Pulau Pangkor, Percutian Bajet Pulau Pangkor, Pulau Pangkor Perak, Pulau Destinasi Percutian

hai assalammualaikum

Last nad pergi bercuti sebelum kawin, tu pun pergi dengan kawan kerja. Lepas tu masa kawin pergi ke Legoland Johor, itu pun atas dasar kerja sebagai blogger. Impian nad, untuk 2017 ni memang nak pergi bercuti. Bercuti untuk rehatkan minda dan pergi ke tempat yang belum dituju. Alhamdulillah termakbul juga untuk bercuti ke tempat yang belum pernah jejak. memang teruja habis. Kalau sebut bercuti memang nad la orang paling gembira..hahaa..sebab memang belum pernah merasa bercuti jauh ni. Senang cerita, jarang sangat pergi bercuti ni atau travel sana sini.

Artikel berkaitan : Jom Bercuti - Ke Pulau Kita

Credit pic: Kerex Studio

Pulau Pangkor Destinasi Percutian Bersama Keluarga

Percutian ni kakak nad yang rancang. Nad dah cerita part masa nak pergi dekat SINI..boleh baca..hehee. Percutian kakak rancang ke Pulau Pangkor. Tempat yang memang nad nak sangat pergi sebab belum pernah pergi. Tengok google banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Pangkor.

Credit pic: Kerex Studio

Parking kereta..
Credit pic: Kerex Studio

Sampai tempat yang dituju dalam pukul 12 tengahari. Kitaorang parking dekat tempat kawasan Sekolah Methodist Lumut Perak. Waktu tu sabtu ahad, sekolah cuti, jadi dijadikan tempat parking. Selamat sikit sebab ada orang jaga. Satu parking untuk satu kereta RM10, jadi kami tiga kereta RM30.

Jalan kaki ke Terminal Jeti

Dah macam pengangkut barang..haaha..
Credit pic: Kerex Studio

Lepas tu kena jalan jauh pulak..hahaa. Ingatkan jeti dah depan mata, rupanya kena jalan lagi. Tapi takpela, ni la percutian sebenar. Terpaksala angkut beg dengan perjalanan jauh tu. Kita tak tau, dah la bawak beg sorang satu. Nampaknya kene beli backpack, mudah nak pergi bercuti. Beg satu untuk tiga beranak..hahaa..pandai-pandai susun.

Tiket-tiket..beli-beli
Credit pic: Kerex Studio

Mesra Feri kami pilih

Jalan la beberapa minit, akhirnya sampai ke Terminal Jeti..fuhh..

Credit pic: Kerex Studio

Walaupun bab tiket kakak kita yang uruskan, tapi nad pun ambil tau. Nak tau berapa harga tiket feri. Yela nak cerita dalam ni. Harga seperti dalam gambar..hahaa. Kanak-kanak RM 5 dan Dewasa RM10. Tiket ni untuk pergi balik. Jadi kena simpan elok-leok, kalau tak hilang naya kene beli tiket baru. Dah terbang duit. Kita nak bajet ni..hehee.

Tiket Snorkling, Pusing Pulau Ada Dijual Di Terminal Jeti

Hah!!, tengah sibuk-sibuk dengan bergambar, tiba-tiba ada orang panggil. Ingatkan apa, rupanya nak jual tiket untuk aktiviti di Pangkor. Aktiviti yang memang wajib korang buat bila sampai di Pangkor iaitu Snorkeling dan Pusing Pulau. Waktu ni, orang tu panggil, bagitau pasal ni. Kitaorang ni dah la pertama kali datang, takut pula kena tipu, takut dia jual lagi mahal dari yang dekat Pulau Pangkor. Sebab nad dah google ada bayaran murah untuk aktiviti tu dekat sana. Tapi dia cakap harga ni untuk semua, pusing pulau, snorkeling, siap dengan life jacket, gogle mata tu. Dia cakap kalau dekat dalam Pangkor, boat memang murah tapi kena tambah duit untuk barang-barang keselamatan.

Credit pic: Kerex Studio

Tengok gambar je dah teruja, belum main lagi..
Credit pic: Kerex Studio

Okla kitaorang percaya dengan kakak india ni. Korang nak tau harga berapa??. Semua aktiviti tu harganya RM150. Tak dengar pulak berapa orang tapi nak diikutkan yang pergi 20 orang termasuk budak-budak. Pergh memang berbaloi..murah kot. Naik satu bot. Hah tu kemudian nad cerita..hehehe..Kakak India ni kira macam orang yang cari pelanggan dekat situ la. Nak tau nama tempat boat tu ape, nanti nad cerita. Kalau dah setuju kena bayar deposit RM50 dulu. Lepastu dia bagi resit. Resit tu kenala simpan elok-elok, sebab nak guna nanti. Takde resit takde bukti, macam mana nak naik bot nanti kan. Jadi simpanla elok-elok.

Naik Feri ke Pulau Pangkor

Dulu, nad pernah naik feri yang pergi ke Pulau Pinang. Tu lagi besar. Tu pun pergi masa belajar dulu..hahaa..bertahun dah lamatak naik feri. Yang ni pulak Feri ke Pulau Pangkor. Bestnya sebab pergi sebab bersama keluarga, lagi-lagi dengan Fariza. Pengalaman tu lagi best.

Credit pic: Kerex Studio

Credit pic: Kerex Studio

Masing-masing dok fikir macam mana nak angkut barang ni masuk Feri..hahaha
Credit pic: Kerex Studio

Credit pic: Kerex Studio

Masa masuk feri ada orang jaga. Dia la tukang tolong angkat barang kita. Sebab tu kalau boleh jangan bawa banyak barang..hahaa. Memang susah giler..fuh letih. Selesai masuk dalam feri, apa lagi terus keluar, nak tengok sekeliling..huhuhu..syok gilerr..Fariza pertama kali, muka pun cuak sikit..hahaa..

Credit pic: Kerex Studio

Credit pic: Kerex Studio

Credit pic: Kerex Studio

Credit pic: Kerex Studio

Credit pic: Kerex Studio

Credit pic: Kerex Studio

Fariza memang peramah. Suka nor berkawan
Credit pic: Kerex Studio

Credit pic: Kerex Studio

Dalam leka tengok air laut, tup-tup dah sampai Pulau Pangkor. Gigih lagi kau angkat barang..hahaa. Selamat datang ke Pulau Pangkor..yihuuu....Tak sangka dah sampai Pulau Pangkor..yeahhh!!!..

Selamat Datang Ke Pulau Pangkor
Credit pic: Kerex Studio

Muka orang teruja dah sampai Pangkor
Credit pic: Kerex Studio

Teksi Bas Pink di Pulau Pangkor

Sampai-sampai je, memang takkan berehat. Kena terus jalan pergi ke resort kitaorang. Masa sangat berharga. Masa sampai situ, banyak betul bas pink kau. Kenapa comel sangat..hahaa. Punya la ramai orang berkerumun nak ambil penumpang. Pastu dapatla satu van ni. Bayaran tak surela berapa, sebab abang ipar yang cakap. Nad ni sibuk mengambil gambarnya. Tapi harga untuk teksi van ni nad ada ambil gambar.

Teksi Van Pink sentiasa menunggu..sesak weii

Harga Teksi Van Pink

Macam sardin
Credit pic: Kerex Studio

Kau tau, kitaorang yang 20 orang ni, naik satu van. Ya ampunn!!!..macam tin sardin sampai dihimpit-himpit oii!!..Nasib nad kecik, boleh selit mana-mana. Bahangnya weiii..haahaa..Tapi sepanjang perjalanan, memang buat lawak jela. Ni kes nak jimat ni, ambil satu van je..ahaha..

Yang paling menggerunkan, orang yang bawak van ni boleh pulak dia bawak laju..oi!!!..taula dah biasa bawak orang dekat sini, tak yah la bawak laju nor..haishh..gerun nad weii!!..Baru tau jalan ke tempat yang dituju ni berliku-liku. Seram weii!!..macam genting je. Tajam betul bila nak selekoh tu. Yang orang bawak van ni macam takda perasaan je. Macam tak fikir dia bawak ramai orang..fuh..doa jela semoga selamat sampai..

Credit pic: Kerex Studio

Credit pic: Kerex Studio

Resort Kitaorang : Pangkor Bay View Beach Resort
Credit pic: Kerex Studio

Alhamdulillah, selamat sampai resort kitaorang..Fuh!!..Resort kakak nad pilih Pangkor Bay View Beach Resort. Macam-macam ada dekat sini, best, nanti nad review entry lain ye..hahaa.sabar-sabar..

Credit pic: Kerex Studio

Lepas sampai, letak beg, rehat sekejap, lepas tu keluar pergi makan. Lapar giler!!..dekat resort kitaorang memang betul-betul depan pantai dan kedai-kedai jualan. Kitaorang makan nasi campur masa tu. Warung namanya lupa..hahaa.

pelbagai kedai jualan yang ada dekat sini

Credit pic: Kerex Photography

Credit pic: Kerex Studio

Lepas makan, kitaorang pergi kedai jualan. Hasrat nad, nak beli baju mandi untuk Fariza dan topi pantai nad, tapi dapat beli baju mandi Fariza je..hehee. Topi macam fikir, bilanya nak pakai..hahaha. Lain, terbeli pulak pelampung untuk Fariza. Kesian, nak berenang kang tak boleh, nad nak pegang, penat pulak. Jadinya belila pelampung..senang dah..

Aktiviti Mandi Kolam

Credit pic: Kerex Studio

Suka Fariza
Credit pic: Kerex Studio

Credit pic: Kerex Studio

Habis membeli, balik resort, orang lain rehat dalam bilik. Nad dengan anak buah, bawak sekali Fariza, pergi mandi air Kolam dekat resort tu..hahaa. Nama pun bercuti, mandila sepuasnyaa..selagi boleh mandi, kita mandi. Berseronok masa bercuti. Ambil masa dengan sebaiknya. Memang kalau kolam, terus terjun je tanpa agak-agak. Bukan budak-budak je suka, ni mak budak pun suka..hahaa.

Main pantai pulak

Bila abang ipar buat aksi

Aktiviti Petang, Main Pantai dan Sewa Motor Pusing- Pusing

Dalam pukul 6 petang macam tu, pergi ke pantai pulak. Main dekat pantai. Punya seronok diaorang. Nad pulak pergi jalan-jalan naik motor sewa. Dekat sini ada motor yang disewa dengan harga RM40 sehari tiada limit masa. Bolehlah guna dari pagi sampai ke malam.  Petang tu nad, mr mafia dengan Fariza jalan-jalan naik moto. Mr mafia ajak nak tangkap gambar matahari terbenam. Sambil tu jalan-jalan tengok apayang ada. Padahal laluan sama je macam kitaorang lalu waktu nak pergi..hahaa.

Pusing-pusing naik motor

Cantiknya keindahan ciptaan Allah ni.

Baru naik atas moto, Fariza dah tido. Letih sangat mandi. Bila dah pusing, dah puas, dah jumpa tempat yang dituju, berhenti tengok pemandangan pantai. Bestnya la. Tenang sekejap jiwa ni bila nampak pantai. Udara pun segar. syok betul dengan angin yang kuat. Mr mafia nak ambil gambar metahari terbenam tak dapat, sebab cuaca macam nak hujan..kesian dia. Beria bawak tripod semua. sekali tak dapat moment tu..alahaii..takpela..


Video Perjalanan ke Pulau Pangkor

Selesai tu kitaorang pun balik resort dan berehat dekat bilik sekejap. Sebab malam tu nak makan malam, kakak nad dah booking satu tempat untuk kitaorang sekeluarga..fuh cerita percutian ni memnag panjang berjela. Akan bersambung ke entry seterusnya. Sebab makan malam ni harganya murah sangat untuk kami sekeluarga. Klik Makan Malam Di Ikan Bakar Shema Hashim Pulau Pangkor.

Hari kedua di Pulau Pangkor : Aktiviti Best dan Tempat Menarik di Pulau Pangkor


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. best kan.. tak pernah jejak lagi kt sana

    ReplyDelete
  2. Teruja nya tengok percutian family Nad ni. Ya ampunnn! semua pun sumbat dalam satu van! hahahahha...takpa la, janji menjimatkan dan mada yang jadi penghibur kan?

    ReplyDelete
  3. Kite dok 10mnt je dari lumut, nak pegi pangkor setahun sekali pon jenuh, haha..!
    Btw, naik kat jetty lumut erk? Kalau naik kat marina cepat sikit sampainya, haha!

    ReplyDelete