hai assalammualaikum

Melihat Bangunan Kellie's Castle - Hah!!,selalu tengok orang post berkenaan Kellie's Castle ni, akhirnya nad sampai juga. Sebut je Batu Gajah, mesti semua cakap tempat selalu dilawati ialah bangunan Kellie's Castle. Malam duduk Hotel Kinta tu la kitaorang suami isteri bincang esok lokasi pergi ke mana??.Kitaorang bincang makan tengahari Nasi Ganja lepas tu pergi ke Kellie's Castle. Tapi esoknya, lepas check out, kitaorang terus gerak ke Kellie's Castle sebab waktu tu anak dah meragam. Lepas pertengahan jalan dah nak sampai Kellie's Castle baru teringat Nasi Ganja..ermm melepass..dah la popular Nasi Ganja tu. Mr mafia cakap, takpela, nanti kita datang lagi, kita makan..hahaha..okla takpe..

Teruskan perjalanan ke Kellie's Castle. Dari Ipoh ke Batu Gajah ambil masa dalam 1 jam lebih gitu. Rupanya tempatnya macam dekat tengah-tengah, kelilih hutan, depan jalan raya..takda bangunan atau apa-apa dekat kawasan tu..ke nad yang tak perasan..hahaa..tapi tengok memang hijau je..

Credit pic: kerex studio

Kellie's Castle

Masa ni memang cuaca panas. Fariza dari pagi kena kejutkan, lepas tu selsema, dah kena kejutkan bila sampai Kellie's Castle. Memang takda mood dia masa tu. Meragam je. Taknak jalan sendiri. Nad nad dukung. Tak cukup tidur, macam tu la dia. Nak taknak dukung jela..Gigih nad ni ha..hahaha..

Penunjuk arah

Dekat bawah sebenarnya, ada kedai, Ada penunjuk arah mana toilet, surau.

Tiket Masuk Kellie's Castle

Harga untuk masuk ke Kellie's Castle RM5 untuk dewasa, kanak-kanak RM3 dan orang tua RM4. Sebelum tu kena tunjuk kad pengenalan dulu..

harga tiket Kellie's castle

Dekat situ ada ambil gambar juga, tapi nad taknak pun. Kalau korang nak bawak balik sebagai kenangan, macam biasalah mestilah kena bayar.

Dilarang

Hah ni perkara yang dilarang. Datang sini kena la jaga kebersihan kan. Jangan buat onar.

Credit pic: kerex studio
Credit pic: kerex studio


Bayangkan betapa gahnya Kellie's Castle jika disiapkan sepenuhnya. Kellie's Castle boleh diumpamakan sebagai Taj Mahal versi Tanah Melayu. Namun,yang tinggal kini cuma struktur utama yang masih belum siap dan sisa-sisa runtuhan binaan.

Kellie Castle menjadi kunjungan orang ramai, Ditambah dengan cerita misteri yang menyelubungi Kellie's Castle, ia telah dijadikan produk pelancongan negeri Perak.

Credit pic: kerex studio

Credit pic: kerex studio

Mulalah kita mendaki. Ingatkan tempat dia, masuk je terus dah ada depan..rupanya kena panjat tangga segala..fuh..letih..nak suruh Fariza jalan sendiri, dia tak mau..kesian juga dengan dia..dahla panas..pakaikan baju hitam pulak..adehla..mana la mommy tau rupa Kellie's Castle macam ni, ingatkan ada aircond ke..hahaa..melampau mommy kan..

Sejrah Kellie's castle

Masuk je dalam bangunan, ada la sejarahnya lagi berkenaan Willian Kellie Smith tuan punya rumah Kellie's Castle ni..Dia mati disebabkan satu penyakit selsema..William Kellie Smith meninggal di Lisbon disebabkan pneumonia, pada tahun 1926 di usia 56 tahun.

Info sedikit tentang Kellie's Castle:
Kellie's Castle dimiliki oleh peladang muda yang kaya raya dan berasal dari Scotland bernama William Kellie Smith. William dikatakan tiba di Tanah Melayu pada tahun 1890 di usia 20 tahun, dan berkhidmat sebagai jurutera awam, dan seterusnya terlibat dengan sektor perladangan getah dan industri bijih timah di sekitar daerah Kinta.

Pada 1903, William mengahwini Agnes, gadis yang ditemuinya dalam perjalanan pulang ke Scotland untuk melawat ibunya yang sedang nazak. Setelah mengahwini Agnes, William membawa isterinya ke rumah ladang miliknya di Batu Gajah, Perak atau lebih dikenali sebagai Kinta pada masa itu dan anak sulung mereka yang bernama Helen dilahirkan pada tahun berikutnya. 

Manakala pada tahun 1909, William telah membina istana miliknya yang pertama, dinamakan sebagai Kellas House sebagai kediaman keluarga. Tetapi struktur binaan Kellas House tidak disenangi oleh Agnes, kerana kurang sesuai dengan keadaan cuaca yang agak panas.

Kelaziman keluarga elit Eropah yang mendiami Tanah Melayu pada zaman itu, untuk melarikan diri ke station-station tanah tinggi pada musim panas. Antara station-station tanah tinggi yang wujud di sekitar Perak pada zaman itu adalah Bukit Maxwell atau Bukit Larut di Taiping dan Bukit Kledang di Ipoh.

Agnes sering meluahkan rasa tidak selesanya, jadi pada tahun 1915 sejurus kelahiran anak kedua mereka, Anthony, William telah merancang untuk membina istana baru buat mereka sekeluarga. Tambahan pula kedudukan kewangan mereka agak baik, Agnes diberitakan akan menerima harta peninggalan keluarganya, peladang kapas di Eropah, dengan jumlah 300,000 pound. Lebih dari cukup untuk menyiapkan istana idaman mereka.

Istana ini, yang kemudiannya dikenali sebagai Kellie's Castle, dibina berasaskan senibina Scottish, Moorish dan India. Struktur istana dengan koridor yang panjang membenarkan pengaliran udara yang baik, dan amat sesuai dengan cuaca panas pada waktu itu. William telah membawa 70 orang pekerja mahir dari Madras, India untuk merealisasikan impian Agnes. Bahan-bahan binaan juga diimport khusus dari India dan Scotland.

Namun perancangan William dan Agnes tidak begitu lancar. Dugaan pertama muncul akibat serangan Spanish Flu yang menyebabkan kematian sebahagian besar pekerja binaan dan pekerja ladang William. Para pekerja William yang beragama Hindu, mencadangkan pembinaan sebuah kuil untuk meredakan kemarahan dewa yang membawa kepada serangan Spanish Flu. William bersetuju dengan permintaan pekerjanya dan sebagai tanda penghargaan, patung William turut dibina, sebaris dengan patung-patung dewa yang lain.

Kemudian, masalah kewangan pula melanda keluarga William Kellie Smith dan merencatkan pembinaan Kellie's Castle. William cuba mendapatkan pinjaman dari firma kewangan di Singapura, tapi firma tersebut juga mengalami kejatuhan kerana kegagalan perniagaan mereka di Indonesia. Bantuan dari kerajaan kolonial di London turut dipohon oleh William tapi jumlah wang yang dipinjamkan oleh kerajaan jauh dari mencukupi. 

Namun demi cinta kepada Agnes, dan demi impian keluarga, William tetap berusaha untuk menyiapkan Kellie's Castle sehinggakan terpaksa menjual 2/3 daripada ladang getah miliknya. Pembinaan Kellie's Castle digiatkan lagi pada tahun 1908, setelah Agnes berjaya mewarisi harta keluarganya dengan jumlah 300,000 pound.

Pada tahun 1926, William Kellie Smith bersama anak sulungnya Helen pulang ke Scotland untuk melawat Agnes dan Anthony. Agnes dikatakan berada di Eropah untuk menemani Anthony yang sedang menyambung pengajian. Sewaktu singgah di Lisbon, Portugal, dikatakan atas urusan pembelian lif untuk melengkapi Kellie's Castle, William telah diserang pneumonia dan meninggal dunia di sana.

Kematian William pada usia yang agak muda memeranjatkan dan mengecewakan Agnes. Ditambah pula dengan kegagalan untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di Tanah Melayu, Agnes mengambil keputusan untuk terus menetap di Eropah dan enggan kembali ke ladang mereka di daerah Kinta, Perak.

Agnes telah menjual saki-baki ladang getah milik William beserta dengan Kellie's Castle kepada firma perladangan milik British iaitu Harrisons and Crosfield. Harrisons and Crisfield tidak nampak akan keperluan untuk menyiapkan Kellie's Castle. Oleh yang demikian, pembinaan Kellie's Castle terabai dari tahun 1926 sehingga kini.


Gambaran perabot ruang tamu

sebahagian perabot yang ada

Tersusun dan kemas

Tingkat bawah akan nampak sebahagian perabot yang ada.

William dikatakan juga membina beberapa buah terowong rahsia sebagai jalan keluar untuk keluarganya melarikan diri jika istana mereka diserang. Sehingga kini, 3 buah terowong telah dikenalpasti.

Credit pic: kerex studio

Serambi berhantu
Credit pic: kerex studio

Kellie's Castle memiliki balkoni yang agak panjang. Di balkoni ini juga dikatakan penampakan roh William Kellie Smith yang dikatakan sehingga kini masih berkeliaran, sebagai penjaga Kellie's Castle. Disebabkan itu ruang ini dikenali sebagai Balkoni Serambi Berhantu.

Credit pic: kerex studio

Credit pic: kerex studio

Credit pic: kerex studio

Paling atas sekali..
Credit pic: kerex studio

Ada tiga ke empat tingkat rumah ni. Tinggi dengan tangga yang curam..Masa ni gigih dukung Fariza sebab nak tengok semua lokasi dalam rumah ni. Ada tiga bilik tidur dan bilik tetamu yang sangat banyak.

Lif yang tidak siap

Sampai ke atas ku mendaki..hehee..Sebenarnya rumah ni ingin dilengkapi dengan lif oleh William tapi disebabkan William dah tiada, maka tidak sempat disiapkan. Tempat lif tu telah ditutup dengan jeriji besi oleh pihak berkuasa untuk keselamatan pengunjung. William bercadang melengkapi istana idamannya dengan lif bagi memudahkan penghuni dan tetamu bergerak ke aras paling atas. Kellie's Castle dibina secara bertingkat-tingkat dan aras paling atas menempatkan bilik tamu, gelanggang tenis dan juga ruang untuk bersosial seperti tari menari dan juga jamuan kelas atasan.

Kellas House, rumah pertama
Credit pic: kerex studio

Inilah rumah pertama William dengan keluarganya. Diberikan nama Kellas House.

Bahagian ni merupakn ruang makan.

Oven dapur 

Yang ni pula merupakan dapur Kellie Smith. Nampak tak berlubang tu, tu sebenarnya oven yang diperbuat daripada batu dan sudah berusia lebih 100 tahun.

Itulah dia antara cerita berkenaan William dan Kellie's Castle..Salah satu tempat yang menjadi kunjungan orang ramai. Ada juga jadikan tempat ni sebagai tempat lakonan, photoshoot wedding..


SHARE 10 comments

Add your comment

  1. Bangunan ni saya tahu tapi sejarahnya banyak yang tak ingat sebab kepala dah penuh dgn benda2 karut.

    gambar2 semua cantik lah.

    ReplyDelete
  2. Bangunan ni saya tahu tapi sejarahnya banyak yang tak ingat sebab kepala dah penuh dgn benda2 karut.

    gambar2 semua cantik lah.

    ReplyDelete
  3. Gambar2 semua cantik....
    Thanks for sharing the story of our country history...

    ReplyDelete
  4. cantik betul gambarnya.

    IQ pernah pergi kellies castle ni masa program anak angkat dekat batu gajah ni, Arwah ayah angkat dan mak angkat bawak IQ ke sini. last year pn IQ pergi lagi dengan Arwah suami IQ, tapi tak masuk sebab risau bawak budak kecik, masa tu plak dah nak senja...huhu

    ReplyDelete
  5. Tak pernah sampai lagi.. lalu jer ritu...

    ReplyDelete
  6. Pernah ke sini. tapi tak puas sbb join travel hunt

    ReplyDelete
  7. cantik jugak...nanti nak pergi..penh tgk kisah dia kat history channel...

    ReplyDelete
  8. wahh cantik pmandangan nya.. yanie yang dok perak pun belum pernah sampai lagi tau.. nanti nak gak sgah..

    yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  9. Cantiknya gambar, suka tengok. Saya first time ke sini awal tahun ni jugak, best pergi tempat bersejarah macam ni :)

    ReplyDelete
  10. Tempat ni memang instagramers port la kan...Semua sudut cantik2 nak tangkap gambar! Saya pun belum penah sampai kat sini. Nanti datang sini boleh jalan2 kat tempat lain lg, sbb sy ada terbaca tempat menarik di perak kat post ni haritu, link kat bawah

    https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-perak/

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2