hai assalammualaikum

Haritu nad dijemput ke Shinju Pearl Blogger's Day bersama dengan 30 blogger dan, penulis lain di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Majlis memang meriah habis dengan adanya beberapa orang artis dan pengacara yang memang havoc meriuhkan suasana di kedai Shinju Pearls di Lot GF-28.


SHINJU PEARLS

SHINJU PEARLS

Shinju Pearls Blogger's Day

Acara dirasmikan oleh artis terkenal yang tidak asing lagi iaitu Dato Zainalabidin. Siapa tidak kenal dengan lagu "Hijau" yang dinyanyikan beliau. Sekali dia buka suara, fuh, terpegun tetamu yang hadir. Diajaknya kitaorang nyanyi bersama. Sangat ramah dan friendly. Kalau korang nak tau, Zainalabidin, artis muzik dunia terkenal di Malaysia yang terkenal dengan lagu-lagunya mengenai isu-isu kemanusiaan, alam sekitar dan sosial juga merupakan penggemar Shinju Pearls. Nampak, bukan wanita sahaja suka dengan Shinju Pearls ni, lelaki pun ada yang suka.



Shinju Pearls Mutiara Idaman Wanita

Sebut pasal mutiara, mestilah kebanyakan wanita menyukainya. Nad sendiri melihat mutiara dari Shinju Pearls memang tak berkelip. Mutiara Shinju Pearls memang tidak jemu dipandang dengan membariskan rekaan kontemporari, dan menitikberatkan kualiti. Setiap inci rekaan memang menakjubkan. Mutiara Shinju Pearls sangat menawan apabila dipakai dan menjadi pilihan wanita yang mementingkan keanggunan.





Mutiara menjadi pilihan ramai wanita sekarang ini kerana, menampilkan rekaan menarik dan sesuai digayakan pada bila-bila masa. Ia juga diminati wanita muda atau remaja. Memang terpikat bila tengok mutiara Shinju Pearls ni. Memang nampak menyerlah keanggunan bila dipakai.



Masa nad tengok mutiara Shinju Pearls ni, macam biasalah, kita akan fikir, harganya mestilah mahal, tapi jangan tak caya, harganya sangat, berpatutan dan murah. Kiranya, semua orang boleh memiliki Shinju Pearls ni. Memang tak terjangka harga dengan rekabentuk dia yang nampak eksklusif.



Memperbaiki Barang Lama, Putus Menjadi Baharu

Mesti korang fikir, kedai mutiara Shinju Pearls hanya jual barang sedia ada, nad pun fikir macam tu, tapi masa hadir ke event tu, menurut pengasas Shinju Pearls Christina Toh, Shinju Pearls ada membuat custome made atau buatan tangan mutiara yang korang inginkan. Ada macam-macam jenis bentuk, korang boleh tengok di setiap kedai Shinju Pearls atau bentuk yang korang inginkan.

Paling best,, barang kemas atau mutiara korang seperti gelang, rantai boleh hantar ke Shinju Pearls untuk dibaiki dan, dicustome semula. Macam rantai lama yang dah putus tali, boleh hantar ke Shinju Pearls untuk diperbaharui supaya nampak baru. Hah!!, selalu kan kita buang kan, bila dah putus, biji bersepai, tak pun kita simpan je., sampai tak tau nak buat bila. Bawak je ke Shinju Pearls, tambah mutiara sikit, fuh mesti nampak cantik. Jimat dekat situ kan.

Nad nak bawakla gelang tangan nad yang dah putus tu..tali tak kuat. Nad perasan tali yang digunakan kukuh, lupa nak tanya tali jenis apa. Cara ikatan dia pun kuat, taknak bagi tanggal.


"Kami menawarkan perkhidmatan yang sangat peribadi kepada para pelanggan dan dapat menyediakan perkhidmatan perhiasan profesional dengan lukisan 3D menawarkan perhiasan halus custommade dengan 925 perak, 9k atau 18k emas bahkan berlian berlian GIA", kata Christina Toh, pengasas dan CEO.


Nama Shinju berasal dari terjemahan langsung perkataan" pearl "dalam bahasa Jepun, Korea dan Mandarin, dan dipilih untuk mencerminkan perdagangan profesional syarikat. Pengasas Shinju berharap Shinju akan terus membawa idea dan reka bentuk baru untuk pelanggan mereka.


Pada hari itu, majlis diserikan dengan artis penyanyi Salma Mentor, Reyhana Yunus, Ayu Damit, Thalia Mentor, SaraMentor. Suara masing-masing memang sedap ooo..Dalam tv macam tu, dekat luar macam tu jugakla..bergema shopping mall dengan suara mereka..hehehe. Sporting habis diaorang ni. Siap ajak joget bersama.


Akhir sekali, aksi mereka runway show barangan mutiara Shinju Pearls. Tengok diaorang pakai, memang cantik kan. Nad ni tak berkelip, sebab mutiara ni besar-besar..hehehe. Nampak eksklusif sangat. Dapat satu ni, huishh..best ni

Serba Sedikit Tentang Shinju Pearls

Kisah kejayaan perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang mantap, Shinju Pearl pertama kali dimulai pada tahun 2004 ketika bekas eksekutif properti, Christina Toh, menceburkan diri dalam reka bentuk perhiasan. Beliau yang pakar perhiasan, membantu kakaknya menjual di pasaran mingguan Mont Kiara, dia mula bereksperimen dengan mencipta kepingan perhiasan andelegant unik, mencampurkan batu dan mutiara separa berharga. Reka bentuknya diterima dengan baik oleh para fesyen, suri rumah, wanita kerja dan peminat barang kemas dari semua peringkat umur. Beliau mula mencipta reka bentuk yang lebih banyak dan menerus meningkatkan krafnya, dan membuat pembaharuan baru setiap hari.

Pada tahun 2006, Shinju Pearl mencatatkan kejayaan pertama pada tahun itu dengan melancarkan outlet pertama di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur di Pusat Beli Belah Lot 10. Pada tahun yang sama, Christina dan adik perempuannya, Diana, bekerjasama untuk memulakan pelan organisasi untuk perniagaan dan jenama. Mereka bersama-sama menguruskan runcit dan operasi syarikat itu, sambil mengetuai usaha reka dengan mengonsepkan koleksi baru, Memberikan input dan perhatian berharga kepada setiap item yang dihasilkan. Reka bentuk baru dilancarkan setiap dua bulan.

Pada tahun 2009, Shinju Pearl membuka butik kedua di Great Eastern Mall di Jalan Ampang. Hari ini, Shinju Pearl mempunyai 10 cawangan termasuk kaunter-kaunter yang terletak di pelbagai pusat membeli-belah yang popular di sekitar Lembah Klang. Setiap kedai mempunyai konsepnya yang tersendiri dan dilengkapi dengan pelbagai jenis penyesuaian yang disahkan, yang disahkan dengan sijil keaslian.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Online Store : www.shinjupearls.net

HQ 
Lot 1, Level 6, Bangunan Bangsaria 45E,Jalan Maarof, Bangsar59000 Kuala Lumpur,Malaysia
+603 2202 2482

Pavilion 
Lot 4.15.01 4th Floor, Pavilion Kuala Lumpur No 168, Jalan Bukit Bintang,55100, Kuala Lumpur
+603 21459986

Bangsar Village
Lot 1F-33 First Floor, Bangsar Village II,No 2, Jalan Telawi Satu, Bangsar Baru,59100,Kuala Lumpur
+603 22023180

Great Eastern Mall
Lot 1.10 First Floor, Great Eastern Mall, No. 3030, Jalan Ampang50450 Kuala Lumpur
+603 42578986

Bangsar Shopping Centre
F123, First Floor, Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya 59000 Kuala Lumpur
+603 20118308285,

Paradigm Mall
G-28, Level G, Paradigm Mall, No. 1, SS7/26A, Kelana Jaya47301 Petaling Jaya, Selangor
+603 78878308

Sunway Pyramid
G1.25A, Ground Floor , Sunway Pyramid Shopping MallNo.   3,   Jalan   PJS   11/15,   Bandar   Sunway   47500 Selangor 
+603 56121716

Mid Valley
F-084, 1st Floor, Mid Valley Megamall , Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
+603 22018896

Isetan KLCC 
Jewellery Department

Isetan Midvalley City 
Jewellery Department

SHARE 12 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2