hai assalammualaikum

Sambutan Tahun Baru 2017 Di I-City


Ingat nak cerita semalam, tapi sibuk banyak kerja. Harini baru dapat cerita.
Selalunya tahun baru, memang takkan keluar, tapi haritu buat status dekat facebook, sepupu balas pulak..Dia ajak pergi sambut dekat I-City. Sebenarnya memang malas nak keluar, dengan Fariza lagi, dengan sesak lagi, tapi dah lama tak sambut tahun baru dekat luar, jadinya kita jeluar la juga..hehehe.. Nak tengok macam mana suasana sambutan tahun baru dekat I-City tu.

Dah lama oo tak jejak dekat ICity. Last pun masa couple rasanya. Dari percuma sekarang kena bayar. Sekali sekala datang bolehla main. Sekarang pun dah macam-macam ada dekat ICity. Belum rezeki lagi nak masuk dekat patung lilin, salji dan pergi taman tema air. Insyallah, ade duit nanti pergi.

Suasana Sambutan Tahun Baru di ICity


Ni la suasana dekat sini. Ramai juga orang yang datang. Orang datang sini dari petang kot, sebab masa pergi jalan tak sesak..balik baru sesak..hahaha..






Fariza pertama kali masuk ICity.


Setiap beberapa minit, akan buat pengumuman untuk tunggu persembahan bunga api. Sampaila masa pukul 11.55 malam, pengumuman dibuat mengatakan sebentar lagi bunga api akan ada. Excited semua orang dah berkumpul. Dan tu diaa..pomm..pomm..SELAMAT TAHUN BARU..bunga api pun meletup dengan meriahnya..

Nad tengok sampai habis. Fariza pun enjoy..hehehe..



Video sambutan tahun baru 2017.

Azam tahun baru ni, nanti buat entry lain..hehehe..mesti ada azam..huhu..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Mintak2 tahun depan kat malaysia diharamkan sambutan dengan bunga api.ekekke...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum nad...wah bestnya dpt jenjalan kan...;)

    ReplyDelete
  3. kita belum lagi pernah sambut new year dgn pergi i-city kak.. hahaha..tunggu ada duit la masuk sana..

    ReplyDelete
  4. nasib baik kat sini tak ada kes penonton kena tembak dengan bunga api

    ReplyDelete