hai assalammualaikum

Pemilihan Baju Untuk Ibu Menyusu

Sejak ada anak ni, pemilihan baju amat nad titiberatkan.Kalau dekat rumah, memang tak kisahla pakai baju apa pun, tapi aklau tengah berjalan keluar, mestilah agak sukar nak menyusukan Fariza. Jadinya baju nad pakai, perlulah selesa, longgar dan mudah untuk menyusukan Fariza. Sebaik bergelar ibu, fesyen dan penampilan berubah sama sekali. Tapi takdela berubah kepada yang selekeh, berubah kepada ibu yang vogue..hehe..Ibu yang bergaya. Fesyen yang sesuai untuk memudahkan proses menyusukan anak

Baju ni longgar dan labuh.

1) Bila beli baju,mesti pilih baju yang longgar. Yela, kadang nad susukan fariza dengan tarik baju dari bawah. Bila kita tarik dari bawah, bahagian belakang badan takkan nampak, dan boleh tutup kepala anak sekali..hehee. Cuba bayangkan akalu pakai baju ketat, azabnya nak bagi susukan anak..kann..

Baju ni berzip di bahagian depan

Baju jubah ni berbutang

2) Lebih mudah lagi nak menyusukan anak dengan memakai baju yang berbutang atau berzip di hadapan. Bila time Fariza nak menyusu, bolehlah buka butang atau zip tersebut bila-bila masa. Bila dah selesai, boleh membutangkannya atau menzipkan kembali.Tapi kalau pakai baju macam ni, nad akan pastikan, shawl atau tudung nad pakai, menutup dada. Takdelah masa buka tu, ternampak kita punya kan..

Cardigan dari milkwithlove

3) Memakai cardigan atau pun jaket untuk menutup bahagian-bahagian yang terbuka itu.Cara yang paling mudah dan senang untuk menyusukan anak kecil anda ialah untuk menyelak baju anda tetapi jika anda berbuat demikian, bahagian perut, belakang dan tepi tubuh anda akan terdedah.Yela kadang kita nak pakai baju tshirt, jadi, mestilah pakai dengan cardigan. cardigan atau jaket penyelamat kita semasa menyusukan anak. Ni salah satu cardigan yang jenis breasfeeding. Ada butang untuk tutup semasa susukan anak.

4) Kadang nad pakai baju yang bercorak. Yela, bila dengan anak ni, macam-macamla dia buat sampai boleh jadi kotor baju kita.Baju bercorak boleh menjadi penyelamat. Ia boleh ‘menutup’ kotoran itu. Dengan menggayakan baju bercorak, mata yang melihat anda tidak akan perasan kepada kotoran tersebut dan membuat kesan kotoran itu kurang jelas.

Macam tu la nad sekarang kalau nak pilih baju.


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours

  1. Maznew pun pakai jubah sebab senang nak menyusu 😉
    .
    Tempah yang ada zip
    .
    Nanti lepas anak besar masih boleh pakai kan nad
    .
    Jubah menyusu sekarang pun lawa apa

    ReplyDelete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda

    ReplyDelete