Eyeshadow, Eyeshadow Miss Rose, Kecantikan, Makeup Tools, Makeup, Video tutorial Eyeshadow Makeup

hai asslammualaikum

Sejak berjinak-jinak dengan makeup ni, suka sangat nak menconteng muka..hehee. Sanggup tengok video tutorial makeup sampai habis bateri phone..hehe. Tengok orang makeup, pandainya la. Dah la lawa. Jadi nad pun mula la nak mencuba. Tapi tengok event la kan, kalau pergi jalan-jalan je, makeup simple, kalau pergi event grand, makeup menyerlah sikit..hehee. Kita makeup ni nak nampak yakin.

Eyeshadow Pallete Miss Rose

Sebelum ni nad tak berani nak pakai eyeshadow. Sebab tak pandai nak sapu dekat mata ni. Nak sapu pun dah satu hal, apatah lagi nak pilih warna. Kalau sebelum ni, pilihan selamat, pilih eyeshadow yang jenis dua warna je. Tu pun kadang tak reti pakai juga..hahaa. Tapi sekarang, lepas tengok beberapa tutorial, nad cuba pakai eyeshadow, bukan dua warna tapi banyak warna..huhuhu.

Miss Rose Eyeshadow Pallete

Ni la eyeshadow nad yang tersimpan lama. Memang tak pernah pakai langsung, tengok je, masih lawa lagi. Eyeshadow Pallete Miss Rose ni permberian mr mafia. Disebabkan dulu tak reti nak pakai, jadi dia tersimpan sahaja.

Macam-macam Warna ade

Sekarang, nad keluarkan dia, sebab nak belajar pakai eyeshadow. Eyeshadow adalah pewarna mata yang boleh membuat mata dramatik atau kuat. Manfaatnya adalah mata kita boleh kelihatan lebih kecil atau lebih besar. Permainan warna yang baik boleh boleh memperbetulkan kawasan mata kita menjadi lebih cantik. Tetapi pemakaian eye shadow yang salah juga boleh menjadi Big Trouble untuk para fashionista. Sebab tu kena belajar makeup ni. Kalau tak jadi mata badut pulak..hehee.Kesian badut disalahkan.

Cuba pakai buat smokey eyes

Yang ni nad cuba buat eyes smokey..yeke..Nad pun tak pasti, tapi nampak macam smokey gitu. Lepas buat, fuh menjadi pulak. Untuk pemilihan warna, apa yang nad tengok dekat youtube, video semua, untuk tulang mata sapu dengan warna terang. Hujung mata warna gelap. Lepas tu kelopak mata warna yang cerah. Baru nampak berlainan.


Eh mesti tak paham kan. Nad ada buat video..boleh tengok. Maaf kita baru belajar, mungkin ada yang tak betul.

Belajar untuk bertambah lebih baik

Boleh pakai pergi event..

Nad tengok ok jugak..ehhee. Pertama kali pakai, menjadi pulak. Lepas ni kena cuba, cuba dan cuba lagi..Kalau tak mesti lupa. Ramai yang komen dekat instagram Nad cakap menjadi, cantik. Hah!!..okla tu..kene praktikkan lagi untuk cuba warna lain.

Harap hadiah harijadia ialah makeup..hahahaa..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Banyaknya warna dia... boleh pilih-pilih gitu...

    ReplyDelete
  2. wowww, bnyk nya colour utk eyeshadow tu 😱 dah try, tapi tak jadi. kena ada sifu

    ReplyDelete
  3. dah lama tak pakai eyeshadow... mood mengandung kali ni tak nak melawa hahaa

    ReplyDelete
  4. lawanya NAd..akk tak pandai pakai banyak color. selalu 1 2 color je pakai

    ReplyDelete