hai assalammualaikum

Bila tengok satu iklan di tv, seorang budak asalnya tanya dekat mak dia satu soalan, tapi mak sibuk, lepas tu dibaginya gadget, lama-kelamaan anak dengan gadget 24 jam tanpa henti. Tengok iklan tu memang menakutkan, sebab anak obses dengan gadget. Gadget ni tak salah pun, sebab kadang-kadang gadget ni ada beri positifnya. Tapi, bukan 24 jam kita biarkan anak dengan gadget. mestilah ada masa bersama dengan anak. Kita sebagai ibu bapa yang berperanan kawal anak dengan gadget.

Telefon dia tu, tapi jarang buka..


Kawal Anak Bermain Gadget

Macam nad sendiri, memang dah terapkan dalam hati, taknak bagi dia main gadget sangat. Walaupun kita sibuk, perlu ke nak pandang gadget 24 jam. Sejak ada anak ni, nad memang jarang 24 jam dengan telefon, berbanding sebelum ada anak. Sebab taknak anak terpengaruh dengan tingkah laku kita. Kadang-kadang , ada juga nad bagi dia tengok telefon, sebab nad ada kerja, tapi bukan selalu. Kadang, nad tak bagi langsung telefon masa buat kerja, nad biarkan jela dia nangis. Dia ada mainan dia, jadi bagi je mainan dia yang sebakul tu.

Bila dia marah, dia akan campak mainan dia,..hahaa. Takpela, asalkan bukan telefon dicarinya. Memang nad jarang la tunjukkan Fariza telefon. Dan sampai sekarang, dia tak berapa suka tengok telefon sangat kalau nad bagi. Mula-mula memang ok, sebab dapat layan lagu didi and friends dia, nanti tak sampai setengah jam pun, dia akan campak telefon tu. Boring bagi dia.

Kalau nad main telefon pun, dia bukan jenis main ambil je telefon nad..takk!!..Dia buat hal dia la, melainkan dia terdengar nad buka video kanak-kanak, video kartun atau benda kelakar yang buat nad gelak, dia akan join tengok sekali. Tapi sekejap je. Kalau nad tutup telefon, takda pulak dia menjerit suruh buka telefon.

Sekarang usia dia setahun 3 bulan, mungkin tak berapa paham lagi apa itu gadget, dan tak perlu lagi. Sebab waktu ni dia lebih suka bermain, berlari, berkawan. Mommynya la jadi mangsa. Kat kampung seronokla dia, ramai kawan. Tapi, kita tak tau bila dah besar, yela nampak kawan bergadget, mungkin dia mempunyai keinginan. Dah ada aka fikiran kan.

Tapi, kita sebagai ibu bapa, boleh kawal juga walaupun dia dah besar. Macam mr mafia cerita, kawan dia, anak paling besar dah sekolah menengah kot, tapi ayah dia kawal penggunaan gadget. Setiap hari Ahad sahaja main telefon. nampak gitu..lagi tegas ayah tu cakap, kalau nak gadget, beli sendiri. belajar pandai-pandai dulu. Alhamdulillah anak dia mendengar kata. Semua ni hasil didikan mak ayah kan.

Mungkin kalau Fariza dah besar, memang dah ada gadget, tapi pada masa sama, perlu meluangkan masa bersama...


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

6 comments so far,Add yours

  1. Bagus gitu Nad..akak pun tetapkan hari cuti sekolah aja boleh pegang hp untuk anak2..

    ReplyDelete
  2. Sama keadaan kita nad, anak IQ pun kadang2 dgn gadget tapi bila diberi sahaja, xde dia mengamuk nak gadget sepanjang masa, kita kena kawal dari awal, sekarang kena banyak luangkan masa dengan dia sebab sekarang la masa dia nak mengenal dunia

    ReplyDelete
  3. dah lama rasanya tak komen sini... hari ni datang balik blogwalking :) . . baca-baca apa yang patut (giteew) :P

    ReplyDelete
  4. betul tu, perlu pantauan ibu bapa kalau nak bagi main gadget ni. takut nanti asyik nak gadget je, tak peduli dah sekeliling dia. btw saya singgah dan follow blog ni ya. Jemput melawat blog saya :)

    ReplyDelete
  5. Bagus tips. Sekarang saya pun dalam proses kurangkan anak pegang gadget especially nak dekat tido.

    ReplyDelete