PENAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL

in , by Nadia Johari, 17:49:00
hai assalammualaikum

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil - Kalau tak mengandung memang takkannya nak merasa naik berat badan..hahhaa. Masa sebelum lahirkan Fariza, berat nad 38kg. Lepas tu, mengandungkan Fariza, dapatla merasa naik 1 kg setiap bulan, tapi yang pasti bukan berat kita naik, sebab ada baby dalam perutbeg yang membesar juga. Tapi teruja la bila naik..haha. Paling berat 58kg, eh lupa pulak masa usia kandungan 9 bulan.

Berat 34.9kg menyusukan anak

Lepas bersalin turun balik semula, kembali normal bawah 40kg. Dan haritu pertama kalI timbang masa bercuti dekat Perak, hotel tu ada penimbang, apa lagi timbagla. Terkejut berat kita 34kg je weii..hahaha. adoii..Fariza pulak menyusu badan. Habis dia sedutyang lemak kita.

Sekarang mengandung lagi, selalu naik 1kg, tapi haritu cek naik 2 kg. Nafsu makan time mengandung memang tak boleh elak. Sebab tu naik mendadak..hahaha. Takpela, janji mak dengan anak sihat. Haritu kena amik darah sebab berat kurang daripada yang dia nak. Yela berat 34kg. Takut nanti bayi dilahirkan pramatang atau saiz berat bayi yang ringan dan kecil.

Haritu checkup dah naik 40kg. Penambahan berat pasti berlaku. Tipula maintain je berat kan..hahaha. Takyahla nak jaga badan masa mengandung. Lepas bersalin baru boleh jaga. Penambahan berat badan penting bagi membentuk fizikal bayi dalam rahim, penambahan saiz organ-organ ibu untuk menyokong proses kehamilan.

BMI berat badan dan penambahan berat badan yang disyorkan

Setiap perempuan memang berbeza berat bergantung kepada berat badan sebelum hamil dan BMI . Masalah mengandung ni, kalau terkurang pun tak boleh, terlebih pun bermasalah. Yela, takut ada komplikasi kehamilan yang tinggi antaranya kencing manis, dan tekanan darah tinggi. Lagi masalah jika ada diabetes. Takut masa bersalin, kena bersalin secara ceaser dan anak bersaiz besar. Bila jadi macam tu, kene kerap buat pemeriksaan untuk menjaga kesihatan bayi dan ibu mengandung.

Makin membesar perut, makin perlu penambahan berat badan. Paling tak pun naik la 1 kg ke 2 kg..jangan lelebih..hahaha. Yang penting makan makanan yang berkhasiat adalah kunci bagi penambahan berat yang terkawal. Makan untuk dua orang tak bermakna makan boleh makan sesuka hati.okk..

Mana yang terlebih berat sebelum hamil, sila ambil langkah untuk kurangkan berat badan, yang terkurag tu, berusahala naikkan berat badan. Nad ni pun jaga pemakanan juga.


SHARE 2 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2