hai assalammualaikum

Selalunya tengok mak masak sup, guna kiub Knorr je. Tak pernah guna produk lain. Jadi, nad pun ikutla cara mak. Sampai la haritu, stok kiub Knorr dah habis, jadinya pergi kedai, kat kedai pun dah habis. Stress pulakk..Dah terbayang nak makan sup ni. Yang tinggal cuma Kiub Sup Jenama Maggi je. Mula-mula taknak ambil, sebab takut rasa lain, tapi nanti tak boleh pulak nak masak sup, nak taknak beli je la..huhuhu.

Kiub Stok Maggi Perisa Ayam

Sup Jadi Sedap Dengan Kiub Maggi Perisa Ayam

Apa lagi masak sup la. Dah ada Kiub Sup ni. Nak tau jugak rasa Sup ni bila guna Maggi punya. Sedap ke tidak. Masak macam biasala, letak bawang merah, bawang putih, halia, sayuran, ayam, kentang, lada hitam sikit dan kiub sup maggi ni. Bila dah mendidih, bau dia menusuk kalbu betul. Sedapp..hahaa..belum rasa lagi.

Buat Sup Hujan-hujan ni

Lepas dah siap, ambil la semangkuk. Hujan-hujan ni, makan sup memang sedap. Tak perlu makan nasi pun dah kenyang. Sekali kita hirup sup dia..Slurrpp...fuh..nikmat. Ya Allah, sedap rupanya. Rasanya lain sikit daripada kita guna Kiub Knorr tu. Apa lagi, kita pun hirup dan hirup. Masa tu, Fariza pun meluru la datang kat nad. Dia memang pantang nampak makanan..hehee.

Nad pun suapla dekat dia. Pergh, dia pun suka. Siap cakap "nak..nak..nak"..Sebab kalau guna Knorr sebelum ni, dia tak macam ni. Tapi guna Kiub Maggi ni,,mak aihh..selera dia lain macam..haaha. Nampaknya lepas ni pakai Maggi jela. Kita tukar pulak..hehee.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Saya pernah beli Kiub Maggie ni, lepas tu kena marah ngan wife... huhu... sebab dia nak Knorr juga... mungkin belum serasi dengan tekak kot... hehe

    ReplyDelete
  2. Betul.. memang sedap kuib maggi ni.. boleh rasa lemak lemakannya hingga mengigit ibu jari kaki..

    ReplyDelete