hai assalammualaikum

Akhirnya, pasangla juga penapis air jenis tong besar ni. Penapis ni bukan untuk minum tu, tapi penapis jenis tong besar yang digunakan untuk seluruh rumah. Jadi seluruh air dalam rumah dalam keadaan yang bersih dan tak kotor. Yela, kita mana tau air yang mengalir dekat paip ni macam mana.


Sebenarnya, jenis penapis macam ni, rumah mak ayah nad ada. Dekat kampung ayah pasang sebab air kotor sangat. Selalu tengok ayah bersihkan air, memang kotor giler. Nad pulak memang tak terfikir nak pasang dekat rumah sendiri. Sebab apa? Sebab penapis jenis macam ni harganya riban-riban tau. Memang kitaorant tak pernah survey pun penapis air ni.

Sampailah suatu hari tu, ada budak datang, offer pasang penapis air ni untuk tempoh 7 hari tempoh percubaan. Dia desak punya desak suruh nad ambik juga. Nad mulanya taknak, tapi lepas tu panggil mr mafia, dia bincang dengan budak tu, akhirnya dia setuju pasang penapis ni untuk tempoh 7 hari percubaan.


Masa pasang ni semua percuma. Dari pasang, sampai la selesai pasang. Bagus pekerja ni, ramah pulak tu. Orang Melayu kita weii..Masa tu dia bagi cakapla, kelebihannya penapis tong air ni sikit-sikit, kita iyakan jela. Kita tengok 7 hari tu. Selepas penggunaan 7 hari tempoh percubaan, nad tengok okla air, bersih. Macam rumah nad guna tangki air untuk semua saluran air, macam sinki, bilik air, bilik jamban.

Lepas 7 hari, orang tu tak datang-datang, risau juga nad. Eh kang terlebih hari kena bayar pulak. Tungu punya tunggu, akhirnya dia datang juga. Rupanya dia pergi ek Sungai Buloh. Lagi sekali, nad suruh mr mafia pergi bincang dnegan dia, nak atau tidak penapis air ni...hahaa..nak suruh nad memang tak tau la. Walaupun sebenarnya memnag bagus pasang penapis air tong ni. Yela boleh tapis air dari segala kekotoran dan kekaratan.



Dah bincang-bincang, akhirnya mr mafia decide nak ambik penapis air ni. Nad tak kisah pun, yang bayar dia..haaha. Lepas tu budak ni ajarla cara nak bersihkan air. Ada kunci dia untuk penapis air ni bila nak cuci. Besar kunci dia. Boleh dicabut, untuk simpan, jadi selamat. Bila nak cuci, ambil kunci dia, pusingkan sampai ke wash, nanti dia keluarla airnya.

Budak tu cakap, nak bersihkan air paling bagus seminggu sekali. Tu kalau keluarga ramai. Macam nad, keluarga 3 orang je dalam rumah, jadi buatla 2 minggu sekali. Waranti 10 tahun.

Sejak pakai ni, air dalam rumah sejuk je..bersih je. Okla tu kan..Tapi kalau nak minum air kenala masak dulu ye. Ni bukan penapis air dalam rumah..hehe..


SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Setuju dengan puan. Kegunaan penapis air ni memang penting. Kita tak tahu betapa karat air dalam tangki kita tuu. Bila guna ni, bertapis semua kotoran. Cuba check sini kebaikan penapis air. https://noratiqah22.blogspot.com/2022/06/3-penapis-air-luar-yang-termurah-dan.html

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat guna penapis air ni. Nak2 lagi bila air kat kawasan rumah kurang bersih dan rasa karat ni 😉 Mungkin boleh survey dulu sebelum beli. Boleh rujuk artikel ni gak https://aqilahfatin61.blogspot.com/2022/06/guideline-before-purchase-drinking.html

    ReplyDelete
  3. here are more info about outdoor water filter. https://noratiqah22.blogspot.com/2022/06/3-penapis-air-luar-yang-termurah-dan.html

    ReplyDelete
  4. this is another brand that can consider as famous choice in malaysia. https://cleteomichael.blogspot.com/2022/07/penapisair-pilihan-utama-rakyat.html

    ReplyDelete
  5. penapis air cuckoo okay juga kan? https://store.cuckoo.com.my/estore/adhamfansury

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2