hai assalammualaikum

Bertuahnya insan bernama wanita. Nad sendiri berasa bangga menjadi seorang wanita. Sebagai seorang wanita yang bergelar ibu, isteri, anak, kakak dan sahabat, nad ingin ucapkan Selamat Hari Wanita kepada wanita-wanita di luar sana. Setiap hari, adalah hari wanita untuk kita. Hebatnya wanita apabila tangan yang menghayun buaian mampu megoncang dunia, mampu membuat pelbagai kerja. Pentingnya wanita kepada lelaki, kerana kitalah wanita yang sentiasa menyokong dan menjadi tulang belakang kepada lelaki sehingga berjaya. Wanita memang hebat!!

Sambutan Hari Wanita Stellanvingze International
Sesi memotong kek


Sambutan Hari Wanita Anjuran Stellavingze International

Banyak peranan seorang wanita ni sebenarnya. Sebab tu, hari wanita ni perlulah disambut bagi memperingati jasa dan usaha kaum wanita dalam pelbagai aspek. Nad tidak terkecuali untuk turut serta menyambut Hari Wanita ni. Ni kali pertama nad turut serta dalam Sambutan Hari Wanita ni. rasa dihargai sangat. Terima Kasih kepada suami sebab izinkan datang ke majlis ni..hehee. Terima ksih juga sebab tolong hantarkan. Sambutan Hari Wanita Anjuran Stellavingze International ni telah diadakan di Melilea Tower.

Stellavingze International merupakan badan organisasi yang membantu wanita seluruh dunia untuk mengecapi kebahagiaan dan kejayaan. Stellavingze International yang diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang juga merupakan seorang usahawan wanita tempatan, dan juga seorang ibu, telah menerima pelbagai anugerah dan berjaya mendidik wanita untuk menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.

Sambutan Hari Wanita pada malam itu bertujuan majlis diadakan adalah untuk menggalakkan wanita di Malaysia untuk keluar daripada zon selesa mereka dan temui potensi diri untuk berusaha memajukan negara sama ada dalam bidang ekonimi ataupun menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur.

Panel jemputan Dari Kiri, Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA), Datin Nor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib President Yayasan Wanita Cemerlang dan Ms Wee Siew Ling, pengarah urusan Stellavingze International

Pada malam itu, Stellavingze International telah menjemput beberapa orang wanita hebat yang dah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara. Kehadiran wanita hebat ini, berkongsi cerita dan seterusnya memberi inspirasi kepada wanita-wanita Malaysia. Tokoh Wanita yang dijemput ialah
- Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA)
- Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai
- Ms Wee Siew Ling, pengarah urusan Stellavingze International
- Datin Nor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib President Yayasan Wanita Cemerlang.

Bak kata Tan Sri Datin Paduka hajah Zaleha Ismail, wanita adalah unik

Perkongsian Tokoh Wanita Yang Memberi Inspirasi

Malam tu, banyak perkongsian yang diceritakan. Memang membakar semangat apabila mereka berkata. Bak kata Tan Sri Datin Paduka hajah Zaleha Ismail, wanita adalah unik kerana mampu mencorak modal insan yang cemerlang dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa. Hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan. Zaman

Tidak seperti zaman yang lalu, wanita kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi 'influencer' dan contoh akhlak serta budi yang baik.Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunya prinsip dan intergriti serta bijak membahagikan waktu dalam kempimpinan keluarga mahupun organisasi. Beliau berpesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan  dan menimba ilmu, imbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga

Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga.

Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizan pula menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan utamakan keluarga. Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga.

wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang

Datin Noor Faezah pula berpendapat bahawa wanita hebat kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Ayat paling best bila beliau mengatakan wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan kasih sayang yang akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka.

Formula Kebahagiaan 

Hah!!, masa ni ada satu formula yang dikongsikan oleh Ms Wee Siew Ling yang selaku Pengarah Urusan Stellavingze International. Bekenaan dengan masa, memang setiap hari tidak cukup masa untuk lakukan semua benda. Sebab tu, wanita perlu bijak mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri. Tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan jika wanita pandai membahagikan masa.Berpandukan formula itu selama 13 tahun karier beliau berlangsung dan mendapati diri beliau adalah lebih bahagia. Beliau juga menggunakan kesempatan ini untuk mengajak wanita menyertai Stellavingze International, dan menemui kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang.

formula Datuk Stella Chin Pengasas Stellavingze International; Kebahagiaan wanita

Antara formula Datuk Stella Chin Pengasas Stellavingze International; Kebahagiaan wanita =
(+) Kasih sayang/cinta ,
(-) Kebencian/ kemarahan ,
(x) Kesyukuran ,
(÷) Umpatan/ gosip



Nampak tak kesungguhan mereka dalam memartabatkan kaum wanita. Kata-kata mereka memang memberi inspirasi dalam diri. Majlis Sambutan Hari Wanita ini telah membuka mata ramai wanita bahawa kebolehan wanita setanding dengan lelaki. Wanita menjunjung separuh langit. Majlis diakhiri dengan kata-kata semangat wanita iaitu " Kami Wanita Hebat ".

Stellavingze International juga mengajak semua wanita untuk menjadi sebahagian daripada mereka


Menjadi sebahagian daripada Stellavingze International

Stellavingze International juga mengajak semua wanita untuk menjadi sebahagian daripada mereka dengan menyertai kursus dan latihan untuk membina dan meningkatkan nilai kewanitaan dalam diri...terdapat dua kursus dan latihan yang boleh disertai:

❤ Stellavingze Guiding Star - Melahirkan Usahawan Wanita Berkredibiliti

Objektif:
1. Peluang untuk wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan
2. Membina asas yang kukuh dan menuju kearah kehidupan yang lebih berjaya
3. Mentransformasikan bakat kepimpinan anda, membantu orang lain untuk berjaya

Stellavingze Guiding Star menyediakan:
~ Kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wanita untuk membina asas perniagaan yang kukuh.
~ Menyediakan penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran.
~ Menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.

Kursus dan Latihan:
➔ Kelas Imej Perniagaan
➔ Latihan Skill Perniagaan
➔ Kursus Ekslusif Home Party MELILEA
➔ Latihan Profesional Kesihatan dan Kecantikan
➔ Kelas Pengurusan Perniagaan
➔ Kelas Kualiti Kepimpinan

Kelayakan Penyertaan:
Pendidikan : Ijazah
Pengalaman: Bekerja dalam bidang korporat selama setahun/lebih
Umur: 25 - 60 tahun

❤ Stellavingze Smart Star - Peningkatan Nilai Kewanitaan

Objektif:
Membantu wanita dalam mengurus Diri, Kerjaya, Perkahwinan, Keluarga, Anak-anak dan Mempunyai Kehidupan Yang Seimbang Dan Indah

Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
➔ Kelas Imej
➔ Kesihatan dan Kecantikan
➔ Pembentukan Minda dan Rohani
➔ Pengurusan Rumah Tangga
➔ Interaksi Bersama Anak
➔ Formula Kehidupan Yang Seimbang dan Indah

Setelah menamatkan Kursus 90 Hari Stellavingze Smart Star:
· Majlis meraikan Stellavingze Smart Star dan lahirnya seorang wanita yang lebih bahagia

Kelayakan:
· Pendidikan:Diploma / Ijazah
· Pengalaman:2 tahun ke atas
· Status Perkahwinan : Berkahwin/Bujang

Syarat-syarat kemasukan:
· Bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita
· Perlu menjadi ahli Stellavingze International

Untuk maklumat lanjut, boleh klik ke www.stellavingzeinternational.com/malaysia





SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Wah join event lagi, tahniah... bagus jadi wanita kan...

    ReplyDelete
  2. event menarik, memang bagus event macam ni, appreciate kaum wanita =)

    ReplyDelete
  3. Wah event yang sangat menarik. Wanita memang unik. Multitasking. Selamat hari Wanita buat diriku dan semua wanita hebat.

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2