hai assalammualaikum

Hari Ahad lepas, nad bawak Fariza jalan-jalan pergi Isetan dekat Lot 10. Ada pelbagai produk Jepun dan budaya Jepun dari tradisi purba sehingga ke teknologi terkini, kedai makanan yang memperkenalkan Jepun dekat situ. Bukan itu sahaja, nad sebenanrnya nak tunjukkan dia satu pameran keretapi Japan iaitu keretapi Shinkansen.

#projectshinkansen keretapi terpantas di Japan

#ProjectShinkansen Di Isetan Lot 10 Memperlihatkan Kehebatan Sistem Keretapi Jepun

Salah satu yang menarik macam nad kata tadi ialah Pameran Keretapi Diorama ini iaitu keretapi Shinkansen. Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun bersama-sama dengan IsetanThe Jepun Store telah melancarkan pameran Shinkansen Jepun di Lot 10 Shopping Centre. Pameran akan berlangsung sehingga 9 Mac 2017 di Tingkat 1, Isetan The Japan Store.


Pameran keretapi Diorama


Selari dengan pengenalan projek kereta api berkelajuan tinggi antara Malaysia dan Singapura dijangka dibuka tahun ini, acara ini diadakan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan tentang tarikan Shinkansen. Ini termasuk ciri-ciri keselamatan yang sangat diiktiraf daripada Shinkansen (#projectshinkansen) yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sebaiknya.

Korang tau Shinkansen tu ape.?? Ni la keretapi Jepun Shinkansen. Kereta api Shinkansen merupakan keretapi berkelajuan tinggi yang menghubungkan Tokyo dengan sebahagian besar bandar-bandar utama di negara Jepun dan dikendalikan oleh Japan Railways (JR). Berjalan pada kelajuan sehingga 320 km / h, shinkansen ini terkenal dengan ketepatan masa, yang selesa (kereta yang agak senyap dengan luas, sentiasa menghadap ke hadapan kerusi), keselamatan (tiada kemalangan maut dalam sejarah ) dan kecekapan.

Pameran Keretapi Shinkansen Berbentuk Diorama

Pameran ini juga bagi memperlihatkan kehebatan kemajuan Shinkansen dan keunikan sistem keretapi Jepun. Kalau korang nak tahu, keretapi Shinkansen ni menggunakan 100% teknologi komputer. Fuh memang menakjubkan.

Kagum tengok

Bila Maysia ada keretapi ni

Wowww..berbentuk muncung keretapi tu

Keretapi diorama salah satu terbesar Di Asia

Kereta api diorama, yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di Asia akan dipaparkan sepanjang pameran itu. memang hebat, sana sini keretapi. Menakjubkan bila tengok. Fuh punya gigih diaorang buat pameran ni. Melihat permainan keretapi api ni memang hebat. Budak-budak mesti suka tengok. Yela sambil melihat pameran, boleh belajar serba sedikit tentang Shinkansen.

Painting Face

Fariza tidak ketinggalan. Nak bagi meriah sikit

Suka dia tengok orang lukis tangan dia

Siap dah lukis.

Painting Face

Selain itu ada juga painting. Percuma je. Untuk ni memang tak boleh dilepaskan. Nad buat dekat Fariza. Dia pun layan je orang buat apa dekat dia..ehhee. Jadi budak-budak takda la bosan sangat.

Jualan 

Bawak balik satu, cantik ni

Dia dah tengok dah

Ada juga jual barangan train Shinkansen ni. Siapa nak beli boleh je datang sini. Di samping itu, cenderhati terhad akan dijual di seperti Box Lunch Shinkansen dan Beg Tote yang direka khas.

Set Bento ..comel je..

Khusyuk dia menulis

Melalui pameran "Projek Shinkansen" ini, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan
dan Kedutaan Jepun di Malaysia berharap untuk mendalami pemahaman di kalangan rakyat Malaysia
bagaimana Shinkansen Jepun akan menyumbang kepada pembangunan Malaysia dan
peningkatan kehidupan rakyat.


Korang kalau takda buat apa, boleh;a bawak anak-anak ke sini.
Venue: ISETAN The Japan Store (1F THE STUDIO / Studio.I)
LOT 10 SHOPPING CENTER 50 JALAN SULTAN ISMAIL 50250
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Opening period: February 17 - March 9 2017 (21 days)



SHARE 7 comments

Add your comment

  1. wahhh, bestnya, anak IQ suka sangat kreteapi ni. tapi kalau nak painting macam fariza buat tu, confirm melalak la anak IQ..haha! baik je fariza orang buat apa2 dkat dia..heee

    ReplyDelete
  2. Kalau dekat teringin nak pergi.. Minat sangat dgn train...

    ReplyDelete
  3. bestnyeee kalau leh g tengok ni...

    ReplyDelete
  4. best ni, suka tengok keretapi kecik tu hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2