hai assalammualaikum

Panjang nad bercerita sesampainya ke Pulau Pangkor. Biasalah, kalau dah namanya bercuti mestilah panjang berjela..hahaa. Dengan gambarnya, dengan ceritanya. Kang buat satu entry, dah macam buat buku je..heehe. Ok, cerita sesudah sampai ke Pulau Pangkor untuk di siang hari sudah di cerita dalam entry sebelum ni. Sekarang nak cerita untuk waktu malam pulak.

Artikel berkaitan : Pulau Pangkor Destinasi Percutian

Lepas je selesai aktiviti siang,masing-masing balik bilik rehatkan badan. Malam pulak, nak pergi makan, sebab lapar. Dah namanya Pulau Pangkor, mestilah makan seafood. Kedai ni akak nad yang tempah siap-siap dah siang tadi. Memang banyak kedai makan dekat sini, korang kena pandai-pandai pilih la ye. Ada kawan nad, kedai tak tunjuk harga bagai, makan biasa je sekali cas giler mahal. Kedai pilihan kitaorang Gerai No 8. Sangat murah tempat ni. Makanan pun sedap.

Gerai Ikan Bakar Shema Hashim No 8

Harga yang disenaraikan
Credit pic: Kerex Studio

Ni la die Gerai No 8 Ikan Bakar Shema Hashim.

Ikan Bakar Shema Hashim No 8

Jangan risau bab harga, sebab dia dah senaraikan dekat luar kedai. Ada set A, B, C dan D. Setiap set berlainan harga dan kuantiti lauk. Makanan yang dah siap set macam ni lagi mudah. Takyah penin fikir nak makan ape kan. Korang pilih je mana korang nak dan sesuai dengan korang. Macam nad, makan sekeluarga. Jadi kakak pilih yang set C. Untuk set C harga dia RM150.  Ada 2 ekor ikan, 2 pinggan sotong, 3 mangkuk tomyam, 1 pinggan kankung goreng belacan, kailan ikan masin, telur dadar, 10 pinggan nasi putih dan air 2 jag. Murah la kan.

Ikan apa namanya pun tak tau..pertama kali makan ni

Selagi ada isi, ku makan sehingga tulang..hahaa
Credit pic: Kerex Studio

Ni la lauk kitaorang. Ikan memang ada dua, tapi dapat ambil gambar satu je, yang lagi satu, tu hah, tinggal kepala nad makan..hahaha.

Sayur Kangkung

Tomyam

Dikelilingi dengan pelabagi menu..aumm
Credit pic: Kerex Studio

Makanan lain. Kangkung Goreng belacan dan Sotong serta tomyam. Kailan tak sempat nak ambil gambar sebab dah dimakannya. Telur dadar pun ada.

Abang ipar den..sama2 kuat makan
Credit pic: Kerex Studio

Perut kenyang..

Untuk Air kat situ tulis teh o ais, tapi mungkin satu jag lagi boleh pilih. Kitaorang ambil satu jag air teh o ais dan air sirap.

Suasana malam

Suasana malam di Pulau Pangkor. Malam tu ada beli rojak buah. Sedap giler. Bawa masuk bilik makan. Masih teringat lagi sekarang. Kuah dia yang sedap tu..fuhh..Dah kenyang tidur..esoknya sambung aktiviti yang tak sabar nak lakukan..huhuhu..kasi tidur, kasi rehatkan badan..hehee..tunggu next entry ye..


Video jalan-jalanwaktu malam

Boleh baca ;  Pulau Pangkor Destinasi Percutian
Hari kedua di Pulau Pangkor : Aktiviti Best dan Tempat Menarik di Pulau Pangkor




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

10 comments so far,Add yours

  1. Assalammualaikum. Jemput join sis http://akhalilah.blogspot.my/2017/03/mystery-contest-by-butik-julita-anje.html?m=1

    ReplyDelete
  2. arhhhhh stress tengok ikan tu. peberet tuuu

    ReplyDelete
  3. salam kenal.

    best nya food..

    ReplyDelete
  4. Akak pernah terkena kat salah satu gerai..makan tghati biasa2 je..sekali kena mahal ya rabbi...

    ReplyDelete
  5. puas hati makan kepala ikan tu eh...hehehe

    ReplyDelete
  6. ai ulang alik pangkor ni mmg selalu tapi tak pernah p makan kat shema nih

    ReplyDelete