Vitamin bagus Untuk Anak-Anak, Arayyan Kids Terbaik Untuk Anak, Vitamin Susu Kambing Arayyan Kids dan Set Alat tulis, Supllement Anak-anak Yang Sedap Dan Murah

hai assalammualaikum

Pilihan saya Vitamin Arayyan Kids

Vitamin Arayyan Kids Untuk Kanak-kanak
- Fariza bila dia lakukan sesuatu mesti dia akan fokus, masa tu otak dia akan berjalan dan menangkap apa yang dia lihat. Sejak usia dia setahun, dia dah minat dengan pen dan kertas. Sekarang, memang suka menulis, mewarna dan membaca. Jadi, nad sebagai ibu, kenalah siap sediakan apa yang patut untuk galakkan dan kembangkan lagi minat Fariza . Salah satu cara, berikan dia makanan supplement tambahan atau vitamin untuk membantu merangsang minda dia untuk terus fokus terhadap sesuatu yang dia minat.

Arayyan Kids Dengan Susu Kambing

Arayyan Kids Dengan Susu Kambing

Budak-budak sekarang pun memerlukan vitamin atau supplement khas supaya mereka membesar dengan sihat, cergas dan cerdas. Bila sihat, otak pun lebih fokus melakukan sesuatu. Dalam banyak vitamin, memang semua bagus, tapi dalam masa yang sama, nad tengok isi kandungannya. Pilihan nad, vitamin Arayyan Kids dengan Susu Kambing kerana bahannya yang sangat bagus, dihasilkan daripada makanan-makanan sunnah.

Selain susu kambing ada lagi bahan seperti Buah Delima, Susu Kambing, Kurma, Kismis, Berries, Apricot, Gingko Biloba, DHA, Pennywort, Zaitun. Semua bahan ni memang sangat bagus untuk kanak-kanak membesar dan menguatkan tubuh badan kanak-kanak. Ia juga membantu memfokuskan perkembangan minda kanak-kanak, dan ternyata Arayyan Kids memberi kelebihan yang optimum.

Bentuk Tablet mudah dimakan

Sebagai ibu bapa, mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak kan. Jadinya, nad memang tak salah pilih vitamin untuk Fariza. Dah sebulan lebih nad bagi Fariza Arayyan Kids ni, memang laju je dia hisap. Sedap sangat ler tu...ehehe. Arayyan Kids berbentuk tablet dan perlu dihisap macam gula-gula. Didatangkan dengan 30 biji tablet @1200mg setiap satu.

Sedapnya dia makan

Cara makan senang je, 1 - 2 tablet sehari, pagi dan malam, boleh isap atau terus kunyah. Lepas tu kena sorokkan..hehee. Memang kena sorokkan, kalau tak Fariza nak je. Dia ingat gula-gula..hehee. Yela, budak-budak ni suka makan yang ada perisa. Arayyan Kids perisa 100% buah delima (pomegranate) dan adunan susu kambing menjadikannya berlemak susu. Mana tak sedapnya kann..

Arayyan Kids Dengan Susu Kambing bukan sahaja menguatkan otak kanak-kanak, malah dengan kandungan campuran mineral, anti oksida, vitamin dan esktrak herba menjadikan membantu menguatkan gigi dan tulang serta sistem saraf.

Harga Vitamin Arayyan Kids

Arayyan Kids Dengan Susu Kambing makanan yang lengkap untuk kanak-kanak dan boleh didapati dengan harga RM 79.90 untuk Semenanjung Malaysia dan  RM89.90 bagi Sabah dan Sarawak.

Galakkan Anak-anak Minat Membaca, Menulis Dan Melukis Sebagai Langkah Persediaan Ke Sekolah Dengan Kiddy Kid Edu Play Set

Anak Minat Menulis, Membaca Dan Melukis - Apa yang nad perhati dengan Fariza ni, masa usia dia setahun lebih, dia memang dah ada minat menulis dan membaca. Memang akan fokus bila menulis, walaupun dia belum kenal huruf, nombor, tulis pun bukan tulis macam orang besar, cuma conteng-conteng je, tapi dia suka. Bila bawa keluar, sediakan pen dengan kertas je, duduk diam la dia.

Pernah pergi ke Pesta Buku PWTC, ada la satu tempat tu yang jual buku untuk anak-anak. Nad sajala singgah, walaupun tau, orang tu akan cakap lama..ahhaa. Masa tu dia keluarkan la buku khas untuk kanak-kanak belajar dan mudah paham. Masa tu Fariza nampak pen, terus dia ambik dan tulis. Tukang jual tu terus macam terperanjat sebab Fariza sangat fokus bila dia dapat pen dan kertas..hahaa. Jadi, nad tau Fariza ni memang suka sangat dengan membaca, menulis dan melukis. Nad pun tak pernah paksa dia buat semua tu. Fariza sendiri yang buat. Bila dia dah ada minat terhadap menulis, melukis dan mewarna ni, nad sebagai ibu kena terus galakkan dia. Nanti masuk sekolah dah senang kan.

Seronok dapat Alat Tulis dan Buku

Dah dia minat melukis, mewarna semua tu, jadi sebagai ibu, mestilah kena galakkan lagi dengan membeli buku dan segala peralatan alat tulis. Kalau korang nak tau, Arayyan Kids ni turut dilengkapi dengan Kiddy Kit Edu Play Set. Aduh, memang seronok la Fariza dapat buku ni semua, satu set ni.  Ada 16 item dalam tu, siap ada warna, pensel, pemadam, crayon, pelekat, eh macam-macam la kalau korang tengok gambar tu. Gambar dekat alat tulis semua gambar movie Cars.

Warna warni set ni bila tengoknya. Fariza kalau teruja nampak sesuatu dia cakap " wahhh"..terus tak sabar nak buka. Suka nad tengok dia gembira dapat ni semua. Semua untuk kebaikan Fariza juga..

Kiddy Kit Edu Play Set
Arayyan Kids Dan Kiddy Kid Edu Play Set

Dalam set ni juga disediakan cakera padat  ( CD ) untuk anak-anak belajar. Dari mata kasar, set ini dilihat biasa namun jika ibu bapa membuka CD yang disertakan, paparan video dengan konsep kartun dan ceria menarik perhatian anak-anak.

Mana satu nak belajar dulu ye

Buku-buku ni sesuai untuk anak 2 hingga 6 tahun. Ada tujuh buah buku dalam tu. Boleh membaca, mewarna, mengenal huruf dan nombor. Bagusnya, buku-buku dalam set Kiddy Kit ni menggunakan dwibahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa English. Memang jimat kan. Memang bagus sangat. Dalam masa sama, galakkan anak speaking. Pastinya, ia memudahkan kanak-kanak memahami huruf dan nombor dalam bilingual dalam aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan dalam set pembelajaran ini.

Buku ada 7 series
- Asas Huruf
- Basic Alphabet
- Basic Numbers
- Basic Shapes
- Basic Animals
- Basic Transportation
- Basic Dot, Mazes Activities

Semua buku ni memang sesuai untuk Fariza yang baru nak mengenal huruf, nombor, binatang dan macam-macam lagi. Yela otak mereka tengah berfungsi melihat apa yang dipandang dan disebut.

Mommy ajar kita menulis dan mewarna

Lagi best bila ibu bapa luangkan masa dengan anak-anak semasa mereka buat aktiviti ni. Kanak-kanak lebih cenderung untuk menyiapkan aktiviti-aktiviti menarik dengan buku ni. Inila masanya taknak bagi anak tertarik dengan gadget seperti telefon pintar, tab semua tu. Lagipun ia mudah, ia muda diawa ke mana sahaja selain saiz buku-buku latihan asas lebih kecil sesuai untuk si kecil.

Set produk yang menerima pengiktirafan Malindo International Best Entrepreneur Award 2017 itu bukan set pembelajaran biasa semata-mata.

Khusyuk dia

Tengokla Fariza ni, khusyuk dia buat, tak pandang dah kiri kanan. Dia boleh habiskan masa berjam jugakla dengan mewarna, dan melihat gambar dalam buku ni. Lepas tu tunjuk dekat mommy, mommy pun ajarla dia. Lagipun ada buku tu yang jenis bintik-bintik kita kena sambungkan untuk dibentuk menjadi huruf dan bentuk. Hah!!, mommy kena pegang tangan dia dan ajar dia perlahan-perlahan. Insyallah, lama-lama Fariza akan pandai dan buat sendiri.

Harga Kiddy Kit Edu Play Set

Kiddy Kit Edu Play Set pula boleh didapati dengan harga  RM 169.90, jauh lebih murah daripada produk dalam segmen sama di pasaran.

Arayyan Kids dan Kiddy Kit Edu Play Set

Arayyan Kids Global Holdings Sdn Bhd diasaskan oleh pasangan suami isteri Abdul Ahmadil Razman dan Surita Abdullah pada tahun 2010 lagi. Abdul Ahmadil selaku CEO manakala Surita sebagai Pengarah Urusan syarikat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Arayyan kids, sila layari :
Website: http://www.arayyankids.biz
Facebook: @KidsArayyan
Tel : 019-490 8769




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

30 comments so far,Add yours

  1. Menarik betul KKiddy Kit Edu Play Set nie. Boleh tarik minat anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul kak, set yg direka khas bagi menghindarkan kanak2 daripada gadget yang melalaikan. layari www.arayyankids.biz utk keterangan lanjut atau wasap terus ke +60194908769. terima kasih..

      Delete
  2. best giler siap bahan bacaaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul kak, set yg direka khas bagi menghindarkan kanak2 daripada gadget yang melalaikan. layari www.arayyankids.biz utk keterangan lanjut atau wasap terus ke +60194908769. terima kasih..

      Delete
  3. Waaa.. Bagus sangat la... Tambah2 Fariza yang memang minat... Galakkan dari Kak Nad In Shaa Allah akan membawa sesuatu yang bernilai. Masa depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul kak, set yg direka khas bagi menghindarkan kanak2 daripada gadget yang melalaikan. layari www.arayyankids.biz utk keterangan lanjut atau wasap terus ke +60194908769. terima kasih..

      Delete
  4. Betul tu lepas makan kena sorokkan, nanti habis dikerjakan sampai habis.Hehe. Kalau tak dapat, dah menangis haru pulak jadinya nanti.Pandai tu bergaya nak baca buku mana satu dulu ya?

    ReplyDelete
  5. Wahhh seronoknya Fariza dapat buku dan vitamin.

    ReplyDelete
  6. Bestnya .. boleh bagi Rayyan ni ..

    ReplyDelete
  7. bagus ni tablet kunyah lagi..kalo anak alergik pon bole kan?

    ReplyDelete
  8. geram tengok fariza, tapi takot jangkit ngan Nad, heheheh belum lagi sekarang, tunggu budak-budak besar sikkit hehehee

    ReplyDelete
  9. lagi satu memang rekomen aarrayyan kids untuk kanak-kanak, lengkap untuk basic

    ReplyDelete
  10. hi chantik blog akak ....blogwalking ternampak post akak dkt facebook group :)

    Tengok Movie Free Orang Putih disni :)
    http://www.moviebobynha.site/movies/

    ReplyDelete
  11. amboiiii makin besar mkin bijak anak dara ni tau,dah kakak2 sangat ni heheheh

    ReplyDelete
  12. Same macam aneeq la fariza ni. suke membaca walaupun tak reti lagi. Sebenarnya dia suke tenogk gambar-gambar dalam buku tu. menulis, melukis menconteng tu memang dah jadi rutin harian aneeq dah :D :D :D

    ReplyDelete
  13. Anak anak memang memerlukan multivitamin tambahan terutamanya yang picky eater. Bagus ni

    ReplyDelete
  14. Bgus..kecik2 da amik supplement..prevention is better than cure

    ReplyDelete
  15. Menarik suppliment ni. bumiputra produk pulak tuu

    ReplyDelete
  16. sihat dan cergas paling penting for kids growing up!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  17. merangsang otak kanak2..apa pun semoga fariza membesar dengan sihat.

    ReplyDelete
  18. wah.. bagusnya... comel2 belaka produknya dan bagus untuk merangsang tumbesaran yang sihat untuk kanak2. yang lagi penting produk lokal!

    ReplyDelete
  19. Pandainya fariza mkn tablet tu hehe comel...pastu pandai bergaya dpn kamera alolololo bijak angat!

    ReplyDelete
  20. She so smart. Love her big eye. Nowadays, a lot of supplement that can boost kids health. But need to choose wisely.

    ReplyDelete
  21. What a fantastic set, my daugther will love it hahaha I need to get her some of the supplement as well.

    ReplyDelete
  22. Tablet Vitamin tu menarik. Tak nampak macam supplement.hehe

    ReplyDelete
  23. Boleh cuba untuk anak2 akak. Tak pernah lagi bagi supplement untuk anak2.. Jadi bolehlah akak try arayyan ni.

    ReplyDelete
  24. wah bagusnya! Sesuai la untuk kanak-kanak. Nanti Ika suruh sepupu Ika try beli Arayyan kids untuk anak dia.

    ReplyDelete
  25. Kesedaran parent dari awal berikan vitamin dan pemakanan sihat baik untuk tumbesaran anak-anak kan...

    ReplyDelete