hai assalammualaikum

Majlis Pelancaran Safi Rania Gold Terbaru - Siapa tak kenal dengan jenama Safi..produk ni memang terbaik dan halal. Nad pun pengguna Safi. Memang elok dekat muka nad, lagi-lagi pencuci muka dia. Rasa bersih je muka bila cuci. Dulu nad guna Safi Perfect 10 lepas tu ade keluaran terbaru Safi White Trilogy ( BACA DEKAT SINI ). Sampai sekarang nad kekal dengan Safi. 



Berbalik kepada tajuk entry, disebabkan nad pengguna Safi, nad mendapat jemputan untuk ke Majlis Pelancaran Safi Rania Gold yang terbaru di Royale Chulan Damansara. Majlis ini bertujuan memperkenalkan produk terbaru Safi Rania Gold yang lebih effective dan menampilkan duta terbaru mereka. Kalau sebelum ini Rozita Che wan, kali ni siapa agaknya..hehe..hah tunggu erk..baca sampai habis.

Safi Rania Gold Meremaja Dan Mencerahkan Kulit



Safi Rania Gold membawakan anda  inovasi kecantikan anti penuaan dari SAFI jenama halal no.1 Malaysia yang lebih berkesan bagi menzahirkan raut wajah lebih remaja dan cerah. Berikan nafas baru kepada wajah anda dan abadikan kejelitaan dengan SAFI RANIA GOLD rangkaian produk anti penuaan yang diperkaya dengan manfaat Bio Nano Emas 24k dan Protein Sutera.

Kombinasi hebat kedua-dua bahan aktif ini amat penting dalam menggalakkan penghasilan kolagen I dan Kolagen III agar kulit lebih anjal, malah mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara. Protein sutera juga diperkaya dengan 18 jenis asid amino yang membentuk lapisan perlindungan kulit serta merupakan ejen anti oksidan yang hebat.
  
Formulasi unik rangkaian  SAFI RANIA GOLD ini meresap ke dalam lapisan dermis kulit untuk merangsang proses sintesis kolagen, mengunci lembapan pada bahagian paling dasar kulit sekaligus menyegarkan  dan menganjalkan sel-sel kulit.

Produk Safi Rania Gold ni sesuai digunakan untuk mereka yang berumur 26 tahun ke atas. Siapa dah rasa ada kedutan, nak nampak anjal tu cubala Safi Rania Gold ni. Confirm nampak muda u allss..hehee



Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Mr Kumar Chander, Managing Director Wipro Unza (M) Sdn Bhd.


Selama ni kenal nama produk je, tapi tak tau siapa pengasas. Hah inilah dia pengasas dan pengurus kumpulan produk Safi. Nama gerangan Puan Mahsuri Sulaiman.. Anggun dan jelita kau.. Ramping macam anak dara...Dah menjadi isteri orang dan mempunyai 5 orang anak..cayo ke idakk..hehehe..ape lagi gunala Safi Rania Gold ni nak nampak awet muda..Hilangkan kedutan di wajah tu..  


Para Wanita sering terdedah kepada masalah penuaan pada usia yang muda lanjutan faktor biologi dan persekitaran. Yela dengan habuk, sinaran matahari dan cuaca yang tidak menentu, jadi untuk kekal muda remaja lebih lama mesti kene start dari sekarang. Berdasarkan hasil ujian klinikal yang dijalankan oleh Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Wipro Unza (M) Sdn Bhd, generasi terbaru SAFI RANIA GOLD ini menjadikan kulit sekurang-kurangnya 5 tahun lebih muda dalam masa 4 minggu berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan keatas 50 orang wanita Malaysia


Kata-kata Puan Mahsuri dalam majlis itu
“Kami memahami impian setiap wanita yang mahu sebuah rangkaian produk anti penuaan yang bukan sahaja dirumus khusus untuk menangani masalah penuaan malah mencerah dan meremajakan kulit. SAFI RANIA GOLD merealisasikan impian itu di dalam variasi produknya setiap satu dengan manfaat tambahan tersendiri dalam mengatasi masalah penuaan”

Pelancaran Safi Rania Gold 

Safi Rania Gold Telah dilancarkan pada tahun 2009, ia dipasarkan  sebagai produk anti penuaan kontemporari seiring kehendak syarak buat  para pengguna SAFI. Generasi terbaru SAFI RANIA GOLD ini hadir hebat dengan 12 seleksi produk lengkap rejim kecantikan anti penuaan anda. Manfaat khusus di dalam setiap variasi produk masing-masing diformulasi khusus untuk menangani masalah penuaan. 

Masa mula-mula nad dapat jemputan Safi Rania Gold ni, nad ternampak nama Nora Danish. Mula-mula konfius jugak, bukan dutanya Rozita Che Wan atau isteri Nabil Ahmad. Korang mesti tengok iklan kan. Oh, rupanya Nora Danish telah dilantik menjadi Duta Terbaru Safi Rania Gold yang terbaru. Memang layak la dia jadi duta Safi. Nora adalah seorang pelakon dan juga ibu. Rutin harian mesti penuh dan dia memerlukan produk yang mampu membuatkan wajahnya sentiasa nampak muda.

Memang saat yang dinantikan..jen jeng jeng





Penari dulu yang masuk..hehe




Tu dia..siap diangkat macam puteri..cantik, gebus je kulit dia. Seperti di Mesir je..




Menyempurnakan kehadiran produk anti penuaan bingkisan emas ini  adalah “Ratu Rania” SAFI RANIA GOLD Nora Danish – Beliau adalah potret keayuaan kontemporari wanita kini. Tersimpul keayuaan dan santun wanita melayu dalam estetika moden gaya beliau. Mempesona dan berkeyakinan, pelakon dan ibu ini adalah inspirasi wanita seusia dan pasti raut wajah remaja manfaat emas SAFI RANIA GOLD beliau pasti dimiliki kita bersama

 Memang sesuai Nora Danish menjadi duta Safi Rania Gold. Melihat kepada umur dan penampilannya yang sentiasa nampak muda dan lawa, memiliki kulit yang gebus, putih dan mempunyai raut wajah yang menawan walaupun sudah mempunyai seorang anak lelaki. Jom kita tengok apa kata Nora Danish tentang Safi Rania Gold.



“Ini adalah sebuah penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk menjadi teraju kepada SAFI RANIA GOLD sebuah jenama yang melengkapkan impian kecantikan setiap wanita Malaysia. Kembara cantik saya telah menemukan saya dengan sebuah rangkaian produk anti penuaan berkualiti, berpatutan dan semestinya halal. Saya juga amat teruja untuk berkongsi kepada para wanita tentang keberkesanan produk ini serta kepentingan untuk memulakan rejim kecantikan anti-penuaan dari awal bersama SAFI RANIA GOLD.” Jelas duta terbaru SAFI RANIA GOLD itu

Berbicara perihal penampilan dan kecantikan, Nora turut berkongsi lebih lanjut tentang rejim kecantikan emas SAFI RANIA GOLD beliau dan produk SAFI RANIA GOLD yang mesti ada bersama beliau, “Hanya dalam masa tiga minggu saya mula merasakan perubahan pada raut wajah. Perubahan ketara yang saya rasakan adalah kulit lebih anjal, kelihatan bermaya, cerah sekaligus memperlihatkan raut wajah remaja, serta kelembapan kulit juga dapat dirasakan”.

SAFI RANIA GOLD amat istimewa buat saya kerana ia memahami keperluan kulit wanita seusia saya dengan seleksi produk lengkap setiap satu dengan manfaat tambahan yang merawat masalah penuaan dengan khusus. Setiap satunya menjanjikan pengalaman kecantikan emas yang unik”.



“Tunggak kecantikan saya adalah empat produk SAFI RANIA GOLD yang setiap wanita juga harus ada, Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD membersihkan sisa kotoran pada kulit muka dengan berkesan diperhebat dengan manfaat KARNOSIN yang melindungi kulit dari radikal bebas, membuatkan kulit cerah dan sekata. Ia turut memberikan kelembapan dan kesegaran berpanjangan”.

Selepas membersihkan wajah, jangan lupa untuk memakai Serum Konsentrasi SAFI RANIA GOLD dengan lebih 50X BIO NANO EMAS 24K bersama kombinasi PROTEIN SUTERA. Gunakan serum pada muka dan leher anda, pastikan ia disapu pada urutan keatas. Ia mengandungi molekul yang lebih kecil dan efektif menyerap jauh ke dalam kulit untuk merangsang sintesis kolagen agar tanda penuaan pramatang diperlahankan sambil memperbaiki dan meningkatkan keanjalan wajah”.




 “Selepas pengunaan serum, pastikan anda memakai Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan perlindungan  SPF25PA++ diperhebatkan  dengan LIGHT DIFFUSING CRYSTALS yang mampu mengimbangkan tona kulit, justeru kulit tidak kelihatan pucat atau kekuningan”.

“Pada sebelah malam oleskan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD dengan manfaat PHYTO-SLC- krim bergel tanpa kesan melekit. Ia memulih, mencerah dan menganjalkan kulit dengan meningkatkan aktiviti sel serta penghasilan kolagen”. 

Dah nampak Rahsia kecantikan Rozita Che Wan dan Nora Danish...cubala Safi Rania Gold..
 
Bersama Kakitangan Safi

Orang kuat Safi. Kakitangan Safi yang berjaya merealisasikanimpian seorang wanita untuk nampak lebih anggun dan jelita.





Sekitar Majlis Pelancaran Safi Rania Gold. Selain daripada kami para blogger, ade juga dari media elektronik.









Pada hari itu kami disajikan dengan beberapa makanan yang sedap dan enak.



 Berjumpa dengan Blogger.



Selesai sudah majlis dengan jayanya..terima kasih Safi untuk goodies Safi Rania Gold Ni..nak nampak awet muda gitu..kot-kot leh jadi duta pulak lepas ni..hahaha...


Photo by : Kerex Sniper
Anything can call himfor Wedding, engagement, event, Graduation and Programme.



Bersama-sama kita abadikan kejelitaan. Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI dan SAFI RANIA GOLD sila layari laman 
Instagram:@safimalaysia 







Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Cantik sungguh nora danish. Tinggi juga dia

    ReplyDelete
  2. gambar nora danish yang kecoh tu . huuu

    ReplyDelete
  3. cantik gambar semua :D hehe

    namesherry.com

    ReplyDelete
  4. nora danish cantik akak pon cantik! hehe

    http://belogcikoreo.blogspot.com/2014/12/salam-perkenalan-dari-cik-oreo.html

    ReplyDelete
  5. terimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
    .

    ReplyDelete
  6. Nak tnya mula2 pakai safi rania gold muka mmng gatal ker ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pulak..saya pakai ok je tak gatal

      Delete