February 2017
hai assalammualaikum

Salah satu barang makeup nad yang paling nad suka, iaitu BB Cushion. Yup, sebelum ni nad pernah pakai BB Cushion, dan nad sukainya. Kali ni, nad tambah lagi koleksi BB Cushion daripada jenama Skiinz.

Apa itu BB Cushion??

BB Cushion ni berbentuk seperti bedak compact tapi dalam isinya bukan powder. Sebaliknya di dalam BB Cushion ni ada alas coklat, dan di dalamnya ada sejenis liquid seperti foundation. Kiranya, ia adalah foundation dalam bentuk bedak compact yang mana nampak kemas daripada foundation yang dalam botol dan tube tu. Hanya perlu tekan menggunakan span khas yang diberi, lepas tu, akan keluar foundation dalam tu. Cuma dap, dap atau gosok dekat muka macam korang pakai bedak compact.

Suka sangat dengan BB Cushion dari Skiinz ni

BB Cushion ni dah banyak keluar sebenarnya. Tapi kita pilih mengikut harga la kan. Macam ada setengah BB Cushion, kawan nad pakai, harga mahal, tapi muka berminyak..taknak la macam tu kan. BB Cuschion dari Skiinz ni memang best..Suka giler, Best memang best..haish tak tau nak cakap.

Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion Buat Muka Jadi Glowing

Kenapa nad suka dengan BB Cushion Skiinz ni?? Hah, nad ni suka nampak cantik walaupun pergi ke pasar..hahaa. jangan gelak ok, nad memang macam ni. Sebelum nad kenal BB Cushion, nad pakai bedak compact je dekat muka, muka kasar je, nak pakai foundation malas, yela takkan pergi pasar beria pakai foundation jenis pekat tu kan..melampau..Jadinya sapu jela Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion ni. Nampak je macam foundation, tapi tak nampak pun pakai foundation, nampak natural gitu.

Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion 

Memang suka sangat, sebab pergi pasar muka nampak bermaya dan glowing gitu, tanpa perlu pakai foundation. Nad sapu je BB Cushion ni, mula-mula lembap, tapi tak sampai beberapa saat dia kering, dan glowing muka. Bersinar,memancar gitu. Muka pun lembap je..lahai bertambah suka..Muka pun tak berminyak walaupun pakai dari pagi sampaila ke malam. Tak bercapuk walaupun muka berpeluh. Lagi peluh lagi glowing kau..

Pergi klinik ke, pergi beli kuih ke, nad pakai BB Cushion Skiinz ni..hahahha..Kau tak tau, dekat Kuala Lumpur ni, kedai punya jauh, mana ada dekat macam kat kampung. sebab tu nak melawa je sentiasa..hahaa.

Teksturnya nipis, ringan dan lembut

Korang takyah risau, BB Cushion Skiinz Advanced Triple Stemcell ni teksturnya lembut dan tak pekat. Jadi boleh sapu berapa banyak korang nak..haha. Janganla banyak-banyak, melampau, kang putih bebenor. Cukup la sekadar menutup segala cela..Dengan hanya satu sapuan pun dah cantik ok. Kalau tengok dari dekat, warna liquid foundation ni macam warna purple, pink gitu. Tapi bila sapu dekat muka akan jadi natural je. Teksturnya nipis, tapi full coverage..fuh..best..


Video sikit nad bagi menggunaka Skiinz BB Cushion ni..

Benda ni wajib ada dalam beg. Lepas solat boleh pakai. Tak perlu kelam kabut nak bersiap. Dahla mesra wudhuk, mudah dicuci.

Kelebihan Skiinz Advanced Triple Stemcell  BB Cushion 

Ni nak bagitau, Skiinz BB Cushion ni bukan sahaja dapat melawa kan korang, malah dapat membantu menyelesaikan masalah kulit korang..Nampak tak, bagusnya BB Cushion ni. Antara kelebihan Skiinz Advanced Triple Stemcell Bb Cushion yang perlu korang tau:

- Membantu dlm penjagaan kulit dan berikan kesan AWET MUDA
- Membantu merawat kulit bermasalah seperti JERAWAT & JERAGAT
- Menegang serta melembapkan kulit
- Menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan & garis halus
- Membantu mengurangkan keradangan & inflamasi kulit
- Memperbaiki sel yang rosak akibat sinaran UV matahari
- Mempunyai SPF 35 sesuai utk org Asia dan dapat melindungi kulit daripada sinaran UV
- Memberi effect GLOWING & FLAWLESS pada kulit wajah
- Mesra WUDHU – aqua based, mudah & pantas utk dibersihkan
- Tidak MELEKIT & BERMINYAK
- Warna NATURAL, sesuai utk semua jenis kulit
- Tekstur yg HALUS dan SGT RINGAN…

BB Cushion terbaik

Dah tengok video nad kan..takkan la tak puas hati lagi..hehee. Korang tu yang nak cepat siap, yang nak nampak lawa, nak nampak natural, simple, makeup cepat, bolehla pakai BB Cushion ni. Cepat-cepat grab. Kalau rasa-rasa nak beli, boleh pm nad..hehee..

Untuk tau lebih lajut berkenaan Skiinz Advanced Triple Stemcell BB Cushion ni korang boleh layari

Website: www.skiinz.com.my
Facebook Page: Skiinz BB Cushion
Instagram : Skiinz.Official
Harga : RM89

hai assalammualaikum

Mencari Pakej Perkahwinan 

Siapa nak kahwin tu, hah!!, mesti korang tengah sibuk nak uruskan hal itu ini kan. Banyak sangat nak kena fikir untuk buat sesuatu majlis tu berjalan dengan lancar. Kalau boleh kita nak majlis kahwin tu menjadi suatu memori yang sangat indah. Kalau ada yang tak kena, mesti hampa perkahwinan tak seperti yang diidamkan. Sebab tu kena hati-hati semasa membuat persiapan. Nak uruskan sesuatu persiapan majlis memang bukan mudah, lagi-lagi dengan bajet yang kita ada tu hanya cukup-cukup sahaja.

Pakej Perkahwinan 

Nad pernah alaminya, masa tu memang zero, tak tau nak buat apa. Semuanya berpandukan google dan kawan sahaja. Nak cari pakej perkahwinan, kena pergi satu-satu tempat. Google satu-satu tempat. kena senarai apa yang kita nak. Nak pilih mana yang terbaik memang pening.

Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin

Sekarang dah mudah, korang yang bakal menjadi pengantin tu, tak perlu pening-pening lagi nak cari pakej perkahwinan. Semuanya dah siap, lengkap dari dari dewan, hotel, katering, fotografi, videografi, pelamin, andaman, solekan, kad kahwin, pakej bulan madu, cenderahat, peralatan khemah, busana pengantin dan banyak lagi yang pastinya memudahkan bakal pengantin mencari perkhidmatan yang bersesuaian dengan citarasa dan bajet mereka. Nak tau dekat mana. Pergi sahaja ke website Portal Projek Kahwin. 

Portal Projek Kahwin

Semuanya di hujung jari je. Korang pilih je mana yang korang berkenan. Sebab semua pakej perkahwinan di situ adalah yang terbaik. Sekarang, mana-mana memang pakai internet. Semua orang nak mudah dan cepat. Yela banyak urusan lain nak dibuat. Ramai dikalangan bakal pengantin yang sebenarnya kurang pendedahan kerana tidak banyak sumber yang memudahkan mereka untuk mencari pengusaha produk perkahwinan ini mengikut perkhidmatan yang diperlukan.

Salah satu gambar yang diambil vendor daripada Sweet Picture

Disebabkan kurangnya laman web berkenaan pakej perkahwinan, jadi wujudlah Portal Projek Kahwin yang bukan sahaja memudahkan bakal pengantin mencari pakej perkahwinan, malah membantu tempat mengumpulkan pengusaha-pengusaha produk perkahwinan lebih-lebih lagi dikalangan pengusaha bumiputra. Projek Kahwin juga dibina untuk membantu pengusaha bumiputra meluaskan lagi perniagaan dan jenama mereka ke serata Malaysia dan juga luar negara.

Portal Projek Kahwin Mesra Pengguna

Portal Projek Kahwin ini juga amat mudah diakses dan dibina dengan fungsi yang mesra pengguna. Portal Projek Kahwin boleh dilayari melalui pelbagai telefon pintar. Tak kisahlah ipad, iphone, samsung dan macam-macam la.

Catering Idaman Anda kah ini??

Pelamin dengan hiasan bunga-bunga..alahai cantiknyaa 
Kekemasan turut diambil kira..


Bagusnya di Portal Projek Kahwin, terdapat banyak vendor perkahwinan dan paparan maklumat vendor seperti facebook dan instagram, logo syarikat, media sosial, nombor telefon turut dipaparkan supaya bakal pengantin boleh melihat kemaskini aktiviti-aktiviti oleh vendor tersebut. Malah boleh terus menghubungi vendor sekiranya ada pertanyaan. Jadi amat mudah bakal pengantin memilih vendor kesukaan mereka.

Portal Projek Kahwin juga akan mengeluarkan aplikasi ios dan android tersendiri pada masa akan datang bagi memudahkan bakal pengantin menggunakan dan melayari portal Projek Kahwin dengan lebih lancar.

Gambar yang sangat cantik

Memori perkahiwnan yang memberi 1001 kenangan manis

Kesimpulannya, Portal Projek Kahwin ini amat berguna untuk mereka yang bakal berkahwin. Sangat menjimatkan masa bakal pengantin yang mencari pakej kahwin yang bersesuai mengikut citarasa dan bajet mereka. Jadi takdela kelam kabut, nak pergi sana sini, nak survey bagai kan.

Jadi, kepada bakal pengantin di luar sana, nad cadangkan, apa kata korang tengok sendiri Portal Pakej Perkahwinan ni, nad dah tengok. Memang mudah sangat, semua pakej ada. Insyallah amat-amat mebantu bakal pengantin di luar sana. Nasib nad dah akwin, kalau tak terjebak nak pilih pakej, berpatutan pulak tu semya..

Untuk info dan maklumat terperinci melalui Portal Projek Kahwin ini boleh melayari

Website : www.projekkahwin.com
Facebook : https://www.facebook.com/projekkahwin/
Instagram : projekkahwinmy




hai assalammualaikum

Keayuan Semulajadi Dengan Deeja Cosmetic 

Sejujurnya, nad katakan, nad ni bukanla sejenis orang yang suka pakai produk set lengkap ni. Sebabnya, pernah terjadi sebelum ni, pakai set lengkap satu jenama ni, habis muka naik jerawat. Sejak tu memang malas dah nak pakai skincare yang set lengkap ni. Tapi haritu, nampakla ramai kawan review produk Deeja Cosmetic. Dekat iklan pun ada pasal produk Keayuan Semulajadi Deeja Cosmetic ni, dutanya pelakon Sheery Ibrahim tu.

Deeja Cosmetic Keayuan Semulajadi

Ramai bagi feedback bagusnya produk Deeja Cosmetic ni. Lagi membuak-buak teringin nak pakai bila si Ayujean dengan kak Nina cakap produk Deeja Cosmetic ni memang best.

Yela, muka nad ni, muka jenis sekejap elok, sekejap tak elok. Maksudnya jerawat datang tak menentu. Bila datang jerawat, susah pulak nak hilangnya, jadilah parut jerawat. Sedih tau bila ada orang cakap muka kita teruk, punyalah tanya suami, " abang muka sayang teruk ke??"..mr mafia cakap elok dah, tinggal saki baki tu"...ala sedihnya..paham-paham jela perempuan kalau sebut pasal kulit muka, sensitif oo..

Pengalaman Menggunakan Deeja Cosmetic

Teruja bila dapat pakai Deeja Cosmetic

Akhirnya, nad cuba juga set lengkap Deeja Cosmetic ni. Wajah sebelum ni memang dah pulih, tapi bila tengok dekat, adala parut yang tinggal dengan muka yang kusam. Gambar dekat atas setelah 4 hari pakai Deeja Cosmetic. Baru 4 hari dah best..hahaa..

Deeja Cosmetic boleh memutihkan, menggebukan dan buat muka nampak glowing dalam masa 5 hari. Sesuai untukkulit muka berjeragat, berjerawat, pigmentasi, berminyak, wajah kusam, gelap dan berparut.

Set lengkap Deeja Cosmetic 5 dalam 1 ( Sabun, Toner, Krim Siang, Krim Malam dan Krim Nano )

Selalunya memang susah nak konsisten pakai set lengkap ni. Tapi sebab nak cantik, nak nampak ayu, kenalah rajin dan konsisten. Lepas dapat je Deeja ni, nad terus guna. Set lengkap Deeja Cosmetic ni ada 5 benda dalamnya iaitu Sabun muka, Toner, Krim Siang, Krim Malam dan Krim Nano.

Baca Arahan dahulu

Masa nak pakai tu, ikut arahan kotak ye sayang-sayang sekalian. Tau teruja bila dapat apa kita nak, tapi arahan pun kena ikut..hehee. Barulah takda masalah dekat kulit.


Video Bagaimana Nad Pakai Set Lengkap Deeja Cosmetic. Sejak pakai Deeja ni, muka lembut je..best gilos..

Penggunaan Deeja Cosmetic untuk Waktu Siang

Penggunaan Deeja Cosmetic Untuk Waktu Malam


Ok ni cara pemakaian Deeja Cosmetic:
1) cuci muka dengan sabun pencuci deeja warna oren tu..wangi bau dia..
2) pakai toner
3) untuk siang pakai krim siang yang nad pakai tu..
4) untuj malam, lepas cuci, pakai toner, pakai krim malam, kemudian krim nano..siap..pastu tidur.

PERHATIAN UNTUK KULIT SENSITIF:
Di awal penggunaan, dinasihatkan agar memakai krim malam selang satu hari supaya dapat dilihat reaksi pada kulit. Maksudnya ada tanda-tanda seperti merah, mengelupas atau seangkatan dengannya. Jika tiada masalah teruskan penggunaan tetapi jika masalah jarakkan penggunaan kepada selang tiga hari. Raksi mungkin berbeza mengikut kulit.

Kesan Penggunaan Selepas Menggunakan Deeja Cosmetic

Korang kena paham, setiap produk ikut kulit masing-masing, ada yang serasi, ada yang menunjukkan tanda-tanda sedikit. Biasalah kulit kita tak serupa. Tapi untuk nad, Deeja Cosmetic ni sesuai dengan kulit nad. Cuma nad perasan, masa pakai pencuci muka dia, nad akan rasa pedih sikit tapi tak menunjukkan kemerahan atau tanda lain. Mungkin sebab dia nak mematikan segala benda kotoran dekat muka ni. Untuk toner, krim siang, krim malam dan krim nano, nad pakai semua ok.

Dan dalam masa 4 hari nad pakai, alhamdulillah, muka nad jadi lembut sangat. Betul!!, nad boleh bayangkan macam mana muka bersih daripada jerawat. Takde kasar, takde macam kertas pasir..hahha.

Walaupun masih ada parut, tapi bila nad pakai set lengkap Deeja Cosmetic ni, muka rasa macam bersih daripada segala kekotoran. Ya Allah suka giler. Dan kerana nad bersisplin menggunakan set lengkap Deeja Cosmetic ni, jerawat pun memnag susah nak naik. Yup, tu yang nad suka.

Result setelah 2 minggu menggunakan Deeja Cosmetic.

Ni la muka nad setelah 2 minggu menggunakan Deeja Cosmetic. Cuma pakai krim siang Deeja. Muka pun dah tak kusam, jerawat malu-malu nak keluar, kadang tak keluar langsung. Parut hampir hilang.

Masih ada lagi baki Deeja tu, nad rasa boleh tahan berbulan tu, sebab penggunaanya pun sikit je. bagus kan..

Testimoni Terkini

Nad nak share dengan korang testimoni seorang pengguna Deeja Cosmetic yang sangat menakjubkan apabila melihat perubahannya. Disebabkan terkena minyak panas, wajah yang teruk telah berubah menjadi yang sangat cantik.

Muka terkena minyak panas

Semakin pulih dengan penggunaan Deeja


GARA² MINYAK PANAS KULIT WANITA INI LEBIH CANTIK DARI SEBELUMNYA
==============

Apa yang korang akan lakukan sebaik terkena minyak panas? Bukan sedikit ye tapi sebahagian dari kulit muka korang. Inilah mimpi ngeri yang berlaku kepada wanita ini.

Sebaik terkena minyak panas, wanita ini mendapatkan rawatan dari hospital. Tapi, masa yg diperlukan untuk sembuh lebih lama. Selepas itu, dia menggunakan gel aloe vera untuk merawat luka dan pada masa yang sama dia berharap gel ini dapat membantu menghilangkan parut pada wajahnya. Tapi lain pulak jadinya, muka berminyak, tak
tak bermaya, jerawat pn mula la tumbuh tapi parut tak hilang-hilang juga. Sedih kan, lain kita harapkan,jadi lain pulak.

Dek kerana tak tahan dengan masalah kulit yang semakin menjadi jadi, dia mula mencari ikhtiar lain. Dengan lambakan pelbagai produk di pasaran Nurul lebih berhati hati dalam produk yang terbaik dan bermutu. Apa yang penting produk tu selamat, mendapat pengiktirafan dari KKM dan mampu menghilangkan parut besar pada wajahnya.

"Saya cuba tengok² produk skincare di facebook. Mulanya saya nak try set skincare lain, tapi tak tahu mcm mana saya boleh tertarik nak mencuba produk deeja cosmetic ni lepas tengok testimoni² yang cukup banyak dari pengguna. Saya nak tahu kesannya berbaloi tak dgn masalah parut saya yang teruk ni. Tak sangka akhirnya mmg produk ni terbukti berkesan. Banyak parut saya dah hilang hanya sebulan pemakaian dengan sangat² konsisten. Alhamdulillah husband dan family saya pun berpuas hati dengan perubahan ni.


"Masa mula² nak cuba skincare saya paling takut ada pengelupasan. Tapi inilah yang buat saya sangat² puas hati dengan deeja cosmetic bila parut kat muka saya dirawat tanpa apa² pengelupasan dan tak ada pedih².

Alhamdulillah, Deeja bantu wanita ni 

"Saya mula menggunakan Set Deeja Cosmetic 5in1 dan diamond foundation dan alhamdulillah sebulan lebih bersama Deeja Cosmetic kulit saya dah bertambah baik. Jerawat pun dah kurang kulit lebih halus dan lembut dari dulu", tambah Nurul.

Nampak tak perubahan dia. Alhamdulillah, Deeja Cosmetic bantu wanita ni memulihkan kulit mukanya. Hah korang jangan teragak-agak lagi. Cepat dapatkan Deeja Cosmteic ni.

Sekarang, bukan nad je terjebak, kawan dengan sepupu pun dah terjebak dengan Deeja Cosmetic ni..hahahaa..Apa lagi korang, jomla kita bersama-sama pakai Deeja.

Untuk yang berminat untuk dapatkan Deeja Cosmetic;

Harga Set 5 in 1 Deeja Cosmetic: RM85.00 (SM) | RM90.00 (SS)
Facebook : Deeja Cosmetic HQ
Instagram : https://www.instagram.com/deeja_cosmetic_hq/
No. Tel : 019 6945950
hai assalammualaikum

Khemah Kanak-kanak

Sejak nad kemas rumah ni, ada la juga ruang khas tempat permainan Fariza ni. Kalau tak, dekat tilam je la tempat dia bermain. Bila ada ruang, mestila terfikir nak bubuh apa. Tiba-tiba terfikir untuk beli khemah kanak-kanak, sebab pertama, biar barang mainan dia masuk dalam khemah tu. Kedua, biar dia main dalam khemah masa nad buat kerja. Tu la yang nad fikir bila nak beli khemah kanak-kanak.

Lepas tu, nad cuba usha dekat facebook, buat status kot ade orang jual murah. Ramai cadangkan beli dekat Mr Diy dan Ikea. Nad pun selidik, ok khemahnya macam ni. Tak puas hati, usha dekat instagram. Macam biasa cari dengan hastag..mudah..hehehe..taip je #khemahkanak..hah keluar la macam-macam. Sebab tu bagusnya ada hastag ni.

Bila dah keluar banyak, mula la penin nak pilih mana..hahaha. Jadi, pandai-pandai kaula pilih. Macam nad, memang pilih yang murah, berkualiti dan bagus. Mula-mula nampakla khemah kanak-kanak yang satu jenis, ada pulak jenis kayu. Nad fikir mesti Fariza boring kalau ada satu jenis je. Kalau ayu, time dia ngamuk, kang jatuh khemah tu..seriau kita fikir..haaha..

Khemah kanak-kanak pilihan nad

Scroll lagi, akhirnya nampak yang ada tiga jenis. Khemah, terowong dan tempat basketball. Dah rasa itu ok, tengok harga pulak..hah!!!..dalam masa yang sama kena jimat yee...haishh..keluar duit, takpela demi kegembiraan anak..huhuhuhu...

Dah selidik semua, puas hati, harga pun ok. Jangan beli dulu, bagitau suami, ok ke tak barang ni untuk Fariza. Apa-apa kena tanya mr mafia juga, walaupun yang keluar duit nad..hahaha. Dia kata ok, baru proceed dm peniaga tu dan berurusniagala...eh dah macam tips membeli isteri pulak..hahaha..boleh buat entry ni..kihkih..

Nad ni jenis tak sabar,nasib baik peniaga tu nampak dm nad. Bila cakap khemah kanak-kanak ni ada lagi tak..harga memang sekian-sekian..siap postage ye..Peniaga pun cakap ye..huhu..gumbira hati..esoknya, nad pun bank in. Nad bank in hari ahad, selasa dah sampai barang tu. Guna abx ekspress.

Sampai je, terus buka tunjuk dekat Fariza. Suka dia na. Muka excited..hahahha. Nasibla rumah ni luas, dah macam taman permainan je..hahaha..boleh tahan besarnya..ni mak pak pun boleh join..hahaha.


Video Fariza syok main dengan Khemah, terowong dia.

Playground Fariza

Khemah kanak-kanak ni bahagi tiga. Basketball, terowong dan khemah. Boleh dicantumkan dan boleh dipisahkan. Jenis mcm ni bagusnya sebab boleh dilipat kalau taknak diguna. Kalau dia ngamuk, dia marah khemah, takda apa pun..hahaha. Sebab plastik. Nad tengok macam tahan lasak jugakla..

Sukanya dia

Sejak ada khemah ni, bagus juga, sebab kadang masa nak buat kerja blog dekat meja, dia layan dalam khemah basketball sambil tengok tv. Kadang main sendiri dalam mainan dia. Kalau nad dah habis kerja, main la dengab dia pulak. Takdanya biar anak main sendiri lama-lama. Kesian..kita jela kawan dia.

Khusyuk bermain

Dapatla nad siapkan update blog. Dapat jugakla du entry..hahaha. Tapi kadang datang boring dia, nak taknak, kita layan jela. Anak oiii..penat keluarkan dari perut. Layan jela. Anak lagi penting. Oh lupa, membebel tak tentu hala, nad nak bagitau harga khemah ni cuma RM85 termasuk postage. Mayb tengom.kawasan kot sebab dia guna pos airpax/abx dan nationwide. Kalau rumah korang boleh guna pos ni mungkin include postage. Kalau korang nak beli boleh terjah instagarm www.instagram.com/fezababyshop.

hai assalammualaikum

Barang Kemas Perak Sadur Emas

Sebut je emas, tersenyum lebar kaum wanita ni kan..hehee. Dulu suka ikut mak pergi kedai emas. Tengok, pilih barang kemas, memang rambang mata. Tak kisah la rantai emas, gelang atau cincin. Nad ni jenis tak kisah tentang barang kemas, sama ada emas tulen atau tiruan. Asalkan ia nampak cantik di mata apabila dipakai. Sekarang ni pun, nad tengok, ramai yang suka barang kemas yang jenis ukir nama lepastu sadur emas,eh cantik pulak! Sekali imbas nad tengok sebijik macam emas sebenar!

Barang Kemas Perak Ukir Nama Asia Silver Shop

Haritu member nad pakai, nyaris nad kena tipu hidup-hidup bila diaorg kata emas 916, sebab nad bukan reti pun nak tilik-tilik dan bezakan mana emas tulin mana tak. Rupanya memang ramai yang minat barang kemas jenis macam ni dan banyak pulak tu design-design yang menarik, up todate,copy ori, sebijik mcm real.. harga memang jauh lebih murah dari emas sebenar. Bukan tu saja, boleh jimat kos upah dan gst. Kalo emas sebenar,memang agak mahal kos upahnya.

Cincin Ukir Nama

Gelang tangan Emas Sadur

Rupanya, barang Kemas Perak sadur Emas ni merupakan perak 925 yang ditempa membentuk barang kemas atau perhiasan wanita mengikut design yang dikehendaki kemudian kemasan terakhirnya disudahi dengan sadur emas. Sadur emas menggunakan bancuhan air emas,yang mana perak yang siap ditempa dan dicuci tadi kemudiannya dicelup kedalam cecair emas yang dibancuh tadi, dicelup sehingga rata dan mengenai semua permukaan yang dikehendaki. Kerja nya sama juga macam emas, Cuma material je yang lain.

Tempoh jangka hayat bergantung kepada cara penjagaan dan pemakaian. Jika dijaga dengan baik ia boleh tahan sehingga berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Jika kelihatan pudar, boleh disadur balik, dibaikpulih,atau dicuci untuk menjadi silver kembali. Wahh,,menarik kan! Nad pun pertama kali dengar, macam eksaited nak tempah jugak satu! Ukir nama nad,mesti cantikk kan..

Barang Kemas Perak Ukir Nama Sadur Emas Dari Asia Silver Shop Murah Dan Cantik Pilihan Ramai Wanita 

Wanita kalau boleh, nak dirinya dihias penuh dengan barang kemas asli, tapi mestilah takut kena ragut. Yela, zaman sekarang jenayah ragut banyak. Takut weii..sebab tu wanita jarang beli emas asli. Lagi satu, harganya yang mahal. Emas sekarang memang mahal, tak terkata,lagi-lagi gst woo..imagine emas rm6000,+gst 6%=rm360 untuk gst kita kena bayar..huhuhu. Jadinya nak berhias cubalah pakai barang kemas dari Asia Silver Shop ni. Murah dan Cantik weii..lagi-lagi yg jenis ukir nama ni, nad tengok pun dah terpegun. Nak belikan juga untuk Fariza, sebab dia takda lagi emas-emas ni..hehee. Mahal weii emas sekarang, jadinya beli yang termampu sahaja. Duit boleh save untuk kegunaan lain.

P/S : Masa order jangan lupa bagitahu dari blog Nadia Johari atau miszrockers ye, sebab ada harga istimewa untuk pembaca nad semua.. Dapatkan barang kemas perak sadur emas ni weii.. Rugi tau tak dapatkannya sekarang .:)

Tengok cantik kan..

berkilau kau

Alahai rambang mata tengok..Dari gelang, rantai, cincin, subang, semua ada

Kepada penggemar barang kemas rantai perak atau gelang perak, korang boleh dapatkan koleksi ini di Asia Silver Shop. Terdapat pelbagai perhiasan yang disadur seperti anting-anting, gelang tangan dan rantai, rantai kaki, brooch, butang baju melayu, neck tie clip, keychain, loket dan lain-lain yang sesuai untuk dipakai kanak-kanak mahupun dewasa. Produk Asia Silver ni ade design utk baby,untuk kanak-kanak perempuan, lelaki, untuk suami, ayah, emak, pendek kata semua golongan ada design-design tertentu yang sesuai.

Murah je..cantik sangat

Dulu suka beli yang ada buah-buah ni..cantik

Ni kalau pakai kat jari nad, cantik ni
 
alahai bagi anak dara Fariza pakai cantik ni

Cantik juga

Beli gelang dengan cincin untuk tersayang

Cantik juga macam ni

Cakap sahaja nak apa, semua ada malah untuk koleksi emas sadur pun ada mengikut bajet korang. Ternyata koleksi design mereka semuanya cantik-cantik. Dari jauh, aksesori tiruan ini bagaikan emas tulen dan kelihatan mahal. Korang nampak sendiri kan dalam gambar tu, terpikat tak???..

Mengukir Nama Di Barang Kemas

Kedai Asia Silver Shop menerima tempahan barang kemas perak 925 ukir nama juga. Wah best kan, barang kemas korang, ada nama sendiri. Item adalah pre order dan custome made.

Hah nak beli untuk buah hati..

Macam mak datin bila pakai

Rantai siap ukir nama

Tu dia..tak berkelip tengok

Untuk lelaki pun boleh

Trend sekarang, kalau nak sehati sejiwa, siap ada nama sekali..hehee. Nad suka macam ni, ada nama sendiri dekat barang kemas. Nad memang nak belikan satu untuk Fariza, siap ada nama dia lagi. Fariza takda barang kemas pun lagi. Siap nak tulis nama Fariza lagi. Untuk budak baik beli yang macam ni..hehe. Bagi ibu bapa yang bimbang, barang kemas tulen yang dipakai anak mereka terjatuh atau hilang, mereka akan pilih emas saduran sebagai aksesori.

Kepada para lelaki, kalau nak belikan untuk mak, awek, adik perempuan atau yang bernama wanita ni, korang boleh je hadiahkan barang kemas perak sadur emas ni, mesti yang menerima ni akan menghargai hadiah pemberian yang diberi. Para wanita nak beli untuk diri sendiri pun boleh. Lagi best bila terukir nama kan. Pakai pun rasa bangga dan yakin gitu.

Awat cantik sangat ni

Ni ..lagi cantikk

Dapat satu set ni lagi baguihh

Jam tangan tu..masyallah..cantikk

Korang boleh custom, mix n match, pilih je design mana-mana korang suka. Lagi best kalau korang ade design sendiri, bagitau je nak disuruh buat macam mana. Woww!!..best kann..atau hilang idea, korang boleh refer mana-mana gambar sample yang ade dekat gambar asia Silver Shop ni terutamanya yang design berkaitan ukir nama. Sebab kepakaran Asia Silver Shop dalam ukir nama. Kalau design yang dari kilang yang ready made tu, mungkin susah sikit diaorang nak buat. Senang citer pilih atau design sendiri kan.

Bagi yang tidak suka menunggu lama untuk tempah silver ukir nama, boleh pilih aksesori  ready made cantik-cantik, boleh klik di SINI. Ada macam-macam lagi ada,korang boleh tengok dekat page mereka.

Asia Silver Shop pernah bergiat aktif join aktiviti jualan di booth

Ramai Customer datang

Asia Silver Shop pernah bergiat aktif join aktiviti jualan di booth

Asia Silver Shop pernah bergiat aktif join aktiviti jualan di booth

Asia Silver Shop pernah bergiat aktif join aktiviti jualan di booth,seperti Timor Fest,Gegey Festival,Wedding Fest,Meriah Raya Bazaar,Beauty Fest,dan banyak lagi event la..fuh..

Sebenarnya Asia Silver Shop ni ada premis di Kelantan. Hah!!..sesiapa yang tinggal di Kelantan yang berada berdekatan, atau yang pergi ke Kelantan, jangan lupa singgah ke premis Asia Silver Shop. Yela, kalau tak puas tengok dalam gambar, korang boleh melihat sendiri sample atau ambil barang yang dah siap ditempah. Kalau tengok depan-depan puas hati kan.
Alamat:
G-L1-22, Ground Floor, Bazar Tuan Padang, Lot 962, Seksyen 11, 15000
Kota Bharu,KEL.

P/S : Masa order jangan lupa bagitahu dari blog Nadia Johari atau miszrockers ye, sebab ada harga istimewa untuk pembaca nad semua.. Dapatkan barang kemas perak sadur emas ni weii.. Rugi tau tak dapatkannya sekarang .:)

Untuk pembelian secara online pun boleh.  Keterangan lanjut korang boleh layari.
Website: http://www.asiasilver.com.my/
Facebook :  https://www.facebook.com/asiasilvershop/
Page untuk produk ready made:  https://www.facebook.com/asiasilvercc/
Instagram:  @asiasilver
official Instagram :  asiasilverhq_official
num telefon: 016 940 3330 (sha) – produk custom made
012 813 7330 (azi)-customer service
017-9496330 (fatin)-produk ready made