hai assalammualaikum

Ambil Diploma Di Lake View College (LVC) - Dah jadi lumrah, lepas sahaja keluar keputusan SPM, masa tu dah fikir, nak sambung pelajaran di peringkat Universiti. Nak jadi orang yang berjaya. Adik-adik lepasan SPM pun apa lagi, diaorang cepat-cepat mengisi borang permohonan UPU untuk capai matlamatnya dan menyambung pelajaran di IPTA. Tambahan pula, dengan harapan ibu bapa yang ingin melihat setiap anak-anaknya berjaya dalam hidup, pasti semangat untuk menyambung pelajaran masih tinggi dan berkobar-kobar.

Tapi, bila keputusan UPU dan rayuan keluar, ada sesetengah mereka berjaya mendapat panggilan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti, tapi ada juga nama adik-adik tidak tersenarai untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Tentu rasa kecewa kan? Mesti akan tanya dalam diri, " kenapa orang lain dapat, aku tak dapat"

Disebabkan itu, ada yang mula hilang minat untuk menyambung pelajaran kerana kecewa apatah lagi, apabila melihat rakan-rakan sebaya sedang sibuk membuat persiapan melangkahkan kaki ke menara gading.

Jangan mudah putus asa, tidakkah adik-adik mahu menyambung pelajaran sama seperti rakan-rakan yang lain. Tak dapat IPTA, takda masalah kerana ada satu tempat yang nad nak kongsi ni, untuk adik-adik lepasan SPM dapat melanjutkan pelajaran ke pringkat diploma.




Lake View College ( LVC ) Bukit Merah Laketown

Walaupun tidak berjaya mendapat tempat di IPTA, adik-adik masih berpeluang melanjutkan pelajaran di Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort.



Tempat yang menarik dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif.

LVC menawarkan program pengajian di peringkat Diploma dalam bidang
- Diploma Kejururawatan,
- Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
- Diploma Kesihatan Persekitaran,
- Diploma Pengurusan Hotel,
- Diploma Pengurusan Pelancongan,
- Diploma Pengurusan Perniagaan
- Diploma Perakaunan.



Untuk makluman ibu bapa dan adik-adik, LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Bagus kan Lake View College ni. Bantu adik-adik supaya tidak lupa apa yang dibelajarnya di situ.

Bantuan kewangan? 

Korang mesti terfikir, macam mana pula dengan bantuan kewangan? Jangan risau, kerana LVC ada menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN bagi membantu merealisasikan impian adik-adik untuk menyambung pengajian. Bantuan zakat turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land.


Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh menyambung pengajian ke  peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam mahupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.


Untuk makluman adik-adik lagi dan para ibu bapa, sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada. Tak sia-sia kalau adik-adik atau ibu bapa yang ingin menghantar anaknya di Lake View College ni. Telah terbukti keberkesanannya.

Bagi adik-adik yang berminat nak belajar di Lake View College, bolehlah layari
website: http://www.lvc.edu.my/
Contact: 60 5-890 8071
Facebook : Lake View College


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Pada adik2 yang nak sambung belajar bokeh try usha kat LVC .. tq nad sharing ttg ni..

    ReplyDelete
  2. Bagus untuk lepas SPM untuk menyambung pengajian... at least perlu ada Diploma zaman sekarang ni...

    ReplyDelete
  3. Bagus jugak ada kolej camni. Persiapan untuk akak jugak if lepas SPM nanti anak tak dapat IPTA, dah ada kolej yang tawarkan harga berpatutan camni.

    ReplyDelete
  4. waa.. best nye lokasi kolej ni.. huu~ mesti fresh jek badan + otak..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Good info!

    Jemput baca dan komen entri ini juga ya.. :)

    http://www.erazfadli.com/2017/07/sndlipstick-by-siti-nordiana.html

    ReplyDelete
  6. PROMO MERDEKA 2017 FREEBET POKERVITA
    SEGERA JOIN BBM : D.8.E.B.7.E.6.B
    www,P`0`K`E`R`V`1`T`A,com
    DAFTAR POKER
    POKER TERPERCAYA
    POKER TERBAIK

    ReplyDelete
  7. Halo,
    Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini untuk memohon dan mendapatkan Pinjaman segera. E-mel Kami: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete