa dengan membuat doodle. Cari duit dengan melukis doodle..bagus kan..

Haritu masa majlis Sepetang Bersama Blogger, akhirnya nad berjumpa jugak dengan Deno ni. Sebenarnya dah lama nak jumpa..biasalah blogger kan..dah lama dok borak dekat blog, facebook..mesti nak jumpa face to face. Then bila jumpa, ingat pemalu ka, pendiam ka..tapi peramah habis..ada je benda dia nak cerita..arghhh happy sangat..hehehe..bercerita dari kita berkenala, pasal blog then pasal lukisan doodle yang Dayang Deno buat.

Selama ni tengok lukisan dia dekat Media Sosial je, tapi dapat tengok depan-depan memang amazing kau..fuh..macam mana dia boleh buat nad cakap??..dia cakap die lukis jela..haha..kalau nad lukis pun jadi la jugak tapi jadi ape ntah lepas tu..ahhaa..Deno cakap doodle ni lukis je la ape-ape..mesti jadi..percaya kepada tangan kita..bak kata kawan dia "orang lidi pun dianggap lukisan"..heehe..memang halus je lukisan dia..sampai masa kitaorang takde buat apa-apa dekat SBB dia sempat melukis...
Terima Kasih Deno sebab bagi lukisan doodle ni.hehe.happy giler..boleh frame dan gantung nanti..
Korang kalau nak berkenalan atau tempah doodle dengan Dayang Deno boleh pergi ke
Email : pinky_deeno@yahoo.com

hai assalammualaikum

Mensive Hair Tonic Membantu Mengatasi Masalah Keguguran Rambut - Adakah anda sedang dilanda oleh salah satu atau lebih daripada masalah berikut?
  • Rambut Gugur dan Jarang?
  • Akar Rambut Mati dan rambut beruban?
  • Rambut Nipis, Lesu dan Pecah?
  • Gatal-gatal Kulit Kepala atau berkudis?
  • Masalah Kelemumur?

Rambut ni ibarat mahkota kepada kita. Semua orang sukakan rambut yang sihat, cantik dan hitam bersinar. Masalah rambut gugur, beruban, jarang dan berkelumumur boleh menjadi satu perkara besar yang sangat ditakuti oleh kebanyakan kita tak kira lelaki dan wanita. Selalunya masalah rambut terjadi kepada mereka yang telah meningkat usia namun sekarang masalah keguguran rambut boleh juga terjadi kepada remaja dan orang muda ok. Muda-muda dan mengalami masalah rambut, mestila tak nampak bergaya kan.

Keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal. Sekiranya rambut gugur melebihi 50 hingga 100 helai sehari, itu bermakna keguguran rambut yang sangat serius..ohh my..cuba bayangkan setiap kali sikat, mandi mesti ada rambut gugur..kalau dikumpul rambut tu boleh jadi sebentuk bola..ok tu tersangat la terukk..

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut seperti pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan tekanan dan banyak lagi. Orang yang mengalami keguguran rambut sering mengalami gangguan emosi yang membimbangkan dan akhirnya membelanjakan banyak duit untuk mencari rawatan sesuai. Dengan keadaan zaman sekarang yang penyakitnya tidak mengenal siapa, umur dan jantina anda, kita sepatutnya berasa risau dan perlu bertindak sesuatu bagi menghalang masalah ini daripada terjadi secara berterusan. 


Rambut ni sangatlah sensitif jika kita tersalah pilih produk. Jadi nad nak perkenalkan satu produk yang mampu membantu korang yang mengalami masalah keguguran rambut iaitu Mensive Hair Produk.

Apa tu Mensive Hair Produk??
Mensive Hair Tonic adalah hair tonic pertama berasaskan air. 25 Kali lebih Serap ke akar rambut berbanding serum atau minyak. Selama ni selalu kita nampak produk untuk rambut kebanyakannya daripada serum dan minyak tapi kali ini Mensive Hair Tonic ni diperbuat berasaskan air. Berlainan kan!!.. Ditambah pula dgn cuaca Malaysia yg panas, penggunaan asas air sangat selesa utk si pemakai. Tengok botol pun dah menarik perhatian kan..hehe..sebenarnya Mensive Hair Tonic ni khas untuk lelaki tapi ramai permintaan perempuan pun boleh guna.

Company ni dulu merupakan pioneer pengeluaran industri minyak janggut dlm malaysia. Maksudnya khas untuk orang lelaki yang berjambang, berjanggut ni. Bila pelanggan mereka ramai tanya berkenaan produk untuk rambut maka keluarkah produk Mensive Hair Tonic ni.


Kandungan Mensive Hair Tonic
Mensive Hair Tonic Dibuat mengunakan teknologi estrak terkini dan kaya dengan estrak herba bermutu tinggi seperti Ginseng, Apple Stemcell, limau purut, avocado, kelapa dara, jojoba dan buah pala.

- Ginseng mmg dah lama terbukti dari zaman kuno cina mampu membantu menguatkan akar rambut, merangsang pertumbuhan rambut dan mengelak pertumbuhan uban.

- Apple Stemcell pula adalah antara penemuan baru scientice mengenai kebaikan dia terhadap mengekalkan kesuburan rambut.



Fungsi Mensive Hair Tonic
1) mengurangkan rambut gugur

2) menguatkan akar rambut

3) membantu pertumbuhan rambut baru

4) mengurangkan minyak pada kulit kepala

5) mengurangkan kelemumur

6) mengurangkan pertumbuhan uban

Cara Penggunaan Mensive Hair Tonic
Cara pakainya sangatlah mudah sesimple abc. Selepas mandi, keringkan rambut, spray sahaja ke kulit kepala. Urut sedikit n biarkan dia serap ke akar rambut. Mensive ni berasaskan air so takde la rasa melekit. Baunya sangat wangi dan akan rasa berangin, sejuk gitu yang akan menyegarkan kulit kepala. 

Berapa Lama Tahan?
Sebotol 60ml tahan utk1-2 bln.

Testimnoni pengguna Mensive Hair Tonic
Result positif boleh dilihat sepantas kurang dr 14 hari. (Boleh refer testimony). Ramai dah cuba ooo..memang berkesan..
   











Info sedikit Mensive Hair Tonic

1) Mensive hair tonic tidak datang dengan set, tidak perlu shampoo pelebat, tidak perlu serum pelebat, cukup hanya spray mensive hair tonic 2-3 Kali Sehari.
2) Produk ini Unisex, sesuai juga utk perempuan bertudung. Nampak kan bukan sahaja untuk lelaki malah perempuan juga.



Untuk maklumat lanjut boleh layari
website: www.mensive.my
Instagram: Mensive
Contact :   011-1322 9050