SET MAINAN MASAK-MASAK UNTUK FARIZA

in , by Nadia Johari, 03:01:00
hai assalammualaikum

Set Mainan Masak-Masak Untuk Fariza - Hah!! nampak tak, makin bertambah usia, makin bertambah jugakla mainan dia..haha. Semua mainan dia, mr mafia yang pilih. Nad memang tak pernah langsung. Sebab pemikiran nad dengan mr mafia berbeza. Mana yang terbaik untuk Fariza, nad biarkan je apa yang mr mafia nak belikan untuk anak perempuan dia.

Sekarang usia Fariza dah masuk setahun 5 bulan. Mr mafia akan pilih mana yang bersesuai dengan usia Fariza. sebelum beli, sebenarnya, dia akan tengok Fariza suka atau tidak dengan benda tu. Bila dekat rumah, selalu dia main dengan benda tu, hah ni mr mafia akan tambah lagi untuk kembangkan lagi otak Fariza tu.

Khusyuknya dia masak

Nak tau mainan ape. Hah tu dia, mainan set masak-masak untuk Fariza. Masa pergi makan dekat Owlery dia dah tunjukkan minat memasak ni. Lepas tu mr mafia beli la sikit-sikit mainan memasak untuk dia. Supaya dia belajar cara nak bermain dengan benda tu. Biasalah budak-budak setahun, dia akan pegang dan godek-godek.


Lepas tu, dah setahun lima bulan, mr mafia belikan set pulak. Siap ada tempat memasak, periuk, kuali leper, pisau, sayur, macam-macam la. Masa dibelikan punya excited dia. Siap bawak sampai ke kaunter. Lepas tu tak sabar nak buka dekat situ juga..hishh. Sampai rumah terus buka dan main. Ok masa ni nad nampak dia dah tau mana nak masukkan sayuran dalam kuali, godek-godek. Lepas tu, boleh angkat dan suap dekat kita..hahahha. Masa ni nad ajar cara potong. Ada lobak ni, jenis melekat, kalau dipotong dia akan terbuka.

Sebenarnya motif sebenar mr mafia, nak biarkan dia minat pada memasak. Sebab tu belikan mainan ni..hahaa. Permainan ini membantu meningkatkan pengetahuan pengurusan anak anda. Selain itu mereka akan belajar mengenali makanan dan buah-buahan yang sihat. Jika ada bajet mungkin boleh beli alat permainan dapur bersaiz kanak-kanak yang ada peralatan jenis besar tu. Cara ini memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka aktiviti dan berhubungkait dengan dunia sebenar. Aktiviti ini menggalakkan juga  kanak-kanak  mengetahui peranan  seorang ibu di dapur.

Memnag tunggu dia besar, nak main masak-masak dengan dia. seronok bila ada teman memasak ni.
SHARE 8 comments

Add your comment

  1. untung2 jd chef ye fariza heeheee...

    ReplyDelete
  2. Amboi pandainya Fariza.. nanti besar boleh tolong kat dapur ya..

    ReplyDelete
  3. bestnye ada mainan masak2, memang seronok kan beli mainan untuk anak..

    IQ dlu abah IQ selalu jugak belikan mainan masak2 untuk IQ tapi last2 IQ tak ada la reti sangat memasak berbanding adik dan kakak IQ, haha! lawak sangat~

    ReplyDelete
  4. Memang anak-anak pun suka sangan dengan set mainan masak-masak ni, siap suh belikan dapur mainan lagi yang dijual di IKEA..huh jenuh ibu nak melayan

    ReplyDelete
  5. Lps ni fariza lbh terer masak dr mak dia nnt hahaha

    ReplyDelete
  6. Bestnya...semoga fariza besar nnt selalu masak sedap2 utk mommy fariza ok.

    ReplyDelete
  7. Baby girl mmg akan suka main masak2..mmg tak rugi beli set dapur tu 😊

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2