Articles by "review product"
Showing posts with label review product. Show all posts
hai assalammualaikum

Syampu Safi Shayla Pilihanku - Nad memang pengguna Syampu Safi Shayla. Memnag best shampu Safi Shayla ni sebab ada habastussauda. Sejak dikeluarkan, terus berkenan dan beli. Memang sesuai dengan rambut nad yang ada banyak masalah ni. Shampuu Safi Shayla ni banyak pilihan, ikut masalah rambut korang la ye. Macam nad, banyak kelemumur, rambut gatal. Jadi nad guna shampu Sfi Shayla Anti Kelemumur. Alhamdulillah, masalah kelemumur dah berkurang. Rambut sentiasa segar je.

Dapat hadiah dari Safi..


Safi Shayla Syampu Wanita Bertudung #HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA

Kita ni perempuan yang bertudung, mestilah kena jaga rambut elok-elok. Cuba bayangkan, pakai tudung nampak lawa, dengan makeup, wangi semua, sekali bila buka tudung, bau rambut busuk, kepam, gatal, gugur. Huishh, hilang kejelitaan tu. Lagi-lagi mereka yang aktif bersukan. Kalau rambut selesa, nak buat apa pun mesti dengan yakin kan. Walaupun bertudung, tak nampak, nanti kalau dah bersuami, takkan nak biarkan juga kan. Mestilah, nak sentiasa cantik dan wangi je rambut kita ni. Sebab tu Safi keluarkan Shampu Safi shayla untuk wanita bertudung.

Rangkaian produk Shampu Safi Shayla..pilihan nad ,shampu anti kelemumur

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.

“SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W  meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil.  kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.

Pek fleksi dan botol

Memnag banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, tapi pilihan nad tetap SAFI Shayla..hehe. Safi Shayla ni ni ada dua jenis tau, satu dalam botol, satu dalam bentuk jimat iaitu pek fleksi. Macam nad, mula-mula beli yang botol, lepas tu sekarang guna pek fleksi, gunting dan masukkan dalam botol..jimat dan murah pek fleksi ni. Tahan lama juga walaupun dia pek fleksi.

Shampu Safi Shayla ada perapi rambut juga

Shampu Safi Shayla juga ada perapi rambut. Lepas shampu, boleh guna perapi rambut untuk cantikkan lagi rambut.

Kalau korang nak tau lebih lanjut berkenaan Safi, boleh layari saluran
Website: www.safi.com.my
YouTube:  https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws
Facebook:  www.facebook.com/SAFI.MY,
Instagram; @safimalaysia
hai assalammualaikum

Susu Kambing Hayra Untuk Kesihatan Dan Kecantikan - Sepanjang bulan puasa ni, nad amalkan minum susu kambing setiap kali bersahur dan berbuka untuk dapatkan tenaga. Lagi nad sekarang masih breasfeeding anak, jadi kena la ambil minuman yang boleh buat badan kita bertenaga selain ambil makanan berat. Seperti kita tau, susu kambing kan bagus untuk ibu yang menyusu. Bukan ibu je dapat khasiat, malah anak pun dapat. Tapi kali ni, nad minum susu kambing yang bukan sahaja beri kesihatan tubuh badan malah kecantikan. Hah!!, terkejut!!..hehee.

Susu kambing Hayra

Susu Kambing Hayra Campuran Kurma dan Tomato

Ni la Susu Kambing pilihan nad, Susu Kambing Hayra yang nad minum. Nampak tak ada gambar tomato. Kenapa nad cakap susu kambing ni untuk kecantikan? Hah!!, Susu Kambing Hayra ni lain dari yang lain. Selalu kita dengar susu kambing dicampur dengan kurma dan makanan sunnah lain, tapi susu kambing Hayra merupakan susu kambing pertama yang nad minum mempunyai campuran ekstrak kurma dan ekstrak tomato. Yaa tomato!!..kita tau kan tomato ni memang banyak khasiatnya untuk kulit kita, untuk kecantikan. Sebab tu, Susu Kambing Hayra kalau di ambil akan dapat mencantikkan wajah kita. Jarang kan kita nampak susu kambing dengan tomato. Kelebihan dua dalam 1, bukan sahaja untuk kesihatan malah kecantikan.

Minuman untuk berbuka dan bersahur

Mesti korang tertanya, kalau ada campur tomato, mesti warna air akan jadi warna merah atau pink ke. Eh!!, takdala, warna dia tetap putih. Tapi rasa dia, sedap betul..rasa vanila..serius, nad tak tipu. Sebab tu nad suka minum Susu Kambing Hayra ni. jangan risau, Susu Kambing Hayra ni takde pun bau hamis ke ape, bau wangi adalah..heehhe. Susu kambing Hayra ni bebas bahan chemical dan gula tambahan.

Kekal bertenaga dengan susu kambing Hayra

Khasiat Susu Kambing Hayra

Produk pertama di Malaysia yang menggunakan
- Susu Kambing Asli
- Ekstrak Tomato
- Ekstrak Kurma

Khasiat Susu Kambing
- menguatkan tulang dan gigi
- membantu merawat pelbagai penyakit kulit
- baik untuk kesihatan keseluruhan
- baik untuk gastrik
- baik untuk kesihatan dalaman
- kulit lebih berseri dan halus
- mencantikkan kulit dan merawat sel kulit mati
- memulihkan tenaga dan awet muda
- sesuai untuk ibu hamil
- sesuai untuk ibu menyusu
- sesuai untuk seisi keluarga

Khasiat Tomato
- mengandungi Vitamin A dan Vitamin C
- mengecilkan pori-pori di muka
- menghaluskan kulit
- memutihkan kulit
- mengatasi kulit berminyak
- menggebukan kulit
- mencerahkan kulit

Khasit Kurma
- menguatkan daya ingatan
- mengatasi masalah sembelit
- merawat asma dan kahak
- mengatasi ekzema

Cara penyediaannya pun senang.
- Campurkan 1 sachet ke dalam 200ml air suam atau panas
- Minum sebelum sarapan atau sebelum tidur
- Boleh di ambil 1-2 sachet sehari.

Minuman Susu Kambing Hayra ni boleh diambil oleh semua peringkat umur.
- Bayi (6 bln keatas) & Kanak-Kanak
- Ibu Mengandung
- Ibu Menyusu
- Warga Tua
- Penderita Penyakit
- Ahli sukan
- Pelajar & Pekerja
- Wanita yang Pentingkan Kecantikan
- Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Susu kegemaran nad sekarang..cubalah

Susu Kambing kaya dengan kalsium, pottasium, phosphurus dan trytophan dimana keempat-empat elemen ni mampu menguatkan tulang dan pembangunan anak-anak serta gigi yang kuat. Ia juga dapat meningkatkan dan menguatkan paru-paru imun dan bertindak sebagai anti arthritis ( keradangan sendi) dan juga mengimbangi paras gula dalam darah. Eloklah amalkan minum susu kambing Hayra ni sekarang. Untuk dapatkan tenaga sepenuhnya sepanjang hari. sambil sihat sambil cantik gituw..hehhe..

Untuk maklumat lanjut:
Contact: 019-918 8525
Facebook: https://www.facebook.com/susukambinghayra/
Instagramhttps://www.instagram.com/susukambinghayra_hq/
hai assalammualaikum


Majlis Pelancaran Jonlivia Malaysia's 1st Activewear Lifestyle Club

Pertama kali nad dengar  jenama Jonlivia. Nama pun dah menarik, lagi nak tau apa produk di Jonlivia. Haritu nad pergi ke Majlis Pelancaran Jonlivia Malaysia's di SS2 Petaling Jaya. Sebenarnya Jonlivia ni merupakan satu jenama yang mengeluarkan pakaian gaya hidup aktif bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia berubah ke arah yang sihat semasa bersukan dan dalam pada masa yang sama bergaya untuk kelihatan cantik dan anggun dengan pakaian Jonlivia. Hah!!, semua barangan Jonlivia bukan sahaja untuk dipakai semasa bersukan, kalau nak pergi berjalan pun boleh pakai..serius style weii..Korang tengok sampai bawah ye..


Kalau korang nak tau, majlis ni dibuat di premis Jonlivia. Sebagai kelab gaya hidup yang pertama, premis Jonlivia ni bukan sekadar kedai jual barangan Jonlivia malah premis yang menggabungkan studio kecergasan pelbagai fungsi. Ini menunjukkan komitmen untuk memimpin ahli-ahlinya ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif.




Waktu tu event dibuat di bahagian studio. Majlis turut dihadiri oleh Lisdawati, Agnes, Meow, Jane, Syaa dan Emily datang untuk memeriahkan acara ini dan terdapat pelbagai hadiah bernilai lebih RM 500 untuk cabutan bertuah dan cabaran individu disediakan oleh penaja masing-masing. Nad tak lucky haritu..heehhe. Majlis haritu memang happening tau. Dengan pengacara yang awesome..heehe..


Satu pertunjukan fesyen juga telah dijalankan untuk memaparkan trend semasa dalam mengintegrasikan activewear ke dalam kehidupan seharian kita.



Pakaian Harian

Kan nad cakap barangan Jonlivia ni bukan sekadar untuk dipakai semasa bersukan, malah boleh dipakai sebagai pakaian harian..


Memang tertarik dengan barangan Jonlivia ni..nad dapat hotpants dari Jonlivia..best weii hotpants ni..nad dah pakai..sedap je..panas pun ye..diperbuat daripada bahan-bahan berprestasi tinggi dan menggabungkan teknologi terkini untuk memastikan bahawa produk-produknya sentiasa dalam trend dan up-to-date.








Pelbagai barangan yang dijual di Jonlivia Activewear Lifestyle Club, antaranya hot pants, bra sport, tshirt dan macam-macam lagi. Korang boleh tengok dekat gambar ni.



Keahlian Percuma


Bersempena dengan pelancaran JLC di SS2, Jonlivia menawarkan pelanggan keahlian percuma ke JLC. Sebahagian daripada faedah keahlian termasuk hidup akses percuma untuk terbang yoga, kelas Zumba, dan TRX di studio mereka; sesuatu yang anda tidak mahu ketinggalan..Lagi kata Mr Jon iaitu pemilik Jonlivia berkata akan ada banyak aktiviti dalam setahun ni..Best kann..nak tau macam mana nak dapatkan keahlian percuma ni boleh layari;
Jonlivia Lifestyle Club ( JLC )
No 70A, 70B, 70C,
Jalan SS2/67,
Petaling Jaya Selangor.
( Bersebelahan dengan Daorae Korean BBQ Restaurant )

Website: www.jonlivia.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/jonlivia
Instagram: https://www.instagram.com/jonlivia/




hai assalammualaikum

Dulu waktu sekolah lagi dah kenal jenama Shurah ni. Pernah pakai produk Shurah. Memang best dan elok dekat muka. Kini Rangkaian Shurah Pencerah tampil dengan wajah baru tau!!, Cantik sangat. Lagi-lagi perempuan suka dengan wajah baharu Shurah sekarang kerana warnanya dan kelebihannya. Bertemakan warna merah jambu dan putih, sesuai dengan fungsinya untuk mencerah dan menjadikan kulit kekal berseri.


Rangkaian produk baharu Shurah Pencerah

Rangkaian Shurah Pencerah lengkap dengan satu set iaitu mengandungi pembersih muka, losyen, penyegar, pelembap, krim siang dirumus dengan pelindung UV untuk melembap & melindungi kulit daripada sinar UV yang membahayakan dan juga krim malam yang membuatkan wajah lebih cerah dan berseri.

Rangkaian Shurah Pencerah dengan pek baharu ini mempunyai dua bahan aktif iaitu Clear White dan Shiny Glow
- Clear White : Mampu mengurangkan penghasilan melanin selama 24 jam dan memutihkan kulit dalam masa 7 hari sahaja.
- Shiny Glow : Diperbuat daripada bahan semulajadi ekstrak akar kunyit yang memberikan efek cerah pada kulit mencerahkan dan mempunyai efek Anti-tyrosinase.

Meh nad kenalkan satu-satu produk Shurah dan fungsinya:

1. Shurah Pencerah Pembersih Muka ( 50ml, 100ml)


Pembersih muka dirumus untuk membersihkan kotoran dan minyak muka yang berlebihan tanpa mengurangkan kelembapan semulajadi kulit, menjadikan kulit lebih bersih, lembut dan cerah berseri.

Cara penggunaan
Picitkan sedikit pembersih muka pada tapak tangan. Campurkan dengan air dan gosok hingga berbuih, kemudian urut lembut pada wajah sehingga semua kotoran hilang. Bilas dengan air bersih. Untuk kesan lebih baik, gunakan bersama Shurah Pencerah Penyegar.

2. Shurah Pencerah Penyegar (120ml)



Nak kulit sentiasa segar dan bermaya mestilah gunakan Shurah Pencerah Penyegar ni. Shurah Penyegar tanpa alkohol dapat membersihkan kulit secara mendalam disamping mencerahkan dan mengecilkan liang pori wajah tanpa menghilangkan lembapan kulit. Kulit akan menjadi lembap dan segar.

Cara penggunaan
Titiskan penyegar pada kapas kering dan sapukan pada seluruh wajah dan leher untuk membersihkan lebihan kotoran.

3. Shurah Pencerah Pelembap (120ml)



Dirumuskan dengan tekstur yang ringan dan tanpa berminyak, pelembap muka ini dapat mengembalikan kelembapan disamping mencerahkan kulit anda. Shurah Pencerah Pelembap mengandungi Pelindung UV untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang membahayakan. Kulit akan menjadi lebih lembap, gebu dan cerah berseri.

Cara penggunaan
Sapukan pelembap pada muka yang telah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar. Urut perlahan pada seluruh wajah dan juga leher.

4. Shurah Pencerah Krim Siang (40g)



Waktu siang, adalah waktu mencabar bagi kulit kita kerana terdedah kepada sinaran matahari yang akan menyebabkan kulit kita rosak. Oleh itu, Krim siang Shurah Pencerah dengan rumusan SPF30, dapat melindungi kulit daripada sinaran UV yang merbahayakan. Krim Siang Shurah Pencerah tidak melekit ini membantu mencerah dan melembapkan kulit anda supaya lebih cerah sekata dan berseri.

Cara penggunaan
Sapukan krim pada wajah dan leher. Boleh digunakan pada waktu siang untuk memelihara dan melindungi kulit daripada sinaran UV yang membahayakan. Gunakan selepas Shurah Pencerah Serum.

5. Shurah Pencerah Krim Malam (40g)



Waktu malam ialah waktu kulit kita berehat. Pada waktu malam, kulit kita lebih mudah untuk menerima nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan. Krim Malam Shurah Pencerah dirumus khusus untuk merangsang proses pencerahan kulit semasa tidur dengan lebih intensif. Ia dapat menyerap dengan pantas ke dalam kulit agar kulit menjadi lebih lembut, lembap dan cerah berseri.

Cara penggunaan
Sapukan krim pada muka dan leher setelah disegarkan dengan Shurah Pencerah Penyegar Digunakan  pada wktu malam untuk merawat dan mencerahkan kulit semasa tidur. Gunakan sebelum Shurah Pencerah Serum.

6. Shurah Pencerah Losyen Tangan & Badan ( 140ml & 400ml)



Wanita bukan sahaja nak muka je putih malah seluruh badan nak putih. Shurah Pencerah Losyen Tangan dan Badan yang tidak berminyak ini dirumus dengan Pelindung UV yang dapat membantu melembapkan dan melindungi kulit daripada sinaran UV yang merbahayakan. Ia dapat diserap dengan pantas ke dalam kulit untuk mencerahkan kulit dengan cepat dan berkesan. Gunakan dengan kerap untuk untuk kulit yang lembut dan cerah sekata.

Cara penggunaan
Sapukan losyen pada tangan dan badan terutamanya selepas mandi.


Hah!! macam mana, lengkap kan produk Shurah ni. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:
Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/shurahmalaysia/
Untuk pembelian di dalam talian: http://www.jetaine.com/shop/

Follow hashtag #shurahmy #shurahpencerah





hai assalammualaikum

Lagi beberapa hari nak puasa, lepas tu raya. Raya pulak mestilah nak cantik, putih dan lembut je muka. Bila datang beraya, orang tegur, "wah cantikknya muka awak, pakai apa "..hah gitu kan..Tersenyum lebar kita bila orang tegur kita cantik kan...hehee..Hah!!, nak cantik, nak wajah yang mempersona, guna Voqq Skincare..hanya dua benda sahaja mampu jadikan kulit korang cantik tau..


Voqq Skincare Dari Ekstrak Tomato Dan Oat

Voqq Skincare diekstrak daripada tomato dan oats. Nad suka giler makan tomato, sebab nak cantik punya pasal. Korang mesti tau kan, tomato bukan sahaja sedap dan menjadi antara bahan penting masakan, malah tomato boleh memberi zat secukupnya kepada kulit. Sinonim dalam bab cantik, tomato dikatakan sangat luar biasa 'menghapuskan' masalah kulit wajah. Paling mujarab tomato dijadikan ramuan utama dalam penghasilan minuman kecantikan dan masker. Oatmeal pula, selain dapat menyihatkan organ tubuh, dipercayai dapat mengatasi jerawat pada mereka yang memiliki kulit sensitif, kulit jenis kering, kulit jenis berminyak dan sebagainya. Tak sangka kan, makanan boleh mencantikkan wajah kita.

Kedua-dua bahan ni telah dicampur dengan beberapa bahan lain yang 100% natural tanpa bahan kimia lain, yang dapat membantu mengembalikan wajah yang mempersona dan cerah sempurna. Voqq Skincare telah diiktiraf dan mendapat kelulusan daripada KKM ( NOT170404302K ). Jadi tak perlu was-was nak guna. Nad sendiri telah mencubanya. Memang best..lembut je muka.

Voqq Skincare mempunyai dua produk, iaitu Voqq Facial Wash dan Voqq Anti Aging Cream. Kedua-dua produk tersebut kalau dipakai bersama secara konsisten mampu hilangkan lingkaran gelap di bawah mata, kecutkan jerawat, jeragat jadi pudar, kecilkan liang roma, kulit wajah lebih lembap dan tona kulit sekata.

Kelebihan Voqq Skincare Facial Wash Dan Anti Aging Cream

Dalam skincare, yang paling penting mestila pencuci muka kan. Voqq Facial Wash merupakan produk mencantikkan kulit yang terbaik dengan sumber nutrisi lycopene yang membantu dalam pemulihan kulit. Penggunaan yang berterusan mampu mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari.


Kelebihan Voqq Facial Wash:
Diekstrak dari tomato yang kaya dengan sumber lycopene, yang membantu kondisi kulit untuk kekal muda dan anjal seperti kulit bayi. Malah lycopene membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.
Membantu melambatkan proses penuaan dan kedutan pada wajah.
Membantu mencerah dan menyerikan kulit kusam.
Dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah
Di adun bersama oat untuk membantu menormalkan pH kulit sehingga dapat meredakan gatal atau rasa tidak nyaman pada kulit.
Membantu menyerap kelebihan minyak, menghilangkan bakteria pada wajah, serta membantu pengelupasan kulit mati.
Merupakan pelembab yang dapat menenangkan kulit sensitif dan kering, membantu menjaga kelembapan kulit, sekaligus memiliki efek anti-oksidan.


Selalu kalau nad cuci muka, setiap pagi, tengahari dan sebelum tidur. Basuh muka dengan air, lepas tu buat urutan perlahan-lahan ke seluruh muka dan leher. Kemudian bilas. Rasa segar muka dengan Voqq Facial Wash ni. Bau pun sedap je. Wangi betul.


Produk kedua ialah krim untuk siang dan malam. Voqq Anti Aging Cream merupakan produk mencantikkan rumusan botani semulajadi untuk menghaluskan kulit serta menghilangkan jeragat dan jerawat. Mampu melindungi kulit daripada cahaya matahari.

Kelebihan Voqq Anti Aging Cream
Membantu membebaskan kulit anda dari 10 bahan tambahan yang boleh menyebabkan kekeringan dan kekejangan  kulit seperti Surfaktan, silikon, paraben, denatured alkohol, minyak mineral, pigmen tiruan, bahan mentah haiwan, benzophenone, TEA, sulfat)
Krim Voqq yang dibentuk seperti natto mengambil dua kali jumlah masa untuk dicampurkan berbanding krim biasa, ini membolehkan ianya  membezakan rupa dan menghasilkan texture seperti natto.
Voqq aadalah krim formula buatan tangan yang bebas daripada surfaktan dan silikon, membolehkan ianya menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit berbanding dengan krim-krim lain.
Proses Penguraian semula jadi menggunakan minyak dan mentega untuk mengelakkan  keregangan dan mengekalkan kelembapan dan kelembutan krim.
Mampu menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik dan meningkatkan kesan kulit putih dalam masa yang begitu singkat.
Semasa penghasilan Voqq  teknologi vakum digunakan untuk menyedut  udara yang boleh bercampur masuk ke dalam krim semasa proses pembuatan untuk lebih menghasilkan tekstur seperti natto.


Untuk krim Voqq Anti Aging ni dia punya warna kuning coklat macam tu..  memang ok sangat. Muka pun tak berminyak. Calit sikit dan letak seluruh wajah.


Nak cantik kan raya nanti. Nak kelihatan anggun, berseri dan flawless sangattt!!Apa kata cuba pakai Voqq Skincare Facial Wash n Anti Aging Cream ni..100% natural diperbuat dari ekstrak Tomato dan Oat. Mesti menyerlah raya nanti. Berminat nak dapatkan produk ni, korang boleh rujuk info dibawah:
Hotline : 019-612 8164
FB : https://www.facebook.com/voqqskincarehq/
IG : https://www.instagram.com/voqqskincarehq/
Wesite : www.voqqskincare.com.my

#voqqskincare
#kembalipersona
#antiageing
#100%natural

hai assalammualaikum

Nad tau, bukan nad seorang sahaja penggemar kopi, ramai yang suka minum kopi. Tipu la kalau tak teringin nak minum kopi..tengok orang minum kopi sedapnyaa la kan..Tapi kebanyakan kopi yang diminum, mesti akan buat kita pening kepala, muntah, dan sebagainya. Tu yang buat kita berhenti nak minum kopi. Tapi kali ni nad nak kenalkan satu kopi yang boleh buat korang minum bukan secawan, tapi bercawan-cawan. Takkan ada kesan sampingan macam pening, muntah tu semua..Nad dah cuba kopi ni memang best dan sedap.


Kopi Badang, Kopi Tulen Bermutu

Kopi Badang, ye, tu la namanya. Pertama kali dapat jemputan kopi ni, nad fikir minum kopi ni akan jadi kuat ke apa..hahaa..tapi bukan. Nama Kopi Badang bukan disebabkan seperti kekuatan Badang dalam cerita tu, tapi sebab sifat kejujuran, keikhlasan dan seluruh watak Badang itu sendiri dalam ceritanya yang menggambarkan sifat dan ragam masyarakat tempatan ketika itu.


Sampai je di majlis, nad di jemput untuk merasa sendiri air Kopi Badang ni. Sedap, memang sedap. Kalau sebelum ni, rasa air kopi akan melekat dekat tekak, dan manis-manis gitu, tapi Kopi Badang ni, walaupun manis tapi ok je nad minum. Dua cawan juga nad minum. Not bad la..



Semasa majlis pelancaran dan pengenalan Kopi Badang, ramai yang hadir, termasuk duta Kopi Badang sendiri iaitu artis Zamarul Hisham. Ada juga beberapa artis otai sebagai duta kecil mereka yang terlibat mempromosikan Kopi Badang ni. Video yang melucukan yang mempromosikan Kopi Badang Cafe, korang boleh tengok dekat SINI.


Kopi Badang keluaran Al-Mubarak Health Sdn Bhd sudah berada di pasaran tempatan sejak awal tahun 2016. Memiliki  perakuan sijil Halal daripada JAKIM. Kopi yang dihasilkan di premis mempunyai piawaian kebersihan yang tinggi. Jadi tak rasa was-was la kan. Demi menjaga kesihatan pengguna, Kopi Badang 3 dalam 1, dibuat daripada kopi Robusta dari Columbia dengan kopi 100% tulen tanpa sebarang bahan tiruan, pewarna tiruan, pengawet dan kopi tiruan. Sangat selamat dan sesuai diminum seisi keluarga. Kopi Badang mampu memberikan kesegaran dan meningkatkan keyakinan diri.


Balik tu, nad buat lagi secawan Kopi Badang ni. Macam biasa, tengah malam nad akan update blog. selalu mata memang cepat mengantuk, sebab seharian buat kerja rumah. Tapi, bila minum kopi ni, rasa tenang je. Mata pun segar je nak taip entry blog. Bukan setakat satu entry, tapi dua entry nad buat. Sambil buat kerja, sambil minum Kopi Badang. Bertenaga terus. Bau aroma Kopi Badang tu sendiri buat kita nak tambah bercawan-cawan..sebab sedap..


Yup, macam nad kata dekat atas, takde rasa pening, mual, berangin atau sebagainya. Lagi nak tambah sepeket lagi adalah..hehee. Kopi Badang sekarang peneman nad untuk buat kerja..Suami pun dah minum air Kopi Badang ni. Dia kata sedap..tak penat. Rasa kopi tak pahit dan lemak-lemak sebab ada crimer.



Bak kata Puan Azaha, pengasas Kopi Badang, antara manfaat Kopi Badang sesuai diminum oleh mereka yang bergantung kepada kekuatan penumpuan minda seperti pelajar dan ilmuan. Kecerdasan minda dan tubuh badan dapat bantu pelajar belajar dengan baik. Memang sesuai Kopi Badang ni diambil oleh pelajar bagi menyiapkan tugasan. Yela, pelajar kan suka belajar lewat malam.

Bagi yang nak jalan jauh tu, sesuaila minum Kopi Badang ni untuk elakkan mengantuk, letih, lesu dan lapar. Bawakla kemana sahaja,..memang terbaikk..

Berminat Jana Pendapatan?/

Hah!!, nak cari duit lebih, boleh je jual Kopi Badang ni. Pihak Al-Mubarak memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjual Kopi Badang ni. Cara jualan terpulang kepada stokis. Selain dapat menjana pendapatan, berita baik, pihak Al-Mubarak menawarkan insentif-insentif menarik kepada para stokis dan pengguna. Stokis yang mencapai sasaran jualan yang ditetapkan dalam masa 7 bulan, layak mendapat sebuah kereta sama ada Toyota Velfie atau Mercedes Benz, Toyota Vios atau Honda City dan Perodua Axiz atau Proton Saga.




Bermula daripada Mei 2017 – Disember 2017.
- Stokis yang dapat menjual 10,000 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Toyata Velfire atau Mercedes Benz.
- Stokis yang dapat menjual 5,000 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Toyota Vios atau Honda City.
- Stokis yang dapat menjual 2,500 karton dalam tempoh tujuh bulan berpeluang memilih sama ada Perodua Axia atau Proton Saga.

Bukan stokis je dapat hadiah, kepada pengguna, atau penggemar kopi, sila dapatkan Kopi Badang dengan segera!!! Sebab korang pun akan dapat hadiah tau..Caranya korang beli 12 kotak Kopi Badang untuk melayakkan anda menyertai cabutan bertuah dengan memenangi sebuah Produa Axia, motorsikal, Iphone &, Ipad dan Televisyen LED. Amacam..okey takk..

Nad pun nak join ni..tak boleh tengok hadiah gempak macam ni..hehee.

Kepada mereka yang berminat menjadi stokis atau nak tau lebih lanjut berkenaan Kopi Badang boleh hubungi :

Premier Victory Entreprise - 07 232 6124
Hisham Nordin - 019 779 2211
Kamarul Arief - 018 388 5985

Facebook :Kopi Badang Official
Instagram :@kopibadang