hai assalammualaikum

Lazz Susu Kambing, Pilihan Nad Ketika Hamil - Hah!!, bila nad tau nad hamil je, terus terfikir nak minum susu. Yela, minum susu ketika hamil kan bagus, untuk kesihatan ibu dan anak. Tapi nad terfikir, susu apa yang bagus agaknya??. Susu apa yang boleh ngam dengan tekak nad masa mengandung ni.


Lazz Susu Kambing Untuk Ibu Hamil

Lazz Susu Kambing, Untuk Ibu Mengandung

 Selalu juga tengok iklan Lazz susu kambing. Terngiang-ngiang lagu dia " Lazz Susu kambinggggggg "...gitu. Pernah nampak kawan-kawan minum. Macam sedap. Apa lagi, nad pun dapatkan Lazz Susu Kambing.

Lazz Susu Kambing Pelbgaai Perisa

Memang sedap Lazz Susu Kambing ni

Lazz Susu Kambing Memang Sedap!!

Bestnya, Lazz Susu Kambing ni ada pelbagai perisa.  Macam nad, ada tiga perisa yang nad cuba iaitu Lazz Susu Kambing Asli, Lazz Kurma ( Susu Kambing Kurma ) dan LazzChoco ( Susu Kambing Kurma Perisa Coklat ). Masa dapat je, terus nad cuba. 

Weii serius,sedap sangat Lazz Susu Kambing ni. Pernah minum susu kambing satu jenama ni, memang tak boleh masuk tekak, rasa nak muntah dan pening je bila minum tapi Lazz Susu Kambing ni, memang tak hanyir, tak hamis bau kambing langsung walaupun ia 100% susu kambing organik. Tak rasa nak muntah pun. Rasa dia, sedap-sedap lemak manis, creamy macam tu. 

Korang yang tekak anti susu kambing, mesti boleh minum susu ni. Serius!!, rasa nak lagi dan lagi...hahaa. Tapi kenala ikut yang disarankan.

Banyak khasiat Amalkan Susu Kambing

Lazz Susu Kambing Banyak Khasiat!!

Semua orang tau, banyak khasiat susu kambing untuk mereka yang hamil, antaranya
- Mengelakkan sembelit
- Menaikkan HB dan membantu mencegah anemia
- Menghilangkan loya dan pedih ulu hati,
- Memberikan tenaga dan badan akan rasa ringan,
- Kaya asid folic dan tinggi kalsium, malah membantu perkembangan minda dan tulang bayi dalam kandungan.
- Nutrien sempurna untuk bayi
- PALING popular ialah utk mmbantu mengurangkan risiko bayi terkena kuning berpanjangan.

Kalau barcakap bab anak kuning ni, memang tension kan. Teringat masa Fariza kena kuning, terpaksa ulang alik klinik, ambil darah anak. Orang pesan minum susu kambing dan susukan anak untuk turunkan kuning anak tu. Jadi kita ikhtiar dari kita mengandung. Biar masa lahir, harap-harap anak nad nanti tak kena kuning.

Lepas minum Lazz Susu Kambing ni, badan nad pun segar, sihat dan bertenaga. Nad amalkan minum susu ni sejak kandungan masuk 3 bulan lagi sampai sekarang. Sebab tu boleh buat kerja macam-macam lagi. Masih kuat lagi. Jaga anak lagi..hahaa. Memang kadang letih gak, tapi takdela tak bermaya langsung.

Mudah dan senang nak minum

Cara Pengambilan Lazz Susu Kambing

Bila dah ada banyak perisa ni, nak minum pun mudah. Tak perlu la nak buat sendiri, rendam semalaman, lepastu blend lagi. Aduh!!, leceh..Dengan Lazz Susu Kambing, hanya buka, ambik beberapa scoop susu, bancuh dan minum. Senang!!..Macam nad, tuang 3 scoop susu dan tuang dengan air suam. Elakkan guna air panas yang mendidih, taknak khasiat susu hilang. Jadi bancuh dengan air suam atau boleh diminum sejuk..Hah!!, Lazzchoco tu diminum sejuk memang sedappp..

Semua Orang Boleh Minum Lazz Susu Kambing

Kalau korang nak tau, Lazz Susu Kambing ni, boleh diambil semua peringkat umur bukan setakat ibu mengandung, malah anak-anak dari usia 1 tahun, orang tua, orang muda, lelaki, perempuan yang belajar, yang bekerja, eh semua kategorilah sangat bagus minum dan amalkan susu kambing ni.

Fariza suka minum Lazz Susu Kambig Choco

Jadi, nad pun bagi Fariza rasa. Susu kambing memang bagus untuk anak kita. Macam Fariza, lepas dia putus susu, nad ada bagi dia minum susu tepung coklat, sebab dia suka perisa coklat. Tapi lepas nad survey Lazz Susu Kambing, boleh diminum untuk kanak-kanak, nad pun cuba bagi Lazz Susu Kambing Choco dekat dia. LazzChoco ni gabungan " Goat + Malt " susu kambing pertama di Malaysia menghasilkan minuman Malt Coklat ditambah Ekstrak Kurma. Mula-mula, nad takut juga, takut dia tak suka. Tapi, syukur, dia minum sampai habis..hehehe. Bagi 1 scoop untuk 2 atau 3 oz dah memadai. Rasa dia pun coklat manis creamy gitu. Tapi manis bukan membahayakan.

Lazz Susu kambing ni pun tanpa bahan pewarna, untuk Lazz Susu Kambing Asli pula tiada gula tambahan, yang mana memang bagusla bagi dekat anak kerana mudah dicernakan dan anak cepat kenyang serta mendapat khasiat optimum untuk tumbesaran. Penghasilan Lazz Susu Kambing menggunakn bahan yang tidak diubah secara genetik atau dicampur dengan bahan kimia menjadikannya lebih berkualiti. Sebagai mak, memang nak yang terbaik untuk anak dia la kan, jadi kena la cari susu yang hampir kepada susu ibu dan banyak khasiatnya. Fariza sekarang pun amalkan minum Lazz Susu Kambing..ehhee.

Untuk Ibu berpantang dan menyusu Lazz Susu Kambing sangat tinggi zat besi bagi membantu pulihkan tenaga selepas bersalin dan dapat mencantikkan kulit.  Bagi pelajar pula sesuai amalkan Lazz Susu Kambing kerana ada vitamin A, B1 dan B2 bagi membantu menajamkan ingatan dan fokus semasa proses pembelajaran dan orang dewasa dan warga emas boleh mencegah osteoprosis, rendah kolesterol dan jantung sihat bila minum Lazz Susu Kambing.

Tak lupa juga bagi mereka yang dah berkahwin , dan ingin memiliki anak. Boleh cuba minum susu Lazz Susu Kambing. Kita kena berusaha dan mencuba. Ramai juga testimoni mereka yang dah berjaya, korang boleh cek website Lazz Susu Kambing ni. Lazz Susu Kambing ni, ada set-set dia, seperti Set Set Mak Buyung , Set Sejoli , Set Ibu Gembira, Set Lala A+, Set Caffein, dan Set Diet..Nampak tak semua set ada, ikut korang la mana nak..hehee.

Lazz Cafe

Hah!!!, ni kali pertama nad nampak susu kambing cafe tau. Huishh, siapa yang addict dengan coffee tu, bolehla minum Lazz Cafe ni. Takdelah memudaratkan tubuh badan korang. Aroma dia memang sedap. Macam coffee latin gitu..menyegarkan  bila minum.

Amalkan minum Lazz Susu Kambing..Terbaikk!!

Bagus kan Lazz Susu Kambing ni. Dah la untuk semua peringkat usia boleh ambil, banyak khasiat pula. Memang nad sarankan, korang amalkan minum Lazz Susu Kambing ni. Boleh terjah
Website : www.lazzsusukambing.com
Facebook : LAZZ Susu Kambing
Instagram : LAZZ Susu Kambing HQ
Tel : 013-3083354 | 018-2777290
SHARE 28 comments

Add your comment

  1. nahagia nampak fariza minum susu lazz .. kemain dia yea

    ReplyDelete
  2. bagus fariza nak minum susu kambing tu ....

    ReplyDelete
  3. Bagus amalkan susu kambing ni masa pregnant, kita dulu pun amalkan.

    ReplyDelete
  4. Antara produk terlaris di kedai sahabat zumal... Ramai ibu2 suka...

    ReplyDelete
  5. Susu ni ramai org minumm kan.. mcm nk mencuba je

    ReplyDelete
  6. Rayyan belum terima lagi , baru2 susah sikit dia nak , try harder yeahhh

    ReplyDelete
  7. Lazz Susu Kambing ni antara pilihan TB gak masa pregnant dulu.. pernah minum 2-3 kali gak.. hasilnya badan cergas je.. baby oun aktif je dalam perut..heee

    ReplyDelete
  8. Susu kambing mmg bagis kan..
    boleh utk ikhtiar hamil juga x?

    ReplyDelete
  9. Zira risau betul kalau kena minum susu tak boleh masuk tekak. Nanti muntah balik, kalau ngandung tu yg risau nak tak nak terpaksa minum. Risauuuunya

    ReplyDelete
  10. Mmg sedap susu ni.. saya suka Lazzcafe tu.. best :)

    ReplyDelete
  11. Rahsia nad kekal cergas masa mengandunglah ni... Anak saya pun suka lazz

    ReplyDelete
  12. memang pernah try best lazz ni..

    ReplyDelete
  13. Tak pernah lagi akak cuba produk dari kambing. Sebab akak tak makan kambing..hihi..boleh akak cuba kalau tak bau hamis

    ReplyDelete
  14. Macam sedap jea susu kambing ni..nak try lah

    ReplyDelete
  15. Lazz susu kambing cafe tu nampak cam.best je .. blh try gak nanti..

    ReplyDelete
  16. Macam best jer susu lazz ni. Dulu akak tak suka susu kambing sebab berbau. So, akak dah ada pilihan la sebab susu kambing lazz tidak berbau. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  17. Lazz choco tu nampak sedap je.. dulu tak boleh minum sebab senang dapat kencing kotor.. tapi sekarang dha boleh minum.. boleh la beli.. nyum2

    ReplyDelete
  18. terbaik lazz ni nad...k.sal dah repeat yang lazzcafe tu ...delivery superb!!

    ReplyDelete
  19. Eh ade perisa baru ye? Sebelum ni rasanya ada 3 jenis je perisa. Susu kambing original, madu dengan kopi. Sekarang dah ade coklat ye

    ReplyDelete
  20. Susu kambing lg bgus dr susu lembu. Nk juga cuba Lazz

    ReplyDelete
  21. Nice! I am also drinking susu kambing but the fresh ones, this one have more variety next round I will give it a go!

    ReplyDelete
  22. Dari dulu sampai skrg mmg tak suka minum susu kambing...loya je tekak ni dibuatnya. Pernah cuba tapi susah pulak nk nelan..hehehe

    ReplyDelete
  23. Akak x pernah amalkan susu kambing ni..apa rasa dia nad..ish tgok nad nyer video macam best je..rasa nak cuba plak

    ReplyDelete
  24. saya peminat susu. bolehlah try susu Lazz pulak lepas ni, susu kambing lagi tu kan.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  25. Sedap yer susu kambing Lazz ni, memang ramai dah yang cuba dan bagi positif feedback. huda pun tak nak lepaskan peluang cuba produk best ni

    ReplyDelete
  26. bagusnya untuk budak2 mcm nie banyak khasiat dan senang jer buat :) dah banyak kali tgk iklan mesti sedappp.

    ReplyDelete
  27. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) silakan hubungi LADY ESTHER Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2