hai assalammualaikum

Produk Nurseri Multifunction Keluaran Babyhood Malaysia - Haritu nad dijemput untuk menghadiri event Babyhood Malaysia di Little Kingdom. Memang masuk dalam event, nampak la pelbagai katil baby yang menarik hati nad. Rasa macam nak mengandung lagi je sekarang..hahaa. Siapa yang tak suka tengok barang baby. Lagi-lagi katil baby. Dah lah cantik, comel pulak tu. Bukan satu fungsi je, tapi macam-macam fungsi boleh buat.

Kaylula 5 in 1 Sova Cot

Rasa Nak Mengandung Lepas Tengok Katil Kaylula 5 in 1 Sova Cot ( Classic and Clear )

Sebelum ni, masa dapat tau mengandung anak pertama, memang terfikir apa barang keperluan yang wajib ada untuk ibu bapa. Pernah terfikir nak beli katil baby, biar senang, tapi mr mafia cakap, nanti membazir, sebab pakai sekejap je. Tapi, lepas ternampak satu katil Kaylula ni, mr mafia boleh cakap " abang berkenan dengan katil ni, tapi dengan syarat kena ada baby la"..hahaa..paham tak maksud dia. Kalau dia kata macam tu, memang nak sangat ni..hahaha..

Syokla ada ni..main dalam tu je

Tertarik sangat tengok katil Kaylula ni. Katil ni bukan sahaja dijadikan katil, malah boleh dijadikan set meja dan kerusi. Sebab tu dia 5 in 1. Boleh pakai dari baby, lepas tu, kalau anak dah besar boleh dijadikan kerusi untuk belajar atau makan atau apa-apa sahaja. Bukan anak je boleh duduk, mak bapak pun boleh. Menarik kan!!. Kira tak membazir kalau beli katil ni. Boleh pakai sampai bila-bila. Memang multifunction dan inovatif sungguh. Beli satu katil ada banyak kegunaan.

Katil Kaylula ni ada 5 mod yang korang boleh gunakan iaitu, bassinet, cot, toddler bed, table and chairs dan playpen. Mestilah jadi ibu bapa yang bijak dalam membeli barang bayi supaya tiada pembaziran. Korang boleh tengok link SINI untuk katil Kaylula ni.

Amani 4 in 1

Classic Sleigh 4 in 1 Cot

Selain Kaylula ada juga katil Katil 4 in 1 Cot. Katil ni boleh buat untuk tidur dan tempat duduk. Katil nie hampir semuanya ada 4 mod, bassinet level, toddler lever (apabila ketingiian diturunkan), toddler bed (apabila dropside sahaja di buka) dan day bed (apabila dua-dua bahagian tepi di buka) boleh tukar sebagai tempat duduk tau, haa..menarik kan..Kesemua produk boleh digunakan dari bayi sehingga kanak-kanak dan boleh menampung berat sebanyak 90kg.

Katil Gala Cradle


Katil Buaian Gala Cradle Boleh Dipisahkan Dan Dijadikan Buian Duduk

Ada juga katil buaian ni. Buaian ni memang sesuai untuk bayi, dan ia juga sesuai untuk dijadikan buian untuk kanak-kanak. Caranya, kena pisahkan antara dua tu, dan jadilah buian duduk..


Best sangat Fariza dalam ni..Syok kene buai.

Kayu Digunakan Sangat Kukuh 

Jangan risau tentang kayu, sebab kesemua kayu yang digunakan menggunakan kayu yang bergred tinggi, sangat tahan lasak dan tidak mudah reput. Semua produk Babyhood Malaysia dihasilkan dibawah piawaian Australia dan katanya lebih ketat dari kedua-dua piawai Eropah dan Amerika Syarikat. Kayu yang digunakan telah diuji dan dipantau oleh INPAA ( Infant & Nursery Products Association Of Australia) sebuah pertubuhan yang dimiliki dan dikendali secara persendirian, badan wakil utama dalam industri nuseri Australia.

Feeding Chair

Kerusi Ibu Menyusu

Hah!!, jangan tak tau, Babyhood Malaysia ada keluarkan produk kerusi untuk ibu menyusu juga. Nad dah cuba, memang best dan lembut je kerusi tu. Memang sangat-sangat selesa dan sesuai untuk ibu menyusu. Ibu menyusu ni kalau nak susukan anak kena tenang, tak boleh stress, barula penyusuan tu berjalan dengan lancar.

Ada 4 jenis kerusi menyusu ni iaitu Diva Glider , Manhattan Gilder ,Sovereign Glider
Savannah Glider. Boleh pilih mengikut saiz dan keselesaan korang.

Selalu proses penyusuan kita dengan posisi yang salah, menyebabkan penyusuan tu jadi tak selesa. Sampai boleh menyebabkan sakit pinggang. Disebabkan itu, maka terciptalah kerusi Feeding Chair ni untuk ibu yang menyusukan anak. Kerusi Feeding Chair ni bukan statik je tau, tapi boleh diselaraskan mengikut keselesaan kita. Ada tu kerusi siap boleh buai lagi..syok giler..Tu bukan anak je tidur masa menyusu, mak pun boleh tidur..hehee. Kerusi ni juga dibentuk untuk memberi sokongan pada bahagian leher, bahu dan belakang.

Penerangan tentang Feeding Chair

Kerusi ni bukan sahaja untuk ibu menyusu malah boleh digunakan untuk ibu mengandung. Kadang tu ibu mengandung tak selesa nak tidur kan, jadinya duduk dekat kerusi ni..memang best..

Lagi penting amat sesuai untuk bapa sekali..hahaa. Jangan main-main. Sambil mak buat kerja, bapak tolong jaga anak duduk dekat kerusi ni. Bapak layan bola dengan selesa je sambil pegang anak. Lagipun kerusi ni boleh tampung sampai 90kg.


Bagus kan Babyhood Malaysia ni, memahami keperluan ibu bapa dan anak. Kalau korang nak tau, jenama Babyhood sebenarnya dari Australia dan mereka mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri produk nuseri. Produk nie dikeluarkan oleh Supreme Global Marketing Sdn Bhd dan ditubuhkan pada 2010. Dikendalikan dan dimiliki oleh sebuah keluarga melayu di Malaysia. Mereka amat mementingkan keselesaan, kualiti dan keselamatan produk ini

Objektif utama mereka adalah untuk menerajui pembangunan produk nuseri lebih selamat dan mengalakkkan pengunaan produk selamat.

Gift Code Untuk Setiap Pembelian

Ada banyak lagi produk keluaran Baby hood Malaysia ni seperti carrier, car seat dan macam-macam lagi la. Nak tau lebih lanjut korang boleh pergi ke http://www.supremeglobal.com.my/products/b/babyhood . Explore ok..Kalau rasa berkenan mestilah beli..Ni hah!!, nad nak bagi code untuk korang semua pembaca blog nad. Mestilah nak diskaun kan..hehee.
BLG07

* Voucher sah dari 21/4/2017 ke 21/5/2017.
* Pembeli akan menikmati diskaun 15% ke atas semua barangan yang dipamerkan seperti katil dan kerusi


Supreme Global Marketing Sdn Bhd (862993-T)
21-2, Jalan USJ 21/1
Subang Jaya
47630 Selangor, Malaysia
Call us at: +603 8023 3277
Email: admin@babyhood.com.my
Website: www.supremeglobal.com.my
Website Product : www.supremeglobal.com.my/productBabayhood
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Waaaa menarik la baby cot atas tu.. 2 dalam 1...

    ReplyDelete
  2. memang menarik. biarlah mahal asalkan boleh guna bertahun2 lamanya

    ReplyDelete
  3. zaza suka tgk yg jenis Classic Sleigh 4 in 1 Cot tu..lawa sgt

    ReplyDelete
  4. Kak Sue macam berkenan tengok katil baby boleh guna untuk sekeluarga

    ReplyDelete
  5. IQ ada nampak katil first tu masa baby expon di KLCC, mmg bagus invention dorang sebab boleh buat kerusi dan meja plak lepas tu...tapi yelah, IQ mampu tengok je la...beli tak ada la lepas ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Weyyyyy, bestnya katil tu.. Kang TERNGIDAM kang jenuh.. Dah la tengah memboyot ni, hahaha~~

    ReplyDelete
  7. vest yg kerusi tu.. tp mahal wehh hahahah

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2