hai assalammualaikum

Facebook Kena Locked Sementara - Sejak beberapa minggu, nad memang jarang bukan facebook. Tiba-tiba semalam nak buka facebook, yela, nak tengok apa yang terbaru dekat facebook dan nak post something dekat facebook. Dah lama kan tak buka facebook, rasa lain macam bila tak buka.


Jadi malam semalam nak buka facebook, tiba-tiba keluar ayat macam dalam gambar. Dia cakap facebook akaun nad kena temporary locked sebab dikatakan ada attack dari " phishing". Nad memang tak cuak, sebab sebelum ni nad pernah kena macam ni. Beberapa kali jugakla kena. Masa pertama kali kena, memang cuak, tapi ni kali ke berapa ntah dah tak cuak..hahaha. Tapi terkejut juga sebab kali ni buat tak menjadi..adoii..nangis kejap, tak boleh tidur dari semalam.

Selalunya, keluar gambar tu,, nad tekan continue.Lepas tekan continue, macam pertama kali kena, nad kena tukar pasword. Banyak kali juga kena..dah sampai empat kali tukar pasword.

Kali kelima kena, bukan pasword dah..tekan continue, dia suruh buat pilihan sama ada
- pilih kawan daripada kawan yang ditagged yang ditunjuk
- pilih recent comment timeline facebook


Antara dua ni, nad pilih kawan yang akan ditagged. Senang sikit sebab nad kenal kawan-kawan nad ( contoh gambar di atas. Maaf madi, kuar gambar u. Masukkan dalam blog ni..nak bagi contoh ). Masa buat tu nasib nad kenal semua kawan yang di tag. Selesai semua lima gambar keluar, dia ketatkan lagi security suruh tukar pasword sekali lagi. Tukar, lepas tu alhamdulillah boleh login facebook semula.


Tapi kali ni, jadi lain, lepas tekan continue gambar atas tu, dia keluar ayat cannot vrify identity. Aduh..apa nak buat ni. Dahla nak post job. Jadi pula macam ni.

Siang tu bagitau kawan-kawan blogger apa nak buat, diaorang pun cakap continue. Tapi masalahnya nad dah tekan continue, cuma dia tak boleh cam verify identiti. Diaorang suruh sabar, buat nanti semula. Nad dah tak tentu hala. Ada sorang kawan blogger nak tolong, tapi tempat opis dia kene block fb. Jadi tak dapat buat..hahaha..adoii. Jadi whastup mr mafia, suruh dia tolong.

Kot dia boleh buat dekat komputer dia. Nad dekat kampung, mungkin kat telefon tak dapat buat, dekat komputer baru boleh buat..Masa tu mr mafia tolongla. Kita pun bagila pasword dan email. Sekali mr mafia buat boleh. Dia tekan continue jadi macam pilihan atas sama ada pilih kawan atau recent comment. Jadi nad mintak dia pilih kawan yang akan ditagged. Jadi, dia hantarla gambar yang ditagged tuyang. Nad cam tiga gambar,, lagi dua gambar tak cam..arghh sudahh..risau lagi takut kena blocked terus.

Tapi mr mafia cakap, takpe ada satu lagi pilihan, dia hantar code dekat telefon kita, lepas tu tukar pasword. Nad kata ok. Lepas code hantar dekat telefon nad, terus nad bagitau mr mafia. Setel masuk code mintak masuk pasword baru. Hah!! Buat lagi pasword baru, yang ke berapa ntah.hahaha..memang kena tulis dekat buku pasword ni. Kang lupa naya nad.

Lepas tu nad cuba login semula, alhamdulillah ok. Hilang cuak nad kejap. Terika kasih mr mafia. Nasib ade suami tolong..kalau tak, muram jap kita. Fuh. Dia kata mungkin nad ada tekan link yang sepatutnya atau spam. Dia ada cakap satu apps ni, mungkin apps ni yang nad tekan dan yang spam. Sebab tu jadi gitu. Eee jahat apps ni tau. Jadinya nad mintak dia buang. Syohh..

Pesanan, jangan tekan link yang ntah apa-apa atau link yang permainan facebook.tu macam anda bakal kerja apa, berapa umur anda, eh macam-macamla.. kalau nak selamat facebook. Ni pun nad tengah nak, padam apa yang tak berkaitan dekat facebook. Takutt!!!!..

Nad baca ramai yang kena ni. Ada yang dapat diselamatkan..ada yang macam tak.
hai assalammualaikum

Happy Birthday Althea Korea - Happy Birthday To Althea Korea yang kedua. Tahniah kepada Althea sebab dah dua tahun dalam industri kecantikan shoping online. Nad suka sangat shoping dekat Althea, bukan sahaja dapat box yang comel, malah harganya yang murah dan dari Korea. Kebanyakan barang makeup nad semuanya dari Althea. Lengkap dah barang makeup kita..hehehe..Suka betul..Barang semua berkualiti, tau.

Hadiah Sempena Birthday Althea

Berita gembira untuk korang sempena birthday Althea ni. Althea juga nak kongsi kegembiraan bersama korang semua sambut birthday Althea dengan bagi korang macam-macam hadiah..woww best kan..Ada macam-macam korang akan dapat sempena birthday Althea korea Julai ni..antaranya
- birthday sale
- free product giveaway
- Althea Birthday Limited Edition Box + DIY Bday Kit
- Contest to win prizes


Happy Birthday Althea Korea Yang Kedua

Dikesempatan ini, nad nak wish semoga Althea Korea terus success dan sentiasa gembirakan kami para wanita dengan barangan makeup dan skincare yang awesomee..yihuu..I love Althea Korea. Lago bertambah gembira bila nad dapat hadiah daripada Althea. Sesuatu yang mengujakan bila birthday nad 18 Julai haritu, sama bulan dengan Althea, dan nad dapat hadiah daripada Althea. Terima kasih Althea, sebab selalu buat nad tersenyum, bila dapat voucher dan nad boleh pilih barang apa yang nad suka. Barang makeup dan skincare Althea memang best. Korang akan rambang mata bila tengok..hehehe.

Korang nak tengok apa yang nad pilih dekat Althea. Hah!!, ni nad nak kongsi dengan korang semua. Selalunya, nad akan pilih barang yang belum ada dalam senarai mkeup nad..hehehe..Jadi, tak rasa membazir bila beli. Barang yang nad beli ialah eyelash, nail care, mini berry cherry lip balm, sebum mineral powder, panda dream white hand cream dan sikat rambut.


My eyelash curler nad pilih sebab nad belum ada lagi. Nak lentikkan bulu mata ni, sebelum pakai maskara, pakai la eyelash ni. Biar melentikkau..hehehe.



Barang kedua, nail care set. Nad memang tengah cari barang untuk cantikkan kuku ni. Kuku nad pun bukan lawa. Nampak pulak nail care set. Cute je..hahaa. Jadinya kita ambikla. Benda kecik tu boleh ditukar yang mana kota nak. Nail care set ni guna nateri je.



Untuk bibir, nad pilih cherry lip balm. Bentuknya yang cute, pakai kat bibir, lagi cute. Lembap je bibir. Bersinar je bibir kita ni ha..hehehe.. Ni Fariza nampak,memang dia bawak lari ni. Bau pun wangi, bau cherry gitu.


Barang untuk muka, nad pilih sebum mineral powder. Haritu ada kawan cadangkan pakai sebum mineral powder dari innisfree ni sebab best. Nad baca feedback pun semua kata best. Jadinya kita ambil la. Sebum ni guna dekat bawah mata, bila kita selalu tengok tutorial, diaorang guna tranculent powder. Hah, nad pun nak cuba pakai la kan...hehehe.



Barang seterusnya ialah untuk tangan jadi putih..hehhee. Pandas dream white hand cream. Nad tak cuba lagi pakai, jadi tak tau tangan jadi putih ke tak..hehhee. Nanti nad pakai ye. Kalau berkesan, bagus ni. Boleh beli lagi. Putih tangan kita tau..hehehe. Bekas dia pun comel. Panda gitu..ada dua jenis barang panda nad ada, satu krim tangan ni, satu lagi maskara. Maskara tu nad ada cerita dekat SINI. Korang boleh baca.


Barang terakhir nad pilih ialah sikat rambut..hehhe. Mesti pelik kan, sikat rambut pun beli dekat Althea. Hey..kau jangan tak tau, sikat rambut ni besar, lembut pulak tu bila sikat rambut kita yang kasar ni. Tak sakit kepala bila sikat. Sikat rambut anak kita pun dia suka je. Dah la besar, murah pulak tu. Dalam RM6 je. Tengok orang lain beli macam best je. Jadi kita pun nak cuba.


Ni barang percuma sempena Althea birthday. Macam-macam dapat. Nad suka..nad suka..


Terima kasih Althea untuk kesemua barang ni. Korang tunggu apa lagi, takkan nak tengok nad punya je, takkan nad seronok sorang-sorang, korang pun mesti la join sekali sempena birthday Althea ni juga. Cepat- cepat shoping barangan Althea, sebab banyak hadiah menarik menanti korang sempen birthday Althea. Promosi ni berlangsung sehingg 31 Julai ni tau..

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari
Website: www.althea.kr
Facebook: Althea Korea
Instagram: Althea Korea
hai assalammualaikum

Segar Tekak Minum ABC - Bila dekat kampung ni, kau nak apa cakap je. Semuanya ada. Naik moto, carilah dekat tepi jalan, mesti jumpa. Kalau malas keluar, pesan je dekat sesiapa yang rajin nak keluar, tolong belikan..hahaha.

Haritu, tiba-tiba tekak nak minum ABC, air batu campur. Dah la cuaca pun tengah panas. Masa tu kakak pulak nak keluar pergi kedai, alang-alang pesan je dengan dia mintak belikan ABC. Nasib dia nak..sebab sebelum ni nad cari, tapi kedai tu tutup. Kempunan sangat dah.



Nasib baik kakak pergi aritu, kedai tepi jalan tu buka. Dapatla akhirnya makan, ABC. Bungkus macam ni, terus hirup je, leganyaa. Rasa nikmat masuk tekak, arrhhh..sedap..hehehe. Hirup-hirup sampai tak ingat apa dah. Bila dah dapat ABC, tekak ni pulak nak minum cendol..eh ngda-ngada tau.

Takpe, nanti kita cari cendol juga. Duit pun tgh save ni..hahahha. Sebab tu bila balik kampung, duit kena sentiasa ada. Sebab mesti teringin nk macam-macam..
hai assalammualaikum

Kutip Duit Raya - Teringat dulu, masa kecik-kecik, Hari Raya la yang ditunggu, sebab waktu tu cuma fikir duit raya sahaja. Gila tak seronok bila dapat duit..haaha. Setiap pagi raya, akan berkumpul dengan sepupu-sepupu. Lepastu, bincang, nak pergi rumah siapa dulu. Selesai, maka jalankan misi.

Dulu raya rumah orang memang makan kuih. Bukan macam budak sekarang. Masuk datang raya, borak-borak minum air, tak tengok kuih pun..hahhaa..ada tu tak jamah kuih pun. Dalam masa beberapa saat,, cakap " cik kami nak balik "..siap-siap beratur, berebut salam semata nak duit raya je..perubahan dunia ke zaman moden..adab pun dah kurang.


Ok, lupakan berkenaan itu. Kisahnya, mommy yang terlebih excited bila anak dapat duit raya..haaha. Ibarat macam mommy yang dapat duit raya, sebab simpan dalam beg mommy..hahhaa. Yela anak tak tau nak simpan lagi, kang dicampaknya ke mana ntah nanti. Jangan risau Fariza, mommy awak ni boleh dipercayai. Nad takkan sesekali guna duit anak. Duit dia, dia punyala..untuk disimpan. Nanti dah besar,dah bergunung duit Fariza. Yela, barang pun makin lama makin mahal, kita tak tau, waktu study nanti yuran pun mahal. Jadi, mulai Fariza dapat duit raya dari dia lahir lagi, duit dia nad simpan.

Jangan jadi macam mommy atau daddy, kecik-kecik tak simpan duit. Sekarang dah susah..huhuhu..dah tua baru belajar nak menyimpan.


Masa mengira duit raya anak memang syok..hehehe. Rambang mata tengok duit anak..hahaa. Mula la terfikir, kan bagus jadi budak, dapat duit raya..Sekarang dah kawin, kita yang kena bagi duit raya..hahhaa.

Insyallah,duit dia akan digunakan bila dia besar nanti.
hai assalammualaikum

Dah Mula Memanjat - Dari semasa ke semasa nad nampak perubahan perangai anak ni. Anak perempuan yang tengah banyak akal dia. Anak perempuan yang otak dia tengah berhubung. Bila dah berhubung, adalah perkara baru yang dia akan buat. Masalahnya,benda yang dia buat ekstrem sangat..haishla anak perempuan kita sorang ni.

Haritu panjat tangga, dah sampai ke bilik kerja daddy. Sekarang panjat kerusi meja makan. Bukan tu sahaja, bila dah pandai panjat ni, mula la dia panjat tempat lain. Allahuakbar, berderau jantung mommy bila Fariza buat perkara tak diduga. Umur baru setahun sembilan bulan. Dalam satu masa, macam-macam dah dia buat.


Yang tak boleh tahan,bila mommy tengah nak rehat dari demam. Bila badan dah rasa lemah, makanya mata pun mengantuk dan terlena sekejap. Buka tv cerita kartun, biar Fariza layan. Sekali tersedar bunyi sesuatu dekat atas meja. Terus terjaga, dan tengok anak perempuan kita tengah angkat tudung saji. Alahai anak, kerusi tu tinggi. Kalau jatuh kang naya. Mommy tengah tak sihat, awak pulak nak buat kerja. Nasib Fariza tak sempat buat sepah lagi dekat meja.


Tak cukup tau dengan tu, dia pergi panjat meja tv. Ni daddy awak nampak, mengamuk weii. Aduh, anak, janganlah ekstrem sangat. Tv dah la takde suara, kang awak tolak tv tu, terus pecah, tak bernyala tv kang. Dah tak dapat, tengok cerita. Dah kena keluar, duit beli tv baru kang. Kita kena save bajet ni sayang oii..

Macam tu la dia. Ada je benda nak dibuatnya. Kebosanan, sampai buat benda ekstrem dalam satu masa. Bukan main suka lagi dia. Jadi apa-apa mommy juga yang susah. Memang kena berjaga bila dia tengah aktif
hai assalammualaikum

Selamat Hari Lahir Nadia Johari - Ya Allah dah berminggu rasanya tak update entry. Bukan malas, tapi bersebab. Asal online je dia jadi tak tentu arah. Nak online, scroll sikit dah pening..hahha. Sebab tu nad kejap ada kejap takda online ni.

Tapi, rindu gila nak mengupdate blog, giler tak rindu. Dah selalu menaip, malam ni, kita lepaskan gian. Banyak kerja sedang menunggu. Draft tajuk dah, tapi isi tak tertulis lagi..hahahhaa..kau tunggu..akan ku update banyak kejap lagi..hahha..yela tu..


Alhamdulillah..harini 18 Julai 2017 usia dah mencecah 29 tahun. Ya ampun lagi setahun nak masuk tiga series. Haishh,nak patah balik jadi budakla. Bila jadi budak tergedik kau nak jadi orang besar. Dah jadi orang besar, banyak masalah terfikir nak jadi kecik semula sebab waktu kecik takda masalah,.hahha..Kitaran hidup, kena la lalui. Dari bujang, sekarang dah kawin. Dah jadi mommy pun. Baru tau kehidupan tu macam mana.

Kalau sebelum ni, tengok mak kita buat itu ini untuk kita, tengok ayah cari duit, bila nak duit, cari ayah. Senang kan hidup. Bila kau dah rasai mcam mana mak ayah kau rasa, bukan mudah. Tapi tu semua memang dah tertulis, hidup kau macm ni. Bahagia atau tidak, kita sendiri tentukan. Bila dah pilih jalan tu, sila jangan menyesal, kau buat dia jadi sesuatu yang seronok..hah, gitu kehidupan. Banyak dah nad lalui.


Sekarang, rutin menjadi mommy. Walaupun dah cecah 29 tahun, dah ada anak sorang, tetapla cari mak ayah. Nampak tak makin besar, makin rindu. Masa kecik-kecik, remaja, degil nak mampus..hahaha..dah besar, dah lalui, baru terfikir macm ni la mak ayah kita jaga kita,besarkan kita. Nad baru anak sorang, pening kepala jangan cakapla. Fariza pun makin cerdik. Ada je nak dibuatnya.

Terima kasih Ya Allah, kerana panjangkan usiaku sehingga 29 tahun ni. Sesungguhnya, aku bukan hambamu yang sempurna, tapi cuba menjadi yang sempurna. Terima kasih kepada awak-awak yang wish birthday kita. Kita terharu,..walaupun ada ayat yang copy paste..hahha..tapi kita tau, tu semua doa ikhlas dari korang..terima kasih korang semua.

Semakin bertambah usia, semoga sentiasa nampak muda 12 tahun..hahhaa..semoga sentiasa cantik..semoga amalan ibadah ku bertambah baik. Semoga sentiasa menjadi mommy vogue, isteri comel..hahah..banyak sangat permintaan. Terima kasih korang wish..
hai assalammualaikum

Ambil Diploma Di Lake View College (LVC) - Dah jadi lumrah, lepas sahaja keluar keputusan SPM, masa tu dah fikir, nak sambung pelajaran di peringkat Universiti. Nak jadi orang yang berjaya. Adik-adik lepasan SPM pun apa lagi, diaorang cepat-cepat mengisi borang permohonan UPU untuk capai matlamatnya dan menyambung pelajaran di IPTA. Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk menyambung pelajaran masih tinggi dan berkobar-kobar.

Tapi, bila keputusan UPU dan rayuan keluar, ada sesetengah mereka berjaya mendapat panggilan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti, tapi ada juga nama adik-adik tidak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Tentu rasa kecewa kan? Mesti akan tanya dalam diri, " kenapa orang lain dapat, aku tak dapat"

Disebabkan itu, ada yang mula hilang minat untuk menyambung pelajaran kerana kecewa apatah lagi, apabila melihat rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading.

Jangan mudah putus asa, tidakkah adik-adik mahu menyambung pelajaran sama seperti rakan-rakan yang lain. Tak dapat IPTA, takda masalah kerana ada satu tempat yang nad nak kongsi ni, untuk adik-adik lepasan SPM dapat melanjutkan pelajaran ke pringkat diploma.




Lake View College ( LVC ) Bukit Merah Laketown

Walaupun tidak berjaya mendapat tempat di IPTA, adik-adik masih berpeluang melanjutkan pelajaran di Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort.



Tempat yang menarik dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif.

LVC menawarkan program pengajian di peringkat Diploma dalam bidang
- Diploma Kejururawatan,
- Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
- Diploma Kesihatan Persekitaran,
- Diploma Pengurusan Hotel,
- Diploma Pengurusan Pelancongan,
- Diploma Pengurusan Perniagaan
- Diploma Perakaunan.



Untuk makluman ibu bapa dan adik-adik, LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Bagus kan Lake View College ni. Bantu adik-adik supaya tidak lupa apa yang dibelajarnya di situ.

Bantuan kewangan? 

Korang mesti terfikir, macam mana pula dengan bantuan kewangan? Jangan risau, kerana LVC ada menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN bagi membantu merealisasikan impian adik-adik untuk menyambung pengajian. Bantuan zakat turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land.


Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh menyambung pengajian ke  peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam mahupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.


Untuk makluman adik-adik lagi dan para ibu bapa, sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada. Tak sia-sia kalau adik-adik atau ibu bapa yang ingin menghantar anaknya di Lake View College ni. Telah terbukti keberkesanannya.

Bagi adik-adik yang berminat nak belajar di Lake View College, bolehlah layari
website: http://www.lvc.edu.my/
Contact: 60 5-890 8071
Facebook : Lake View College


hai assalammualaikum

Dua hari sebelum nak raya, nad baru dapat barang yang nad beli dekat Althea ni. Tak sempat nak cerita apa yang nad beli sebab sibuk buat persiapan raya. Ni baru ada kesempatan nak kongsi dengan korang barang yang nad grab dekat Althea masa Ramadhan haritu.

Kalau korang ingat, nad ada buat entry berkenaan Althea Special Ramadhan Box. Barang-barang athea memang menarik dan murah. Korang boleh dapat 5 barang dengan harga RM150..kalau lagi bijak..boleh dapat lebih dari tu. Hah, cepat-cepat shoping dekat Althea..murah giler..best pun best. Ni kali kedua nad pakai barang Althea.

Dekat Althea, ada macm-macam jenis barang, dari makeup, skincare, dan macam-macam lagi.


Lima Barang Dari Althea dan Satu Free Giveaway

Haritu masa Ramadhan, nad grab 5 barang dekat Althea. Salah satu pulak adalah giveaway dari Althea sempena Ramadhan haritu. Rugilah korang tak shoping masa Ramadhan haritu.



Ok ni barangnya. Pertama sekali ialah Cover Perfection Tip Concealer- 1.0 Clear B. Nad memang tengah cari concealer yang sesuai dengan kulit muka. Haritu nad beli dekat watson, tak sesuai dekat muka dan berminyak. Jadi nampak dekat Althea, terus ambil. Concealer ni nak tutup lebam baah mata yang dah macam panda ni dan shading dekat hidung. Lagi boleh guna cover jerawat ni ha..hehee.



Barang kedua ialah Skin Liar primer. Sebelum pakai makeup, nad perasan ramai yang galakkan suruh pakai primer. Jadi kita pun carilah primer untuk muka kita sebelum makeup. Nad pilih yang ni sebab dia comel..hehe. Nad dah pakai, memang elok dekat muka ni ha. Rata je makeup.



Seterusnya, Pandas Dream Mascara. Nad ambil ni sebab dia cute..hahaa. Penutupnya ada panda. Pantang nampak benda comel. Lagipun maskara nad dah nak habis. Apa lagi, dah alang-alang tu, ambil je la. Bestnya pakai ni, bulu mata jadi lentik habis..hehe.



Sebum out - 02 Finish Powder. Nad ambil ni sebab selalu tengok tutorial makeup ada bubuh serbuk putih dekat baah mata. Orang panggil transculent..eh ke apa..alamak..jangan kecam..kita lupa..hehehe. Jadi nad ambik Sebum out ni. Tapi nad pakai macam bedak asas pulak..haha. Tapi best, serius best, muka tak berminyak..elok je.


Barang terakhir nad pilih ialah Face Designing Duo. Nad tengok macam contouring je. ambil jela. Sebab memang cari contouring jenis serbuk ni. Sebelum ni contouring nad, nad guna jenis batang tu. Jadi semuanya dah ada. Lengkap dah.



Haritu, siap ada free giveaway lagi. ada macam-macam hadiah diberi, dan nad pilih gincu ni, Dear Dariling wat ( Gel Tint_Plum Red ). Merah menyala kau..hehee..


Jadi masa raya, nad pakai hasil barang Althea ni. Memang best dan puas hati.hehee. Jadi korang kalau nak mekup dari Korea, murah dan berkualiti boleh pergi ke laman web https://my.althea.kr/