KAKAK FARIZA CEMBURU DENGAN ADIK

in , by Nadia Johari, 07:29:00
hai assalammualaikum


Fariza Cemburu Dengan Adik - Bukan mudah ye nak jaga perasaan dan bagi paham seorang anak yang berusia dua tahun, bahawa sekarang dia dah menjadi seorang kakak dan perlu mengalah demi adiknya. Ada sesetengah budak, boleh menerima dan paham situasi berkenaan tapi tidak Fariza.

Memang setiap hari nad akan bagitau Fariza, baby Farhanah ni adik dia. Dia faham tapi, masih tidak boleh terima sepenuhnya. Ada masa dia sayang adiknya baby Farhanah, ada masa dia buat tak tau je. Bila nad ada, dia sayang adiknya, bila nad biarkan Fariza dengan adiknya Farhanah, habis adiknya dikerjakan. Pernah nad tinggal sekejap, pergi siapkan air mandian adiknya, datang tengok, kakak Fariza boleh pukul adiknya dengan bantal. Nasib bantal kecik je dan ringan. Itu pun naaib pukul-pukul manja. Kadang ditekan kepala adiknya. Bahaya..bahaya..

Part paling sukar bila masa menyusu badan dan waktu tidur. Tu la setiap hari nad perlu fikir macam mana caranya dia perlu faham dan tidak rasa disisihkan. Dah beberapa minggu nad bagitau dia dah tak boleh menyusu badan. Sebenarnya dia faham, tapi kalau masa bangun tidur mestilah mencari susu. Tapi alhamdulillah, masa nak tidur malam, dia dah tak mintak sebab dah beberapa hari nad biarkan dia tidur tanpa susu.

Lagi sedih, bila waktu tidur malam, dah la tak dapat susu badan, dia akan mintak dipokpok, atau diusap kepala. Tapi kadang tak dapat sebab nad uruskan adik yang sekarang setiap malam meragam nak tidur. Kadang Fariza taeik tangan nad yang tengah pegang baby Farhanah mintak dimanja, diusap, tapi nad tak boleh buat, dia akan menangis, bawak diri. Nad taknak rasa dia disisihkan atau rasa tak disayangi. Nad harap dia faham juga nanti. Memang nampak dia cemburu dengan adiknya.

Taknak dia rasa macam tu, lepas baby Farhanah tidur, nad cepat-cepat suruh dia datang dekat nad, dan nad akan belai dan usap dia. Tapi tu la, kadang baby Farhanah terjaga lagi, dan nad tak dapat buat apa Fariza nak. Dia sedih lagi. Kadang nad yang perlu bersusah sekejap layan budak dua ni. Nad sedaya upaya, buat supaya Fariza tak rasa disisihkan.

Maafkan Mommy sayang Fariza. Mommy nak ajar awak supaya menjadi kakak yang baik. Mommy bukan tak sayang atau sisihkan awak. Mommy sayang dua-dua anak mommy. Setiap malam, setiap kali Fariza dah tidur, nad akan tengok dia, nanti tak semena air mata ngalir. Kadang rasa bersalah bila dia nak bermanja dengan nad tapi tak dapat disebabkan waktu tu layan si adik yang meragam.

Mommy tau, Fariza akan jadi kakak yang baik nanti. Tolong mommy jaga adik, dan paham kakak dah besar.




SHARE 1 comment

Add your comment

  1. ya..anak kak pun macam tu juga masa mula2 dapat adik..lama2 dia akan paham sendiri

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2