Articles by "Selangor"
Showing posts with label Selangor. Show all posts
hai assalammualaikum

Masih teringat main air dekat Sunway Lagoon. Terbayang-bayang air dekat situ..hehee..haishh nad, mengalahkan budak kecik. Korang kalau tak tau nak buat apa cuti sekolah nanti, boleh pergi ke Sunway Lagoon. Memang sesuai untuk orang dewasa dan anak-anak enjoy. Jangan lupa pergi ke Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday Bash ye..heehee..


Earth Hour With Blackout Beach BBQ 

Hah!! Sunway Lagoon ni memang akan buat macam-macam aktiviti dia. Bukan waktu siang sahaja, waktu malam pun ada. Salah satu aktiviti yang bakal dijalankan di Sunway Lagoon ialah Earth Hour With Blackout Beach BBQ. Menarik kan. Korang tau kan Earth Hour tu ape. Earth Hour di mana semua orang diminta untuk menutup segala lampu bagi menyelamatkan bumi. Di Sunway Lagoon, diaorang sama-sama menyokong Earth Hour sambil membuat BBQ. Jadi masa lampu matai takdela bosan tak tau nak buat ape kan..boleh datang Sunway Lagoon.

Kalau rasa nak suasana yang berlainan, nak berBBQ bersama keluarga dan rakan boleh join acara Earth Hour With Blackout Beach BBQ di Sunway Lagoon ni pada 25 March 2017 , hari Sabtu pada jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam.

Harga sangat menarik dan murah gegiler!!..hanya RM360 untuk 4 orang. Seorang hanya RM90. RM90 bukan datang tengok apai duduk sahaja tau, ia sekali package makan, dan persembahan dan beberapa permainan.

Makanan

1) welcome drink - kelapa jelly. Auch dah laa tepi pantai, dihidangkan dengan air kelapa pula.

2) Salad- Mixed Garden Greens, Carrots with Raisin & Nuts, Cucumber & Tomato [Dressing: Thousand Island Dressing, Vinaigrette & French]

3) Soup -  Creamy Tomato Soup [Buns / Garlic Bread]

4) Main Dishes- Mediterranean Rice, Roasted Vegetables, Roasted Sweet Potato and Spaghetti Chicken Bolognaise

5) Grilled Station
- Grilled Mini Burger
- Batter Fry Fish
- Whole Lamb
- Beef Skewer with - Capsicum
- Grilled Prawn & Squid - Skewer with Pineapple
- Chicken Teriyaki - Skewer with Mushroom
- Satay Chicken with Beef

[Sauces : Tartar, Mustard Mayo, Black Pepper, BBQ, Chili & Tomato]

6) Dessert - Fruits in Jelly and Bread Butter Pudding

7) Beverages - Mango Peach and Plain Water




Persembahan

- Stunning Fire show featuring Fire Dances, Fire Breathers & Eaters, Poi Spinning, and much more.
- Live Music Acoustic Session
- Sensational Themed Dance Performances
- Lighting up of the 16 feet long Sunway Lagoon Sand Castle

Games Dan Aktiviti Untuk Pengunjung

- Lighting up of the Earth Hour candles
- Sparklers Fireworks Play
- Family Fun Activities


Nampak tak, ada macam-macam. Berbaloi kalau datang. Dah rasa macam mana seronoknya suasana malam ni..korang boleh book tiket di www.sunwaylagoon.com atau hubungi 03-5639 0000.
hai assalammualaikum

Seawal 7 pagi nad dah bangun, semangat dan teruja nak ajak Fariza pergi ke Sunway Lagoon. Sunway Lagoon merupakan salah satu tempat wishlist percutian nad. Kalau bab tempat mandi manda, memang suka sangat, lagi dah ada anak ni, lagi seronok dapat bermain air dengan dia. Sunway Lagoon ni banyak tarikannya, ia bukan sahaja tempat Water Park, malah ada Theme Park, Wildlife Park, dan macam-macam lagi. Pertama kali datang sini, memang senyum memanjang je la.

Nickelodeon Lost Lagoon 1st Bithday Bash


Party Birthday Nickelodeon Lost Lagoon

Haritu, Nad sekeluarga telah dijemput untuk bersama-sama meraikan majlis ulang tahun pertama Nickelodeon Lost Lagoon di Sunway Lagoon.Happy Birthday yang pertama Nickelodeon Lost Lagoon!!..horeyy..Nickelodeon Lost Laggon dah setahun dah dibuka di Sunway Lagoon, dan ia merupakan salah satu tarikan pertama di Asia Nickelodeon..woww!! Teruja dapat sambut birthday party ni..meriah sungguh..

Lokasi Nickelodeon Lost Lagoon

Masa kitaorang datang memang penuh orang, dengan budak-budak semua..Fuh!! Nak ke Nickelodeon Lost Lagoon korang kene pergi ke Surf Beach Entrance. Jangan ke pintu utama Sunway Lagoon, sebab jauh. Masa tu pertama kali datang, nad tak tau, nad pun parking la dekat tempat parking Sunway Lagoon, tapi rupanya jauh bebenor tempat dia. Jadi, taknak jadi macam nad, korang parking dekat Hotel sebab Surf Beach Entry berdekatan dengan Hotel Sunway. Turun beberapa escalator. Jangan risau,kalau rasa macam blur, tak tau apa, tanya sahaja staff dekat situ. Diaorang akan bantu tunjuk arah..hehe.

Train Ambil kitaorang bawak ke Nickelodeon
Credit pic ; Kstudio Arts


Dalam Train..Alahai budak kecik ni

Nanti akan ada train mini warna biru akan lalu. Kalau korang rajin nak jalan, jalan je. Tapi nad nak cepat, tak sabar nak sambut birthday Nickelodeon, nad naik train ni. ala comel je train ni..hehee. Pulak tu warna biru. Fariza walaupun takde muka happy ke apa, ( sebab baru bangun tidur )..nad tau dalam hati dia teruja jugak..hahahha..Train ni akan hantar terus ke Nickelodeon Lost lagoon.

Kami di Sini...Raikan Nickelodeon Birthday Bash
Pembukaan majlis dengan tarian daripada dancer 
Credit pic ; Kstudio Arts

Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday Bash

Tu diaa!! Tu diaa!!..walaupun panas terik, tapi enjoy nak sambut Nickelodeoan Lost Lagoon 1st Birthday Bash. Dancer ni menari buat nad nak menari juga..hahhaha..Hah!!..bukan tu sahaja, sekali keluar kartun Nickelodeon.

Ninja turtle keluar daripada kereta dia
Credit pic ; Kstudio Arts

Kartun-kartun Nickelodeon dah keluar.  Dora Explorer, Spongebob Squarepants dan Teenage Mutant Ninja Turtles

Ada Dora Explorer, Spongebob Squarepants dan Teenage Mutant Ninja Turtles. Fariza, terpegun tengok kartun dia selalu tengok dekat tv..hehehe. Asyik sebut hah,hah, hah!!

Mr Sean Choo, General Manager of Sunway Lagoon
Credit pic ; Kstudio Arts
Sambutan bersama kanak-kanak..meriah
Credit pic ; Kstudio Arts


Membuat sambutan ini lebih bermakna, Sunway Lagoon juga telah menjemput kanak-kanak dari Rumah Victory Children & Youth Home, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan, Padmasambhava Loving Association Klang Selangor dan House of Love.

Happy Birthday To Nickelodeon, Happy Birhtday Nickelodeon, Happy Birthdayy!!
Credit pic ; Kstudio Arts

Potong jangan tak potong..

Yeahhhhh!!!...Kutip belon

Semua orang enjoy dengan sambutan birthday Nickelodeon ni. Eh ada kek la..warna hijau gitu..apa lagi nyanyi la..Happening habis. Bukan budak-budak je, mak budak pun enjoy.

Spongebob waiting

Gigih kami naik tangga..fun timeee!!
Credit pic ; Kstudio Arts

Aktiviti Menarik Sempena Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday Bash

Nampak tak..nampak tak..Spongebob menunggu dekat atas. Tak sabar nak naik dan mandi manda. Nak tengok apa yang menarik dekat atas tu. Korang kena gigih juga naik tangga untuk sampai atas. Bila lagi kan..enjoy je..

Peta Nickelodeon Lost Lagoon

Bersempena dengan usia satu tahun Nickelodeon Lost Lagoon, pelbagai aktiviti dan acara menarik disediakan selama 9 hari yang bermula dari 18 sehingga 26 Mac 2017. Antaranya seperti pengunjung akan dialu-alukan dengan kehadiran "bubbles"(buih-buih belon) yang bermula seawal 10.00 pagi sehingga 10.30 pagi.

Mana satu nak pergi ni

Dan didalam taman teman Nickelodeon juga turut menyediakan aktiviti menarik seperti Colour Balls Bingo, Slime Dunk dan Bubble Field.

Spongebob Splash Adventure

Gelongsor tu..tak dapat nak naik..

Hah!!, air warna hijau kau...hahhaa..
Credit pic ; Kstudio Arts

Ni yang menarik di Nickelodeoan Lost Lagoon. Benda yang pertama nad nampak ialah Spongebob Splash Adventure ni..hehehee..Tempat ni sesuai untuk mak dengan ayah bermandi manda. Pengawal pun ada dekat sini awasi siap gerak geri kita. So pengawasan tu memang bagusla. Takde risau sangat kan. Ada tong besar dekat situ. Bila air penuh, fuh dia akan jatuh ke bawah. Best gilerr..

Splish splash Untuk anak-anak atau baby

Budak Seketul disitu ..seronok dia mandi

Yang ni tempat budak-budak..Splish Splash nama dia..hehee. Fariza memang sesuai dekat sini. Lepaskan je dia, dia main sorang-sorang. Ramai kawan dia. Tak dalam mana, memang sesuai untuk baby.

Siap sedia nak jatuh..

Masa ni nad jalan-jalan sekita Nickelodeon, nampak budak ni tengah duduk dalam sangkar, ingat buat apa, rupanya sorang kena baling bola dan bila terkena sasaran, budak ni akan jatuh..heehe.

Time main mesti lapar..makan timee
Credit pic ; Kstudio Arts


ada belon

Manakala di Explorer Campsite, akan diadakan jamuan hari jadi bermula jam 3 petang sehingga 4 petang.Yang mana pengunjung boleh menyertai pelbagai acara parti, face painting dan juga sticker tattoo  watak Nickelodeon. Setiap pengunjung juga akan diberikan party pack, belon dan kek cawan yang comel. Dan parti akan berakhir dengan acara "Great Slime Deluge"pada pukul 4 petang. Takkan puas sehari weyy..Jadi nad ambil peluang sehari ni terjah semua apa yang ada di Nickelodeon Lost Lagoon.

Gerai makanan

Gerai jualan

Dekat sini memang dah ada macam-macam, jualan makanan , pelampung, mainan untuk bermain dekat air, macam-macamla. Kena sentiasa ada duit bila datang sini..hehe.


Video penuh Nickelodeon Lost Lagoon 1st Birthday Bash Sunway Lagoon

Berjumpa dengan watak kesayangan Nickelodeon

Ni yang pasti anak-anak akan teruja. Dapat berjumpa dengan kartun kesayangan mereka. Korang boleh cek jadual ni kartun kegemaran anak korang dan bawa ke sini untuk bergambar dan meluangkan masa bersama. Tak rugi weyy..

Jadual berjumpa dengan watak kegemaran

tawaran istimewa cuti sekolah

Tawaran Istimewa Sempena Cuti Sekolah

Hah!!, cuti sekolah dah nak dekat, apa tunggu lagi, bawak anak-anak ke Sunway Lagoon dan pergi ke Nickelodeon Lost Lagoon. Jangan lupa beli tiker secara online. Bersempena dengan Ulangtahun pertama Nickelodeon Lost Lagoon dan juga cuti sekolah akan datang, Sunway Lagoon ada menawarkan pakej FAMFun yang berharga RM390* untuk 2 tiket dewasa dan 2 tiket kanak-kanak ataupun 4-To-Go yang berharga RM456* untuk 4 tiket dewasa.

Terima Kasih Sunway lagoon. Jumpa lagi

Lepas je habis jelajah dekat Nickelodeon Lost Lagoon ni, nad jalan-jalan jelajah satu Sunway Lagoon. Hah! next entry nad cerita ye..teruja sangat ni..sampai teringat-ingat. Nanti ada rezeki datang sekali lagi, dah tau nak kemana dalam Sunway Lagon ni..hehee.

Keterangan lanjut boleh layari :
www.sunwaylagoon.com
www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia


hai assalammualaikum

Percutian Tanpa Dirancang Ke Sungai Congkak - Hah!! Memnag tak rancang pun ni semua dengan keluarga. Betul orang cakap, kalau kita tak rancang, semua mnejadi. Cuba rancang..mesti ade je tak kenanya. Hari ahad, keluarga nad datang rumah nad dekat kuala lumpur. Biasalah atok dengan nenek rindu dengan cucunya yang gendut ni..bukan setakat atok tapi sepupu sepapat fariza jugak rindu dengan dia..hahha.. cadang nak tido dekat rumah nad. Yela cuti tahun baru cina, jalan kuala lumpur la.


Lepas tu hari Isnin pikir, takkan nak duduk rumah je kaann.. dah datang kuala lumpur semata nak duduk rumah. Bosan weii!!. Jadi mr mafia cadang pergi mandi manda dekat sungai congkak. Cakap hari isnin tu jugak. Wah!! Excited sangat..hahaha..lama tak bermandi manda ni. Lagi lama tak pergi ke sungai congkak weii..

Dari kuala lumpur nak ke sungai congkak memang sekejap..setengah jam je weii.. nad pun baru tau..masa kawin takde nak bawak jalan mnadi-manda ni, geram pun ade..hahaha..dah ade anak baru nak bawak..Jadi bertolakla kitaorang jam 11 pagi tak silap. Agaknyala..tak tengok jam pun..hahaa..


Paham-paham jela kalau dah namanya tempat mandi, mestilah ramai orang. Lagi-lagi masa cuti ni, lagila ramai orang. Tapi kalau dah excited nak pergi, dah tak heran dah. Lagi la kalau dah nampak air, batu-batu tu.




Lama jugak dapat parking. Sekarang parking kene bayar der..adoii..Lepas tu terua masuk cari tempat sesuai nak bentang tikar. Dah dapat tempat, nad yang excited..hahaha..nad memang suka mandi manda ni. Terus masuk dalam air,celup-celup kaki. Sejuknyaaa!!!.. lama tak pergi sungai congkak ni.



Layan anak buah semua. Lebih excited nak bawak  anak masuk dalam air, tapi nenek tak bagi. Kata kecik lagi. Takut sejuk. Nak mintak celup-celup kaki pun tak boleh. Adehh..tunggu jela fariza besar. Daddynya pun tak bagi..ermmm..mommy main sorang-sorang jele..cepatla besar..leh mandi sesama ye fariza..gembira bersama..hahaha..masa mengandung dah suka berenang, fariza pun ikut suka main air.. sebab bila nak mandikAn dia, dia mesti suka..hehe



Ok dah berseronok balikla..wah have sangat cuti ni..korang pulak buat ape.
hai assalammualaikum



Hari ahad semalam nad dengan budak-budak office pergi bermandi manda di air terjun. Hari untuk merehatkan minda, otak dan jiwa. (nampak sangat stressnyer disitu). Kitaorang rancang seminggu sebelum nak pergi lagi..yela kalau nak pergi beramai-ramai ni kene plan awal, biar semuanyer berjalan dengan lancar.. memang dah lama tak pergi mandi air terjun dan tempat yang dicadangkan nad tak pernah pergi lagi. Hari kitaorang keluar adalah hari ladies out. haha..semuanyer perempuan ok, no men ok. Mana nad pergi ahad semalam..hah!! Pernah dengar Air Terjun Kalumpang. yup kat situla kitaorang semua berkelah. Air terjun Kalumpang ni terletak di Kuala Kubu Bharu Kampung Pasir Putih, Hulu selangor.Untuk pengetahuan korang yang tak pernah sampai ke sini (macam aku ), nak masuk ke kawasan air terjun ni perlu melalui kawasan perkampungan Kg Pasir Putih, Kalumpang dan kawasan dusun yang luas.

Perancangan awal yang kitaorang buat berapa orang yang pergi dan nak bawak ape..kitaorang berkumpul dekat petron Bukit Rajah. Pastu pergi naik satu kereta sahaja, kereta Alza ok..nasib baik besar kalau tak berhimpitla..hahaha..Pastu kitaorang bahagi-bahagikan makanan puplak..bab-bab makanan kitaorang memang laju..dan menu untuk hari berkenaan ialah nasi putih, lauk sayur dan lauk nasi lemak, mihun, ayam goreng dan sosej.Nad bawak ayam goreng dengan sosej. Senamg dan mudah..laku plak tu..habis..hahaha..

Sampai je tempatnyer, masing-masing dah bersila..apa lagi makan time..lapar sangat.masing-masing tak sarapan lagi.hahhaa..Mulala melantak...Di Kalumpang ni terdapat kawasan yang berbayar dan tidak berbayar..kawasan yang nad santai ni free je..so hanya boleh mandi manda je..hehe..



Seronok dapat berkelah sambil menghirup udara nyaman dengan deruan bunyi air terjun. Selepas makan dan kenyang mestilah berendam di dalam air. hahh segarnyaa..release segala masalah. dalam fikiran hanya keseronokan..ketenangan, kedamaian.. Seperti tempat lain, tempat ni juga ada menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti tandas, surau, wakaf dan tapak perkhemahan. Nad perasan tempat ni mempunyai tempat training khas iaitu Kalumpang Resort & Training Centre untuk mereka yang ingin bercamping dan ade juga flying fox  tapi kene bayarla. Korang juga boleh menyewa Chalet bagi yang hendak bermalam di situ. Terdapat 45 unit chalet  di situ.


KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE

Head Office:
Lot 426 & 427 Jalan Sg Inki,Kg Pasir Putih, Kalumpang
44100 Kerling, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.

Tel      :  (+603) 6049 1969
Fax     :  (+603) 6049 1087
Email   :  kalumpang_resort@yahoo.com
Website : http://www.kalumpangresort.com.my/








hai assalammualaikum..

Bukit Cahaya Shah Alam Part 2 - aritu nad ade citer pasl Bukit Cahaya kan..yang Part 1..sekrang nak cerita untuk Part 2 plak..selepas nad ngan jejaka mafia p aritu..kitaorng x puas jalan..sebab x dapat round sume..yela pegi pun dah lewt..nak round sume tempat memng xkan habisla..so kitaorng p ari lain plak..mase kitaorng p ni..best sikit sebab mse ni ramai orang sikit..dengan ade rombongan sekolah..dengan famili masing-masing..so x bosan sangat mcam aritu..

aritu kitaorng decide nak jalan kaki..xpe..exercise itu bagus..hahaa..ko x tau betapa penatnyer berjalan..mse tu plak tghari..mcm matahari ats kepala gak.walaupun banyak pokok..tapi die xde laluan berbumbung ok..sebab nak nikmati keindahan alam ciptaan Allah ini...nak xnak gigihkan kaki..ckap..we can do it..hahaa..bile korang jalan je..jalan jauh la gak..korang xkan sesat sebab die akan bagi map..map die bukan map yang kat gps atau map google..tapi map bergambor..so korang akan pahamla..xkan sesat..kalo sesat..err x taula..so better p reramai..lagi syok..besrnya belimbing tu..xleh makan ok..hahhaa

 
hahaa..muka penat berjalan..berehat sekejap kat bawah pokok..redup sikit..sambil2 tu tunggu jejaka mafia amik gambar..biasalah photographer kalo nampk cantik di mata..pasti berenti dan amik gmbar tu..nad la peneman die..untungla awok dapat awek penyabr mcm ni...kalo x dah lama tinggal kan kat belakang..hahaa..muka je nmpk serius tapi x kisah..wakakkaa..poyo je lbh..

selain umah 4 musim..kat Bukit Cahaya juga ada Empangan..ade banyak empangan..tapi nad dapat amsuk dekat Empangan Air Kuning..ingatkan bile msuk je empangan air yang mcam tembok.upernyer die macam tasik..tenang je..angin pun kuat je mse tu..


ni la suasana dalam empangan tu..kat sini korang boleh memancing..kene bayar kot..x taula..x tanya plak..biasalah..jejaka mafia tengok keindahan alam yang cantik ni..snap sana sini..dan salah satu hasilnyer..gambar ni la..hehee..

kat dalam Bukit Cahaya pun korang leh jumpe macam2 binatang..tapi nad amik gambar dengan kuda je..hahaha..jauh2 sikit takut disondol..wakakaa..ni jele yang mampu nak cerita pasal Bukit Cahaya..sebenarnyer banyak lagi tempat..tapi yang ade gambr ni je..hehe..Bukit Cahaya ni luas..sesuai la nak beriadah..

psstttt..blogger yang dekat ngan nad..jom wat gathering kat cni nak..weee...leh berkelah2..haha..