hai assalammualaikum

Bawa Mona Ke Klinik Haiwan - Selalu tengok jugak dekat tv, kucing dibawa ke klinik untuk pemeriksaan. Selama ni, nad tak pernah pun bawak kucing-kucing nad pergi klinik sebab kucing kampung ni lain sikit, aktif terlebih dan akan pulih sendiri. Kebanyakan kucing nad la, walaupun selsema, sakit ke, diaorang rehat..pastu dalam beberapa hari ok dah. Yela, dekat kampung diaorang bebas nak buat ape. Keluar, merayau..tapi kucing bandar ni kene stay dalam rumah je..tak boleh keluarkan..takut jadi apa-apa. Dengan depan rumah jalan raya besar, dengan kereta lalu lalang..

Mona ni spesis kucing biasa. Haritu tiba-tiba je die sakit, Mengiyau-ngiyau..setiap malam. Pastu tengok dia cirit birit banyak sangat..sampai takleh duduk..Mona ni kitaorang ambik dia dekat Uptown Danau Kota. Masa tu jejaka mafia memang nak cari kucing betina untuk temankan Si Putih..yela Si Putih kan jantan, jadi paham-paham jela..lama jugak dia tahan nafsu dia tu. Nak cari kucing betina, mana boleh keluar, kucing kesayangan jejaka mafia kot...hahaa..jadi kitaorang pun nak carikan satu kucing betina untuk Si Putih. Masa tu pusing-pusing Uptaown Danau Kota konon nak cari yang gebus macam Si Putih tapi mahal,tup-tup terjumpa siapa yang nak bela kucing secara sukarela..Jadi dah alang-alang tu kami amik la Mona ni bawak balik..Mula-mula tu taknak jugak la dengan Si Putih..tapi lama-lama ok..Bagi nama Mona, tak tau kenapa..haha..sebab yang kakak Si Putih Si Molly namanya..tu dekat kampung..jadi nama kucing ni Mona la..Huruf M gitu..dah ade betina ni main setiap malam..hahaha..adeh..sampai tercirit hah..


 Sebab kitaorang dah bela, kitaorang la kene jaga makan minum sakit dia. Dah dia cirit birit, jejaka mafia suh bawak pergi klinik haiwan dekat Taman Melawati. Klinik tu selalu dia pergi, jadi dia dah biasa dengan klinik tu. Nad je tak biasa..hahaa..kesian dia..masuk dalam kereta senyap je..tahan sakit..


Sampai sana je, terus pergi dekat kaunter cakap kucing sakit nak jumpa doktor. Macam kite pergi klinik kene tanya semua details kan..sama la dengan kucing..nak tau nama kucing, warna apa, kucing tu spesis apa...Pastu bagi ic kite untuk buat kad klinik.


Settle semua tunggu la giliran.


Nama Mona pun dipanggil. Masuk la dalam bilik tu. Pastu ceritala die ni sakit sekian-sekian. Doktor pun cek..Si Mona ni takut dengan orang, die memang tak biasa dengan orang..yela baru amik, jadi nak biasakan dengan orang belum lagi.


 Doktor pun amik berat die. Lepas tu rasa perut Mona. Doktor pun cakap takut dia ada baby dalam perut tapi tak dapat kesan. Sebab die cakap, umur Mona sekarang dah boleh mengandung. Tapi tak pasti, atau sebab makanan. Doktor tu bagi ubat pil dekat Mona.. Senang pulak nad tengok die bagi makan ubat tu dekat Mona..Terus ubat tu Mona telan. Ade tiga biji pil dia bagi ubat dekat Mona.


Hah ni la ubat Mona. Pergh ubat macam ni mahai nor..dalam cuma ada 2 biji pil je setiap satu plastik ni..harganya RM60+++..mak aihh..ubat manusia pun banyak jugak..bolehla caya..ni 2 biji pil je setiap plastik..Takpela, rezeki jaga kucing ni..banyak kebaikkannya..Sentiasa ikhlas menjaganyaa..





Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. apa la sangat duit tu banding dengan kesihatan Mona :) Allah bagi pahala kita kalau berkorban untuk kucing kan

    Moga Mona sembuh ya, sian tengok dia lemah gitu

    ReplyDelete
  2. Untunglah Mona dapat owner yg penyayang mcm ni...

    ReplyDelete
  3. Pil yang doktor bagi senang je kucing makan.. maybe ubat/pil tu dicipta untuk menarik deria kucing tuk makan ubat tu kot..

    dulu dok fikir, makan ke kucing ubat2 dokter ni.. sekali bila hulur je terus dia makan..

    ReplyDelete
  4. Kesiannya tengok Mona.. terlentok lemah je tengok.. Mudah2an cepatlah dia sembuh ye... aamiin...

    ReplyDelete
  5. Uik...kalah harga kita demam...bapa koi selalu bawa kucingnya ke klinik haiwan kerajaan je

    ReplyDelete
  6. kak ana tak boleh ingat saat kehilangan jingga dan dua ekor lagi yang pernah kak ana jaga,semoga mona cepat2 sembuh... :)

    ReplyDelete
  7. ganas sgt si putih tue...aihhss cian mona.. cepat sihat ya mona

    ReplyDelete
  8. Rajinnya kak Nad bawak :) Nad pun tak pernah bawak kucing gi klinik haiwan..

    ReplyDelete
  9. Spt klinik manusia plak, lya pun da kucing kampung je

    ReplyDelete