hai assalammualaikum

Misteri Wan Peah

Siapa layan cerita TV3 pukul 10 malam, Misteri Wan Peah, kita geng..hahaha. Dari episod pertama lagi dah layan, tapi ada juga terskip. Bila terskip tu la rasa menyesal, sebab tak berapa tau jalan ceritanya. Tapi dah nak akhir-akhir ni dapat tangkap balik Misteri Wan Peah ni. Bestnya cerita ni, sebab dia seramidi, iaitu seram campur kelakar..Jadi takda bosan sangat. Cerita kita tertanya-tanya, dengan gelak ketawa dengan perangai manusia yang bermacam ragam.


Cerita ni nak kata seram, seram la juga, nak kata tak seram iye juga..hehee. Cerita ni dalam bahasa Perak. Jadi masih terngiang-ngiang cara diaorang bercakap sampai nak tertaip dalam bahasa Perak..hehe. Kisahnya cerita ni, orang ingat Wan Peah ni dah mati. Jadi apa yang diaorang nampak ingatkan hantu. Wan Peah diherdik dan dicaci oleh penduduk kampung. Mereka mengatakan Wan Peah menggunakan ilmu hitam dan dia diberi amaran untuk tidak keluar rumah langsung. Selama 12 tahun orang kampung tidak melihat kelibat Wan Peah, sehingga mereka berfikir bahawa Wan Peah sudah meninggal dunia. Tiada siapa peduli kerana mereka juga tidak berani untuk mendekati rumah Wan Peah.


Tiga orang kawan yang menghiburkan cerita tu iaitu, Yeh, Li Kelubi dan Ghani seorang yang gagap selalu dikacau dengan Wan Peah. Sampai ke besar kena hadap dengan Wan Peah...hahaa.


Nak dijadikan cerita, datang pulak Cik Siti dengan anak Aisyah dan adiknya Nurin berpindah ke rumah kosong bersebelahan dengan rumah Wan Peah. Satu demi satu perkara pelik berlaku kepada Cik Siti dan keluarganya sejak Cik Siti berpindah ke situ. Bermula dengan peristiwa Aisyah yang hilang semasa bersiar-siar bersama Nurin dan akhirnya ditemui di tingkat bawah rumah Wan Peah. Orang kampung beranggapan bahawa hantu Wan Peah sudah mula mengganggu penduduk di situ kerana sering juga dilihat berjalan di kawasan kampung. Macam-macam yang terjadi waktu tu. Sampai kawan bertiga tu turut terlibat.

Dalam cerita ni Cik Siti ni cikgu ganti. Lepas tu ada pulak cikgu lelaki Farhan syok dengan Cik siti ni. Farhan pulak anak Tok Hashim dengan Mak Timah. Tok Hashim ni dengan Mak Timah ni ada kene mengena dengan Wan Peah..hah nampak tak cerita dia berkait..hahaha. Bila Farhan dah jatuh hati dengan Cik Siti, ada la orang yang dengkinya, iaitu Cikgu Zaiton. Tak sudah-sudah buat pedajal dekat orang..haishh..Sampai Mak Timah pun benci dengan Cik Siti. Tapi akhir sekali, Mak Timah restu juga perhubungan Farhan anaknya dengan Cik Siti.

Kisah Wan Peah pulak, sikapnya suka yang meuncul tiba-tiba dan menyorok..ahaha..siapa yang tak takut. Mula-mula jadi tanda tanya juga, betul ke dia hantu atau apa, atau dia ada saka. Wan Peah ni ada anak, Ramli lakonan CaT Farish. Ramli dah berkahwin, isterinya Yam, lakonan Zarina Zainuddin. Ramli pun jarang balik rumah, lepas tu kalau balik rumah Wan Peah, mesti nyorok-nyorok..macam mana orang tak sangka lain. Harini episod terakhir Wan Peah. Sikit-sikit tau dah kenapa dia bersikap macam tu. Tapii..Tapiiiii..kenapa dia bercakap sendiri..tu yang tadi tanda tanya..dengan siapa dia bercakap..haishhh..

Malika Cucu Betong Dalam Misteri Wan Peah

Terkejutnya, muncul pulak Malika dalam tu..hahahaa. Jadi betul la Wan Peah ada saka..dia ada sebut perjanjian, perjanjian apakahh..hah!!!..Masih misteri lagi oiiii..Malika tu siapa???..hahaha. Malika tu Sheila Rusli. Dia punya pakaian sama macam Malika dalam cerita Cucu Betong..hahaha..Sesat ke apa..hehee..Cerita Misteri Wan Peah ni dia yang buat, jadi mesti la dia nak berlakon sekali..


Ni dia Malika..hahhahaa..

Ingatkan dah terbongkar misteri dia, tapi rupanya belum lagi. Adakah Ramli anak buluh betung..jeng..jeng..jeng...hahaa..Mungkin ada part 2 Misteri Wan Peah..adoii..lambat betul nak tunggu...


SHARE 2 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2