hai assalammualaikum

Sarapan Pagi Nasi Lemak - Orang cakap mudah sahaja buat nasi lemak ni, cuma cara pembuatan tu kena betul biar sedap. Kalau macam nad, selalu dah makan nasi lemak mak yang sedap tu, jadi kenala ikut resepi mak..hehee. Baru sekarang nak belajar buat nasi lemak. Selama ni kau tidur je masa mak buat sarapan, tengok-tengok pagi dah ada nasi lemak. Haritu beria nad nak buat, nak belajar..yela, bila lagi kan nak turun temurun nasi lemak mak kita.

Nasi LemakBiasa je

Memang nak buatnya senang, tapi sukatan kena betul. Kalau tak hancur la nasi lemak kau. Yang paling penting dalam nasi lemak ialah nasi dan sambalnya. Nad memang suka makan nasi lemak biasa je. Hah ni nasi lemak buatan sendiri..hehee..mak tunjuk kita ikut. Lepas tu masuk otak. Lepas tu tulis dalam blog biar tak lupa. Kalau lupa buka blog la..heehee..

Nasi berlemak..hehee..nyum..nym

Nasi
- Beras ( 4 cawan sebab keluarga besar ) . Beras dibasuh sampai bersih.
- Minyak setengah cawan
- Santan dua cawan. (Santan setengah dimasukkan bersama air. Buat dua kali benda sama).
- Bawang merah
- Bawang putih
- Garam
- Daun Pandan

- Nasi dimasak seperti biasa menggunakan periuk nasi.

Sambal
- Cili kering yang sudah direbus
- Bawang merah
- Bawang putih
- Ikan bilis
- Belacan sedikit

- Semua bahan ni diblender. Selepas itu masak sampai naik bau. Letak garam dan gula. Gula lebih sikit ye. Nak lagi sedap letak ikan bilis dan bawang besar dipotong mayang.

Lain-lain bahan, telur direbus, timun dipotong dan ikan bilis. Tambahan kalau nak buat kacang buatla, tapi nad tak suka..hehee. Hasilnya seperti di atas..siapp..Selamat menjamu selera dan bersarapan pagi.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Sambal tu Nad!!! sedaplah nampak. Nany pun suka nasi lemak. Tapi tak faham lah anak dara sorang dalam rumah ni tak suka nasi lemak sebab die kata nasi die sticky, melekat-lekat. Sabau ajerlah. Sambal die layan pulak. Hari tuh Nany buat nasi lemak yang tak letak santan. HAHAH! Letak bawang merah, putih, halia yang dihiris.

    ReplyDelete
  2. bila sambal sedap..bertambahlah makan nasi lemaknya.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tgk nasi lemak tu...bagus nadia belajar dari ibu buat nasi lemak...kalau mcm sis...cara buat nasi lemak tu ada top up bahan lain ditumbuk utk keluar bau semerbak hehe

    ReplyDelete
  4. ccl suka makan nasi lemak bersama telur goreng ...yummy gitu

    ReplyDelete
  5. last buat nasi lemak puasa tahun lepas. lepas tu main beli ja �� sy suka nasi lemak old style. nasi+telur rebus+sambal+kacang+bilis goreng+timun ����

    ReplyDelete