Milkwithlove, Pump It Milkbooster, Pump It Breasfeeding Survival Kit, Susu bertambah, Masalah Penyusuan Ibu Menyusu, Pump It Sapu Sahaj.

hai assalammualaikum

Pump It Milkbooster Hanya Sapu Sahaja - Alhamdulillah, syukur sangat nad masih menyusukan Fariza yang sekarang berusia 1 tahun 5 bulan. Mungkin nad akan berterusan susukan dia sampaila Fariza bersedia nak minum susu tepung. Sangat indah pengalaman susukan anak ni. Bila dia susu kita, rasa kita sebagai ibu memang rapat dengan dia. Masa mula-mula bersalin, nad ingat mudah je susukan anak, rupanya tak. Nad fikir, disebabkan susu dah ada, anak tinggal sedut je, rupanya menyusukan anak ni memang melalui pelbagai cabaran dan rintangan.





Masalah Penyusuan Yang Dihadapi Oleh Ibu Menyusu

Antara masalah yang berlaku ialah:
1) Terasa sakit dan pedih ketika anak menyusu.
Masa mula-mula anak hisap tu, rasa lain macam la kan. Pulak tu asyik nak merap je kejenya. Mana tak sakit puting kita ni. Nak tak nak kena biarkan bagi dia diam.

2) Puting susu sakit dan melecet.
Ok!!, yang ni paling seram..hahaa. Baru nad tau, masa mula-mula, anak hisap je boleh melecet puting kita. Aduh seriau nengoknya, bila dia nak susu lagi puting yang melecet tu. Sakit oo!!

3) Bengkak susu.
Payudara akan jadi bengkak bila susu kita banyak. Nad ni jenis tak pam susu, jadi akan bengkak la susu ni. Sepatutnya tak elok bagi di abengkak, korang kena pam susu tu, tapi cara nad, nad kejutkan Fariza dan susukan dia.

4) Susu Ibu tak banyak
Memang dilema mak-mak bila susu kurang. Lepas tu sedih sebab tak dapat susukan anak. Yela kita, kalau boleh nak susukan anak kita dengan susu badan ibu ni. Susu ibu banyak khasiat.

5) Stress
Ibu yang menyusukan anak ni sebenarnya tak boleh stress, tapi dah masalah keliling kadang hadir, masalah rumah, masalah kerja, sebab tu susu boleh rudum. Ibu menyusu ni kena relaks, tenang.


Pump It Breastfeeding Survival Kit 

Itulah antara masalah-masalah yang dihadapi ibu menyusu. Nad sendiri pernah menghadapi masalah diatas.  Namun, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan ibu perlu tahu bagi memastikan proses penyusuan berjalan lancar dan ibu tidak mudah berputus asa. Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ni ialah dengan Pump It Breastfeeding Survival Kit.


Apa tu Pump It??

Pump It Breastfeeding Survival Kit digubal oleh kaunselor laktasi bertauliah yang juga seorang ibu yang menyusukan bayi untuk membantu ibu untuk mempunyai perjalanan penyusuan indah. Setiap ibu mahu menyediakan khasiat yang paling sihat yang terbaik untuk bayi mereka

Bila ada masalah penyusuan ni, perkara paling penting korang perlulah kenal pasti dulu mengapa dan apa punca susu  merudum dan cara untuk mengatasinya. Paling penting kena tahu apa hormon-hormon yg terlibat dalam penghasilan susu ibu. PUMP IT adalah satu-satunya milk boosters yg tackle kedua2 hormon penghasilan(prolaktin) dan pengeluaran(oxytocin) susu ibu dgn extrak tumbuhan 100% semulajadi, herba dan bunga berasaskan minyak. Tiada sintetik, tiada parabens, tiada sulfat, tiada tiruan, wangian. Takder bahan kimia dan selamat untuk mommy dan baby.

Fungsi dan Cara Penggunaan Pump It Breastfeeding survival Kit

Pump It ni ada tiga jenis botol iaitu Milk Up, Relax Mama dan Sore Away. Ketiga-tiga jenis ni mempunyai fungsi yang berbeza. Selalunya untuk milkbooster atau untuk bagi susu kita bertambah, korang mesti makan, minum atau telan pil ubat milkbosster kan. Hah!!, Pump It ni, bukan makan, dan bukan minum. Ia hanya sapu sahaja.


1. MILK UP 
- Membantu dalam merangsang penghasilan susu ibu melalui herba2 natural
- Merangsang hormon prolaktin yg lebih tinggi untuk menghasilkan lebih bnyk susu
- Boleh digunakan untuk membantu melegakan kesakitan ketika haid

Cara penggunaan:
Hanya Sapukan pada payudara mengelakkan kawasan puting selepas menyusukan atau mengepam atau urutan pada tulang belakang tentang kawasan payudara.

.

2. RELAKS MAMA
- Membantu ibu untuk kekal tenang tanpa stress sekaligus melancarkan pengeluaran susu ibu
- Merangsang hormon oxytocin yg lebih tinggi untuk pengeluaran susu yg lebih lancar

Cara penggunaan:
Mengusap di belakang leher dan tulang di belakang telinga atau gosokkan pada tapak tangan dan sedut.


3. SORE AWAY
- Membantu melegakan masalah puting melecet atau puting luka
- Boleh digunakan untuk menganjalkan payu dara

Cara Penggunaan
Urut pada puting dua kali sehari.


Jangan fikir panjang. Nak bagi yang terbaik untuk anak, kena ada penyelesaiannya. Tak salah mencuba kan. Kalau berminat boleh pergi ke
Website: www.milkwithlove.com.my
Facebook: www.facebook.com/Milkwithlove
Contact: +60127718784







Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. wah...bestnya nad.. dulu2 xde pun macam ni.. akak suffer dr no 1 sampai 5 tu.. nangis sorg2 mlm2

    ReplyDelete
  2. Info yang menarik dan semoga ia bermanfaat kepada yang memerlukan

    ReplyDelete
  3. Menarik.. ai suka oil2 gini.. heheh

    ReplyDelete
  4. Menarik ni. ada peluang nak try insyaAllah akan mencuba

    ReplyDelete