hai assalammualaikum


Syurga Yang Kedua

Bini Kedua Kena Bersabar dan Mengalah - Bila dah setuju untuk jadi bini nombor dua, kenala tau batas-batas kau sebagai bini nombor dua. Dah la kawin dengan suami kawan baik. Kawan baik pulak tengah koma. Huishh..memang macam takde perasaan. Alasan kawin sebab nak kena dengar cakap mak. Adoii..alasan yang tak boleh dipakai. kesian dekat isteri yang koma tu, tak tau apa-apa. Tak tau suaminya kawin lain. Yang dia tau bila buka mata, dia nak suami disampingnya. Tapi suami pergi honeymoon dengan isteri kedua. Alasan mak mertua suruh kawin sebab nak cucu lelaki. Wahai mak mertua, kau ingat senang nak dapat anak lelaki, melainkan itu memang rezekinya, syukurla. Kalau tak dapat..merana la kauu..huhuhu..

Haishh apa geram-geram ni..hahaa. Ni la cerita drama dekat Astro Prima. Ganti Dendam Aurora. Cerita pukul 6 petang, tapi ada ulangan pukul 12 malam. Nad selalu tengok pukul 12 malam sebab petang tak dan punya. Cerita konflik antara mak mertua dengan menantu. Lakonan Zarul, Elizad dan Fasha Sandha. Elizad berlakon sebagai sabrina, tak boleh mengandung dan memberikan cucu kepada mak mertuanya lakonan Azizah Mahzan. Tak suka bila dia berlakon, geram je, dah tergedik, pastu eee..rasa nak tampar je..hahaha. Sabrina pernah mengandung tapi asyik gugur je, dan haritu dia mengandung tapi gugur sebab kemalangan, gara-gara terdengar mak mertuanya cakap dengan suaminya lakonan Zarul iaitu Daniel. Disuruhnya kawin dengan perempuan lain. Mana tak sedihnyaa.. Habis seluruh keluarga Daniel tak suka dengan Sabrina. Jahat diaorang.

Fasha Sandha pulak berlakon sebagai kawan baik Ezad. Nama watak Vivy. Disuruhnya kawin dengan Daniel. Si Fasha ni pun satu, setuju je. Haishh, fikirla dulu, kau tu kawan baiknya. Sampai hatila buat kawan baik macam ni. Sudahnya kau yang merana. Jangan semata cakap dengar orang tua, kau buat macam ni. Banyak lagi lelaki lain kot..kohkoh..eh emo pulak nad..hahaaa. Yela macam tak logik je..ish..tapi dunia realiti ni ada je.

Sudahnya, Sabrina pun terjaga dari koma. Tapi tak tau suaminya sudah berkahwin dua. Hah!!, tengokla macam mana nanti. Siapa yang bagi zuriat lelaki?? Macam mana Sabrina dapat tau suaminya kawin lain??..

Drama Syurga Yang Kedua akan bersiaran selama 70 episod pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang di saluran Astro Maya HD 135. Episod 1 Syurga Yang Kedua yang merupakan adaptasi dari sebuah sinetron Indonesia
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Ramai gak blogger dok up citer ni.. Tak nak mulakan.. Nnt dh melekat asyik nak tgk je payah... Hehe

    ReplyDelete
  2. Aah, ramai up citer ni. Macam best je nak layan. Kalau layan ni mmg melekat laaa tggu tiap episod.

    ReplyDelete
  3. Ok..Ingat kenapa. Nampaknya kenalah tgk mcm ni..hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2