hai assalammualaikum

Tiada Gangguan Nyamuk Dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk- Apa korang rasa, bila nampak binatang mempunyai dua kepak, berwarna hitam putih, yang mempunyai muncung sedang enak hisap darah korang..pergh rasa panas je kan..dengan bunyi die "nyenggg..nyenggg..nyengg" yang menyakitkan telinga dok terbang sana sini dan menyebabkan tidur terganggu. Sekali binatang ni hinggap dekat pipi, sekali tu kita rasa nak matikan dia dan tampar pipi kita, tapi tak kena dan dia terbang..yang sakit pipi kau..adoiii..Geram je kan dengan binatang ni. Binatang ni adalah nyamuk. Sekali dia hisap akan meninggalkan kesan merah-merah dan gatal dekat tempat yang dihisap. Lama-lama di garu habis kudis semua.. ermmm..


Tengok punya sedap die lepak dekat kaki nad. Tengah nak cari port untuk hisap darah la tu..nggrr..Bila marah tu datang, mulalah amik spray nyamuk spray banyak-banyak. Mati memang mati tapi kita jugak yang sesak nafas sebab semburan daripada spray tu yang mempunyai bahan kimia. Nah sekarang zaman dah moden, macam-macam kita boleh buat tanpa menggunakan bahan kimia yang boleh memudaratkan.

Akhirnya nad temui juga salah satu produk yang mampu menghalau nyamuk tanpa menggunakan bahan kimia iaitu Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk. Nad dapat pun melalui giveaway yang kak mia jalankan (SINI ). Terima kasih kak mia. 


Produk ni adalah jenama bagi satu produk keluaran Syarikat Bugslock di Korea Selatan dan Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Produk Anti Nyamuk Yang Berkesan


Pertama kali nad tengok Produk anti Nyamuk yang unik dan cantik ni. Ia berbentuk Gelang dan boleh dipakai di pergelangan tangan atau kaki atau diletakkan dimana sahaja asalkn disisi kita. Bila dapat je nad terus guna Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Keberkesanan Bugslock Gelang ni memang telah diuji oleh nad sendiri dan ia merupakan produk anti nyamuk yang sangat menakjubkan berbanding produk-produk penghalau nyamuk yang lain.

Bau die sangat wangii, tiada lagi bau kimia, sebab produk anti nyamuk ini dihasilkan menggunakan 100% produk aroma wangian semulajadi iaitu citronella oil (serai wangi). Masa nad keluarkan dari pek khasnya pun nad dah bau..apatah lagi bila memakainya.. nyamuk pun taknak hinggap dah.

Bahan-bahan yang terkandung 100% semula jadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%) dan lengai (70%) .


Disebabkan sekarang musim hujan, pada waktu maghrib sampaila ke malam, nyamuk akan masuk ke rumah. Kadang-kadang bukan waktu malam sahaja, waktu siang pun ada. Tengah syok tengok tv boleh dia kacau..ngrr..Tidur pun macam tak tidur je kalau waktu malam, yela sikit-sikit kene gigit. Sejak menggunakan Bugslock Penghalau Nyamuk ni, nad dengan suami tidur amat lena. Tiada gigitan nyamuk, tiada gangguan nyamuk dan tak perlu guna spray nyamuk. Orang cakap apa, tidur mati..hahaha..Bila nyamuk datang je nad keluarkan Bugslock Gelang ni, nyamuk lari terus taknak dekat..hahaha..Serius..nad nampak sendiri..memang menakjubkan.

Dalam tandas pun nad bawak..hahaha. yela dekat tandas pun nyamuk ada..nak buang air besar pun tak senang..kadang gigit punggung kita..jadi bila pakai Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni..takde dah nyamuk datang. memang sekarang sejak ada Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni hidup nad dah tenteram..tenang je. Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni sesuai untuk semua peringkat umur, dari baby sampai ke tua. Selamat untuk baby dan tak bahaya kalau digigit.


Produk Anti Nyamuk yang berkesan, kecil dan ringan, jadi nad bawa ke mana sahaja. Sesuai digunakan pada bila-bila masa,  untuk aktiviti luar atau dalam rumah. Macam nad selalu ikut jejaka mafia pergi amik gambar dekat luar. Tau-tau jela kerja photographer, tak kira di mana sahaja tempat yang menarik pasti jejaka mafia akan pergi. Masuk hutan ke, tepi tasik, tepi pantai ke, dekat bandar ke, bangunan terbiar ke,..celah mana-mana jela, nyamuk pasti ada. Nak amik gambar yang cantik, semua kene statik, takleh gerak,kalau tak nanti gambar blur, tak lawa. Kadang-kadang jejaka mafia redha jela bila kene gigit. Balik mesti merah-merah badan dia.

 Tapi selalunya nad ikut jejaka mafia amik gambar waktu matahari terbenam dan masa tu lah nyamuk akan aktif dan keluar..Tengok dekat gambar tu, nad amik masa tu, jejaka mafia tengah amik gambar , dia pukul sana sini sebab kene gigitan nyamuk..sampai dia naik rimas..konon hisap rokok dapat halau nyamuk..kihkihkih..takde maknanya..


Tapi sejak ada Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni..dia relaks je amik gambar. Takde dah nak pukul sana sini. Nad yang duk teman ni pun, tenang je..bebas nak buat apa..dah tak risau tentang gigitan nyamuk..Sampai jejaka mafia cakap "baguslah gelang ni..takde dah nyamuk. Bolehla lepas ni pakai gelang ni ke mana saja abang pergi..nak masuk hutan pun tak risau".

Tengok kann..Bestnya Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk mudah dipakai dan dia tak longgar sebab ade lubang banyak khas untuk pergelangan tangan korang. Bertahan sampai 240 jam..lama idakk..lamaa kann..kalau korang takmau pakai, korang jangan letak merata, masukkan balik dalam pek khas die tu supaya tahan lama.


Cara Menggunakan  Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk..Mudah Dan senang


  • Potong bahagian atas pek (mengikut tanda yang disediakan).
  • Buka pek tersebut dan keluarkan gelang BUGSLOCK.
  • Pakaikan gelang tersebut pada bahagian yang bersesuaian.
  • Jangan buang pek tersebut untuk penyimpanan semula.  
  • Untuk penyimpanan,  masukkan gelang semula dalam pek dan seal semula pek tersebut. 

Elakkan nyamuk mendekati diri dan keluarga anda !!Elakkan Demam Denggi !
Memang bagus mereka yang mencipta Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Sebab apa, sebab ia amat sesuai untuk semua peringkat umur dan setiap keluarga. Disyorkan supaya setiap keluarga di Malaysia menggunakan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Produk Anti Nyamuk yang berkesan dan selamat digunakan. Keluarga pun bebas untuk beriadah bersama. Dapat mengelakkan penyakit denggi yang semakin meningkat di negara kita.


Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :-





Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. wah,,nampak best lah bugslock tu,,dah tak payah nak bertepuk2 bunuh nyamuk kan..hehe
    btw,,iqha singgah sini sambil klik nuffnang.. :)
    http://mylifemiqhaazmi.blogspot.com/2014/12/cara-nak-buat-duit.html
    do visit me and click ya,,tq :))

    ReplyDelete
  2. wow.menarik ni nad.. dh la musim denggi skrg ni

    ReplyDelete
  3. mama pun guna bugslock ni, memang berkesan, tak risau anak-anak main waktu petang dah.. dijamin takde gigitan nyamuk...


    ReplyDelete
  4. best pakai bugslock-gelang penghalau nyamuk nih,
    shad singgah dr segmen sama,
    http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/12/bugslock-gelang-penghalau-nyamuk.html

    ReplyDelete
  5. Terbaik!!!
    Good luck.
    Jom join GA ni untuk menang wang tunai sehingga RM200

    http://providenetwork.com/giveaway-mudah-di-providenetwork-com_tonton-video-menang-wang-tunai/

    ReplyDelete
  6. Salam... Terima kasih sudi berikan komitmen untuk review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2014/11/giveaway-bugslock-review-bugslock.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  7. Review yang menarik :).
    <a href="http://calrasepatrick.blogspot.com/>CalrasePatrick</a>

    ReplyDelete
  8. tahniah ya...

    http://www.mialiana.com/2014/12/pengumuman-pemenang-giveaway-bugslock.html

    ReplyDelete