Servis Cuci tangki air, Pindah alih Barang, Cuci rumah, Pembaikpulih rumah.

hai assalammualaikum

Servis Cuci Tangki Air Dan Pindah Alih Barang

Dekat rumah bandar ni, masih lagi guna tangkki air warna hitam tu. Dah lama nad suruh mr mafia bersihkan tangki air tu, sebab kadang nampak macam ada Cik T lalu dekat tiang rumah, tak taula dia masuk ke tangki ke tak. Nad tak berapa pasti tangki air dekat rumah ni basuh ke tak masa ada arwah mommy ( mak mertua ). Memang berbuih juga suruh mr mafia bersihkan, yela tangki kan, semua dalam tu kita tak pasti apa yang ada. Air pulak mengalir dari situ.

Masa nad dekat kampung minggu lepas, mr mafia mengadu, badan dia gatal-gatal, dia dah suruh kawan dia, mintak tolong bersihkan tangki air tu. Hah!!, dah badan gatal baru nak bersihkan..fuh!!..Kawan mr mafia ni kerja macam-macam. tak tau nak panggil ape pekerjaan dia ni..hahaa. Takde limit, semuanya dia buat. Dari cuci tangki air, betulkan lampu, bumbung, bersihkan rumah, pindah alih barang, huish boleh kata semua la. Senang!!..tak perlu panggil orang lain. Haritu dia datang dengan dua orang pekerja dia.

Bersihkan tangki air

Bab bersih tangki memang kena panggil orang yang pakar la. kalau buat sendiri, kang jadi lain. tangki air ni terletak betul-betul dekat atas bilik mandi. Bentuk bilik mandi ni dari dulu lagi macam ni. Memang tak pernah diubah. Kata mr mafia la, nad tak tau. Kalau nak ubah dah kena modal. Tunggu jela kita ubah. Sekarang pakai apa yang ada jela. Jadi pekerja kawan mr mafia pun buat kerja, dengan naik tangga. Sebelum tu, diaorang turunkan segala barang dekat atas tu. Nasib baik tangki tu ada tutup rupanya, ingatkan takde, sebab banyak barang diletak dekat atas ni. Selamat la sikit Cik T tak masuk. Lepas dah setel semua, tutup paip utama, diaorang mulakan pembersihan. Korang tengok gambar tu, hah tengah bersihkan la tu.

Lepas cuci, ada la dia tunjuk air kotor yang amat, tapi nad tak kuasa nak tengok. Euwww, nak ambil gambar pun tak..hahaha. Boleh terbayang dia cakap kotonya macam ni..aduhh..

Baiki lampu, kalau tak susah nak masak

Tempat letak lampu tu rosak dah

selesai baiki lampu

Masa ni pulak, lampu dapur tak boleh hidup. Ntah terbakar atau ada benda lain rosak. Mr mafia ada beli lampu baru, tapi bila dipasang, dia tak hidup. Jadinya suruh kawan dia ni betulkan. Rupanya benda putih tempat letak lampu tu dah tak berfungsi. Mana taknya, bertahun-tahun lampu tu oii. Sekarang abru dapat tukar. Ayoyoyo..lama betul..Bagusla ada diaorang ni sebab boleh buat wiring semua. Selesai masalah. Kalau tak nak masak pun gelap je.

Ruang dapur bagi kemas

alih barang sana sini

Masa ni, mr mafia mintak alih barang. Nak susun semula bahagian dapur ni, nak bagi kurangkan barang. Memang semua beralih la, dari peti ais ke situ, jadi ke sana, dari rak pinggan dekat situ, alih sana, almari situ pindah tempat lain..mudah kerja, siap boleh buat ni lagi. Nak tunjuk keadaan dapur, takpela,tak cantik pun..hahaa.

Hah!!, kalau korang nak tau, yang buat pagar Fariza, diaorang juga la..hehee. Diaorang yang tebuk lubang, gerudi, nah sampai jadi macam ni.

Mengacau je orang buat kerja

nak bertukang juga ke Fariza oii

Fariza kacau je orang buat kerja.

pasang Rak meja Ikea

Lagi satu rak dekat meja nad pun dia tolong pasangkan. Rak tu jumpa dekat atas tangki air tu la, Rak ikea zaman muda mr mafia. Kau tengok laki kita memang giler ikea. Fuh..Nasib ada rak ni, boleh pasang dekat meja. Memang dah lama nak cari rak atas meja ni. Boleh letak barang. Nampak banyak mana harta karun dekat rumah ni. Selagi tak diselongkar, selagi tu tersimpan.

Banyak lagi nak dikemas rumah ni. Nantila tunggu ade duit sikit. Buat semua ni mestila nak kena bayar kan..haha. Tak taula berapa mr mafia bayar. Tapi kawan dia ni memang ambil murah. Kalau korang nak cuba servis diaorang bolehla pm atau whatsup no 017 326 2787.




Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Nadia, saya nak keluar makan dulu.
    balik nanti saya baca entri nadia.

    ReplyDelete
  2. nampak berisi fariza dr belakang. betul dah baiki semua bari boleh buat kerja dengan selesa

    ReplyDelete
  3. bila datang mood nak kemas rumah ni, segala ape jenis benda rosak pun boleh baiki sekali

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum nad..mmg ada jer si kecik tu yer...nak menolong juga ke tu...:)

    ReplyDelete
  5. alasan kukuh lampu dapur tak nyala, boleh makan kat luar hahahahaa

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  7. Cakap pasal bersihkan tangki .. teringat zaman bujang dulu, ada kawan sewa rumah ... tangki air ada bangkai kot .. giler ... memang kena cucilah.

    ReplyDelete