hai assalammualaikum

Anniversary kali ni, kitaorang tak rancang nak makan dekat tempat istimewa mana-mana, sebab nak jimat. Lagi pun, duit nak guna untuk benda yang lebih penting lagi. Kalau nad memang nak sambut dengan makan dekat luar, tapi mr mafia cakap tak perlu, kita ok jela..Paham sebab banyak lagi benda nak guna duit tu. Insyallah, dengan tahap kesabaran ku ni akan ada rezeki lebih untuk kami sekeluarga..ehhehe..

Malam tu, untuk sambut anniversary kami berdua, nad masakla sedap-sedap. Tak tau la bagi korang, bagi nad dah sedap..ahaha. Bagis mr mafia, air tangan isteri adalah terbaik..( sebenarnya tak tau juga tekak dia ni, kadang sedap, kadang tak )..Puas hati bila dapat masak untuk anniversary ni. Jadinya petang tu memang dah keluarkan bahan siap-siap yang ada dekat dapur.


Malam tu nad masak, mr mafia jaga Fariza. senang hati la nad masak. Maunya tak sedap..ahhaa. Menu kitaorang malam tu Ikan Sambal, sayur tumis campur ( ada udang, kobis dan kacang boncis ), daging goreng dan sotong masak kari. Masak dalam kuantiti sedikit, sebab kitaorang pun berdua. Ni pun dah mencukupi. Asalkan lengkap protein, semua ada..haahaa...





Kasi gambar dekat sikit..haaha..aummm..

Bila dah selesai makan, kenyang perut, masing-masing buat kerja masing-masing. Bila dah tengah malam, kita pun masuk tidurla. Kalau tidur, memang nad dengan Fariza. Suami ntah bila dia muncul, esok pagi akan ada dekat sebelah. Sebab kerja mengedit gambar dia tidak menentu. Macam biasalah malam tadi ntah bila dia ada dekat sebelah.



Ni pertama kali terjadi dekat nad. Selama ni dia tidur ok je. Malam semalam, ntah mimpi apa mr mafia tu. Tetiba tangan dia berdesupppp ke muka kita..adoii..kita pun tolak tangan dia, jadi lagi..Ya ampun, kenapa laki aku ni..apa lagi lari la tempat lain..Masa tu tertengok dekat dekoder astro pukul 4 pagi mungkin..anak lasak, bapak lagi lasak..

Esok pagi nad diamkan je la. Sampai masa sarapan dia cerita, "abang mimpi apa ntah malam tadi, macam-macam abang mimpi"..terus nad cakap pasal dia kasi tumbuk dekat muka kita..terkejut muka dia..haishh..sabar jela..bahaya betul mimpi dia sampai ada aksi lagi..

Mintak-mintak malam seterusnya jangan macam ni..seriauu weii,...
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Hehehe dasyat punye mimpi tu sampai tumbuk muka isteri.. ekekeke..

    ReplyDelete
  2. abang sy pun macam tu..akak ipar sy la jadi mangsa penumbuk dia haha
    sabar sajala

    ReplyDelete
  3. sedapnya masakan nad...
    sakan mimpi dia..bahaya tu..kena buat penghadang siap2 hihi

    ReplyDelete
  4. Haha.. bahaya. Kena bersiap sedia selalu tu nad.

    ReplyDelete
  5. haha, baru terbaca dengan fb psal kena tumbuk dengan suami masa tidur, kesian nad...bersiap sedia untuk psang perisai nad...haha

    ReplyDelete