Makanan, makanan kampung, Masak tumis, Masak mudah, masakan, Resepi.

hai assalammualaikum

Resepi Jantung Pisang


Dari haritu teringin sangat makan jantung pisang. Dah pesan dekat mak, pergi pasar jangan lupa beli jantung pisang, tapi mak pula asyik lupa je..Mak cakap, dekat kebun ada jantung pisang tu. Kena bawak galah sebab tinggi. Apa lagi nad pun pergi kebun, cuba ambik jantung pisang tu, sedihnya tak sampai. Sedarlah nad, bahawasanya kau ni pendek..sedihh..balik buat muka monyok. Semalam, tengok-tengok ayah bawak balik jantung pisang, ingat ayah beli, rupanya dia petik dekat kebun. Terima kasih ayah..sayang ayah lebih la..

Apa lagi, petang semalam cepat-cepat kupas kulit. Lepas tu rebus. Dah empuk tu, angkat potong besar-besar. Mak cakap " ko nak buat ape? "..nad cakap nak tumis. Tumis memnag sedap. Pastu mak cakap mak dah siapkan bahan-bahan tumis, siap blender.

Bahan tumis ni mudah je, cuma bawang merah 2 biji , bawang putih 2 ketul, ikan bilis sedikit, dan cili dalam dua batang. Tu bahan asas, yang mak dah blender. Bahan sampingan, belacan ler. Lepas tu bubuh garam dan gula. Gaul-gaul, bubuh air sikit dah siap.


Kuah dia jadi merah sebab cili tu diblender sekali, kalau tak diblender, dia warna putih. Hah, bismillah. Sedapnya..lepas dah rasa teringin tu. hehehe..Selamat mencuba dan menjamu selera.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. wow sukanya kita dengan jantung pisang. kalau balik kg mmg menu wajib suh mak masak.

    ReplyDelete
  2. Kak Sue pun suka jantung pisang..buat sayur ke..ulam ke..semua sedap kan..

    ReplyDelete
  3. sedapnya..lama tak makan ni..kalau buat masak lemak pun sedap..ada sambal belacan pulak..adoi..mencari nasi la pulak hari ni..hahahah

    ReplyDelete
  4. Sorry nad, pcl baru sempat dtg sini. Memang sedap nampaknya tu.. Jantung tumis.

    ReplyDelete
  5. Macam asam pedas ke ni? Zlmy wife suka sgt ngan jantung pisang

    ReplyDelete
  6. Jantung pisang ni feveret iday la. biasanya buat masak putih and ulam, tak pernah masak macam ni lagi. nanti nak try la. hehehehe

    ReplyDelete