hai assalammualaikum


Kekasih Paksa Rela

Bersemut Timeline Media Sosial Kerana Kekasih Paksa Rela - Ohoiii, sekarang ni semua timeline, semua wall tak kira facebook, instagram dan twitter penuh dengan status kesemutan dan kesweetan tentang drama Kekasih Paksa Rela. Cerita makin lama makin buat orang tersenyum sendiri, lagi-lagi perempuan bila tengok aksi keromantikan Remy Ishak. Muka dia, masa marah, sayang ok je. Nampak macho je..hahaha.. Tapi nad suka dengan kecomelan Hanan. Cantik je dia kan.


Korang layan tak cerita ni. Nad mulanya tak berapa layan, tengok-tengok macam tu jela. Layan masa ada ayah Hanan, kes mak hanan marah anak sebab pak tiri dia. Tu memang tak patutla. Mak jenis apa tak sayangkan anaknya. Percaya cakap suami baru. Dan terus layan bila Hanan kawin dengan Adham. Mula-mula biasa je, lama-lama makin sweet pulak..eheh..Dari panggil " Pakcik "..terus panggil " Abang "...ecewahh..Lepas tu aksi peluk pulak..cuit-cuit, sekejap cuit hidung, kejap cuit mulut..hehehe. Tambah dengan pickup line Adham..huhu.

Drama macam ni, kejap majuk, marah, biasalah. Takde pengacau pun tak sah..hahaha. Mula-mula pengacau Shiqin. Sakit hati tengok, asyik sibuk je hal Adham. Dah Adham tak suka, tak yahla menyibuk. Dimana ada Adham dan Hanan, disitu ade Shiqin..huhu. Lepas tu asyik cakap benda sakit hati. Kalau kita jadi, Hanan, ofkos kita abaikan..hahaha. Tak kuasa nak melayan tau.

Macam nad cakap, nad tak layan dari mula. Tak tau pun Adham ada isteri dan apa jadi dekat isteri dia. Masa buat status dekat facebook, seorang kawan ni cakap pasal isteri Adham. Rupanya Adham ada isteri, taknak anakb ke apa ntah, lari pergi Luar Negara. Tiba-tiba adegan Adham bercuti dengan Hanan dekat Pulau Belitung, dah ada isteri dia situ. Harini birthday Adham, isterinya wish kat message..huhu. Habis cuak muka Adham. Kalaula Hanan tau.


Silalah tengok cerita ni nak tau apa jadi ye..hehe. Setiap hari Isnin-Khamis pukul 7 malam memang tunggu cerita Kekasih Paksa Rela di TV3. Nak tengok adegan sweet dan mengejutkan..huhu..Nad suka tengok hanan, comel je. Bila orang muda dan tua berkahwin, terpaksa berkahwin, lama-lama sweet. Teringat macam nad la, nad dengan suami...hahahhaa.." tua-tua, hot tau "..kihkih..
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. hoi !! memang bersemut cite ni tau.. lakonan bersahaja.. hee~ kakak pun terjatuh cinta kat Intan Najuwa tu.. jarang nak minat pelakon baru, tapi dia ni memang best..

    ReplyDelete
  2. dulu ms sekolah duk berangan lah nak kawin ngan orang kaya2 ni..mcm cite KPR ni..haha
    tp mmg rindu nk tengok remy berlakon..bila tgok remy teringat drama mat bangla tu hahaha

    ReplyDelete
  3. Amboii rela bersemut nampak Nad... Hah! dah boleh buat tajuk drama ni..ahhaa :P

    ReplyDelete
  4. dari episod pertama tertengok...terus tak tinggal...hehehe

    ReplyDelete
  5. Sama la kita, Nad..akak pun tengah kemaruk dengan cerita ni..haha

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2