hai assalammualaikum

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Jom berus gigi

Darlie Jolly Junior Dengan Rilakkuma, Ubat Gigi Dan Berus Gigi Kanak-kanak - Ingat tak, nad pernah cerita semenjak dia nak jadi kakak susah sangat dia nak masuk bilik air suruh mandi. Apa yang nad perasan, sesudah masuk bilik mandi, Fariza akan mintak berus gigi orang dewasa. Sejak tu, nad memang bagi dia berus gigi jela bila masa nak mandi. Mula-mula tu dia pegang jela berus gigi tu sambil buat main. Lepas tu, dia perhati nad gosok gigi, dia pun nak tiru. Bila nad dah nampak dia nak berus gigi, terus nad ajar dia cara memberus gigi.

Lama-lama dia sendiri berus gigi, bila kita cakap " Fariza berus gigi tu "..hehehe. Cepat belajar Fariza ni. Yela, nak kena ajar gosok gigi dari sekarang. Kena jaga gigi, kalau tak habis rosak sana sini. Sepatutnya, jaga gigi anak ni dari dia baby lagi, jaga gusi, lepas tu tumbuh gigi pun kena jaga, sampaila ke besar bila dah banyak tumbuh gigi. Biar gigi cantik dan sihat.

Bila dia dah nak gosok gigi, kena selalu galakkan dia memberus, supaya tak susah nanti bila dia dah besar.

Jadikan Aktiviti Memberus Gigi Sesuatu Yang Menarik

Mengajar serta menggalakkan anak-anak memberus gigi bukan lah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan.  Salah satu penyebabnya adalah kerana mereka masih belum faham tentang kepentingan memberus gigi.  Ada ibu bapa yang menggunakan kaedah memujuk, dan tidak kurang juga ada yang menggunakan ugutan dalam menangani masalah ini. Tapi sepatutnya, aktiviti memberus gigi mestilah aktiviti yang menyeronokkan.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Ni berus gigi saya dan ubat gigi saya

Aktiviti yang boleh menarik minat kanak-kanak memberus gigi ialah melalukan aktiviti memberus bersama. Macam nad buat dekat Fariza. Anak-anak suka meniru segala perbuatan ibubapa atau adik-beradiknya. Jadi, duduk di depannya dan berus gigi bersama-sama. Semasa memberus gigi, tunjukkan yang kita seronok memberus gigi, sambil tersenyum dan menari. Anak tengok pun teruja. Pastikan anak-anak memegang berus gigi sendiri dan melihat sendiri apa yang kita lakukan. Itu yang nad buat.

Aktiviti memberus menjadi lebih menarik apabila memilih ubat gigi yang sesuai.dengan mereka. Umur Fariza sekarang setahun sebelas bulan..bulan depan dah 2 tahun. Jadi, nad carikan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai dengan dia. Memilih berus lembut dengan kepala kecil dan pemegang besar, dan ubat gigi yang berperisa, mungkin dengan adanya warna yang menarik dan packaging watak kartun. Fariza tengok pun seronok.

Ubat gigi Dolly jolly junior Dan Rilakkuma

Nad memilih ubat gigi Darlie Jolly Junior & Rilakkuma sebagai ubat gigi Fariza.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Darlie Jolly junior perisa Strawberi

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Wangi dan sedap

Ubat gigi Darlie Jolly Junior memang best, ada dua perisa iaitu Vanila Milk dan Strawberi. Ubat gigi ni ade ikut peringkat umur, jadi tengok anak korang sesuai yang mana. Macam nad pilih perisa Vanila untuk umur 2 tahun sehingga 6 tahun. Perisa Strawberi untuk umur 6 tahun sehingga 10 tahun. Kalau ada perisa ni memang sedapla budak ni naktau menggosok gigi. Dahla wangi. Bila dia gosok gigi, cantik je gigi Fariza ni dan berbau harum. Mommy cium dia habis.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Darlie jolly Junior & Rilakkuma perisa Vanila

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Selamat untuk kanak-kanak

Lagi best ubat gigi Darlie Jolly Junior Dan Rilakkuma ni selamat untuk kanak-kanak
sebab kandungannya dibuat daripada gred makanan, tanpa gula tambahan dan bebas dari ramuan berasaskan haiwan. Ubat gigi Darlie Jolly Junior dengan Rilakkuma diformulasikan dengan florida dan kalsium yang membantu gigi anak-anak daripada kaviti dan menguatkan gigi. Ditambah dengan vitamin E  dan Xylitol membantu membersihkan gigi dengan sempurna.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Berus Gigi Darlie lembut 

Untuk berus gigi pulak, mestilah sama jenama dari Darlie Jolly Junior juga..hehee. Berus gigi Darlie ni sangat cantik dengan warna yang menarik. Paling penting untuk Fariza mestilah bulu berus yang lembut. Jadi, gigi Fariza tak rasa sakit bila memberus. Berusnya pun tirus dan menjaga kebersihan keseluruhan gigi dengan sempurna apabila memberus. Bahagian pemegang ada gambar kartun, dan selesa dipegang.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Darlie Brush-Up Apps

Darlie Brush-Up Apps di Playstore

Seronok! Seronok! Sangat seronok waktu nak berus gigi. Masa memberus mainkan lagu atau muzik kegemaran anak-anak semasa mereka memberus gigi. Ni yang nad nak bagitau, Darlie ada buatevent apps untuk anak-anak kita seronok memberus gigi. Hanya cari apps Darlie Brush-Up di playstore dan download dengan percuma.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Step 1

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Step 2: Muatnaik gambar dan nama

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Step 3

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Selesai..dah boleh guna

Kenapa comel sangat ni, mak pun teruja nak gosok gigi. Ada template yang menarik. Anak-anak mesti seronok memberus gigi, siap ada muzik. Video ni bertahan sehingga 2 minit. Jadi anak-anak boleh menggosok gigi selama dua minitfor. Kalau tak mesti diaorang gosok sekejap sahaja. Dekat apps ni pun ada bagi tips..serius menarik. Nad dah download. Nad sarankan anak yang susah nak gosok gigi tu, mak ayah boleh download apps ni.

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Video 2 minit

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Ada tips, lagu, dan template menarik

Fariza, tengok diri sendiri..happy je..hahaha..senyum sorang-sorang tengok muka dia macam tu..hahhaa.

Last sekali, mestila puji mereka. Yang ni sangat penting. Dah gosok gigi bolehlah cakap " cantiknya gigi", " wanginya gigi ", " pandai dia berus gigi ", macam-macam lagi, la..mesti dia..suka..

DARLIE JOLLY JUNIOR & RILAKKUMA
Join contest

Pertandingan Jolly brushing with Rilakkuma

Ok ni berita gembira untuk ibu bapa , jom sertai pertandingan Jolly Brushing With Rilakkuma.Sila klik di sini untuk muat turun Terma & Syarat lengkap. Tempoh pertandingan adalah dari 7 September 2017 hingga 4 Oktober 2017.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari
Website: www.darlie.com.my
Facebook: Darlie Malaysia






Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

15 comments so far,Add yours

  1. wahh fariza dh pandai gosok gigi yaa.nanti gosok gigi biar gigi sihat, bersih, putihh ya.

    ReplyDelete
  2. Ada masa anak2 ni tak nak pulak gosok gigi... geram je...

    ReplyDelete
  3. bijakkk fariza ni ,comel je tak sabar tggu humaora ada gigi heheheh

    ReplyDelete
  4. ahahahaha.. comel je apps pun..

    ReplyDelete
  5. Alahai comeinya ... clever girl dah boleh brush her teeth sendiri...

    ReplyDelete
  6. Wahhhh menarik jugak ubat gigi Darlie untuk kanak² ni, nanti nak beli untuk Airislah.

    ReplyDelete
  7. cantiknya gigi kaklong... cenyum sikit...

    ReplyDelete
  8. wah ..litle boy pun pakai darlie ni. ntibolehla join

    ReplyDelete
  9. Hehehee suka tgk fariza..makin besar dah dia Nad.. nanti kena gosok gigi selalu tau Fariza comel..

    ReplyDelete
  10. wahhh fariza dah pandai gosok gigi la

    ReplyDelete
  11. Wah bagus ni, anak2 jado ralit ni sambil brush sambil layan lagu

    ReplyDelete
  12. Comey fariza...
    Pandai gosok gigi nanti dah besar gigi cantik!

    ReplyDelete
  13. ok nak cuba, anak akak si Ayra ni tak suka gosok gigi..

    ReplyDelete
  14. Comelnya berus gigi. Anak-anak saya yang sekarnag ni memang susah nak berus gigi. Bila dah sakit, baru derang teringat nak buat.

    Berus gigi2 macam2 dah dibeli, ubat gigi macam2 perisa pun. Dh bawa jumpa doktor gigi pun cam tu gak. Adeh.

    ReplyDelete